CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita rakam tiga cahaya misteri muncul di langit

29-4-2024 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9879| Komen: 3

Description: LONDON – Seorang wanita merakam detik kemunculan tiga cahaya misteri di langit Mersey, Britain ketika menikmati pemandangan matahari terbenam di Pantai Leasowe, lapor portal berita Liverpool Echo UK ...

LONDON – Seorang wanita merakam detik kemunculan tiga cahaya misteri di langit Mersey, Britain ketika menikmati pemandangan matahari terbenam di Pantai Leasowe, lapor portal berita Liverpool Echo UK semalam.  

Charlotte, 32, bersama rakannya leka menikmati pemandangan matahari terbenam sebelum tersedar apabila melihat cahaya tersebut di kaki langit. Mereka kemudian merakam kejadian aneh itu.

Rakaman yang dikongsikan menunjukkan tiga lampu misteri itu berlegar-legar di langit dalam formasi segi tiga.

”Saya tidak takut apabila melihatnya, malah terkejut. Kami sedang berbual bersama, tiba-tiba kami terlihat lampu-lampu ini. Ia agak cantik untuk dilihat,” katanya

Charlotte mendakwa bahawa dia pernah melihat kejadian seumpama itu sebelum ini, termasuk cahaya lampu misteri di belakang rumahnya. 

Daerah Merseyside dianggap sebagai lokasi utama objek terbang tidak dikenali (UFO), dengan sesetengah pihak mencadangkan mungkin terdapat ‘Segitiga Bermuda UFO’ di rantau itu. – AGENSI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 29-4-2024 09:42 AM
Quote Supersirap 29-4-2024 10:16 AM
Wow cantik cahaya tersebut
Quote Kurex 29-4-2024 10:18 AM
camera phone makin canggih, tapi kualiti video macam video porno zaman hp nokia daun

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.240894 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top