Maxx Publish time 18-11-2008 12:05 PM

:o :o :obesar nya banjir tahun 1971

Maxx Publish time 18-11-2008 12:24 PM

kes laki bunuh isteri dengan kejam di kem TLDM Lumut...camana cerita nya yek?

aku tak tahu details nya

Joe Hahn Publish time 18-11-2008 04:29 PM

kes yg jadi kat alor star tu camana ek..

yg baru ni jer hukuman mati dijatuhkan kat 2 0rg melayu ni..

bunuh org cina dalam rumah ..

aku dah lupa ar nama suspek tu , tapi yg aku ingat masa kes ni kecoh dulu , depa ni menuntut ilmu.... taktau lah rumor tu betul ke tak ...

owenkatz Publish time 18-11-2008 05:18 PM

aku sedih amat bila tgk children as victims. :'( :'( :'(

Syd Publish time 18-11-2008 05:21 PM

Reply #294 Joe Hahn's post

ada kot aku tepek artikel pasal tu
kat page sebelum nih

sorang kantoi - gantung

sorang lagi lepas

misz^frid@y Publish time 18-11-2008 06:25 PM

Originally posted by Syd at 19-6-2008 10:37 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
a ah
mak aku kalau bab2 sejarah nih
mmg power


psttt...
gosip artis dulu2 pun
aku mintak ngan dia laaa

haha

semua tekun je dgr bila mak aku dah start bukak citer

:lol:


hahahahah kemana tak tumpah kuah kalu tak kebawah...
ehheeheh

Joe Hahn Publish time 18-11-2008 06:40 PM

Originally posted by Syd at 22-9-2008 09:51 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Bunuh, kerat lapan: Seorang dihukum gantung, dua lagi bebas

MUHAMMAD Zaidi Mohd. Salleh (kiri) yang dibebaskan sempat berbual dan melambaikan tangan kepada rakannya, Khairul Anuar Zakaria, 48, ...

kes ni la ...

ada rumor aku dengar , depa berdua ni menuntut ilmu kebal ke apa tah sekali ngan cina tu ...

Syd Publish time 24-11-2008 12:02 PM

Bunuh suami: Wanita, sepupu diarah bela diri


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1122/Kosmo/Negara/ne_10.1.jpg
SHAMIM (kiri) dan Javeed diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam selepas diarahkan membela diri atas tuduhan bunuh.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan seorang wanita dan sepupu lelakinya membela diri terhadap tuduhan membunuh suaminya dengan memasukkan ubat tidur ke dalam kari hidangan berbuka puasa lelaki itu empat tahun lepas.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh, Shamim Bano Mohammed Farooque, 41, dan sepupunya, Javeed Akhtar Abdul Waheed, 38, kedua-duanya berasal dari India.

Mahkamah menetapkan selama dua hari bermula 19 Mac tahun depan untuk kedua-dua tertuduh membela diri dengan tiga pilihan sama ada untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau memilih untuk berdiam diri.

Terdahulu, Zaharah meminda tuduhan asal kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 158 Kanun Prosedur Jenayah iaitu membabitkan pertukaran masa dan alamat tempat kejadian.

Mahkamah turut bertanya pihak pendakwa dan pembela sama ada mereka ingin memanggil semula saksi pendakwaan selepas pertuduhan pindaan dikemukakan dan Timbalan Pendakwa Raya Samihah Rhazali kemudian memaklumkan bahawa mereka tidak bercadang untuk memanggil semula saksi.

Tuduhan pindaan itu menyebut, Shamim dan Javeed didakwa bersama-sama membunuh Reyaz Ahamed Maruf, 39, pengarah urusan sebuah syarikat kitar semula plastik, dengan membubuh ubat tidur dalam kari hidangan berbuka puasa lelaki itu.

Selepas lelaki itu tidak sedarkan diri, tertuduh bersama Javeed dikatakan mencekik Reyaz sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah pasangan suami isteri itu. - Bernama

Syd Publish time 1-12-2008 10:33 AM

Terkenang ihsan penduduk - Pelarian Vietnam saban tahun lawat semula Semerak

Oleh WARTAWAN KOSMO! AHAD
ahad@kosmo.com.my


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1130/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.1.jpg
BIARPUN sudah membina kehidupan baru di Australia, pelarian Vietnam ini masih mengingati pemergian ahli keluarga tersayang yang terkorban dengan menziarahi perkuburan mereka di Kelantan setiap tahun.

TARIKH 30 November 1978, sebuah bot dari Vietnam sarat membawa 320 penumpang menempuh perjalanan perit, terpaksa berlabuh dari Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Kelantan.

Ketika gelora tengkujuh memuncak biarpun kira-kira 300 meter dari pantai itu, mereka lari daripada kekejaman rejim komunis di negara bergolak itu dalam keadaan keletihan.

Malang, mereka gagal mendarat dan 憈ersangkut

noor2 Publish time 1-12-2008 11:18 AM

kita memang cepat lupa.............tapi bila musibah tu timbul semula baru kita tersedar seketika.........

edmundo Publish time 1-12-2008 04:00 PM

Yg si indon nirmala tu...

Aku rasa dia dh ok dah ni.. Bertambah SIHAT aku tgk..:laugh3:

Kes2 mcm ni patut di buat pengajaran. Kite tk tau cerita yg sebenar, benarnya.

Aku masih skeptik dgn maid2 ni, lagi2 kes pembunuhan kt Shah alam. Yg dgrnye didalangi oleh bekas maid diorang.

Joe Hahn Publish time 2-12-2008 01:44 AM

tragedi tanah runtuh dekat terowong karak tahun 1996..pastu kat kuala dipang kat perak, kg org asli kena banjir akibat tanah runtuh

Syd Publish time 2-12-2008 08:47 AM

Reply #213 Joe Hahn's post

aku rasa pasal yang nih pun

dah ada tepek kat page awal2 lagi

noor2 Publish time 2-12-2008 11:31 AM

Reply #208 iscol_klang's post

tahun 71 nor belum lahir lagi.................

apa pun terima kasih info...........

Nocturna Publish time 3-12-2008 11:20 AM

Mat Komando

Mat Komando diburu 255 hari

Ketua Kumpulan 13 akhirnya tewas selepas mati ditembak dalam operasi subuh hari

KEHENINGAN subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.
Ketika itu jam menunjukkan sekitar 6.30 pagi, kebanyakan penghuni kampung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Alor Star itu baru bangun untuk menunaikan solat subuh manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.

Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad.

Penduduk tidak menyangka Mat Komando, 37, yang ditumpaskan pagi itu kerana tersebar khabar angin kononnya dia dipercayai berjaya menyusup keluar dari negara ini pada waktu berkenaan.

Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai Unit Tindakan Khas (UTK) pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari.

Operasi tragis itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya, Faridah Mat Piah, 34, dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam, (72 tahun ketika itu), membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar Harian Metro, supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Beberapa jam selepas operasi itu tamat, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai, mengesahkan bahawa lelaki yang berbalas tembak dengan polis waktu itu adalah Mat Komando.

Pengumuman itu sekali gus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando, yang dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu.

Kematian Mat Komando pada pagi itu berjaya menyelesaikan siasatan polis terhadap Kumpulan 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.

Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil, selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap manakala empat termasuk ketuanya, mati ketika berbalas tembak dengan polis.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan revolver .22; beberapa butir peluru hidup dan kelongsong serta wang tunai RM70 pada badan Mat Komando, pagi itu.

Ketika diburu selama lebih 200 hari, polis turut mengesan beberapa taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang ala Taliban serta botak licin (skin head).

Dalam beberapa serbuan polis sebelum itu, Mat Komando yang bertubuh tegap dan sasa berjaya melepaskan diri termasuk dalam Ops Api Sawit sebelum itu yang mengorbankan anggota kumpulannya termasuk abang ipar, Ismail Md Piah, di Bukit Selambau dan Jalan Gubir-Kuala Nerang pada 1 Januari 2002.

Selepas kejadian itu, Mat Komando terus berjaya mengelak daripada dikesan polis.

Kali terakhir dia dikesan di Baling, Kedah, ketika cuba membunuh orang kanannya, Mohd Syukri Husin, 31, yang bersamanya melepaskan diri daripada kepungan polis di Gemas, Negeri Sembilan, pada 5 Ogos 2002.

Tindakan itu membuktikan Mat Komando amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agak melepaskan tembakan ke arah sasarannya, hatta cuba membunuh orang kanannya itu kerana dipercayai akan memberi banyak maklumat mengenai kegiatannya kepada polis jika dibiarkan hidup.

Dalam tempoh 255 hari itu, pelbagai andaian dan cerita mengenai 慿ehebatan' Mat Komando diperkatakan kerana dia berupaya meloloskan diri daripada kepungan polis termasuk anjing pengesan.

Mat Komando juga mungkin mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan dia licik meloloskan diri, terutama ketika melarikan diri ke dalam hutan berbekalkan pengalaman dan kemahirannya sebagai anggota komando sebelum terjerumus ke kancah jenayah.

Antaranya termasuk Mat Komando memiliki ilmu kebal dan menguasai 慽lmu selisih' yang membolehkannya meloloskan diri tanpa disedari polis walaupun dikepung.

Mat Komando turut mencatat sejarah dalam fail jenayah polis apabila dikategorikan sebagai penjenayah 慴erhati kering' apabila berani mendedahkan mukanya dalam kebanyakan kes rompakan tanpa memakai topeng. Taktik itu memang jarang diamalkan penjenayah kerana ia menyebabkan mereka mudah dikenali, sekali gus memudahkan polis menjejakinya.

Modus operandinya ialah sebelum melakukan kegiatan, Kumpulan 13 akan merompak kereta terutama milik wanita dipercayai mudah untuk kenderaan itu dilarikan dan selepas misi mereka selesai ada di antara kenderaan itu dibakar bagi menghilangkan bukti.

Malah, ada yang mendakwa dia hanya boleh dibunuh ketika kedua-dua kakinya tidak berpijak di tanah.

Dalam banyak perjuangan, sama ada suci atau sebaliknya, perkara yang paling sukar bagi pihak bertentangan ialah jika buruannya tidak takut mati.

Teori sama dikatakan menghantui tentera Amerika Syarikat ketika berperang dengan Taliban di Afghanistan kerana pejuang itu tidak takut mati dan rela gugur syahid dalam pertempuran.

Mat Komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela mati daripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan. Subuh 12 September 2002 adalah penyudah kepada episod itu apabila dia ditembak mati dalam serbuan itu.

INFO

Mat Komando

NAMA: Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad
ALAMAT TERAKHIR DIKESAN: LLM 30 Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah tetapi dikatakan berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah.
GELARAN: Mat Komando, Mat Spring. Dilabel juga sebagai penjenayah paling ganas, kebal, licik ala Robin Hood.
KOD OPERASI: Ops Api Sawit dan Ops Api Sawit 2
GANAS: Mula sejak akhir 2001 dan mangsa pertama adalah pemborong kelapa sawit.
JENAYAH: Lebih 40 rompakan bersenjata membabitkan bank, pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Juga dikatakan terbabit dengan cubaan membunuh dan dua kes curi motosikal.
KAWASAN KEGIATAN: Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor
TUMPAS: 12 September 2002 dalam serbuan polis di Felcra Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.

paz Publish time 4-12-2008 10:11 AM

saya suka thread ni... bernas :D

isyahlola1211 Publish time 8-12-2008 01:32 PM

tq syd,cz p0st kn article2 cmniey..cz ms tym2 cterw nieyh kua,isyah l0m lahir ag..agk trkujat cz didnt aspect that these kinda tings wud appen in malaysia.. *sigh* ..but,ur here t0 retell the st0ry..thnks yaa syd..huhu.. :loveliness: :loveliness: :loveliness: btw,syd,nk ag!!!nk ag!!wakakakaka!!

jejakadesa Publish time 9-12-2008 03:28 AM

Skang makin banyak citer gitu,:(

dujuan Publish time 9-12-2008 06:07 PM

kudos utk tuan umah...:)
syd..keje haku dah terbengkalai kat sini.. nak katham thread neh..:D :D :D :D
byk info yang baru aku tahu..:)

girlphg Publish time 9-12-2008 10:03 PM

edit.. sorry...

[ Last edited bygirlphg at 9-12-2008 10:30 PM ]
Pages: 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 [26] 27 28 29 30 31 32 33 34 35
View full version: Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia


ADVERTISEMENT