muor76 Publish time 12-10-2006 03:41 PM

ni tak tau citer betu ke idak...

dulu ade satu group pendaki (tak ingat dari mana-ade yg cakap dr singapore) diorang ni cakap besar.. diorang cakap beri jer gunung mana pun diorang akan mendaki dengan jayanya... tapi bila daki gunung ledang diorang sesat..

lagi satu citer... ade satu group singaporean sesat di gunung ledang so bile diselamatkan terjumpe barang SAF.

kat kaki gung ledang area asahan ade kem arteleri

2 citer kat atas tu aku dengor dari org jer

misz^frid@y Publish time 12-10-2006 05:11 PM

ler.. kat asahan tu kan ada kawasan latihan menembak.. tu pasal ler letak askor kat situ...

defeduck Publish time 14-10-2006 09:22 AM

Reply #89 PuteraSantubong's post

hmmm...i think mostly is for security reasons.....mmg sebenarnyerr bukan aper jerr kita nak buat dgn gambar tu kan.........

sebenarnyerr ader beberapa stesen pemanca kat mesia nie bersecurity guardkan askar......

mmg for security reasons...salah satu nyerr sbb communication tu penting.......if anything happens, or people wanted to attack our country, they will destroy the most important ifrastructures first......

:bgrin:

SiMontel Publish time 15-10-2006 01:37 AM

pengalaman aku ngan gunung ledang ni...aku pegi 2 kali je...

aku taktau la..samada tahyul ke aper...cite ni berlaku masa thn 88...aku ingat lagi sebab dah habis upsr...
mmg aku terjun dlm air kat kaki gunung tuh....and then tah cemana mcm choking..and aku meronta dlm air...till ada org tarik aku...bile aku timbul je..aku tgk..keliling sunyi sepi....walhal sebelum ni ramai org berkelah..mustahil dlm masa aku lemas tu..semua org terus balik rumah....in fact pakcik aku & family pun takde...aku dah panic...then aku tgk org yg selamatkan aku..perempuan cantik ..rambut panjang...siap ada bunga kat telinga dia....pakaian dia pun pelik..aku ingatkan dia pelakon...yelahmcm cite zaman purba je baju dia...tapi bahasa melayu dia mmg susah nak faham mcm aku baca sastera

seingat aku..aku keluar dr sungai tuh...and duduk kat tepi..dia lap kepala aku dgn tudung dia...kat situ selain dia..ada sorang nenek tua...dorang berckp sumpah aku tak faham...tapi masa yg sama aku nampak kelibat org cari cari jerit nama aku...aku panggil dorang suruh dtg ke tepi..tapi dorang buat dek je..aku dah pelik..aku pusing tgk perempuan tu senyum je....and dia tak habis habis usap rambut aku and letak bunga...and cium kepala and dahi aku..pastu asyik bercakap and aku lemas sebab tak faham...last last dia bgn diri...tarik tgn aku..and aku pun bgn nak ikut tapi tergelincir kat batu terus jatuh dlm air...

sekali lagi aku lemas..and this time...aku timbul sendiri..masa tu..org org yg cari aku tadi..berlari angkat aku..dorang ckp...tadi selam..tak jumpa..bukannyer dlm pun sungai tuh..paras peha je....mmg aku blur...this time dah ptg...and dorang bawak aku ke tepi....siap dorang tegur..cemana ada bunga orkid liar kat telinga aku...sedangkan bunga orkid tuh kat dgn puncak je yg ada...mana la aku tau.aku ckp..aku nampak dorang tadi...jerit nama aku aku panggil dorang buat dek je....bagi aku...ada la dlm masa 15 minit je aku tenggelam and dok tepi...walhal..aku tenggelam pukul 10 pagi..and timul balik almost nak maghrib...

adakah pompuan tu PGL? aku pun tak pasti..yg pastinyer...visit kali kedua ke area mandi manda tu..thn 2000...and akuk ternampak nenek tua tu perati aku....aku cuba taknak tgk..tapi takboleh..aku nampak dia dtg tepat ke arah aku....and then tup tup mak aku tegur...cantik bunga orkid kat telinga aku..and tanya mana aku dapat...sedangkan aku duduk situ tak gerak gerak...and sejak tu aku tak pegi dah..ampunnnn...:geram:

ruslina_arifin Publish time 11-11-2006 10:52 AM

KISAH PUTERI GUNUNG LEDANG

ada sesiapa tahu kisah Puteri Gunung Ledang????

muor76 Publish time 11-11-2006 12:47 PM

cube ler selak page-page belakang... tak pun search ler perkataan ledang

azsagi Publish time 12-11-2006 10:14 PM

simontel,
tahun 1988 -2000(12thn tu) terserempak lagi dgn nnk tu siap bunga2 lagi dia bagi souvenir
mcm dah kena target jer eh....
aduhh seramnyer...

blakcswan Publish time 13-11-2006 11:07 AM

mistik la cite ko ni simontel...aku rase ko patut gi sane lg, kire ko
ni org terpilih ek..tu sbb dorang tonjolkan diri kat ko, siap dpt munge2 tu

Comic_King Publish time 14-11-2006 09:08 PM

Originally posted by SiMontel at 15-10-2006 01:37 AM
last last dia bgn diri...tarik tgn aku..and aku pun bgn nak ikut tapi tergelincir kat batu terus jatuh dlm air...

kalau kau tak tergelincir dan ikut pompuan tue aper jadi yer? :hmm:

merahbaiduri Publish time 15-11-2006 11:08 AM

satu pembacaan yang interesting .... kalau ada lagi pengalaman mistik / cerita tentah misteri gunung ledang nak kita membacanya.

haniman Publish time 16-11-2006 02:33 PM

Originally posted by misz^frid@y at 12-10-2006 05:11 PM
ler.. kat asahan tu kan ada kawasan latihan menembak.. tu pasal ler letak askor kat situ...

Sebenarnya semua ibusawat telekom dijaga oleh askar terutama yang terletak ditempat2 tinggi dan di pendalaman.Ini adalah atas sebab-sebab keselamatan.

Sebenarnya ibusawat telekom di Gunung Ledang tu ada ceritanya juga semasa ianya baru siap dibina.Peralatan di Ibusawat tersebut tidak berfungsi walaupun telah beberapa kali diperiksa dan didapati semua peralatan sempurna dipasang. Orang-orang telekom yang terlibat telah mencuba berkali untuk menghidupkan peralatan disitu tapi tak dapat.Salah seorang orang-orang yang terlibat nilah ceritakan cerita ni.

Lepas tu menurut ceritanya seorang kakitangan telekom yang berpangkat tak berapa tinggilah dapat mimpi kononnya ada orang tua datang dalam mimpinya memberitahu andainya hendak peralatan diibuswat tersebut berfungsi, adakan sedikit kenduri dan sembelih seekor kambing.Staf yang bermimpi ni pun ceritalah pada jurutera yang incharge.Tapi mereka semua tak percaya.Tapi memandangkan dah banyak kali dicuba peralatan tersebut tidak juga berfungsi, mereka pun bertawakal buatlah kenduri dan sembelih seekor kambing, lepas ajer kenduri tu, mereka onkan peralatan tersebut, apa lagi berderumlah enjin mesin tersebut.Begitulah sehingga sekarang.

haniman Publish time 16-11-2006 02:34 PM

Originally posted by defeduck at 14-10-2006 09:22 AM
hmmm...i think mostly is for security reasons.....mmg sebenarnyerr bukan aper jerr kita nak buat dgn gambar tu kan.........

sebenarnyerr ader beberapa stesen pemanca kat mesia nie bersecurity gu ...

:setuju:

haniman Publish time 16-11-2006 02:44 PM

Sebenarnya staf telekom yang ada urusan dengan ibu sawat ni pun sehingga sekarang kalau ke sana mereka akan berhati-hati dan tidak bercakap sembarangan.Ramai yang ke sana bila cakap tak tentu hala adalah perkara-perkara pelik berlaku kepada mereka.

Tak lama dulu aku pernah terbaca satu artikel dalam akhbar (lupa akhbaraper).Kata penulis tu sebenarnya permintan PGL untuk mendapat Jambatan Emas dari sultan melaka dah tercapai dengan terbinanya Ibusawat Telekom ni.Sebab pembinaan Ibusawat ni pun dah menelan belanja berjuta-juta ringgit dan dengan adanya setesen pemancarnya menjadi alat penghubung kepada masyarakat.

[ Last edited byhaniman at 16-11-2006 02:48 PM ]

aisbatu Publish time 19-11-2006 12:01 PM

Ikut pengalaman aku berkawan dgn tokmoh2,biasanya mereka memanggil Puteri G.Ledang tue dgn sebutan Nyai Anjis Moro(sori kalau salah eja).....

holdfast Publish time 20-11-2006 02:11 AM

cmner ler agaknyer PGL ek? berkemban jugak kot? hehehehe

cap_ayam Publish time 22-11-2006 12:27 PM

tak silap aku taun 1999-2000 ada kes org mati lemas kat air terjun sagil. org cina tak silap aku. menurut saksi, masa tu paras air cetek je. tetiba air mengalir sangat laju dan kuat, sungai terus jadi dalam dan bawak sekali orang yang sdn mandi tu ke dasar.

Start dari insiden tu, pihak berwajib keluarkan siren keselamatan kalau diorang dapati cuaca x berapa baik dan ada renjer yang akan suruh org ramai keluar dari kawasan air kalau keadaan tak mengizinkan. Bila dah ok baru boleh mandi balik. Aku pernah mandi kat sagil dan diminta oleh pihak renjer utk keluar dari kawasan air. lepas dah ok, aku nak mandi balik pun rasa seram sejuk.

haniman Publish time 22-11-2006 01:33 PM

Originally posted by cap_ayam at 22-11-2006 12:27 PM
tak silap aku taun 1999-2000 ada kes org mati lemas kat air terjun sagil. org cina tak silap aku. menurut saksi, masa tu paras air cetek je. tetiba air mengalir sangat laju dan kuat, sungai terus j ...

Masa peristiwa ni berlaku, ada anak saudara kawan aku yang berjual burger kat situ.Dia cerita kejadian tu terjadi sangat cepat.Dia sempat tarik seorang perempuan cina yang sedang memegang anaknya.Masa tu arus sangat deras.Sebelah tanya dia tarik perempuan tu, sebelah tangan lagi dia berpaut pada akar pokok kat situ. Tapi anak perempuan tu terlepas dari tangan maknya. Perempuan Cina tu selamat tapi kesian anaknya mati.

Menurut mereka yang tahu.mandi air terjun ni bahaya kalau musim hujan, sebab air di atas gunung/bukit tu berkumpul dan akan turun mengejut membawa sampah2 yang ada di atas bukit tu.Air ni tak turun sebaik saja selepas hujan, tapikadang2 selepas sehari dua hujan baru turun. Sebab tu orang tak sangka. Masa nak turun tu, orang akan mendengar bunyi dengong yang kuat, tapi selalu kalau dah dengar bunyi tu, dah agak terlambat nak lari ke tebing.

[ Last edited byhaniman at 22-11-2006 01:38 PM ]

sayapghaib Publish time 5-12-2006 11:43 AM

Diantara Ketiga-tiga puteri ini , hanya Puteri Saadong sahaja yang mempunyai sejarah yang jelas dan pernah memerintah wilayah di Kelantan.

Syd Publish time 12-2-2007 11:54 AM

link: http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=177710&highlight=ledang

zueusoff Publish time 25-2-2007 10:54 AM

apakah ilmu atau kuasa yg di punyai oleh puteri saadong sehinggakan beliau boleh mengubati penyakit Raja Siam, JINN???? makhluk halus ???
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9
View full version: [MERGED] Lagenda Puteri Gunung Ledang


ADVERTISEMENT