cinoise Publish time 21-3-2006 10:20 PM

selepas menakluk Rhineland jerman telah mengambil langkah untuk menganjurkan sukan olimpik ke 11 pada bulan ogos 1936 dan disertai oleh 5000 atlit dari 51 negara walaupun amerika pada mulanya mengugut untuk memulaukan sukan tersebut kerana dasar kerajaan jerman yang tidak membenarkan atlit yahudi jerman masuk bertanding. Bagaimanapun sebahagian besar atlit yahudi dari negara lain menarik diri kerana membantah diskriminasi Nazi terhadap yahudi, tujuan utama Hitler menganjurkan sukan olimpik adalah untuk menunjukkan dunia bahawa jerman cintakan kedamaian. Sukan olimpik ke 11 berakhir pada 16 ogos 1936 dengan jerman muncul sebagai juara keseluruhan dengan 89 pingat dan amerika di tempat kedua dengan 56 pingat.

http://www.historyplace.com/worldwar2/triumph/hitler-olympic-motorcade.jpg

http://www.historyplace.com/worldwar2/triumph/olympic-torch2.jpg

http://www.historyplace.com/worldwar2/triumph/germans-salute.jpg

pada 5 november 1937 hitler telah memanggil pegawai2 tinggi nazi untuk membentangkan pelan penaklukan eropah ataupun teori Lebensraum. Hitler menyifatkan perancis dan british sebagai halangan utama untuk mencapai cita cita itu. Hitler mempunyai 2 perancangan dimana rancangan pertama adalah menunggu sehingga tahun 1943 sehingga tenteranya lengkap dan bersedia manakala rancangan kedua dengan menunggu politik perancis yang tidak stabil meruncing dan mengambil kesempatandengan segera menawan austria dan czech. Walaupun kebanyakan jeneral2 tentera jerman tidak yakin dengan kemampuan tentera mereka sekalipun menunggu sehingga tahun 1943 tetapi mereka tidak berani membantah hitler. Antara jeneral2 yang tidak bersetuju adalah Blomberg dan Fritsch, dan mereka telah disingkirkan oleh hitler. Selepas itu hitler telah mengumumkan dirinya sebagai pemerintah tertinngi tentera jerman.
Selepas 19 bulan hitler menjadi pemerintah tentera, kerajaan austria semakin terasa akan ancaman dari jerman yang semakin kuat dari segi ketenteraan. pada 12 februari 1938 cansellor austria iaitu Dr. Kurt von Schuschnigg telah datang untuk berbincang dengan hitler berkaitan dengan keselamatan austria. Proses perbincangan bermula dengan tegang apabila Hitler memaki hamun Schuschnigg dan mengatakan austria telah menjadikan rundingan damai sesuatu yang mustahil, selepas itu menteri luar jerman Joachim Ribbentrop masuk dengan membawa 2 dokumen yang menyatakan keinginan hitler, antaranya adalah membebaskan semua tahanan Nazi di austria, menjadikan penyokong kuat nazi di austria Dr. Arthur Seyss-Inquart sebagai menteri dalam negeri dan berkuasa penuh terhadap polis serta austria diistiharkan sebagai wilayah jerman. Schuschnigg telah menyatakan bahawa dia tidak berkuasa menentukan dan perlu berbincang dengan presiden austria Wilhelm Miklas. Hitler memberikan 3 hari untuk presiden austria menandatangani dokumen tersebut ataupun diserang. Namun presiden Miklas tetap berdegil dan hitler mengarahkan tenteranya bersiap sedia di sempadan austria, dengan tekanan ini akhirnya miklas melantik inquart sebagai cansellor baru austria dan dengan itu austria jatuh ke tangan Nazi tanpa sebutir peluru pun dilepaskan. Hitler mengambil kesempatan ini untuk melawat daerah kelahirannya di austria iaitu Braunau dan melawat kubur ayahnya di Leonding. Hitler juga melawat vienna dimana dia pernah menjadi pengemis dan pelukis serta bergantung hidup dengan hasil jualan lukisan kepada peniaga2 yahudi dan seterusnya bermalam di Hotel imperial dimana dia pernah menjadi buruh semasa zaman remajanya. Manakala apabila pulang ke jerman hitler dia disambut dengan meriah oleh penyokong2nya. Sekali lagi britain dan perancis tidak bertindak dimana britain dibawah perdana menterinya Neville Chamberlain lebih sukakan perbincangan dari menggunakan senjata manakala perancis berada dalam konflik politik.

http://www.historyplace.com/worldwar2/triumph/hitler-reichstag.jpg

bersambung...

siraplengkong Publish time 12-4-2006 03:11 PM

Germany ni berani tak bertempat.

earthfault Publish time 13-4-2006 03:04 AM

Kalau Germany & Japan menang WWII, dunia takkan jadi macam skrg.

alphawolf Publish time 13-4-2006 09:16 AM

Originally posted by earthfault at 13-4-2006 03:04
Kalau Germany & Japan menang WWII, dunia takkan jadi macam skrg.

Dan rasa earthfault, sekiranya mereka menang, macamana situasi dunia sekarang?

earthfault Publish time 13-4-2006 05:36 PM

Kalau Germany & Jepun menang mungkin Malaysia pun takkan wujud. Sebabnya Jepun ada plan nak gabungkan Malaya & Indon. UMNO pun takkan ada, mungkin Dr. Bustamam Al Helmy jadi PM pertama. Takkan ada ramai org cina sebab semua akan lari (jepun tak suka cina).

PM British Churchill akan kena hukum gantung atas jenayah perang pengeboman bandaraya Dresden. Queen Elizabeth takkan naik takhta sebab ex King, Duke of Windsor (uncle Queen E) akan kembali menjadi King Edward VIII (mengikut catatan, dia pernah jumpa Hitler secara sulit).

Silap Hitler sama dgn silap Saddam b4 dia invade kuwait. Masa tu dia tgh buat ICBM yg boleh sampai ke New York guna teknologi German (teknologi from WWII & Soviet Scientist).Tapi disebabkan dia bengang dgn Emir Kuwait masa tu, Syeikh Sabah terus dia attack. Sebelum ICBM tu sempat siap dia dah attack, cuba bayangkan kalau ICBM tu dah ada, US takkan berani nak attack.

jerai Publish time 14-4-2006 10:16 AM

Originally posted by earthfault at 13-4-2006 02:04 AM
Kalau Germany & Japan menang WWII, dunia takkan jadi macam skrg.


Kalau german dan jepun menang sudah tentu paksi kejahatan dalam perang dunia kedua
dipihak bersekutu

earthfault Publish time 14-4-2006 11:41 PM

memang kedua dua pihak buat jahat.
nasibla sapa yang menang akan jadi baik & sapa yang kalah akan dicop jahat.

aizusan Publish time 17-4-2006 02:37 AM

German seekor helang hitam yang hangus....sebabnya....

Kuasa Nazi di German bangkit selepas tumpasnya komunis di German....taktiknya yang berkesan, mendakwa bahawa pihak komunis yg bertanggungjawab membakar Reichstag (Bangunan Diet German)...sebelum tersungkurnya komunis di tangan Nazi, Chancellor German pada masa itu ada menyatakan bahawa Nazi adalah harapan bagi German....tapi perlu ingat, sebelum bangkitnya Nazi, parti Nazi bukan sebuah parti yg hebat di dalam Diet German, tetapi kerana manipulasi, propaganda, hujahan psycho Hitler dan publisiti yg meluas, parti Nazi berjaya menumpaskan parti Komunis dan Hitler hanyalah pegawai bawahan tentera German semasa mula2 mengasaskan Nazi....Kenapa Hitler kalah perang ya? Sebabnya,
1) Russian Front hancur!!! tentera German mati kesejukan dan kebuluran sebelum dapat menawan Moscow....pada masa ni tentera German hanya dapat menawan Leningrad sebelum menuju ke Moscow....itu pun Leningrad di tawan sebelum musim sejuk....agaknya kalau masa musim sejuk, tentera German pun tak dapat nak tawan Leningrad....tentera German tak mengambil iktibar apa yg pernah berlaku pada tentera Napoleon semasa menawan Moscow, sebabnya mati kesejukan dan kebuluran!!! musim yg paling seram untuk tentera German di Russian Front ialah Russian Winter!!! Sejuk, kenderaan tak boleh bergerak sebab beku, short of food supply sebab bekalan makanan tak sampai....mana nak sampai, kapal terbang German kena tembak masa nak hantar bekalan, rakyat Russia pulak lari bila German datang dan semua tanaman dibakar....Hitler pulak dah tau tentera dia sengsara, tapi tetap tak mau berundur dari Russian Front dan Bandar Leningrad....last2 komander tentera German kat Leningrad surrender kat Russia....inilah tanda pertama kemenangan Russia ke atas German!!! kesengsaraan tentera German kamu boleh lihat pada gambar2 mereka semasa di Russian Front semasa Russian Winter.
2) Kekalahan pasukan tank German di pihak Russia pada pertempuran kereta kebal yang terbesar!!! iaitu Battle of Kursk....taktik pihak Russia berjaya menumpaskan tentera tank German dengan menggunakan bantuan tentera infantri Russia...caranya, biarkan tentera tank German mara ke kawasan Russia yang dipenuhi periuk api dan unit infantri yg bersedia menyerang hendap....padahal tentera tank Russia takla kuat sangat.....Tiger Tank German tembak tank Russia dari jauh pun dah hancur...tak payah nak dekat sangat.....tank Russia pulak kna tembak tank German dari dekat baru boleh hancur....tank British dan Amerika lagi teruk, tembak tank German dari dekat pun tak hancur!!! tu yang tentera berikat takut pada tank German...tp dalam Battle of Kursk, Russia menang sebab taktik.
3) tentera German kalah dalam Battle of Al-Amein....caranya senang, tentera British bom semua tempat simpanan minyak tentera German....implikasinya, semua kenderaan tentera German tak bleh mara, sebab minyak tak cukup!!! then, British ambil kesempatan hancurkan kesemua tentera German yang mahu mara untuk menawan Cairo....Gen. Rommel (German) kalah pada Gen. Montgomery (British) dalam Battle of Al-Amein....Hitler mengamuk dan Gen. Rommel hampir2 dibunuh, tapi dia bernasib baik sebab Hitler hantar dia untuk kawal Normandy.
4) U-Boat (kapal selam) German hancur!!! mula2 perang dunia ke-2, U Boat berjaya dalam misinya iaitu menenggelamkan kapal2 dagang dan kapal perang....kemudian kapal2 tentera berikat mengunakan strategi pelayaran berkumpulan di mana kapal2 berlayar dalam satu kelompok termasuk dituruti oleh unit kapal selam, frigate, battleship & merchant ship....sebab taktik tentera berikat ini, banyak kapal selam U-Boat karam....mana tak karam, setiap misi U-Boat, hanya sebijik kapal selam ja dalam misi tu....kira macam commit suicide la....kalau nasib baik tak karam la U-Boat....kapal2 tentera berikat mau dekat sepuluh berlayar sekelompok lawan dengan satu kapal selam U-Boat....sebab tu setiap kapal selam U-Boat yang belepas dari pelabuhan, kemungkinan besar takkan balik....misi yang memang sure mati!! sampai ada sebuah kapal selam U-Boat karam dekat perairan timur USA....unit pengkaji National Geographic yg jumpa kapal selam tu....kalau tak kapal tu disyaki tenggelam di perairan Maghribi....lg satu U-Boat ni kelemahannya dia kna muncul setiap beberapa jam di permukaan air.....kira tak boleh tenggelam lama2 la...sebab tu kalau dia terlepas dari serangan kapal2 tentera berikat yang berlayar sekelompok, kapal aircraft carrier tentera berikat akan memburunya!!!
5) Armada tentera laut German hancur!!! sebab terlalu bergantung pada kapal selam U-Boat, tentera laut German kekurangan kapal2 seperti frigate, cruiser, battleship dan takda langsung aircraft carrier!!! yang hebat pun battleship Bismarck dan MTD (motor torpedo boat) nya.....sebab tu Britiish Royal Navy paling kuat masa perang di Atlantik.....
6) German adalah negara pertama yang mencipta jet, tapi Hitler bodoh!!!! komander tentera udara German pernah cakap kat Hitler yang jet German boleh digunakan sebagai unit kapal terbang untuk menyerang Britain, tapi Hitler reject cadangan dia dan kata bahawa jet sesuai sebagai bom kawalan jauh macam Roket V-1 dan V-2 untuk menyerang Britain!!!....bodohnya Hitler!!! bayangkan kalau Hitler terima jet sebagai unit kapal terbang penyerang German, mesti hancur tentera berikat....mana taknya, jet lagi laju dari kapal terbang kipas....Mustang USA pun kalah....tapi risiko jet German ni, masa test terbang, banyak pilot German mati pasal jet meletup!!
7) Tentera German berpecah sebab Hitler tamakkan kawasan untuk ditakluk....mana taknya, satu pergi ka Russian Front, satu pergi ka African Front, satu pergi ka France, satu pergi ke Balkan, satu pergi ka Asia Tengah kat Black Sea dan Tasik Kaspia sebab nak takluk minyak kat Baku dan yang last skali kat home front iaitu sekitar Germany.....semangat tentera German ni pun tak macam tentera Jepun, tentera German mudah surrender dan ramai yg muda2 especially dari bangsa Aryan...Nazi bangga dengan bangsa Aryan dan anggap bangsa Aryan adalah bangsa yang terpilih....tu antara sebab Yahudi di hina dan kebanyakannya jadi buruh paksa buat roket V-2, V-1, kereta kebal, kapal terbang etc.....
8) Dapat salah information pasal pendaratan tentera berikat....sebelum D-Day, German ingat tentera berikat akan landing dekat Norway....tak pasal2, banyak la gun battery German pegi letak dekat Norway.....salah information rupanya....mungkin sebab informer German bagi maklumat salah sebab dah kna tangkap .....tapi memang betul, ramai informer German kat Britain kna tangkap dan disuruh bg maklumat salah oleh British....
9) Kalah dalam Battle of Normandy yang melambangkan pendaratan tentera berikat yg terbesar di tanah besar Eropah...Operation D-Day (Dooms Day)....sesuai la dgn nama operasinya...masa D-Day,Gen. Rommel yang handle German di Normandy dan pasukan tentera berikat di ketuai oleh Gen. Montgomery.....dua musuh di Battle of Al-Amein bertemu lagi!!! Rommel dah tau German akan kalah sebab ruang udara Normandy dikuasai oleh tentera berikat, tapi Hitler tak mengaku kalah dan terus pecat Rommel ganti dengan general German yg lain....degil jgk Hitler ni!!!
- inilah antara sebab2 German boleh kalah perang....pasal percubaan membunuh Hitler tu, tidaklah memberi sebarang kesan sebab apa German boleh kalah kerana Winston Churchill, Rossevelt, Joseph Stalin memang dah tau berita pasal percubaan untuk membunuh Hitler tapi mereka semua tetap enggan menerima penyerahan kalah German jika ada.... bagi mereka German patut di tewaskan sehingga ke akhir dalam Perang Dunia ke-2.....ni semua pasal Hitler yang gilakan perang sampai sebahagian general German dah bosan dan tau mereka akan kalah perang.....

[ Last edited byaizusan at 17-4-2006 02:50 AM ]

alphawolf Publish time 18-4-2006 08:32 AM

Originally posted by aizusan at 17-4-2006 02:37
Kuasa Nazi di German bangkit selepas tumpasnya komunis di German....taktiknya yang berkesan, mendakwa bahawa pihak komunis yg bertanggungjawab membakar Reichstag (Bangunan Diet German)...sebelum te ...

uhhh...pecah sikit paragraph tu...pening la...thanks

alphawolf Publish time 18-4-2006 08:34 AM

Originally posted by earthfault at 13-4-2006 17:36
Kalau Germany & Jepun menang mungkin Malaysia pun takkan wujud. Sebabnya Jepun ada plan nak gabungkan Malaya & Indon. UMNO pun takkan ada, mungkin Dr. Bustamam Al Helmy jadi PM pertama. Tak ...

Dresden dibom hanya beberapa bulan sebelum Jerman surrender.....so nak kata kalau Jerman menang..payah le....

:off:pasal Saddam...rasa aku Saddam takde ICBM...superweapon (konon) yang hampir ada ialah supergun, itu hala ke Israel aje...

chumpon Publish time 24-5-2006 01:50 PM

http://i6.photobucket.com/albums/y222/merinduimu/cintaku/ww2victory.jpg

It抯 the Republic of China that emerged as one of the 5 winners in World War II, alongside Britain, USA, France and USSR, exactly 60 years ago. It抯 not the commies or their so-called crappy People抯 Republic of Cheena.

See the flag ? It抯 these five that became the founders of United Nations, bestowed with veto power.

alphawolf Publish time 24-5-2006 02:49 PM

Originally posted by chumpon at 24-5-2006 13:50
http://i6.photobucket.com/albums/y222/merinduimu/cintaku/ww2victory.jpg

It抯 the Republic of China that emerged as one of the 5 winners in World War II, alongside Britain, USA, France and USSR, ...

Heh...ini kalau bincang kat PRC sure panas punye nih....anyway, selepas kerajaan Kuomintang berundur ke Tiwan, kerjaan komunis yang membentuk PRC dianggap de facto pemerintah China, mengambil alih kuasa dari Kuomintang....

muor76 Publish time 24-5-2006 04:47 PM

just nak share ajer...

petikan dari utusan melayu 19/05/2006

Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam
Susunan: SITI AINIZA KAMSARI
Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

?ebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah se-

orang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,? katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

?i samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,? katanya.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

?etapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,? katanya.

alphawolf Publish time 25-5-2006 08:36 AM


Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Nazi juga menganggap bangsa Slav (penduduk Eropah Timur termasuk Bosnia) sebagai untermeschen (subhuman=animal). Tapi itu tak menghalang Hitler dari menubuhkan beberapa divisyen yang terdiri dari bangsa Slav ini, bukan sahaja Bosnia malah melibatkan orang Russia sendiri. Dan oleh kerana Waffen SS merupakan satu cabang Nazi yang menganggap mereka master race, mereka mengubah leluhur orang-orang Bosnia yang terang-terangan berbangsa Slav menjadi keturunan Goth yang memerintah Eropah Tengah ratusan tahun dahulu!

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

dua lagi divissyen ialah 'Kama' dan 'Skanderbeg' - tapi Kama lebih divisyen pada nama saja....


Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Saya hairan dengan statement ni yang datang dari Institut Aeroangkasa....tentera udara Croatia terlibat dalam pertempuran di Rusia, Handschar hanya bertugas di Balkan sahaja. Dan dari ratio 30:1 kapalterbang ditembak jatuh itu tidak menghairankan kerana seluruh Eastern Front merupakan 'shooting gallery' Luftwaffe dan tentera udara sekutu German. Beribu-ribu pesawat Rusia ditembak jatuh dari 1941-1945 terutama dari 1941-1944 dan Luftwaffe dan tentera udara sekutu mereka hanya sedikit sahaja kehilangan pesawat. Top 10 juruterbang PD2 semuanya dari Luftwaffe dan majoriti mereka berkhidmat di Eastern Front (Russia/Eropah Timur/ Balkan). Setiap seorang dengan lebih 100 pesawat ditembak jatuh. Top ace ialah Major Erich Hartmann dengan 352 pesawat ditembak jatuh.


Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Lagi menarik ialah divisyen 'Skanderbeg' - mereka ada memakai songkok haji kelabu dengan lambang tengkorak SS!

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Imam Amin merupakan nasionalis radikal....fahaman Nazi dan polisi Arab munkin membawa maksud....Yahudi

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun beroperasi dengan jaya ke atas gerila komunis, mereka bukan setanding Red Army Russia dan divisyen ini musnah dalam menentang tentera rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.

Statement atas ni pelik sikit, 'gagal sekat Yahudi masuk ke Palestin.....bertanggungjawab menyekat kemasukan Yahudi ke Eropah'......dari mana Yahudi tu datang?

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Yang jatuhkan kerjaan Uthmaniah masa WW1 dulu tu pun orang Arab (Islam) jugak.......

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Kalau nadanya sama...senang la kan?

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

?ebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah se-orang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,? katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

En Ridzuan, selamat datang ke dunia politik....sebab politik, ramai orang boleh tolak ketepi pendirian untuk capai matlamat yang sama.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

Satu cara untuk pastikan anggota divisyen ini berpuas hati dengan layanan Jerman....

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Tito, yang menjadi pemerintah Yugoslavia selepas WW2, menganggap mereka ini pengkhianat. Itu sebabnya survivor divisyen ini dihukum mati.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Saya rasa itu saja sebabnya...masing-masing ada kepentingan sendiri.....dan juga satu common goal....

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

Betul sesangat! Dan masyarakat Eropah dah lama bersikap anti-semitic dan bertindak ke atas Yahudi sejak ratusan tahun....

ShadowChaser Publish time 25-5-2006 09:02 AM

mak datuk banyaknya info..panjang-panjang lak tu,..tak terbaca aku

thamrong Publish time 25-5-2006 09:34 AM

Tito, yang menjadi pemerintah Yugoslavia selepas WW2, menganggap mereka ini pengkhianat. Itu sebabnya survivor divisyen ini dihukum mati.


http://img223.imageshack.us/img223/2443/pawink5nh.gifMarshal Tito adalah ketua gurilla Partisan melawan Nazi German WWII. Keturunan Crotia dan ini agak pelik sedikit kerana dalam perang WWII kesemua rayaat Crotia berpihak kapada German. Mangsa perang WWII di semenanjung Balkan ialah bangsa Serbia.

HangPC2 Publish time 23-6-2008 12:20 AM

Dornier Do-24 (German Kamikaze Plane)





Do-24T at Speyer, Germany


The sub-type and Werk Nr. is unknown. There is only the front fuselage and the stubwings, which were recovered from lake Muritz near Mecklenburg in former East Germany in 1991. This aircraft was sunk there and was probably one of the four Do-24's that were to be used in a suicide attack on one of the Oder bridges in an all-out attempt to stop the Soviets in march 1945. Before the attack could be made all Do-24's were sunk. Three were destroyed by American fighters and the last one was being manouvred into a hidingplace when again American fighters attacked, the only one on board was the pilot so there was nobody to report the attakers and he went down with his aircraft. It was never the intention for the pilots to do it themselves, they were to fly the aircraft onto the river, get out and try to reach the riverbank in a dinghy whilst a volunteer steered the aircraft onto the bridges. The Do-24 was chosen for this task because it could carry a huge amount of cargo, in this case being explosives.
Coming from Rettung Zwischen den Fronten the following:
The Do-24 Werk Nr. 97 had been used in the so called "Aktion 24". During this operation, beginning April 1945, four Do-24 had been ordered to the "Erprobungsstelle der Luftwaffe in Rechlin" in which they were prepared for "Kamikaze" operation against four railway-bridge over the river Weichsel in Thorn, Warschau, Deblin and Dunjawec (east of Krakow) to stop the supply line of the Sowjets. The Do-24 had been chosen to do this job, because the flyingboat was able to carry such a big aoumt of explosives. Each Do-24 should had been flown by it normal pilot to a point not far away from its target. At this point the normal pilots are supposed to leave the flying boat in a small rubber dingy trying to reach the bank of the "Weichsel". There the SO-Pilots (Selbstopfer) pilots should steer the Do24 directly against of the bridge piers. The following explosion of the "explosive Do24-Kamikaze" should finally collapse the brigde. But before the so called "Aktion 24" could start, an air raid of the B-24 on the area ot the airfields of Rechlin and it surroundings, destroyed three of the four "Sprengstoff Do-24磗". Unfortunately this action also caused one cassualtie. Feldwebel Heinz-Ottokar Hildebrandt tried to roll his Do-24 (RLM-Werk No.24) to a secret part on the M黵itz-See near Roebel, when his fully prepared Do-24 had been hit by Mustangs of 354.Fighter Squadron. They discovered Hildebrands Do-24 on the water and after few moments the flying boad gone upin flames. In this action the former Sea-Air-rescue pilot died. The flying boat did not detonate, but finally started to sink near Roebel. At the beginning of the 90磗 parts of this Do24 were hoisted. His three remaining comrades finally reached with surviving Do-24, without any instruments the air base of Bug in R黦en, home of the Seenotgruppe 81.



http://img261.imageshack.us/img261/7060/dornierdo2401sh7.th.jpg

http://img95.imageshack.us/img95/8903/dornierdo2402tq9.th.jpg

http://img242.imageshack.us/img242/3748/dornierdo2403ow8.th.jpg

http://img514.imageshack.us/img514/7262/dornierdo2404hf6.th.jpg

http://img514.imageshack.us/img514/6470/dornierdo2405mh7.th.jpg

http://img177.imageshack.us/img177/9850/dornierdo2407ht8.th.jpg

http://img78.imageshack.us/img78/2090/dornierdo2408st2.th.jpg

http://img295.imageshack.us/img295/473/dornierdo2409cj4.th.jpg

http://img49.imageshack.us/img49/6315/dornierdo2410sd9.th.jpg



Sources : http://www.dornier24.com/pages/preservedSpeyer.html


alphawolf Publish time 23-6-2008 12:36 PM

Banyak lagi konsep ala2 kamikaze ni..salah satunya ialah Fieseler Fi-103 Reichenberg. Sama konsep dengan bom berpandu Yokosuka MXY7 Ohka, Reichenberg menggunakan bom berpandu V1 sebagai asas. Cuma bezanya, juruterbang diharap dapat terjun keluar sebelum Reichenberg menghentam sasaran!

Mawlay Publish time 23-6-2008 12:36 PM

German mmg advance dari segi weaponary tetapi terlalu over confident dalam membuat serangan tu yang tersungkur :mad:

Byk invention diorang yang byk dipakai US sekarang mcm cruise missile :D

dCrook Publish time 23-6-2008 02:08 PM

personally aku rase german kalah sbb hitler.. dia byk ganggu perancangan tentera german.
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10
View full version: Kenapa Germany kalah dlm Perang Dunia ke 2?


ADVERTISEMENT