razifah Publish time 1-2-2007 04:26 PM

http://members.tripod.com/flora_my-da/dm/mamia01n.jpg

Bunga Cempaka Putih

razifah Publish time 1-2-2007 04:26 PM

http://members.tripod.com/flora_my-da/dm/mamac02n.jpg

Bunga Cempaka Telur

razifah Publish time 1-2-2007 04:33 PM

http://www.melur.com/images/myherba/sundal_malam.jpg

Bunga Sundal Malam

Mas916 Publish time 1-2-2007 04:35 PM

di sana tempatmu BUNGA MELUR.............
di taman yg indah...BUNGA MELUR.....

razifah Publish time 1-2-2007 04:36 PM

http://www.rimbundahan.org/environment/naturalist_articles/fragrant/fragrant5.jpg

Bunga Kesidang atau nama botaninya, 'canangrium scortechinii' merupakan sejenis tumbuhan kecil yang istimewa. Batangnya yang kecil tetapi keras dan dahannya mengembang di atas junjung yang dibina untuknya. Seluruh bahagian pokok ini mengandungi getah, daunnya hijau mirip daun sirih, rimbunannya memberi naungan kepada pokok-pokok lain yang berdekatan. Bentuknya yang kecil dan sifatnya yang lembut menjadikan Bunga Kesidang sebagai bunga yang dijadikan hiasan di tempat-tempat yang terhormat.

Masyarakat tradisi Melaka menjadikan Bunga Kesidang sebagai bunga dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat upacara adat seperti tepak sirih dan bunga rampai.

Bunga Kesidang melambangkan kesederhanaan watak dan peribadi masyarakat Melaka yang ramah dan sopan santun.

razifah Publish time 1-2-2007 04:36 PM

Reply #6 Mas916's post

huhuhu...ingat lagu tue mas...;P

razifah Publish time 1-2-2007 04:46 PM

http://www.melur.com/images/myherba/bunga_melur.jpg

Bunga Melur (yg banyak kelopak)

razifah Publish time 1-2-2007 04:48 PM

Originally posted by Mas916 at 1-2-2007 04:35 PM
di sana tempatmu BUNGA MELUR.............
di taman yg indah...BUNGA MELUR.....

khas utk mas ;P


Bunga Melur

Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai

Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu

Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa

Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja

razifah Publish time 1-2-2007 04:54 PM

http://www.melur.com/images/myherba/bunga_tanjung.JPG

Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana.Ia biasa dijumpai ditanam ditepi-tepi jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat memberikan teduhan dari cahaya matahari yang terik. Bunga tanjung berbau sangat wangi dan biasa digunakan sebagai hiasan kepala masyarakat melayu tradisional dan kaum india.Bunga tanjung juga tahan lama dan boleh direndam dalam minyak kelapa setelah kering untuk mengembalikan harumannya.Biasanya bunga tanjung yang direndam dalam minyakm kelapa ini digunakan sebagai bunga hiasan kepala untuk mewangikan rambut. Daun tanjung berwarna hijau tua, agak keras dan mempunyai permukaan yang berkilat. Buahnya berbentuk bujur,berwarna hijau ketika muda dan jingga setelah masak.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedikit manis.Tumbuhan ini membiak dari keratan batang dan biji benih.

( DULU MASA KECIK2 TAK BERANI MAIN KAT BAWAH POKOK NI ;P )

ainnia Publish time 1-2-2007 07:57 PM

tiba2 cik ifa sgt berminat bunga wangi.... ;P ;P ;P

haniman Publish time 1-2-2007 09:06 PM

Originally posted by razifah at 1-2-2007 04:46 PM
http://www.melur.com/images/myherba/bunga_melur.jpg

Bunga Melur (yg banyak kelopak)

Bunga ini kak iman ada tanam.Tapi dia jarang2 berbunga, bilaberbunga, amboi wangi semerbak dari jauh dah tahu ada bunga kembang/

haniman Publish time 1-2-2007 09:08 PM

Originally posted by razifah at 1-2-2007 04:36 PM
http://www.rimbundahan.org/environment/naturalist_articles/fragrant/fragrant5.jpg

Bunga Kesidang atau nama botaninya, 'canangrium scortechinii' merupakan sejenis tumbuhan kecil yang istimewa....

nama lain untuk bunga ni, bunga tikam teladang atau bunga keraknasik.Dulu masa kecik2 suka ambik bunga ni letak dalam telekongsembahyang supaya telekong berbau wangi.

alibnmat Publish time 1-2-2007 10:34 PM

Originally posted by razifah at 1-2-2007 04:54 PM
http://www.melur.com/images/myherba/bunga_tanjung.JPG

Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana.Ia biasa dijumpai ditanam ditepi-tepi jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat mem ...

Nape masa kecik2 tak berani main bawah pokok nih? Bole beritahu?

Mas916 Publish time 2-2-2007 07:56 AM

Originally posted by haniman at 1-2-2007 09:06 PM


Bunga ini kak iman ada tanam.Tapi dia jarang2 berbunga, bilaberbunga, amboi wangi semerbak dari jauh dah tahu ada bunga kembang/


kat umah mas pun ada....beli kat Padang Besaq (Siam mali....) tp mmg dia jarang berbunga la kak iman...kalau nk banding yg tak byk kelopak tuh....tgk umah jiran yg tak byk kelopak tu mmg rajin berbunga....

Mas916 Publish time 2-2-2007 07:58 AM

Originally posted by razifah at 1-2-2007 04:48 PM


khas utk mas ;P


Bunga Melur

Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai

Tapi warn ...


:tq: ifa.....:loveliness:

afyyzuul Publish time 2-2-2007 10:23 AM

Reply #17 Mas916's post

Bunga kemuning pun wangi juga. Warna putih...bunga agak kecil. Tp bau dia memang sedap. Nanti yg kat umah tu berbunga saya tepek gambar.

Mas916 Publish time 2-2-2007 11:03 AM

ifa... ada gambaq yg tak nampak la.....hat bunga cempaka tuh..

Mas916 Publish time 2-2-2007 11:05 AM

Originally posted by afyyzuul at 2-2-2007 10:23 AM
Bunga kemuning pun wangi juga. Warna putih...bunga agak kecil. Tp bau dia memang sedap. Nanti yg kat umah tu berbunga saya tepek gambar.


mmg tatau munger dia cam na... tak pa tunggu afy tempek gambaq...
saya tgh cari pokok kerak nasi.....tgk kat Telaga Ayaq Hangat Langkawi.... byk pokok kerak nasi....

ainnia Publish time 2-2-2007 12:01 PM

http://www.prn2.usm.my/mainsite/plant/images/cananga1.jpg


Pengenalan

Famili: Annonaceae

Nama Melayu: Kenanga, Ilang ilang

Nama Lain: Canangium odoratum, Ylang-ylang Oil.

Penerangan

Tumbuhanini boleh membesar danmencapai ketinggian 30-35m. Batangnya berwarna kelabu asap. Daun tumbuhan ini berwarna hijau dan tersusun berselang seliserta berbentuk bujurberukuran 7-23 cm panjang dan4-10 cm lebar. Tumbuhan inijuga mempunyai bunga berwarna kuning kehijauan yang wangi serta mempunyai 6 kelopak.

Kegunaan tempatan

Bunga digunakan untuk merawat asma dan gatal-gatal pada kulit sementara bijinya pula diguna untuk mengubati sakit perut.

Tumbuhan ini biasanya diitanam sebagai pokok hiasan dan di gunakan dalam industri pembuatan kosmetik.

ainnia Publish time 2-2-2007 12:02 PM

Keracunan

Bahagian Beracun: Bunga

Bahan Aktif: Minyak dalam bunga seperti metil benzonate, metil salisilat, geraniol, linalol, eugenol, ylangol, terpenes safrol, benzyl acetate ,pinene dan campuran asid benzoik, formik, acetik danvalerik.

Kesan Keracunan

Boleh menyebabkan keradangan.

http://www.prn2.usm.my/mainsite/plant/images/cananga2.jpg

bahaya gak bunga kenanga ni
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: ------(@ Bunga-bunga Wangi


ADVERTISEMENT