dexa Publish time 2-2-2007 08:12 AM

Kebanyakkan Pemandu Malaysia Memang Teruk!

bercakap tentang isu jalanraya di malaysia
memang ada juga kena mengena dengan SIKAP pemandu2
malaysia sendiri --

memang dahsyatya amat!
saya ada baca statistik- malaysian driver nitop 5 antara
pemandu2 yang teruk dijalanraya -
#1 memang brazilevery year --

orang malaysia ni memang peramah mostly -
budi bahasa budaya kita
(cara memandu aje yang macam kambing betul)

kalau dengan jiran baiknya -
exchange foodespecially masa ramadhan
tolong tengok2kan rumah kalau jiran balik kampung -
bagi duit kat mak bapak -
kalau orang datang rumah masa kita tengah lunch
MESTI kita ajak makan sama -kalau orang tu dah makan
pun kita ajakeven jamah sikit --
jumpa touristsome tegur - or tourist tanya apa2
mesti willing nak tolong
yup - kebanyakkan orang malaysia macam tu

TAPI...................
bila dia pegang steering kereta --
SIAPLA!
masa tu dunia ni dia ingat dia yang punya
(kebanyakkannya --in generalokay --)
potong queue,main masuk aje ke kiri lane
tanpa signal - tailgate, jerit2 kat pemandu lain,
tak ada hemah langsung
errr kebanyakkannya pemandu lelaki yang cam gini -
pemandu perempuan ada jugatapi sikit percentage
yang terjerit jerit memaki hamun pemandu lain -


ini - nak share satu articlemenunjukkan teruk tak teruknya
drivers in malaysia --

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai masa pemandu ubah sikap buruk di jalan raya
Oleh SA扥DAH ELIAS Bayangkan senario ini. Cuaca panas terik dan anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kereta anda langsung tidak bergerak disebabkan banyak kenderaan lain mencelah dari kiri setelah menggunakan laluan kecemasan.

Apakah perasaan anda ketika itu? Pengalaman seperti itu sebenarnya pernah dilalui puluhan ribu, dan mungkin juga jutaan, pemandu di negara ini. Oleh itu keputusan kerajaan semalam untuk menyeragamkan semua kompaun kesalahan trafik di samping mengekalkan saman maksimum RM300 bagi kesalahan berat patut kita alu-alukan.

Marilah kita berdoa semoga keputusan yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy itu muktamad dan tiada pengecualian diberikan kepada mana-mana pihak agar memandu di jalan-jalan raya di negara ini menjadi lebih selesa dan kurang berbahaya kepada diri dan keluarga kita.

http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_7d9da408-c0a85062-f9d4f700-9cf393f0/1/lalulintas311206.jpg
Kesesakan atau kesibukan jalan raya sering mendorong pemandu yang tidak sabar atau tidak berhemah melanggar peraturan jalan raya seperti boleh dilihat dalam foto di atas -- dirakam pada malam Tahun Baru 2007 di Lebuh Farquhar, Georgetown. (foto The Star oleh Chin Cheng Yeang) Sudah cukup pengguna jalan raya dibingungkan dengan kadar kompaun yang berbeza-beza antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan pihak berkuasa tempatan, serta pengumuman yang mengelirukan daripada pelbagai pihak sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini.

Kali ini, kerajaan perlu bertegas -- apa yang telah diputuskan mesti dilaksanakan tanpa pengecualian.

Pengekalan kompaun maksimum RM300 ringgit bagi kesalahan-kesalahan seperti melebihi had laju, meletak atau memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar serta melanggar lampu isyarat pada setiap masa dan bukan hanya pada waktu perayaan, jika dilihat dari sudut kewangannya sahaja, memang agak membebankan, tetapi ia sangatlah wajar.

Perlu ditegaskan bahawa kesan atas kesalahan yang dilakukan pemandu atau penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab itu bukan hanya akan dirasai oleh mereka sahaja tetapi ia boleh menyebabkan orang lain yang tidak bersalah terkorban.
Dan janganlah lagi pengumpul surat-surat kompaun diberikan diskaun seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Memberi pengecualian atau diskaun kepada mana-mana pihak, atas alasan apa sekalipun, akan memberikan isyarat yang mengelirukan kepada pengguna jalan raya. Maka sia-sialah sahaja usaha menyelaraskan kadar kompaun bagi 188 jenis kesalahan itu, jika ada pihak diberikan layanan istimewa.

Yang pasti, pengumuman Chan itu akan menyebabkan beberapa golongan seperti pengusaha pengangkutan awam serta penunggang motosikal melenting membantah.
Pengusaha syarikat pengangkutan pasti merungut bahawa keputusan itu akan menjejaskan perniagaan mereka kerana terpaksa menanggung kadar saman yang tinggi, sementara penunggang motosikal pula akan menggunakan alasan bahawa mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Semua itu alasan basi yang tidak boleh diterima. Pihak berkuasa sama ada polis trafik,JPJ atau pihak berkuasa tempatan tidak mengeluarkan saman secara rambang. Hanya mereka yang melakukan kesalahan sahaja yang akan dilayangkan 搒urat-surat cinta

kabukiman Publish time 2-2-2007 08:19 AM

Reply #1 dexa's post

tahap bangang dlm pelaksanaan undang2 masih terikut2 dek takut sgt hilang undi.

suma kesalahan maksimum kompaun la....pedoli apa pesalah2 trafik tak buleh kasi makan anak bini dia ka apa.... tak nak kene saman, jgn buat pe'el pailang kat j/raya. end of story.

the kejara sistem.. tak buleh nak cari pesalah....hantam ajer la database financial institutions atau CCRIS or BRIS. terpampang lagi alamat opis / rumah. godem mules giving godem lame excuses :kant:

arasham Publish time 2-2-2007 08:26 AM

pemandu lelaki ni kalau tengok pompuan bawak kete pandang rendah kan main.
diorang tu yang hangin semacam kita yang ikut undang-undang ni selalu jadi mangsa diorang.:mad:

arasham Publish time 2-2-2007 08:26 AM

tak semualah ada gak yang gentleman on the road:solute:

audioslavefan Publish time 2-2-2007 08:29 AM

jgn citer la.. tapi aku tgk cina lelaki ada yg ok ada yg tak
yg ok tu bila nak potong, dorg angkat tgn
tapi yg tak ok tu.. bawak pelan2 sebab tgh sembang kt henpon (x pakai handsfree)
yg melayu lak.. nak masok kiri kanan tak bagi signal
kalau bagi pun last minit punye signal
pastu suke amik kesempatan kat pemandu pompuan

audioslavefan Publish time 2-2-2007 08:30 AM

Reply #3 arasham's post

:setuju: ;)

sisqeen Publish time 2-2-2007 08:32 AM

dexa,
I just so agreed with u!!!!
Driver kat M'sia nie..most of them memang teruk pun. So unconsidered.....pegi class memandu tu jgn belajar memandu saja tau. Indicate lerr before change the lane.

One more thing...kalau kat residents or shopping area tu nampak org jln kaki..slow down lerr sikit...Give 1st priority kat org yg berjln. Jgn main redah jerr....Utamakan pejalan kaki.

Juga kepada penunggang motorsikal....kalau nak memotong kete tu jgn ikut suka hati jer. Kalau kene langgar..nak salahkan pemandu kete pulak.
Cam hampes punya mat rempit.....geram tul aku....:@

emOtsuXX Publish time 2-2-2007 08:33 AM

arhhhh.. yang paling %^*# aku ley kata.. pemandu yannadey!~

baik bawak bas.. kereta ke mOtOr kewr.. suma macam halal jadahhh... :mad:

Cint@ Publish time 2-2-2007 08:38 AM

nak kata teruk.. entah ler
tp apa yg aku tgk... suka bebenor potong tak kasi signal, pakai redah jer...

pastu... yenadeeiiii highway pun jam, tak paham betul aku :mad:

movieman Publish time 2-2-2007 08:38 AM

Originally posted by dexa at 2-2-2007 08:12 AM
KEBANYAKKAN PEMANDU MALAYSIA MEMANG TERUK!

I fully 110% agree.

arasham Publish time 2-2-2007 08:42 AM

Reply #7 sisqeen's post

:setuju:kalau ada pedestrian crossing and nampak orang nak cross lagi di tekannya minyak:mad:

pseudo_kl Publish time 2-2-2007 09:12 AM

nak citer skit

Kat highway kl-seremban, jem teruk kat Nilai.
Aku kat lane paling kiri, Bas blakang aku nih sajer jer himpit kiri skit supaya orang tak ikut emergency lane. Ader ler mamat ni drp blakang bas tuh, potong depan bas nih, masuk emergency lane balik sambil tunjuk "finger sign" kat driver bas tuh..

mmg KURANG AJAR!... :@

kabukiman Publish time 2-2-2007 09:17 AM

Reply #12 pseudo_kl's post

registatrion mana tuh? i got a few bets on this one lar kann... ;P

Lina66 Publish time 2-2-2007 09:25 AM

Originally posted by pseudo_kl at 2-2-2007 09:12 AM
nak citer skit

Kat highway kl-seremban, jem teruk kat Nilai.
Aku kat lane paling kiri, Bas blakang aku nih sajer jer himpit kiri skit supaya orang tak ikut emergency lane. Ader ler mamat ni...


apsal bus driver tu tak langgar je kete tu... :bgrin:

Lina66 Publish time 2-2-2007 09:26 AM

Originally posted by kabukiman at 2-2-2007 09:17 AM
registatrion mana tuh? i got a few bets on this one lar kann... ;P


:lol:    dah nak start la tu..
ko masih simpan ke no plate...

kabukiman Publish time 2-2-2007 09:28 AM

Reply #15 Lina66's post

SCY123L tuh mmg terpahat dlm memori daku.

WK2133 from 5 yrs back.

KN333 last wk.

JGP76 jongos hindung penyet v-sixers mule fr abt 2 mths back.

neber cross me on the road ;P

Lina66 Publish time 2-2-2007 09:30 AM

Originally posted by kabukiman at 2-2-2007 09:28 AM
SCY123L tuh mmg terpahat dlm memori daku.

WK2133 from 5 yrs back.

KN333 last wk.

JGP76 jongos hindung penyet v-sixers mule fr abt 2 mths back.

neber cross me on the road ;P


no plate ko ape kabu?... :bgrin:
aku nak try cross kete ko ler... :lol:

kabukiman Publish time 2-2-2007 09:51 AM

Reply #17 Lina66's post

tough one that is... :bgrin:

sutera_abadi Publish time 2-2-2007 10:11 AM

Ha..haa...haa....
porcsche ni...... 3600cc kalau tak berdezup.....
tak gerek laa....

Originally posted by kabukiman at 2-2-2007 09:28 AM
SCY123L tuh mmg terpahat dlm memori daku.

no0rm Publish time 2-2-2007 10:12 AM

Originally posted by sutera_abadi at 2-2-2007 10:11 AM
Ha..haa...haa....
porcsche ni...... 3600cc kalau tak berdezup.....
tak gerek laa....


kat S'pore dia boleh "gerek " tak ?!! :hmm:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Kebanyakkan Pemandu Malaysia Memang Teruk!


ADVERTISEMENT