sayapghaib Publish time 12-3-2011 01:43 PM

boleh x kalo nak jd somi isteri tanpa gangguan sapa disyurga nnt??...nak somi je...xnak bidadara man ...
hunny_bunny Post at 8-3-2011 14:11 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Minta je kat Penguasa sekalian alam ,Tuhan yg memiliki Syurga.Dan lagi mungkin ketika disana penduduk syurga dah tak fikir nak jeles kalau Suaminya memiliki bidadari yg lain.Kehidupan disana berbeza dengan kehidupan dunia.

sayapghaib Publish time 12-3-2011 02:15 PM

bila ckp pasal syurga2 nie.....entah berapa banyak dosa & amalan kalau diperlihatkan atau dirasai be ...
reflisia Post at 7-3-2011 16:05 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Benar .Dan Solat itu adalah amalan yg pertama-tama dihitung samaada sempurna atau tidak.Kata seorang ustaz' kalau solat orang yg tiada meninggalkan solat pun akan dihitung kesempurnaannya apatah lagi ygselalu tinggal solat dan yg tak pernah solat.Mesti golongan tu lagi bermasalah nak mencium bau syurga.

capiloton Publish time 14-3-2011 09:00 PM

Post Last Edit by capiloton at 14-3-2011 21:41

hebat ko kan, bercakap mengenai hal berkaitan kehidupan di syurga yg tidak dinyatakan oleh Quran ...
rimau_manja Post at 27-1-2011 16:54 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

rimau..
aku rasa sebagai iklan (off topic), baik ko bagi hadis tentang majoriti penghuni neraka adalah wanita tu..
bagi sadar sket diaorang ni..

pompuan zaman ni suka benau bercakap ikut nafsu n logik akal..
bukan nak pakai Hadis Nabi dan Quran..

kalo hati tak bersih, n pemikiran maseh korup (kurang iman), jangan mimpi lah nak terus masuk sorga..
mesti akan singgah ke naraka dulu, kasik cuci itu hati yang busok..

iman = percaya.. percaya itu di ikuti dgn amal ibadah (taqwa - taat & patuh)..
kalo kurang percaya, tak minat nak guna Hadis Nabi..
n rasa apa yg Nabi sebut tu (tentang sorga) tak adil buat wanita.. memang itu jenis kurang iman lah..
memang akan keluar macam2 teori sendiri tentang keadaan syurga untuk wanita..

Nabi kan dah bagi pengiktirafan utk kaum Hawa yg beriman di lantik menjadi ketua bidadari..
n diaorang ni ingat senang nak jadi ketua bidadari sorga agaknya.. :lol:
itu yang rasa tak cukup tu.. n nak lebih lagi..
diaorang ingat keadaan di sorga tu macam kat dunia agaknya..
tu yg mintak "hak sama rata" lelaki dan wanita tu.. ;P

ada 2 cara jer untuk masuk sorga..
1 - Rahmat Allah..
2 - Syafaat Nabi..

setakat pahala kita yang cuma secebis di dunia ni, belom layak lagi utk masuk sorga Allah..
dan kaum wanita ni, kalau nak ikut hukum, SANGAT LAH MUDAH untuk masuk sorga..
berbanding dengan kaum lelaki yang banyak halangan (di persoalkan tanggungjawabnya)..
tapi kenapa Nabi kata penghuni Neraka majoritinya adalah wanita !

KENAPA ??

fikirkan lah wahai pompuan.. itu jer yang aku boleh cakap..
peringatan ni juga untuk diri aku sendiri.. memang takut kalo di pikir pikirkan..

capiloton Publish time 14-3-2011 09:58 PM

Post Last Edit by capiloton at 14-3-2011 22:01

Replydzaraa

kisah ainul mardhiah ni tak sahih...rasanya kisah ni kisah malayuwiyyatje, coz kalau check kat google, cuma sumber2 dari malaysia je yangmenyatakan kisah ni...
rimau_manja Post at 24-1-2011 12:47 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

rimau, nak tanya sket tentang Ainul Mardiah ni..
tak silap aku kisah ni Hadis nya di riwayatkan dari Sahih Tirmidzi..
boleh konfemkan kesohehan?

lagi satu, kisah2 jihad ni (dan sumbernya) takkan sewenang2 nya bebas di biarkan dalam Internet..
kalo kita amik dari Hadis Nabi tentang AL-WAHN..
kisah umat Nabi akhir zaman (kita la tu), yang kebanyakkannya jenis cintakan dunia dan takut mati..
kita boleh nampak konflik di situ.. Jihad (cintakan kematian) VS Al-Wahn (takut mati)..

aku malas nak sentuh pasal "hidden hand".. karang ada pulak dalam bod ni yang meroyan.. :lol:
tapi takde ke kebarangkalian info2 tentang jihad dalam alam cyber ni telah di kawal?

ilmu2 sebegini sebenarnya nak kena cari guru mursyid.. tak boleh bergantung pada internet..
"ulama moden" sekarang ni pun tak ramai yang minat nak sentuh pasal Jihad..

ada komen?

penyo. Publish time 15-3-2011 01:03 AM

Mungkin ketua Bidadari akan ditarik rasa cemburu dalam diri depa kot nanti.....:P

unekspekted_II Publish time 15-3-2011 09:24 AM

Reply 124# capiloton

aku malas nak sentuh pasal "hidden hand"..
    citer jeee laa.. nak tengok jugak pemikiran melayu tipikal ni yg slalu nk salahkan yahudi bile anak tak pas upsr.. ;P

sayapghaib Publish time 15-3-2011 10:15 AM

Reply 125# penyo.


   Mungkin juga.Mungkin diorang sibuk kat pasar-pasar yg wujud disana.

rimau_manja Publish time 15-3-2011 08:33 PM

Post Last Edit by rimau_manja at 15-3-2011 20:54

Reply 124# capiloton

kisah ainul mardhiah bukan kisah jihad, tapi sekadar kisah karut yang tidak diketahui asal-usulnya. kisah ni takde dalam sahih tirmidzi, bahkan tiada sebarang hadith yang menyebut nama ainul mardhiah. FYI, aku dapat tau kepalsuan kisah ni pun dari orang yang mengaji hadith, bukan aku check kat google semata2, hujah "check kat google" yang aku cakap tu cuma hujah sokongan je, tapi sumber utama ialah info daripada orang yang mengaji hadith sendiri. kalau ada dalam sahih tirmidzi, dah tentula they should have noticed, tapi tak pun. kalau nak mendakwa kisah ni sahih kena datangkan bukti, bukan sekadar andaian kononnya perkara2 sebegini tak sewenang2nya bebas di internet (padahal berlambak je tulisan2 pasal jihad aku jumpa kat internet). guru mursyid dalam bidang hadith ialah orang yang mengaji hadith, bukan guru2 tarekat sesat yang jahil hadith tapi sering dianggap guru mursyid oleh para pencacainya padahal hakikatnya kaki auta semata2. sekarang guru2 mursyid pun reti guna internet, tulisan2 dan ceramah2 mereka mudah didapati di internet, dan mereka sendiri mudah dihubungi menerusi internet.

aku dah malas nak reply kat thread ni sebenarnya, tapi memandangkan ko mention pasal ainul mardhiah (siap dengan dakwaan ada hadith mengenainya dalam sahih tirmidzi), terpaksa la aku reply untuk memberitahu perkara yang benar.

capiloton Publish time 16-3-2011 12:16 AM

Post Last Edit by capiloton at 16-3-2011 00:26

Replycapiloton

kisah ainul mardhiah bukan kisah jihad, tapi sekadar kisah karut yang tidak dik ...
rimau_manja Post at 15-3-2011 20:33 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

thanks rimau, info baru bagi aku..

w'pun berlambak artikel pasai Jihad kat internet..
tapi maseh belom mampu melindungi umat Nabi Muhammad ni dari penyakit cintakan dunia dan takut mati (al-wahn)..

sayapghaib Publish time 16-3-2011 04:37 PM

Replycapiloton

kisah ainul mardhiah bukan kisah jihad, tapi sekadar kisah karut yang tidak dik ...
rimau_manja Post at 15-3-2011 20:33 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Janganlah malas nak reply tuan.Benang ni benang perbincangan.Sesiapa saja dialu-alukan untuk mengemukakan pendapat dan ilmu mereka.Baru berkembang ilmu.:D.

susano Publish time 17-3-2011 12:23 PM

penah dngr tok guru baca kitab...apa pendapat syurga nnt Allah renovate blk dunia skang nih jgk tp pendapat masih berselisih.... pastu digmbarkan disyurga nnt... apa saja yg wujud dr zaman Nabi Adam smpai akhir zaman suma ada....yg pernah terlintas difikiran manusia tp mampu nk buat pn ada..dan yg tak penah terlintas difikiran manusia pn ada...

nnt ahli2 syurga suma takkan tua dan mati dan dlm ceramah tok guru jgk dia ada cakap umur masa tu dalam lingkungan 30-35 tahun...suma ahli syurga cantik2 dan segak2 kulit putih terserlah sehingga menampakkan darah yg mengalir... tiada org yg hodoh pendek dan sbgainya...

disyurga jgk nnt hanya 2 benda saja takdak iaitu proses bersalin dan tempat buang air kecil dan air besar... apabila terasa saja badan ahli syurga akn keluar peluh2 yg harum semerbak kasturi... disana jugak takdak prasan susah hati, tension marah, gelisah dan sbgainya...

wallahualam....

sayapghaib Publish time 18-3-2011 11:55 AM

Di Syurga nanti ada orang yg mempunyai kelebihan berbanding orang yg lain mengikut amalan solehnya didunia.Misalnya Syaidina Jaafar bin Abu Talib akan mempunyai sepasang sayap yg indah kerana pengorbanan beliau didalam peperangan Mut'ah. Manakala orang yg selalu bertasbih bertahmid dan bertakbir iaitu Subhanallah ;Alhamdulillah Allahuakbar akan mempunyai tanaman diladang-ladang syurga yg lebih banyak dari orang yg kurang berzikir.
Jadi walaupun masuk Syurga, perbezaan perbezaan tertentu tetap ada kerana amalan-amalan tertentu yg lebih seperti bersedekah dan lain lain amalan.

winamp05 Publish time 18-3-2011 03:46 PM

best best {:1_152:} {:1_152:} {:1_152:}

are-ja Publish time 30-7-2011 03:38 AM

Allah...rase kerdil dan x layak je diri ni bile bace pasal syurga nih...

sayapghaib Publish time 3-8-2011 03:32 PM

Rasulullah S.A.W menyarankan umatnya untuk sentiasa berdoa supaya masuk syurga dan dijauhkan dari neraka.

Masuk syurga itu kerana rahmat Allah.Semoga kita tergolong dlm golongan yg mendapat rahmat Allah.

7teen Publish time 4-8-2011 12:14 AM

Syurga?Semua orang bercita-cita untuk memasuki syurga kerana ia damai yang mendamaikan..indah yang mengindahkan..dan hiasan yang menghiasi..Tapi...tak ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk masuk ke syurga..Sekadar melafazkan pada mulut,"Aku mahu masuk syurga..Saya mahu masuk syurga"..

Tak pown..Bila ditanya,"Siapa nak masuk syurga"..
Semua dengan pantas mengangkat tangan tanda ingin masuk syurga..Tapi,kenapa tidak kita berusaha untuk masuk syurga??:o

tokwan_jantan Publish time 4-8-2011 03:25 PM

baru dok dengaq mengaji pagi tadi... sebelum dapat masuk ke syurga, kita kena melalui pengadilan Allah swt... amalan baik dan buruk kita akan disemak satu-satu... masa semakan ni berjalan ikut amalan kita, kalau kita banyak amalan baik, cepatlah... kalau tidak, tak tau berapa lama... dengaqnya sampai beratus tahun.... lepas tu, amalan kita tadi ditimbang di atas mizan, tengok kanan ka kiri yg berat... berat belah kanan, selamatlah kita... habis tu, kita kena melalui titian sirat... ada yg lalu sekelip mata, kejip mata, buka dah sampai... ada yg mengesot lalu di situ... jauhnya titian sirat ni, (saya dengaq guru)... mendaki 400 tahun, mendatar 500 tahun, menurun 500 tahun... seribu tahun lebih... di bawah tu, adalah api neraka... lepas titian sirat, kita sampai di pintu gerbang syurga... di depan pintu gerbang syurga ni saja kita terpaku (terpegun)... sampai 400 tahun.... (saya dengaq guru...) belum masuk lagi... sampai datang malaikat teguq, 'awat tak masuk lagi, dah sampai dah ni... (dialog saya karang la ni!)... barulah kita masuk... bayangkanlah tuan2... berapa punya lama, susahnya nak sampai ke syurga... tu belum masuk masa kita berhimpun di padang mahsyar... nak sampai giliaq kita... entah berapa ratus/ribu tahun... tapi semua tu boleh jadi cepat, kalau kita ada pelincir... pelincir dia, amalan soleh, amalan baik, amalan kebajikan kita sewaktu kita di dunia inilah... tak ada lain! Jadi, sempena bulan posa yg dijanjikan Allah keberkatan, rahmah dsg... marilah kita perbaiki amalan wajib kita, perbanyak amalan sunat kita, jauhi segala yg ALlah mungkari... Allah tidak akan menyalahi janjiNya... Marilah kita bersama2 ke arah kejayaan dunia dan akhirat!... Amin!

7teen Publish time 4-8-2011 07:51 PM

baru dok dengaq mengaji pagi tadi... sebelum dapat masuk ke syurga, kita kena melalui pengadilan All ...
tokwan_jantan Post at 4-8-2011 15:25 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Pelincir masuk ke syurga..Harap2 saya ada pelincir neyh..Aminn..:loveliness:
Nampaknya,kalau melihat pada apa yang dikatakan oleh guru tokwan_jantan..memang lama lah tempoh masa kita nak masuk ke dalam syurga neyh kan?Tue pun kalau perjalanan kita disana kita peroleh dengan mudah..Kalau amal tak banyak,macam mana pulak?

Tapi,kalau apa yang saya pernah dengar..Jangan persoalkan banyak mana pahala yang kita buat..Mohonlah agar Allah S.W.T redha dengan kita..Insya-Allah,kalau Dia redha dengan kita..Sampai mana-manapun Dia redha..:$

acescripters Publish time 4-8-2011 08:40 PM

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga (Amacam besh tak citer Baginda s.a.w)

Assalamualaikum ... ingin saya berkongsi ilmu sekadar kopi pes. selagi kita berjasad (sarung) adalah lebih baik kita gunakan akal dan fikiran kita di tahap maksimum sesungguhnya saya sekadar penyampai.



http://api.ning.com/files/6PXcC*NbqWAWK-PATOF194JKhkLVQZS5Ys3FFeieqicMf8koezib5Ij2ARQ*g-n46Ew8nXu9jZDDnbqa8w7OdnJWEz2vZhe7/6fpd65hco0.jpgWanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.


Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)


“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)


“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Sumber

acescripters Publish time 4-8-2011 08:48 PM

Post Last Edit by acescripters at 4-8-2011 20:53

Mengapa pohon semalu berkait rapat dengan Wanita
                                                               
http://api.ning.com/files/Jr2xaklKMAhCtevMG1HUrzKKq-CCuGj8hk1PrEbZ6aNCpn4lfYOMSEnXdX9yfA9b0CNizSJ62RnSsZO4abYGEA__/Mimosapudicaflower.jpgPada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Pohon semalu, pantang disentuh pasti menunduk sopan. Namun, duri pada tubuhnya sangat tajam. Jangan main² taw! Pohon semalu nie banyak kat kawasan berumput di tepi jalan dan kawasan yang bersemak kerana dia suka menyorok. Pohon semalu nie memang pemalu kan?

Pohon semalu,memang pemalu! Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya, malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. Jadi ingin saya berkongsi secebis ilmu saya yang tak seberapa ini, bahagian² pohon semalu yang boleh menginsafkan kita.


http://api.ning.com/files/P7a5x5cQA6k5Q6buCzSvDaG1UTF4PlBuqRl-bNq4RDdrdipx33Mg3g7fJhPmNjks5bPnLS-G-pamWzMtzVO5cC5rHyZgOAKt/semalu5.jpgDuri - Simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang wanita Islam.


Bunga - Pohon semalu turut mengeluarkan bunga ungu yang cantik.Begitulah juga wawasan seorang wanita Islam, dia ingin menghiasi alam dengan bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.


Daun - Dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun² di tepinya turut tertutup malu.Tindak balas daun² itu lambang persaudaraan dan kasih sayang.



                               utQp-gcHBUA
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8
View full version: Syurga dan Kisah Bidadari.


ADVERTISEMENT