mok_nik Publish time 26-7-2004 10:07 AM

memang hang...:geram:
dah kenal lama dahhh

mok_nik Publish time 27-7-2004 02:29 AM

KEKERAPAN PINDAAN PERLEMBAGAAN DARI TAHUN 1957 HINGGA SEKARANG



Mengikut Sulaiman Abdullah bekas Presiden Peguam Malaysia di satu forum di Petaling Jaya pada 22 Mei 2001, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan telah dipinda sebanyak 42 kali semenjak Negara ini mencapai kemerdekaan tahun 1957 sehingga kini terutama perkara 121 berhubung bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan Rendah bagi membolehkan Peguam Negara membuat pendakwaan di mana- mana mahkamah yang menjadi pilihannya.

Sebagai contoh pada ada 17 Mac 1988 satu pindaan rang undang-undang perlembagaan mengenai kehakiman telah dipinda dan dalam ucapan pembentangan tersebut Perdana Menteri pada masa ituMahathir Mohamad berkata " kehakiman sepatutnya menumpukan perhatian kepada keadilan dan tidak memihak kepada sesiapa dan tidak terbabit dalam politik".

Dalam pentadbiran sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulin, tiga cabang utama iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman memainkan yang amat penting. Institusi Legislatif merupakan institusi yang tertinggi di antara dua institusi lainnya, tugas institusi ini adalah untuk mengubal dan meminda undang-undang yang dibawa kepadanya oleh pihak Eksekutif dan tidak boleh mencampuri urusan institusi-institusi lain . Begitu juga institusi ada peranan masing-masing tidak boleh mencampuri urusan institusi lain. Pengasingan kuasa ini jelas ditetapkan oleh Perlembagaan bab 3, bab 4 dan Bahagian ix perkara 121.

Dalam era Mahathir, beliau mencampuri semua urusan ketiga-tiga institusi ini. Semua institusi ini tunduk dengan kehendak Mahathir. Tindakan Mahathir ini seperti pemerintahan kesultanan Melayu dahulu kala di mana kedudukan sultan-sultan ketika itu tidak boleh dicabar. Sultan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak. Kuasa Eksekutif, legislatif [ perundangan ] dan kehakiman berada dalam genggaman sultan. Sultan tidak berkongsi kuasa dengan sesiapa. Sultan mempunyai kedaulatan yang tidak berani dipertikaikan oleh sesiapa. Kesetiaan rakyat terhadap sistem monarki mutlak ini tidak berbelah bagi. Hitam kata sultan, hitamlah kata rakyat. Putih kata baginda, putihlah. Perintah sultan tidak pernah dibantah atau dipersoalkan.

bersambung..............

mok_nik Publish time 27-7-2004 02:31 AM

Di antara banyak pindaan terhadap akta dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang paling banyak mengalami pindaan. Semenjak merdeka ISA mengalami 20 kali pindaan lain-lain akta tidak seteruk begitu.

Pindaan-pindaan ini dibuat mengikut suasana politik semasa yang boleh mengugat dan mengancam kekuasaan pemerintah. Mengikut ISA sesiapa sahaja boleh ditahan tanpa memberi sebab kenapa ianya perlu ditahan, memadai hanya memberi alasan ianya boleh mengugat keselamatan negara, maka ia boleh ditahan 60 hari untuk siasatan, kalau tidak selesai boleh dihantar ke Kemunting bagi tempoh 2 tahun. ISA dibentok pada 22 Jun 1960 bagi mengantikan Akta Darurat 20 Jun 1948 oleh seorang yang bekerja sebagai legal draftman yang bernama Prof.Hugh Hickling. Dalam satu temuramah dengan The Star pada 17 April 2001[ dalam usia 81 tahun], beliau berkata walaupun ISA masih diperlukan, tetapi suatu judicial review perlu diadakan. Katanya lagi ISA digubal untuk membenteras jenayah terancang yang dilakukan oleh komunis pada waktu darurat [ 1948 - 1960 ] ......the act was never aimed at polician.


Pada tahu 1988 ia dipinda sek. 8B, 8C dan 8D iaitu perintahan penahanan seseorang tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah [ tidak boleh review of court ] kecuali aturcara atau syarat penahan tersebut tidak mengikut Perlembagaan. Pindaan ini timbul ekoran penahanan Lim Kiat Siang lebih daripada 60 hari yang dibenarkan [ beliau ditahan selama 63 hari disebabkan kesilapan teknikal ], mahkamah menagguhkan kes ini dengan memberi alasan pilihan raya dan afidavit pendakwaan belum siap. Sebenarnya mahkamah memberi masa kepada Perdana Menteri untuk membuat pindaan ke atas Perlembagaan seperti seksyen yang disebut di atas

bersambung...

[ Last edited by mok_nik on 26-7-2004 at 01:34 PM ]

mok_nik Publish time 27-7-2004 02:35 AM

Status kedaulatan Raja-Raja Melayu telah dihapuskan selepas pindaan Perlembagaan dibuat pada tahun 1983 dan 1993. Institusi Raja ini musnah dan hilang taringnya apabila Parlimen meluluskan pindaan seperti yang diperuntukan di Perlembagan perkara 32 yang dipinda bagi menghapuskan imuniti Raja-raja. Perkara 38(4) dan perkara 38(5) dan kuasa ini telah pindah milik ke tangan pihak Eksekutif

mok_nik Publish time 27-7-2004 02:41 AM

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dibentangkan di Parlimen pada 3 Disember1987 selepas 35 hari Operasi Lalang yang dicetuskan oleh UMNO dan MCA. Berikutan itu The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan diharamkan. Untuk memperkukuhkan kuasa dibentangkan pula pindaan Akta Rahsia Rasmi supaya rahsia-rahsia yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang rasuah dan menyelewengkan amanah yang rakyat berikan tidak bocor ke pengetahuan rakyat. Kita bersetuju akta ini digunakan untuk melindungi rahsia kerajaan yang melibatkan keselamatan Negara, bukan untuk melindungi pemimpin-pemimpin yang rasuah.

Akta Polis juga turut dipinda pada 4 Disember 1987 bagi mengekang pergerakan yang anti kerajaan yang kononnya boleh memudaratkan keselamatan negara.

Akta Hasutan 1948 juga turut dipinda menyebabkan Lim Guan Eng terhempap ke penjara kerana mempertikaikan keputusan mahkamah dalam kes Rahim Tamby Chik yang tuduh mempunyai hubungan seks dengan seorang wanita bawah umur dan beberapa kes rasuah yang melibatkan Rahim.

Antara sedar atau tidak Jadi, negara ini jelas menjalankan pemerintahan secara 揹ictator berperlembagaan

Remy_3D Publish time 5-5-2005 03:20 AM

Apakah peranan YDP Agung?

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:37 AM

Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.

Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:40 AM

Kedudukan Dan Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong."

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:42 AM

Perkara 182 dan 183 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:

"182. Mahkamah Khas.

(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).

(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit.

(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletakhak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur.

(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan prosedur (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah dan undang-undang yang mengawalselia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan prosedur yang terpakai dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bawahan, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding dalam Mahkamah Khas.

(6) Prosiding dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa kesulitan atau anomali jua pun dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam pelaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apa-apa pengubahsuaian, adaptasi, penggubahan, pertukaran atau pindaan jua pun kepada mana-mana undang-undang bertulis.

"183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri."

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:44 AM

Fungsi Eksekutif (Perkara 39)

              
       

Walaupun Perlembagaan (Fasal 39) memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong, namun menurut undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif itu kepada orang lain.

Sungguhpun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan tentang kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong namun lazimnya baginda menerima nasihat dari Kabinet, lebih tepat lagi, Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berhak dan atas kemahuannya meminta segala maklumat mengenai kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Kabinet.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang ataupun sesuatu pertubuhan (yang lain dari Kabinet) tetapi dalam pelaksanaan tiga fungsi Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara baginda. Ketiga-tiga fungsi itu ialah:


Melantik seorang Perdana Menteri;
Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen;
Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

Pelantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kemampuan calon tersebut mendapat suara terbanyak dalam Parlimen. Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri adalah atas nasihat Perdana Menteri.

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:47 AM

Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40 menyatakan:

"39. Kuasa pemerintah Persekutuan.

Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain".

"40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut iaitu:


(a)        melantik seorang Perdana Menteri;
              
(b)        tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen;       
              
(c)        meminta supaya di adakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu,
               dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini.       

(3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah Menteri:


(a)        tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;
              
(b)        tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain."

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:51 AM

Fungsi Perundangan (Perkara 44)

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh kerana Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen Parlimen, maka baginda mempunyai kuasa-kuasa berikut:

-Memanggil Parlimen bermesyuarat dari masa ke semasa;
-Memberhentikan dan membubarkan Parlimen;
-Boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama; dan
-Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan. Di samping itu baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik empat puluh orang senator lagi.

Para senator yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah, pada hemat baginda, terdiri daripada orang-orang yang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokoh yang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial, tokoh-tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih.

"44. Keanggotaan Parlimen.

Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat".

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:52 AM

"45. Keanggotaan Dewan Negara.

(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dipilih dan dilantik seperti berikut:


(a) dua orang ahli bagi tiap-tiap satu Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan

(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli.

(3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tercatat oleh pembubaran Parlimen.

(3a) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua tempoh sama ada terus-menerus atau selainnya:

Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telah pun tamat dua tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara adalah sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Fasal ini seorang ahli Dewan Negara maka ia bolehlah terus berkhidmat sebagai ahli sedemikian itu selama baki tempohnya.

(4) Parlimen boleh dengan undang-undang:


(a) menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri hingga tiga orang;

(b) membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;

(c) mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik".

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:53 AM

Fungsi Kehakiman

Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan penting dalam bidang kehakiman. Adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Di samping itu juga baginda boleh melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

Selain dari itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimana pun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun. Seorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan cara menulis surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengenai penyingkiran hakim pula, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa seorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah disingkirkan atas alasan berkelakuan tidak senonoh, atau ketidakupayaannya menjalankan tugas kerana kesihatan ataupun fikiran terganggu atau lain-lain alasan. Selepas menerima representasi itu Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan, dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya.

Perlu diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepas menerima laporan tribunal maka Yang di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim itu dari jawatannya.

Sungguhpun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima ataupun menolak cadangan朿adangan tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan hakim itu pada jawatanny

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:54 AM

KUASA BAGI MENGISYTIHARKAN DARURAT

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berpuas hati mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri-negeri dalam keadaan terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat.

Perkara 150 Perlembagaan menyatakan:

"150. Perisytiharan darurat.

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam oleh kerananya, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat dengan membuat dalamnya pengumuman yang bermaksud sedemikian.

(2) Perisytiharan Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancamkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraaan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada kemungkinan yang hampir akan berlakunya kejadian yang mengancamkan itu.

(2a) Kuasa yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini hendaklah termasuk kuasa mengeluarkan Perisytiharan-perisytiharan yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan telah pun dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan itu ada berkuatkuasa.

(2b) Jika pada bila-bila masa semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen bersidang serentak Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan segera, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan apa-apa ordinan sebagaimana Yang di-Pertuan Agong berpendapat adalah dikehendaki oleh hal-hal keadaan.

(2c) Sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah berkuatkuasa sama seperti Akta Parlimen dan hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya seolah-olah ianya Akta Parlimen sehingga ianya dibatalkan atau dimansuhkan di bawah Fasal (3) atau sehingga ianya luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan ordinan-ordinan di bawah Fasal (2b) boleh dijalankan berhubungan dengan apa-apa perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang mengenainya, tidak kira acara perundingan atau lain-lain acara yang dikehendaki diikuti, atau bahagian dari jumlah undi yang dikehendaki diperolehi, dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Perisytiharan Darurat dan apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis itu membatalkan Perisytiharan atau ordinan itu, tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut Perisytiharan atau ordinan itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan suatu Perisytiharan baharu di bawah Fasal (1) atau mengisytiharkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2b).

(4) Semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa kuasa pemerintah Persekutuan adalah, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara di dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan adalah termasuk memberi arahan-arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihakberkuasa Negeri itu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6a), semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, Parlimen boleh, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat bahawa undang-undang itu adalah dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang untuk suatu undang-undang itu atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-undang itu, dan juga tidaklah dipakai bagi apa-apa peruntukan Perlembagaan ini atau apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa kebenaran atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenai undang-undang itu, atau yang menyekat perjalanan atau kuatkuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat sesuatu Rang Undang-undang daripada diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuannya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6a), tiada apa-apa peruntukan sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Perkara ini, dan tiada apa-apa peruntukkan sesuatu Akta Parlimen yang diluluskan semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa dan yang menyatakan bahawa undang-undang itu adalah, pada pendapat Parlimen, dikehendaki oleh sebab darurat, boleh terbatal atas alasan bahawa ia adalah berlawanan dengan mana-mana peruntukkan Perlembagaan ini.

(6a) Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu atau berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat istiadat bumiputera di sesuatu Negeri Borneo; dan juga Fasal (6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa perkara itu atau berhubung dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(7) Apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh Perisytiharan Darurat itu terhenti berkuatkuasa, apa-apa ordinan yang diisytiharkan menurut Perisytiharan itu dan apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Perisytiharan itu berkuatkuasa, iaitu setakat mana ianya tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana Perkara ini, hendaklah terhenti berkuatkuasa, kecuali mengenai perkara-perkara yang telah dilakukan atau tidak dilakukan sebelum habis tempoh enam bulan yang tersebut itu.

(8) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini:


(a) puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2b) adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah atau apa-apa alasan; dan

(b) tiada sesuatu mahkamah pun boleh mempunyai bidangkuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai sahnya

(i) Perisytiharan di bawah Fasal (1) atau pengumuman yang dibuat dalam Pengisytiharan itu yang bermaksud sebagaimana dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuatkuasa berterusan Perisytiharan itu;

(iii) apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b); atau

(iv) penerusan kuatkuasa mana-mana ordinan itu.

(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-majlis Parlimen hendaklah dianggap sebagai bersidang hanya jika ahli tiap-tiap satu Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu."

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:55 AM

KETUA AGAMA ISLAM

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menghendaki Perlembagaan Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Negeri-negeri tersebut. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta di negeri asalnya. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak kuasa pelantikan ini telah diturunkan kepada Yang di-Pertua Negeri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 3 dalam Perlembagaan memperuntukan:

"3. Ugama bagi Persekutuan.

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifat-sifatnya sebagai Ketua Ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya."

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:57 AM

Lain-Lain Tugas Penting Yang di-Pertuan Agong

1- Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut:

"41. Perintah tertinggi angkatan tentera.

Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:58 AM

2- Kuasa Pengampunan

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan dan mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Hal ini diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"42. Kuasa bagi mengampun, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor sesuatu Negeri adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan lain yang dilakukan di Negerinya."

(2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan berhubung dengan remitan hukuman kerana berkelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberi oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa-apa hal lain, kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor bagi Negeri di mana kesalahan itu telah dilakukan.

(3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di beberapa buah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan waham di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud-maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di Negeri di mana kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu Negeri.

(4) Kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:


(a) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, ialah antara tugas-tugas yang peruntukan mengenainya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Perkara 40(3);

(b) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor sesuatu Negeri, hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).

(5) Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah mengandungi Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daipada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor; tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa dengan suratcara mewakilkan tugas-tugasnya sebagai seorang ahli Jemaah itu kepada seseorang lain, dan Raja atau Gabenor boleh melantik seseorang untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak berupaya menjalankan tugasnya.

(6) Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila masa boleh meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah.

(7) Seseorang ahli Dewan Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja atau Gabenor untuk menjadi ahli Jemaah Pengampunan atau untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah.

(8) Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat di hadapan Raja atau Gabenor dan Raja atau Gabenor itu hendaklah mengetuai mesyuarat itu.

(9) Sebelum Jemaah Pengampunan memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara ia hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.

(10) Walau apa pun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.

(11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya satu Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukkan-peruntukkan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah dipakai mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai 揜aja atau Yang di-Pertua Negeri

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:58 AM

3- Hak Keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Di Sabah dan Sarawak

Salah satu tanggungjawab yang penting oleh Yang di-Pertuan Agong ialah menjaga hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini dijelaskan dalam Fasal 153 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"153. Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukkan Perkara ini."

mok_nik Publish time 5-5-2005 08:59 AM

4- Sumber Penghormatan dan Kebesaran

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda.

5- Fungsi diplomatik

Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka.


Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda juga bercemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: Sejarah Perkembangan Perlembagaan Malaysia


ADVERTISEMENT