Gess Publish time 6-4-2007 03:09 AM

Originally posted by braderjoni at 3-4-2007 08:35 PM
apa kejadahnya nak mod tutup thread ni? ikut suka hati ko jer..... kenapa lak kita kena tutup keaiban mufti walaupun dia buat silap?

ayat kasar mcm nie pun dpt cap tangan...i smell something fishy here...:hmm:

FraidyCat Publish time 8-4-2007 11:27 AM

kita ada sebab yang jelas untuk mencurigai mereka-mereka ini, tengok laman web bawah - http://www.joshuaproject.net/peopctry.php - pilih negara Malaysia dan Kaum Peninsular Malay

Project Joshua ini adalah usaha mereka untuk mengkrisitiankan penganut agama laintermasuk Islam dan meletakkan pendakwah mereka dalam setiap kaum di dunia. Menurut statistik mereka sendiri Malay Peninsular yang berjumlah 6.9 juta, 3.5 peratus sudah berjaya di tukar agama, ini bermakna dalam lingkungan jumlah 241,500 orang. Aku sendiri terkejut betapa detailnya maklumat mereka dengan jumlah kaum dan komposisinya di Malaysia. Sama ada orangnya adalah Azhar atau siapa boleh di debat tapi berlakunya proses kristianisasi ini adalah jelas sekali.

Syd Publish time 8-8-2007 04:22 PM

Azhar Mansor miliki isteri bukan Islam?
08-08-2007 04:08:31 PM
Oleh AZEMAN ARIFFIN


LANGKAWI:Selepas sepi hampir setahun berikutan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya, pelayar solo negara Datuk Azhar Mansor memecahkan sikap membisunya dengan meluahkan rasa kecewa terhadap pelbagai fitnah yang dilontarkan kepadanya.

Azhar, 48, berkata beliau bukan merajuk atau cuba memutuskan hubungan dengan dunia luar sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada usaha untuk memajukan dirinya dalam bidang perniagaan perkapalan yang diusahakan sekarang.

"Saya tidak pernah berubah, saya adalah Azhar bin Mansor, seorang pelayar dan sekarang peniaga dalam industri bot layar di Langkawi," begitulah jawapan Azhar ketika memulakan perbualan apabila ditanya mengenai perkembangan terbaru dirinya.

Bercakap kepada Bernama di sini, Azhar yang pernah diberi gelaran "Pahlawan Bangsa" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan agung Umno pada Nov tahun lepas, mengaku walaupun mengambil sikap "tidak ambil peduli" terhadap pelbagai fitnah itu tetapi ia tetap memberi kesan terhadap kehidupan hariannya.

Secara sayu anak kelahiran Kangar itu berkata: "Cuma saya tak faham ialah kenapa saya harus difitnah sebegini.

"Adakah mereka tahu apa yang saya dapat pada hari ini adalah semata-mata kerana usaha sendiri yang bekerja dari pagi hingga ke malam untuk membina kehidupan bagi keluarga".

Azhar yang kini menjalankan perniagaan pengendalian hentian bot layar dan pembuatan bot di Telaga Harbour Park di sini, muncul sebagai wira negara setelah menjadi rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia melalui pelayaran solo pada tahun 1999.

Bagi melengkapkan misi yang diikuti secara teliti oleh rakyat Malaysia, pelbagai cabaran dihadapinya dan yang paling getir apabila tiang kapal layarnya patah setelah dilanda ribut ketika di perairan Cape Horn, Amerika Selatan, menyebabkan tersadai seketika.

Namun dengan bantuan kerajaan dan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu, pelayaran Azhar dapat diteruskan bagi tempoh 190 hari dan kegigihannya itu menjadi pencetus kepada semangat "Malaysia Boleh".

Azhar yang berumur 41 tahun ketika memulakan misi pada 2 Februari 1999 dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang berharga RM2 juta, menamatkan pelayaran itu apabila tiba di tanahair pada 11 Ogos tahun sama.

Sejak itu, Azhar bukan sahaja tidak dapat melarikan diri dari menjadi sanjungan ramai termasuk media, sebaliknya ia menjadi permulaan kepada pelbagai fitnah dan kontroversi.

Menurut Azhar antara fitnah pertama dihadapinya ialah apabila dituduh sebagai penagih dadah dan setelah disahkan tidak terbabit dengan dadah, pelbagai fitnah lain terus dilontarkan hingga beliau mengambil sikap berdiam diri.

Bagaimanapun, sikap itu tidak membantu apabila beliau bukan sahaja didakwa murtad malahan kononnya menjalankan kegiatan memurtadkan para pelajar Islam pula.

Katanya yang terbaru pula ada pihak yang mengatakan dirinya telah berkahwin lagi dengan seorang wanita yang bukan beragama Islam.

"Jawapan saya terhadap fitnah terbaru ini ialah saya telah berkahwin dengan seorang wanita dari Sabah sejak 22 tahun lepas dan itu satu-satunya isteri saya yang kini menetap di Kuala Lumpur bersama-sama dengan tiga anak kami," katanya.

Katanya tohmahan yang disebarkan menerusi laman web dan sistem pesanan ringkas (SMS) itu sebenarnya tidak melemahkan dirinya untuk maju.

"Sebagai seorang pelayar, kita dilatih untuk mempunyai satu kepakaran, iaitu bagaimana untuk menghadapi sesuatu yang di luar jangkaan termasuk berdepan dengan maut ketika berseorangan di laut," katanya.

Menurutnya fitnah dan mulut manusia itu juga umpama ombak, sesuatu yang tidak boleh dikawal.

"Tidak guna kita cuba mengawal perkara yang di luar kawalan, jika ombak besar datang, ia tetap datang dan kita tidak boleh menghalang.

"Apa yang harus kita lakukan ialah memberi tumpuan kepada perkara yang boleh dikawal sahaja untuk menyelamatkan diri," katanya tenang.

Membuka kisah perniagaannya, satu topik yang jarang dikongsinya dengan banyak pihak, Azhar berkata kehidupannya sebagai ahli perniagaan tidak semudah yang disangka kerana seringkali bekerja hingga larut malam bagi menyelenggara atau memperbaiki bot pelancong yang rosak.

"Saya ada 25 pekerja, kebanyakannya anak tempatan Langkawi dan tumpuan perniagaan sekarang ialah untuk membina bot-bot layar atas jenama JG (singkatan kepada Jalur Gemilang)," katanya yang berusaha untuk menarik lebih banyak bot asing ke Langkawi.

Katanya sebelum ini beliau menerusi syarikat perkapalannya sering membawa rombongan pelajar termasuk guru semasa cuti sekolah untuk menaiki bot dan belayar mempelajari ilmu pelayaran secara teori dan pratikal.

"Bagaimanapun, semua ini terpaksa dihentikan buat sementara kerana fitnah orang walaupun program ini mendapat sambutan yang baik dan kita tidak pernah mengenepikan bab solat," katanya.

Ditanya mengenai keengganannya mengucap kalimah syahadah untuk membuktikan dirinya masih seorang Islam ketika diminta wartawan semasa perhimpunan agung Umno lepas, hingga mengundang rasa curiga banyak pihak terhadapnya, Azhar tetap mempertahan tindakannya itu.

"Saya tidak berbuat demikian kerana saya dicabar.

"Ini kerana saya percaya selepas mengucappun, orang akan tetap curiga dan bertanya pula apa jenis fahaman Islam saya.

Lepas itu macam-macam lagi soalan lain yang tak akan ada kesudahannya bagi mengeruhkan lagi suasana," katanya mengakhiri perbualan. BERNAMA

ruz Publish time 9-8-2007 11:57 PM

hmmmm........:(

willy_wonka Publish time 10-8-2007 12:13 PM

Reply #75 HangPC2's post

aku setuju..
thread ni dah byk lari tajuk..mcm thread di politik pulak bukan lagi HISTORY AND MYTH..

remizati Publish time 10-8-2007 02:54 PM

Reply #81 Gess's post

beri the fishy..tak baik ejek mufti...nasib baikler ada org tak bleh jatuhkan hukum sbb kurang ilmu..tp masalahnyer ader rg yg cetek ilmu suka jatuhkan hukumansesuka hati..beri the fishy..

gelupur Publish time 10-8-2007 06:50 PM

naper dia masih xnak mengucap depan public?susah sgt ke nak mengucap

akukamudandia Publish time 4-2-2008 02:56 PM

assalamualaikum..
berdasarkan info yg diberi oleh lecture agama penulis,
Azhar mansor telah pun murtad.. semasa dia berada dlm pelayaran nya mengelilingi dunia, tiang layarnya telah patah, dia terpaksa mengharungi lautan yg bergelora tnpa layarnya.. semalaman dia berdoa agar tuhan menolongnya.pada satu pagi dia menyedari yg kapal layarnya telah trdmpar di suatu tempat, dan apabila dia keluar dr kapal layarnya, dia ternampak satu daratan yg mempunyai lambang salib. dia percaya lambang salib itu sbg pertolongan dr tuhan..
hanya tuhan yang tahu..

sayapghaib Publish time 5-2-2008 10:34 AM

Originally posted by gelupur at 10-8-2007 06:50 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
naper dia masih xnak mengucap depan public?susah sgt ke nak mengucap

Mungkin betul juga pendiriannya itu.Jika beliau mengucap di depan Public pun mesti akan ada tuduhan yang beliau berpura-pura mengucap 2 kalimah Shahadat.Jadi tentu sahaja kes ini tak akan ada kesudahannya.

sayapghaib Publish time 5-2-2008 10:41 AM

Originally posted by akukamudandia at 4-2-2008 02:56 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
assalamualaikum..
berdasarkan info yg diberi oleh lecture agama penulis,
Azhar mansor telah pun murtad.. semasa dia berada dlm pelayaran nya mengelilingi dunia, tiang layarnya telah patah, dia...

Alaikumsalam.
Lecture kat tempat kerja saya pun ada kata macamtu.Cuma yang lawaknya bila dia kata korang cuba tengok tiang layar jalur gemilang berbentuk salib.Saya cakap balik, apa la kau punya ngok.Semua tiang layar berbentuk t untuk memudahkan layar dikembang dan diikat.Itulah yang terjadi kalau banyak ceramah main akal dan tak tahu, belagak tahu.Bayangkan apa dosa yang akan kita terima jika tuduhan kita itu tidak benar.Pasti besar dosanya.

rempo Publish time 5-2-2008 01:27 PM

Masa perhimpunan umno itu hari dia cuma kata.'Saya dilahirkan sebagai seorang Melayu,Islam..'.Memang dia takde sebutpun sama ada dia masih Islam atau sebaliknya.Tapi sebaik2nya kita tak payahlah sibuk2 pertikai iman orang yg kita tak tahu pun duduk perkara sebenarnya.Lainlah kalau dia declare dia dah murtad.Biarlah status iman dia tu antara dia dgn Allah.Kalau salah tuduh,kemudian tuduhan yg berat pulak tu,lain pulak yg mendapat.:P

sayapghaib Publish time 6-2-2008 10:11 AM

Originally posted by rempo at 5-2-2008 01:27 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Masa perhimpunan umno itu hari dia cuma kata.'Saya dilahirkan sebagai seorang Melayu,Islam..'.Memang dia takde sebutpun sama ada dia masih Islam atau sebaliknya.Tapi sebaik2nya kita tak payahlah...

Ya begitulah sebaik-baiknya.Mengkafirkan seseorang itu amat besar dosanya jika tuduhan itu tidak benar.

sayapghaib Publish time 12-2-2008 01:23 PM

Pendapat berikut adalah dari Ibnu Yusuf seorang penulis terkenal.




Assalamu'alaikum,

Anda mungkin sudah tahu berita ini. Pada 17 November 2006 di PWTC tiba-tiba Dato Azhar Mansur muncul di kalangan para pemimpin Melayu dan kemudiannya apabila diwawancara oleh para pemberita beliau telah buat kenyataan yang bermaksud bahawa beliau masih seorang Melayu yang beragama Islam. Kenyataan beliau itu mungkin disambut baik oleh sebahagian besar orang-orang Melayu-Muslim di Nusantara (berita kononnya beliau sudah masuk Kristian telah tersebar luas), namun mungkin juga pengakuan beliau itu masih tidak memuaskan hati sebahagian Melayu-Muslim yang lain. Ini mungkin bersebab dari keadaan sebelum ini bila mana beliau hanya mendiamkan diri (mengenai status agama beliau) sedangkan sepatutnya beliau merasa bangga dan syukur mengaku sebagai Muslim.

Pada pendapat saya, kisah Dato Azhar Mansur ini patut menjadi pengajaran kepada orang-orang Melayu-Muslim di Nusantara. Eloklah jika kita tidak terlalu membesar-besarkan berita (murtad) yang belum tentu kesahihannya sebab ianya punya akibat yang kurang baik bukan saja terhadap yang ditohmah malah kepada keseluruhan masyarakat Islam. Kita pilih yang mana? Mahu memburukkan saudara sesama Islam sebelum jelas nampak putih atau hitam atau bersangka baik terhadapnya dan mengharapkan natijah yang baik lagi dirahmati Allah berlaku bila Dia menghendaki ianya berlaku?

Kini mungkin pula ada pihak yang akan persoalkan mengapa pula Dato Azhar Mansur tunggu perhimpunan UMNO berlangsung baru mahu buat kenyataan (bahawa dia masih Islam)? Adakah isu Dato Azhar Mansur telah dipolitikkan untuk faedah pihak-pihak tertentu? Adakah beliau telah dipaksa atau disogok dengan wang? Seribu soalan boleh diajukan oleh sesiapa saja, dan kita perlu ingat bahawa kerana itu jugalah perkara yang sudah jelas jadi kabur kembali.

Dan sekarang siapakah yang patut kita salahkan pula? Atau adakah kita akan persoalkan sama ada kenyataan Dato Azhar Mansur bahawa beliau masih Islam itu hanya satu tipudaya atau satu kenyataan untuk memberhentikan tohmah saja sedangkan dia memang sebenarnya sudah murtad? Apakah isu yang akan timbul selepas ini tentang isu Dato Azhar Mansur?

Renungkanlah soalan ini: Adakah sebelum ini Dato Azhar Mansur telah berdosa pada anda? Contohnya adakah sebelum ini beliau telah hina anda atau telah berkata kepada orang lain bahawa anda telah murtad? Kalau tidak, adakah tindakan kita menuduhnya murtad itu berbaloi? Dan adakah tuduhan kita bahawa Dato Azhar Mansur sudah murtad itu dapat pahala?

Dan, apakah tidak cukup lagi bila mana Dato Azhar Mansur telah mengaku masih Islam? Saya bukanlah terlalu menyokong Dato Azhar Mansur, tapi sebagai seorang Muslim, saya perlu catat sesuatu untuk renungan kita semua termasuk diri saya sendiri.

[ Last edited bysayapghaib at 12-2-2008 01:24 PM ]

ninja9 Publish time 16-2-2008 08:54 AM

Originally posted by sayapghaib at 5-2-2008 10:34 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Mungkin betul juga pendiriannya itu.Jika beliau mengucap di depan Public pun mesti akan ada tuduhan yang beliau berpura-pura mengucap 2 kalimah Shahadat.Jadi tentu sahaja kes ini tak akan ada ...


faham perangai bangsa sendiri kan..tu sebab dia malas layan sangat...baik tumpukan kepada perniagaan ...

JUSTcircle Publish time 16-2-2008 05:11 PM

hmm.... macam2 cerita dah dengar..

abae Publish time 27-8-2010 05:28 AM

Allah maha mengetahui....

pejai_arts Publish time 27-8-2010 05:25 PM

dah 2 taun mendap tetiba je muncul balik

nizhangg Publish time 28-8-2010 04:02 PM

Ha!....sebagai petanda....... apa berita terbaru pelayar ini????

koboi Publish time 29-8-2010 10:17 AM

bila empunya diri dah kata dia tidak kristian
maka kita kena percaya lah kan
lain lainnya biarkan dia dengan Allah
:)

veYron Publish time 31-8-2010 12:04 PM

mak aku cakap, kawan2 dia dok cita.....
azhar mansor ni time mnyambut dia sampai Msia lpas berlayar, dia bisik kt TUN DR M, dia nk kua islam....
then DR M marah n swoh dia kua msia
Pages: 1 2 3 4 [5] 6
View full version: Dato Azhar Mansor - apa cerita sebenarnya


ADVERTISEMENT