mjla Publish time 15-8-2008 12:54 PM

Originally posted by wineps at 15-8-2008 10:37 AM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Hadith Palsu......



Memandai je ko nih....:lol:

antiQue Publish time 15-8-2008 10:36 PM

Originally posted by indah1285 at 15-8-2008 11:33 AM http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
lotih ler antik...;P

Awat antik lak yg lotih In.. abg ib yg salu lepak sini... ni merge2 ni bang ib yg rajin :)

Kengkawan yg singgah dalam thread ni, leh wat search kat MM ni pasal syaaban eh.. ada gak terselit-selit sana sini sikit-sikit yg boleh dimanfaatkan dalam thread lain.. saya tak merge kan sebab ianya berkaitan mende lain :)

indah1285 Publish time 16-8-2008 02:50 PM

Balas #30 antiQue\ catat

abg ib kalo duk obesis tenggelam timbul gak.. tenet angau...;P

penat gak In baca citer sama psl nisfu sya'ban neh... depa men kopi pes jek.. xtahu nilai sebenar...:lol:

antiQue Publish time 16-8-2008 07:49 PM

Reply #83 indah1285's post

Manyak kali dia komplen tenet dia sehlow... tapi nampak dia sempat juga wat itu ini kat forum.. kalo dok YM tu pun laju jek.... ada ilmu bang Ib ni..tu yg tenet sehlow pun dia leh overcome :)

[ Last edited byantiQue at 16-8-2008 08:54 PM ]

ibnur Publish time 16-8-2008 08:49 PM

Balas #84 antiQue\ catat

walaupun slow, boleh la bukak page.kalau tak leh bukak, tak forum terus.:lol:
tu yang heran sekali, YM tak pernah kena effect slow ni...:o

indah1285 Publish time 17-8-2008 08:40 AM

Balas #84 antiQue\ catat

pelik gak, connection YM abg ib ok lak....:lol:

In kt sini pun kdg2 ym angau memanjang...:mad:

derose83 Publish time 17-8-2008 02:11 PM

Bulan Syaaban
Sabda Nabi s.a.w :
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu ( Al-Hadis)
Sesiapa berpuasa sehari sebelum bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya seluruh bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya pada hari kiamat dan diwajibkan Allah syurga baginya.( Al-Hadis )
Sesiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. ( Al-Hadis dari kitab Al-Barokah )
Berkata Siti Aishah s.a.w bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.wialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani & rohani).
Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan. Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, diberikan rezeki baginya; antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
Oleh itu saya menyeru agar semua muslimin/muslimah bersegera dalam membuat amal kebaikan ini disamping menyambut ketibaan Ramadhan
yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi semoga dosa-dosakita dikifarahkan oleh Allah S.W.T.Insya Allah.

MUZRI Publish time 17-8-2008 02:43 PM

IBADAH DI BULAN SYAABAN

Bulan Sya'ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya'ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat padabulan Sya'ban

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya'ban
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya'ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya'ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1.   Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2.    Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3.    Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain,hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i.Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan   dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan dirikepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya'ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya'ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

揃ulan itu (Sya'ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa

auntie_girl Publish time 17-8-2008 02:51 PM

tq..tq..:D

tapi awatnyer dah nak habis syaban baru tepek:o

Kilokahn Publish time 18-8-2008 09:00 AM

Originally posted by temansejati17 at 15-8-2008 12:40 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
amalan nisfu syaaban ni ikutan israiliyat.sama macam hari yum kipur mereka.sya nak tanya, betul ke malam tu, kitab amalan akan ditukar?sebab orang yahdi pun cakap macam tu masa yum kipur.

Ada sapa2 yg boleh jawab soalan temansejati17?

supernaturalee Publish time 18-8-2008 09:18 AM

Reply #9 Syd's post

off topic jap.hmm, igtkan terer kt gosip jer...
sayu sekejap ble melihat diri ini jika nk dibandingkan dgn saudara syd:$

tore Publish time 18-8-2008 11:12 AM

KENYATAAN:
揾adis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah)

ibnur Publish time 18-8-2008 09:39 PM

...ada kata palsu, ada kata lemah...:funk:

norrah_joe Publish time 17-7-2009 05:13 PM

makcik hubby aku amalkan berpuase 3 bulan berturut2 tanpa tinggalkan satu hari pun..

rejab, sya'ban & ramadhan..

boleh ker ha?

sbb setahu aku hari last bulan sya'ban dah xleh puase..

tlg explain kat aku dgn cara yg senang aku nak paham..
kalu amalam ni baik aku xkesah..tp kalu tidak..aku rase lebih baik ditegur..

doubleeleven Publish time 20-7-2009 10:00 AM

pada saya fadhilat2 syaaban & ramadhan itu hanyalah sebagai penggalak untuk menarik kita melakukan ibadah sunat di bulan2 tersebutuntuk kita lebih bersedia menyabut kedatangan remadhan.Aggaplah ia sebagai bonus sekiranya ada.Jika tidak Allah tentu akan membalas baik bagi setiap amalan baik yang kita laksanakan.

tak kemana sudahnya kita nak memperdebatkan tentang kesahihan hadith2 yang sering diperkata. pokok pangkal nya niat dan keihlasan kita sebagai hamba dalam melaksanakan perintahnya dan dalam mencari redha ilahi.


wallahualam.
Pages: 1 2 3 4 [5]
View full version: Berkaitan Puasa dan Amalan Sya'aban & Rejab only


ADVERTISEMENT