ijad_adiputera Publish time 24-5-2007 02:52 PM

KISAH PUTERI SANTUBONG & PUTERI SEJINJANG DARI SEGI SUDUT SEJARAH

KISAH PUTERI SANTUBONG & PUTERI SEJINJANG DARI SEGI SUDUT SEJARAH

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.

Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.

Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah 'Turun Dari Kayangan' (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong - "anak dak dewa turun kayangan".

Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.

Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang?!.

P/S: kisah di atas Ijad dpt dari beberapa laman web. Ijad tak pasti sejauh mana kebenaran kisah di atas tp ia memperlihatkan dan memberitahu kita bahawa Puteri Santubong dan Sejinjang sememangnya wujud dan bukan dongengan semata2. Any Comment? :D

[ Last edited byijad_adiputera at 24-5-2007 02:58 PM ]

merahbaiduri Publish time 24-5-2007 03:00 PM

interesting read ... tapi dari mana u dapat info ni? aih betul ke dari keturunan diraja brunei? ... mengapa jauh sangat sampai kat pulau pinang?kalau naik bot kan lebih logik kalau dorang mendarat di singapura atau pun kalau further up ke melaka?

ijad_adiputera Publish time 24-5-2007 03:18 PM

Originally posted by merahbaiduri at 24-5-2007 03:00 PM
interesting read ... tapi dari mana u dapat info ni? aih betul ke dariketurunan diraja brunei? ... mengapa jauh sangat sampai kat pulaupinang?kalau naik bot kan lebih logik kalau dorang mendarat disingapura atau pun kalau further up ke melaka?

eh Ijad bukan keturunan diraja Brunei la.. cuma artikel ni yg mengatakan penduduk Bayan Lepas adalah keturunan dari 7 putera Brunei tu...
artikel ni Ijad dpt dri sebuah laman web yg membincgkan ttg lirik lagu puteri santubong...
pengirim artikel ni adalah org Sarawak sendiri...
walaupun x pasti sejauh mana kebenaran kisah ni... tp ijad rasa x salah kalau kita buat kajian ttg kisah nih...
kalau kisah ni x betul pon, anggap je la sebagai bacaan tambahan utk pengetahuan... :C
psl kenapa dorg lari jauh sgt smpai ke P.Pinang tu, Ijad x dpt nk jwb la...
Agaknya 7 org putera ni takut giler yg teramat diburu oleh komplot yg membunuh ayahanda mereka, sbb tu la lari smpai ke P.Pinang kot..... ;P
lgpon org dulu2 mana ada naik bot.. dorg naik kapal atau tongkang jerk... ahaks..... :lol::lol:

merahbaiduri Publish time 24-5-2007 04:24 PM

Originally posted by ijad_adiputera at 24-5-2007 03:18 PM


eh Ijad bukan keturunan diraja Brunei la.. cuma artikel ni yg mengatakan penduduk Bayan Lepas adalah keturunan dari 7 putera Brunei tu...
artikel ni Ijad dpt dri sebuah laman web yg membincg ...

http://forum.cari.com.my/images/smilies/na-heh.gifhttp://forum.cari.com.my/images/smilies/na-heh.gifhttp://forum.cari.com.my/images/smilies/na-heh.gif interesting ... ni yang susah ni ... kita dah tangkap interested kat thread ini, agak2 nye lah ... org bayan lepas nak claim dari keturunan diraja brunei tak?

ijad_adiputera Publish time 24-5-2007 04:38 PM

Originally posted by merahbaiduri at 24-5-2007 04:24 PM
interesting ... ni yang susah ni ... kita dah tangkap interested katthread ini, agak2 nye lah ... org bayan lepas nak claim dari keturunandiraja brunei tak?

ishh.. brani dorg nk claim? cter ni belum tentu betul lg...
ijad paste ni pon just utk berkongsi dgn yg lain...
kalo betul pon, hubungan darah dorg dh jauh sgt dgn kerabat brunei skrg ni....
negara brunei pon x kan layan punyer... ;P

HangPC2 Publish time 25-5-2007 12:12 AM

Tak silap aku TV3 ada siarkan Kubur Sultan Brunei Sebenar Kat Kalimantan dalam rancangan Jejak Rasul aku ada tengok kawasan kubur tu tak terjaga dan ditumbuhi semak...

veitchac Publish time 26-5-2007 09:01 PM

gunung santubong kalau tgk betul2 nampak cam ompuan tgh baring mengiring....aku pasan mase pegi damai beach mase aku kecik2 dulu...serious mcm rupa bentuk ompuan tgh mengiring...

syakuntala Publish time 26-5-2007 11:25 PM

oo..cam tu rupanya...kenapa abang2 dia bila stabil tak datang balek ambek adek2 pompuan diorang....tala dulu pun suka baca kisah diorang nie...menarik

anna Publish time 15-6-2007 03:37 PM

jadi puteri santubong n puteri sejinjang ni bukan orang ibanlah, tpi org brunei...

keep88 Publish time 16-6-2007 08:22 AM

strangley, di brunei, cerita puteri santubong tak begitu famous macam sultan tengah.....

GRINDSAKHTANIC Publish time 16-6-2007 01:26 PM

Originally posted by HangPC2 at 25-5-2007 12:12 AM
Tak silap aku TV3 ada siarkan Kubur Sultan Brunei Sebenar Kat Kalimantan dalam rancangan Jejak Rasul aku ada tengok kawasan kubur tu tak terjaga dan ditumbuhi semak...
kalau aku tak silap,kerajaan brunei dah amik alih kawasan perkuburan sultan brunei tersebut atas arahan keturunannya sendiri....kini kawasan perkuburan sultan brunei yang lari dan dimakamkan di kalimantan itu sudah cantik dan bersih,atas tanggungnan dan dituntut oleh kerajaan brunei sendiri....

ijad_adiputera Publish time 17-6-2007 03:00 PM

Originally posted by HangPC2 at 25-5-2007 12:12 AM
Tak silap aku TV3 ada siarkan Kubur Sultan Brunei Sebenar KatKalimantan dalam rancangan Jejak Rasul aku ada tengok kawasan kubur tutak terjaga dan ditumbuhi semak...

ijad pon penah tgk gak kisah ni kt tv3 dulu... mmg sultan brunei &kerabat diraja brunei dh tuntut makam tu... makam tu di bawah jagaankerajaan brunei kini... :loveliness:

Originally posted by syakuntala at 26-5-2007 11:25 PM
oo..camtu rupanya...kenapa abang2 dia bila stabil tak datang balek ambek adek2pompuan diorang....tala dulu pun suka baca kisah diorang nie...menarik

mungkin jauh sgt kot... abg2 dia dh mls nk patah balik ambik adik2 pompuan dorg...
dorg pon xtau santubong & sejinjang tu idup lg ke atau dh mati...

lgpon org dulu2 mmg mcm tu...
jgn terkejut kalo ijad katakan org Melayu zaman dulu2 pon mendiskriminasi kaum hawa...
sekadar amik contoh, org Minang dulu2kalo dpt je anak pompuan dorg akan bunuh sbb mengikut adat pepatih,sumer harta akan jatuh ke tgn anak pompuan...
anak2 laki x kan dpt harta walau sesen pon...
maka anak pompuan dibunuh sejak dilahirkan....
mmg kejam tp apakah daya... org dulu2 mana kuat agama lg...
skrg dh x der kot... insyaAllah... :) (minta maaf org Minang... :P)..

Originally posted by keep88 at 16-6-2007 08:22 AM
strangley, di brunei, cerita puteri santubong tak begitu famous macam sultan tengah.....

sejarah Nusantara saling berkaitan & mempengaruhi antara 1 sama lain...
kadang-kala kisah ketokohan sesorg lebih dikenali di luar negeri kelahiran mereka...
samalah spt Puteri Santubong & Sejinjang yg asalnya org Brunei tp kisah mereka lebih dikenali di Sarawak...

emOtsuXX Publish time 19-6-2007 12:38 AM

kalau lah ada gambaran sebenar puteri santubOng ngan sejinjang kan..

kalau tengOk daripada jauh.. gunung santubOng tu rupa dia memang macam pOmpuan tengah baring..

kecubung Publish time 20-6-2007 03:53 PM

nih aku dah konpius ni, abad ke 18 kira2 tahun brapa ye? :$

ijad_adiputera Publish time 20-6-2007 11:58 PM

Originally posted by kecubung at 20-6-2007 03:53 PM
nih aku dah konpius ni, abad ke 18 kira2 tahun brapa ye? :$

abad ke-18 ni merujuk kpd tahun2 antara 1701 sehingga 1799...

kecubung Publish time 21-6-2007 11:47 AM

Reply #15 ijad_adiputera's post

ok.. tenkiu ijad..

kecubung Publish time 23-6-2007 10:39 AM

Originally posted by ijad_adiputera at 24-5-2007 02:52 PM
KISAH PUTERI SANTUBONG & PUTERI SEJINJANG DARI SEGI SUDUT SEJARAH

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 o ...

sebagai anak Brunei, ini kali pertama cub membaca lagenda puteri santubong dan puteri sejinjang dikaitkan dgn Kesultanan Brunei,

cub senaraikan sultan2 Brunei yg memrintah pada kurun ke 18:


Sultan Husin Kamaluddin (TM 1710 - 1730) (TM 1737 - 1740)
Bagindanaik takhta pada tahun 1710.Dua kali naik takhta dan akhirnya bersemayam di Luba. Pada masa zaman Baginda, negara makmur dan rezeki mudah diperolehi. Pernah mengeluarkan mata wang disebut 憄itis

kecubung Publish time 23-6-2007 10:53 AM

Reply #6 HangPC2's post

ni yg cub tengah buzy cari bukti nak pastikan sultan brunei yg mana satu yg mangkat kat Sambas,Kalimantan tu..

mmg pun Kerajaan Brunei dah ambil alih bagi pengawasan makam tersebut. infact, dah ada pun dokumentari mengenai penemuan makam tersebut=tv3 tak dilupa tau, mmg disebutkan, makan tersebut ditemui oleh krew Jejak Rasul, dan pihak RTB mbuat susulan doku mengenainya..

Hang Publish time 23-6-2007 12:54 PM

Originally posted by ijad_adiputera at 20-6-2007 11:58 PM


abad ke-18 ni merujuk kpd tahun2 antara 1701 sehingga 1799...

why dont panjangkan sikit hingga ke 1810....
and probably kecubung can study Sultan Muhammad Jamalul Alam 1804.

kecubung Publish time 23-6-2007 02:01 PM

Sultan Muhammad Jamalul Alam I (TM 1804)
Baginda naik takhta pada 26 April 1804.Berada di atas takhta selama kira杒ira 7 bulan sahaja sebelum Baginda lindung pada 19 November 1804.

mempunyai 3 putera dan 1 puteri
1.YAM Pg Anak Muhammad Tajuddin
2.Sultan Omar Ali Saifuddin II
3. Pg Muda Muhammad Alam
4. pg anak puteri (tak pasti nama penuh)
Pages: [1] 2 3
View full version: KISAH PUTERI SANTUBONG & PUTERI SEJINJANG DARI SEGI SUDUT SEJARAH


ADVERTISEMENT