Syd Publish time 22-12-2008 04:34 PM

http://img185.imageshack.us/img185/4002/norjanmf4.jpg


Kes bunuh Pembantu Menteri:Lebih 100 luka tikaman pada tubuh Norjan, kata Ahli Patologi

Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu Khamis diberitahu bahawa terdapat lebih 100 luka akibat ditikam ditemui pada tubuh Datuk Norjan Khan Bahadar, 52, semasa bedah siasat dijalankan pada hari yang sama beliau ditemui mati.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah itu dijumpai mati pada 11 Feb 2004 di Bilik 208 Shangri-La Hotel, Bandaran Berjaya di sini, dan Azman Bakar @ Samsuddin Mustamin, 27, bekas pelayan di hotel itu, menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Norjan antara 4 pagi dan 6 pagi.

Ahli patologi yang bertugas di Hospital Queen Elizabeth di sini, Dr Jessie Hiu @ Jessie Dorey Hiu Chen Chen, 37, memberitahu perbicaraan kes pembunuhan itu di hadapan Hakim Datuk Ian Chin bahawa Norjan mengalami kecederaan berganda kebanyakannya pada muka dan lehernya.

Hiu merupakan saksi pendakwaan kedua yang dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu selepas Ketua Bahagian Serologi dan DNA Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Primulathi Jaya Krishnan, 51, berbuat demikian Rabu.

"Terdapat kecederaan berganda dalam pelbagai saiz, sebahagian besarnya dengan panjang antara 0.3 dan 0.8sm," katanya mengenai bedah siasat yang beliau jalankan pada 2.15 petang hari berkenaan.

Hiu berkata 79 luka tikaman ditemui pada pipi kiri dan lubang hidung Norjan, 11 luka pada kanan leher, enam luka tikaman pada kiri dahi dan 23 luka pada bahagian atas kepala di sebelah kiri.

Berikutan jumlah luka yang banyak, Hiu terpaksa merujuk kepada draf laporan bedah siasatnya dengan kebenaran mahkamah bagi memastikan jumlah luka tikaman dan lokasinya.

Kepada soalan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorbahari Baharuddin mengenai sebab kematian Norjan, Hiu berkata kematiannya itu disebabkan luka tikaman pada leher.

Beliau berkata luka tikaman yang lain tidak menjejaskan struktur penting mangsa, kecuali satu luka pada bahagian kanan leher yang telah memotong saluran darah.

Noorbahari juga bertanyakan Hiu sama ada beliau pernah melihat luka berganda sama seperti yang ditemuinya pada badan Norjan selepas pakar itu menjalankan lebih 500 bedah siasat.

Hiu berkata: "Saya pernah melihat kecederaan luka yang berganda...yang ini nampaknya agak kecil."

Hiu juga memberitahu mahkamah bahawa semasa memeriksa mayat Norjan di tempat kejadian pada pagi sebelum menjalankan bedah siasat, beliau telah membuat pemeriksaan luaran pada mayat Allahyarham dan mendapati Norjan memakai baju tidur biru, seutas rantai leher dengan loket dan dua bentuk cincin pada jari kirinya.

Selepas melakukan bedah siasat di sebelah tengah hari, Hiu berkata beliau menyerahkan kesemua barang kemas itu kepada ASP Mohd Azhar Hamin yang turut menyaksikan bedah siasat itu.

Terdahulu, dalam prosiding pada sebelah pagi, Primulapathi yang menjawab soalan Noorbahari semasa pemeriksaan utama berkata beliau telah menganalisis alat yang diperbuat daripada besi itu.

"Analisis saya terhadap pemegang kayu itu tidak membawa sebarang kesimpulan memandangkan DNA yang diperolehi hasil calitan daripada pemegang itu tidak mencukupi," katanya semasa ditanya sama ada beliau menjalankan ujian DNA terhadap alat berkenaan.

selipar_hijau Publish time 23-12-2008 08:32 AM

Reply #316 Syd's post

tu gambar norjan ngn sapa tu??   :o :o :o

rhys88 Publish time 23-12-2008 08:59 AM

Originally posted by Syd at 16-12-2008 05:00 PM http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
hehehe

bukan..

mamat karisma lebih banyak dari angkasawan tu...


PM baru thailand

:lol:

off topik sat..

dr spencer reid kan syd..:$ :$

Syd Publish time 23-12-2008 10:36 AM

Reply #317 selipar_hijau's post

stok gegeli dia merangkap driver dia

:)

Syd Publish time 23-12-2008 10:38 AM

Reply #318 rhys88's post

OT:

yang skrg nih ye..
yang tu hari abhisit

:$

selipar_hijau Publish time 23-12-2008 10:41 AM

Originally posted by Syd at 23-12-2008 10:36 AM http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
stok gegeli dia merangkap driver dia

:)


tak tahan tang spek mata hitam tuu..:lol: :lol: :lol:

Syd Publish time 23-12-2008 11:06 AM

Reply #321 selipar_hijau's post

makcik nih cun tauuu

dari leher ke atas

tapi dada ke bawah...standard laa bodi makcik2 gitu

kang aku paste artikel, dorang ckp bod gosip plak..

tapi buleh tahan laa makcik nih

takpe..dia pun dah takde

rhys88 Publish time 23-12-2008 11:41 AM

isskk..pehal asek mentenen..ilang reply aku td..:'(

rhys88 Publish time 23-12-2008 11:44 AM

Reply #322 Syd's post

kan..mmg berat kes dia nih..taleh cakap lelebih..

ari tu masa jenjalan kat kk, terdengar sorg aunty cina ni kata..malukan. dia dah mati habis terbongkar semua kisah2 buruk dia. yg malu sapa, kuarge dia jugak.. ( ni aku dah edit sikit2 sesedap rasa nih..:$ )

Syd Publish time 23-12-2008 11:52 AM

Reply #324 rhys88's post

kat satu website mmg tulis direct je pasal dia

:$

rhys88 Publish time 23-12-2008 12:03 PM

Reply #325 Syd's post

erkk.. :doh3:

aku jugak ketinggalan kapalterbang..:sweat3:

ingat rahasia sulit sgt..

btw, pe jadik kes ni ye.. pembunuh still blm d tangkap kan..kalo salah amponn..:$

Syd Publish time 23-12-2008 12:13 PM

Reply #326 rhys88's post

mati buta2 je

orang yang kena tangkap, kena dakwa ke apa

rasanya dilepaskan...

Syd Publish time 23-12-2008 12:14 PM

Reply #326 rhys88's post

http://www.tranungkite.net/lama/d02/rmuda137.htm

rhys88 Publish time 23-12-2008 02:00 PM

Reply #328 Syd's post

isy3x...*tuuut* nye...

tq 4 d link..:loveliness:

selipar_hijau Publish time 23-12-2008 04:08 PM

Reply #328 Syd's post

dah bukak link ituuuuu.. :L :L :L

Syd Publish time 23-12-2008 04:18 PM

Reply #330 selipar_hijau's post

layannnnn

:lol:

mea Publish time 24-12-2008 11:02 AM

Balas #331 Syd\ catat

aku tolong letak balik..:L :L :L

http://www.tranungkite.net/lama/d02/rmuda137.jpg

ingat lagi time tu, kecoh ya amat :L

cewekbopot Publish time 26-12-2008 03:22 PM

isk aku baru pes time tengok gambo nih...adeh...lomah den...:L

Syd Publish time 30-12-2008 09:54 AM

Reply #333 cewekbopot's post

dah laaaaamaaaa dah kuar gambo nihhhhh

waktu dia memula mati dulu

Syd Publish time 9-1-2009 05:05 PM

Pegawai perkapalan dihukum gantung bunuh teman wanita
09/01/2009 4:15pm

KUALA LUMPUR 9 Jan. — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pegawai perkapalan yang didapati bersalah membunuh dan membakar teman wanitanya di sebuah hotel enam tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Ideres Muhammad Rapee mengenakan hukuman itu terhadap Rusman Sulaiman, 42, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam kes itu.

Rusman didakwa membunuh Sheeren Liau Ee, 36, dengan melilit kain tuala di leher dan menekup muka mangsa dengan bantal, kemudian membakarnya menggunakan minyak petrol.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak telah bertengkar dengan Sheeren selepas wanita itu meminta tertuduh menceraikan isterinya.

Menurut bedah siasat yang dilakukan oleh Dr Nurliza Abdullah dari Hospital Klang, terdapat 14 hirisan luka di bahagian kepala dan leher serta 15 hirisan luka di tangan dan juga terdapat pendarahan yang teruk pada selaput otak mangsa. - Bernama
Pages: 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 [28] 29 30 31 32 33 34 35 36 37
View full version: Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia


ADVERTISEMENT