askoputra Publish time 17-5-2006 12:48 PM

Masalah Kegatalan di Alat sulit

Kakak As ada problem kegatalan di alat sulit esp. selepas piried, terutamanya di tepi-tepi tut....apa cara dan ubat yang terbaik ye? Dia ada resdung, mungkin tak effect dari situ...

mdbiz20 Publish time 18-5-2006 08:24 AM

Ada keluar whitish discharge tak...kalau ada, discharge tu macam yogurt-like appearance sepanjang masa dan banyak? Kalau ada mungkin kakak As ada jangkitan fungal. Rawatannya kalau dah kahwin, nanti Dr bagi anti-fungal pessary eg Canesten/ apa-apa nama product yang available kat klinik Dr tu. Sometimes depends on severity of the cases tu, ada Dr yg bg ubat makan anti-fungal sekali dan cream sapu. Yang tak kurang juga pentingnya ialah hygiene, pakai pencuci wanita yang sesuai diantaranya seperti lactacyd atau mana-mana produk pencuci wanita yang dijual di OTC. Yang pentingnya ialah pencuci tu sesuai dgn akak As. Underwear kena tukar dan bersih selalu.

ammall Publish time 18-5-2006 09:02 AM

biasanya effect dari keputihan, kalo cairan biasa tak menggatalkan, kalo dah gatal, mungkin ader jangkitan. Don't worry , ader treatmentnya...just jumpa doc. At the same time, jaga jer la... pakai panties jenis cotton jer. Pastu kalo nak pakai pencuci wanita pun, tak leh kerap sangat... sebab boleh membunuh bakteria baik. bakteria baik ni yg boleh tolong lawan fungus tu..

arysa Publish time 18-5-2006 03:34 PM

kebersihan alat sulit sewaktu period amat penting, jgn guna satu pad utk jangkamasa yg lama...contohnya jgn lebih dari 4 jam during heavy flow days...

sewaktu period, keadaaan alat sulit dan rahim berada di dlm keadaan lemah so senang kena jangkitan bakteria.

cuci dgn air garam pun boleh menghilangkan masalah kegatalan tu..

rebas Publish time 18-5-2006 05:50 PM

i rasa lah kan org yg ada resdung ni prone kpd allergic reactions..
kalau peluh2 or bendalir badan yg terkumpul lama2 .. kat kulit pun boleh trigger allergic reaction dan gatal....
may b not so much of kuman or fungal punya problem sbb i percaya kak As ni mesti jaga hygiene..kan??
so what to do..
kalau allergic dkt pads yg cotton boleh tukar jenis polymer lain vise versa..
yang penting.. cuba kalau boleh, make sure kulit sentiasa kering dan bersih..             S

[ Last edited byrebas at 18-5-2006 05:53 PM ]

miss_comel Publish time 30-5-2006 01:45 AM

jgn pakai spender basah..lepas ketandas make sure lap dgn tisu or tualaselepas anu di basuh dgn air..kalau spender lembap..fungal senang nak menternak..

lagi satu pakai spender cotton.. elakkan pakai suar jeans tuk tempoh lama cos die memerangkap kelembapan pada vagina..

jumpe doc..doc akan bagi ubat antibiotik.. lepas pakai 3 hari, terus hilang keputihan tuh..
jgn pakai produk sebarangan, or makan jamu yg tah pepe..sb boleh sbkan kes lagi teruk..
jumpe doctor..jgn malu..

rzjs Publish time 30-5-2006 07:20 PM

saya dulu selalu kena nie...jumpa doc je mestidia bagi anti-fungal pessary ..kalau kena..tak tau nak cakaplah...tak boleh tido malam dibuatnya... especially after pregnant and masa pregnant..doc kata hormon changes..lepas bersalin saya amalkan minum bidadari ..so far tak pernah ada lagi problem..mintak dijauhkanlaah... tak sanggup menahan kegatalannya..

DARSITA Publish time 31-5-2006 02:23 AM

semua pendapat yang diberikan adalah betul! syabas!

shahx Publish time 31-5-2006 06:44 PM

pakai la pad herba... wah.. memandai lak aku ni.... hehe...

beruducute Publish time 1-6-2006 02:21 PM

yeap..pad herba...heheh...berudu dh try...n it works on me...berudu guna pad bio-sanitary pad yg colour hijau....before this berudu pun ada problem...tp sekrang alhamdulillah...prob has solved...one more thing...try amalkan yogurt...i heard that yogurt also good for those yg ada prob ni....

Mimpi Publish time 5-6-2006 12:37 AM

mimpi pun ada dgr pad herba tu bagus utk saper2 ada problem camtu.
dia boleh mengeluarkan semua kekotoran dan kuman2.

miss_comel Publish time 5-6-2006 12:44 AM

Originally posted by Mimpi at 5-6-2006 12:37 AM
mimpi pun ada dgr pad herba tu bagus utk saper2 ada problem camtu.
dia boleh mengeluarkan semua kekotoran dan kuman2.

tapi ada yg pakai.. bende jadi gatal terlampau.. sb wangi sgt

rani Publish time 5-6-2006 07:21 AM

lps 3-4 hari i try pad ni, rasa makin gatal kat anu tu. tapi lps seminggu, rasa nyaman la sket. berangin je...mcm ada aircond pulak. :P

Melur01 Publish time 5-6-2006 01:14 PM

white discharge ni memang tak menyenangkan... dulu masa anak dara selalu kena... lepas mak suruh makan kacip fatimah dengan manjakani.... ianya makin kering dan bersih... tapi kena amal selalu... masalahnya bila dah makan jamu tu kena minum banyak air kosong...

satu lagi badanpun maintain je...

Syd Publish time 29-6-2006 10:33 AM

Kesihatan: Jangkitan pada vagina boleh memudaratkan
Oleh Hidayah Mohammad


RAMAI wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada vagina sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Masalah ketidakselesaan pada vagina yang kering dan berlendir sehingga menyebabkan kegatalan selepas tindakan menggaru dan tidak mencuci dengan betul akan menjadikan kulit di sekeliling vagina lebih kering dan pedih. Punca itu berlaku ketika mengalami haid, di mana darah haid yang keluar terlalu banyak, berdarah beku, sakit akibat kedatangan haid, berdarah selepas melakukan hubungan seks, persekitaran kotor dan memakai pakaian dalam yang tidak sesuai.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damoran, berkata masalah jangkitan itu berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon berikutan mengalami tekanan mental, fizikal, emosi, kerja dan keluarga. Dengan itu, ia boleh menyebabkan berat badan semakin bertambah, berpenyakit kulit, gangguan pada kelenjar tiroid, gangguan prolaktin dan perimenopos.

揂pa yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan pada vagina kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan pada kehidupan seharian. Gangguan luar biasa pada vagina tidak bermakna anda mengalami jangkitan bakteria.

揑a berkemungkinan berlaku daripada aktiviti harian seperti penggunaan deodoran dan semburan wangian, air laut, mandian pasir, pakaian dalam yang sering lembap dan basah, alah pada penggunaan kondom ketika mengadakan hubungan seks, penggunaan tampon yang tidak sesuai dan vagina kering berikutan menopous,

mummy Publish time 29-6-2006 01:59 PM

hmm mummy amalkan mkn yoget... selain baik utk perut dia juga boleh mengelak keputihan...

lyly Publish time 29-6-2006 02:41 PM

Originally posted by mummy at 29-6-2006 01:59 PM
hmm mummy amalkan mkn yoget... selain baik utk perut dia juga boleh mengelak keputihan...

mummy, lyly tak makan yoget, nak uat caner hek??:hmm:

lyly Publish time 29-6-2006 02:43 PM

cuba rendam lam air suam2 kuku + "detol"...kurang sket rasanyer...

herbivor Publish time 29-6-2006 02:44 PM

for rashes n itchiness, I suggest applying Ecocort Cream ... it helps.

cempakawangi Publish time 29-6-2006 03:48 PM

cuci dgn daun sirih+air suam
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: Masalah Kegatalan di Alat sulit


ADVERTISEMENT