haril Publish time 27-6-2006 05:24 PM

saya pun kulit berminyak jugak
dulu byk sgt jerawat dgn blackhead kat muka ni
bulan 4 hr tu try guna CNI skin balance essence
Alhamdulillah okla sampai skg
blackhead kat hidung semua dah hilang
jerawat pun tinggal parut jek

roxana Publish time 28-6-2006 08:22 AM

Originally posted by beruducute at 27-6-2006 04:35 PM
roxa...u dh kawen ye..??mm..u still taking diane35...berudu baru amek for 3 days...but still no effect...maybe awal lagi kot..first time makan dulu mcm mana...??mcm berudu time first time amek that ...

yup dah kawen..ada anak 2..alhamdulillah i takde ler dapat side effect cam u tu..cuma selera makan jer bertambah..sekejap2 rasa nak makan jerr..muntah2 ke..pening2 ke takde pulak..i amik lepas makan malam.

beruducute Publish time 28-6-2006 08:57 AM

wah...bestnya...actually berudu pun risau gak..ye la..berudu tak kawen lagi...tp doc suh amek diane35...actually berudu takut la side effect meaning nnti kawen berudu susah nak preggy ke...

beruducute Publish time 28-6-2006 09:17 AM

Originally posted by haril at 27-6-2006 05:24 PM
saya pun kulit berminyak jugak
dulu byk sgt jerawat dgn blackhead kat muka ni
bulan 4 hr tu try guna CNI skin balance essence
Alhamdulillah okla sampai skg
blackhead kat hidung semua dah hilang ...


thanks hairil for the opinion:tq:

Princess_Hawaii Publish time 29-6-2006 03:13 PM

Skin care untuk muka berjerawat

Assalamualaikum kawan2!

To all yang bermasalah kulit berjerawat, i nak syorkan gunala PROACTIV yang dijual di SmartShop. Sejak guna ni, muka I tak berjerawat langsung!! Parut pun dah hilang 100%. Kesannya u can see as fast as 1 week!

I can relate to all yg muka berjerawat dan berparut ni.....my face since form 1 tak pernah clear. Sejak pakai PROACTIV baru clear for the first time in 15 years!! Percayala...dah try brand macam2..yang mahal2 dan imported semua tu tak jadi. Yang local brands pulak tah apa2 yang diorang letak sampai kulit kita jadi mengelupas dan sakit.

TRY PROACTIV and change your life! :love:Chewah mcm iklan pulak..hehe

Mz_tera Publish time 29-6-2006 03:35 PM

Originally posted by Princess_Hawaii at 29-6-2006 03:13 PM
Assalamualaikum kawan2!

To all yang bermasalah kulit berjerawat, i nak syorkan gunala PROACTIV yang dijual di SmartShop. Sejak guna ni, muka I tak berjerawat langsung!! Parut pun dah hilang 100% ...


proactiv mmg berkesan gile on my face.... sampai org tegur sebab jadik cured gile dari acne... pakai 3-4 years, masuk club die lagi.... auto mail kat kita set proactiv ni setiap bulan.... tapi kena mintak tukar to 4 months sekali.. coz tak habis pakai..... asik nak kena jual kat ebay jer.....


tapi itu kat US.... bila balik mesia, die dah tak jalan dah........

cuaca lain.... so terpaksa carik solution lain........

haril Publish time 29-6-2006 03:38 PM

Originally posted by beruducute at 28-6-2006 09:17 AM



thanks hairil for the opinion:tq:


sama-sama

masalah saya skg nk hilangkan parut jerawat
jenis berlubang yg dah lama2 ni
dulu la gatal sgt tgn ni....

purpler Publish time 29-6-2006 04:57 PM

ada sesape masih pakai retin-a lagi tak????:)

hargaGiler Publish time 29-6-2006 05:59 PM

Loreal Pure Zone..works...
Control makanan berminyak..byk minum air...

purpler Publish time 29-6-2006 08:19 PM

Originally posted by hargaGiler at 29-6-2006 05:59 PM
Loreal Pure Zone..works...
Control makanan berminyak..byk minum air...


tapi tak tahan bau dia...
wangi sangat...:nerd:

faizafariza Publish time 29-6-2006 11:03 PM

Originally posted by mama_Bella at 27-6-2006 01:49 PM



Berudu....Cuba U guna sabun Cuci Muka yang lain...

Contohnya sabun BML

- Warna Putih Untuk muka berjerawat
- Warna Hitan untuk muka yang ada parut atau jeragat

Insyallah mesti boleh ...
Sample Text

akum..tumpang lalu..kita orang baru kat sin..em..kita pun ada poblem yang sama...x tau dah nak buat camana..memang ok k FELisa tu..kita ingat nak try gak..

mrs_livingstone Publish time 30-6-2006 12:33 AM

felisa ok (for me).tp facial dia buat pori2 terbuka

beruducute Publish time 30-6-2006 11:43 AM

Originally posted by Princess_Hawaii at 29-6-2006 03:13 PM
Assalamualaikum kawan2!

To all yang bermasalah kulit berjerawat, i nak syorkan gunala PROACTIV yang dijual di SmartShop. Sejak guna ni, muka I tak berjerawat langsung!! Parut pun dah hilang 100% ...


I've try it before...but all the pim[les wont get away...maybe tak sesuai ngn my skin kot...thanks anyway

beruducute Publish time 1-7-2006 10:53 AM

Originally posted by mama_Bella at 27-6-2006 01:49 PM



Berudu....Cuba U guna sabun Cuci Muka yang lain...

Contohnya sabun BML

- Warna Putih Untuk muka berjerawat
- Warna Hitan untuk muka yang ada parut atau jeragat

Insyallah mesti boleh ...

thanks mama bella...atually muka berudu ni terlampau la sensitfi...silap pakai je ayo...suffer for a very long time...

gulie Publish time 1-7-2006 06:31 PM

try pakai skin cleansing lactacyd ph 3.5 .Gulie biase pakai time jerawat naik mencanak-canak khasnyer mase period .So far so good! Beli yg kecik jek tuk try..

beruducute Publish time 4-7-2006 11:09 AM

Originally posted by gulie at 1-7-2006 06:31 PM
try pakai skin cleansing lactacyd ph 3.5 .Gulie biase pakai time jerawat naik mencanak-canak khasnyer mase period .So far so good! Beli yg kecik jek tuk try..


thanks...but for now berudu tgh guna AG gamat cleanser...

BudakCewi Publish time 5-7-2006 09:54 PM

Originally posted by purpler at 29-6-2006 16:57
ada sesape masih pakai retin-a lagi tak????:)

me pakai lagi.. dah nak masuk 7-8 bulan dah pakai

guynextdoor Publish time 3-9-2006 11:42 AM

14 petua untuk hilangkan jerawat

ni aku sembang ngan member2 aku die cakap ade 1 posting pasal petua orang dulu2. ccObalah kalau nak pastikan berkesan ke tidak. x yah bayar, percuma je...:nerd::nerd::nerd:


14 petua untuk hilangkan jerawat

Petua 1

CAMPURKAN air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 2

CAMPURKAN beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3

GILING beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4

AMBIL 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5

PARUT temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 6

AMBIL sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 7

PARUT jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .
Petua 8

BASUH muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .

Petua 9

AMBIL air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10

GILING sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Petua 11

TUMBUK lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .

Petua 12

AMALKAN memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selau diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Petua 13

AMBIL segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .

Petua 14

JERAWAT sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih.Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

[ Last edited byguynextdoor at 3-9-2006 11:44 AM ]

fairy_hobbit Publish time 3-9-2006 12:13 PM

yg berkesan untuk aku still retinol 60 and brg2 biomedic n sulphur mask PTR.tp kalau tak exfoliate mmg jerawat naik jugak. kena exfoliate n blot muka bila berminyak.

missylees Publish time 3-9-2006 02:27 PM

masuk harini hari ke 3 makan doxycycline.
side effect..kulit kering sket..tu je.. :ah:
nanti updet lagi :)
Pages: 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 [12] 13 14 15 16 17 18 19 20 21
View full version: masalah kulit....berminyak & berjerawat


ADVERTISEMENT