myhazil Publish time 21-1-2008 10:50 AM

Reply #20 khasha's post

adeh...asalnya just nak tengok harga emas semasa jek kat habib tuh ahad lepas...cakap ngan husband "ala..tengok harga segram berapa jek"...then bile dah masuk pulak, husband dah bising, saya cakap lagi "ala...tunggu la jap..nak cuci mata jap..nak tengok design terkini"....pas tuh...datang salesgirl...layan kiteorg....husband dah usik-usik kaki ajak keluar..."ala, jap la..nak test jek...nak tengok sesuai ke idak, tak beli pun...mahal le emas skang nih"....then tak lama pas tuh...."ala...boleh la bang..nak rantai nih..."heheheh...akhirnya 'terbeli' jugak aku...abis rm 4k++...adeh..adeh....boleh tahan jugak regenya...

ish..kesimpulannya..jangan sesekali masuk dalam kedai emas, walaupun plan tak nak beli...aura dia betul-betul kuat..tapi tak pe investment...

khasha Publish time 21-1-2008 11:37 AM

semalam pegi TOMEI giant puchong tengok harga emas. segram rm105.:L

asuda Publish time 21-1-2008 12:19 PM

semlm kat poh kong segram RM101.00...muka jurujual cina kat dalam kedai dah mcm cekodok penyek...coz tunggu customer tak masuk2...;P

reenz013 Publish time 22-1-2008 08:52 AM

semalam aku gi kedai emas..rm101 segram

khasha Publish time 22-1-2008 02:23 PM

Reply #21 myhazil's post

sama le kita pantang tengok emas. saya waktu promosi penghabisan stok sempena pindah outlet kat bangsar tahunlepas ada juga gi habib. koyak hubby i. macam u la mula mula nak tengok last last beli satu rantai emas satu gelang tangan dan satu cincin diamond. cincin diamond dia ada potongan 70%. apa lagi nafsu orang perempuan la katakan;P

myhazil Publish time 24-1-2008 09:56 AM

Reply #25 khasha's post

hak ah masa nak sambut tahun baru hari tuh memang habib tengah buat promotion...katanya harga emas 916 baru RM 86 segram..memang meneysal giler la tak beli waktu tuh..sebab tahu pun dah lambat then malam nak menyambut tahun baru pulak, sure ramai orang..malas nak berasak-asak...cuba bayangkan dalam tempoh 20 hari harga emas dah naik dalam RM 15...ish..menyesal..menyesal...

faizalmn Publish time 27-1-2008 02:09 AM

Tips Membeli Emas Untuk Pelaburan

Salam! Sekiranya Tuan/Puan di sini ada yang berminat untuk membeli emas fizikal (gold bar) sebagai pelaburan, jenguk-jenguklah www.kitco.com. Akhbar2 tempatan juga banyak buat coverage tentang pelaburan emas baru2 ini. Antaranya di Utusan Malaysia beberapa hari lepas. Sila rujukbeberapa sisspan akhbar di bawah :

1) http://www.utusan.com.my/utusan/ ... =ke_02.htm&arc=hive)
2) http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&;dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm
3)http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&;dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=ekonomi&pg=ek_07.htm&arc=hive
4) http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&;dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=ekonomi&pg=ek_05.htm&arc=hive
5) http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&;dt=0110&pub=utusan_malaysia&sec=ekonomi&pg=ek_02.htm&arc=hive

Selain itu, boleh juga baca artikel ini (http://www.kitco.com/ind/Dillon/jan172008.html) untuk mengetahui tentang current gold market secara global

Saya baru membeli 1 kilogram gold bar (999.9 purity, 24K gold) bulan Disember lepas pada harga RM 100.63 per gram. So habislah jugak dlm RM100k ++. Tapi pulangannya dalam masa sebulan ni, alhamdulillah amat memberangsangkan. Harga emas 999.9 @24K pada hari Jumaat 25 Januari 2008 (semalam) ialah RM 110.66 per gram.

Mcm mana saya buat keuntungan dari kenaikan harga emas tersebut? Haaa ini adalah tips yang saya ingin kongsi dengan mereka yang benar2 ingin belajar cara melabur dalam emas fizikal (BUKAN e-GOLDatau emas virtual).

Kalau berminat, sila PM saya atau email di faizalmnyahoo.com ... :D


Nota : Di bawah ni adalah contoh gold bar (100 gram) yang saya beli dan dibelakangnya (yg warna pink tu) adalah sijil (birth cert) untuk gold bar tersebut. Dalam sijil tu ada No Siri yang tertera di atas emas tersebut. Untuk org jahat (perompak), jangan cari saya di rumah, saya simpan emas saya kat bank, bukan kat rumah . Kalau nak rompak, pi rompak bank. :P

http://www.ikim.gov.my/faizal/100gm%20PAMP.JPG


[ Last edited byfaizalmn at 27-1-2008 02:33 AM ]

zamirra Publish time 28-1-2008 04:59 PM

Reply #27 faizalmn's post

Mcm best je...tapi modal kena la besar beli 1kg emas nih!:L

faizalmn Publish time 28-1-2008 06:46 PM

Originally posted by zamirra at 28-1-2008 04:59 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Mcm best je...tapi modal kena la besar beli 1kg emas nih!:L


Zamirra, 1kg tu kalau nak return yg signifikan la..
Gold bar paling kecil yg ada setakat ni ialah 100 gram.
Harga 1 gram hari ni (28 Jan 2008) utk emas 999 ialah RM 112.37
So 100 gram would be RM 11,237.00

TQ

medangmru Publish time 29-1-2008 07:37 AM

emas 916 1g =RM102 dan 999 =RM112 tgk smalam kat the Mines...Poh Kong ..:)

khasha Publish time 29-1-2008 09:44 AM

bila mau turun harga emas ni. dah la tahun baru cina nak dekat

medangmru Publish time 29-1-2008 10:03 AM

Reply #31 khasha's post

dilaporkan bahwa harga emas 916 akan mencapai tahap tertinggi =RM105 1gm dalam masa terdekat...so...sesaper yang nak jual atau beli lain...mungkin ini masanya....bygkan...sesaper yg beli emas tahun 80-an dulu yang hanya RM30 1 gm...skang dah melonjak lebih dr 3x ganda harganya...perghh...:) :) :)

myhazil Publish time 29-1-2008 10:20 AM

semalam dalam Buletin Utama, harga emas naik 26 sen segram..hehehe...naik lagi...naik lagi...tak de apa yang turunnya..

zamirra Publish time 29-1-2008 10:37 AM

Reply #32 medangmru's post

macam ni aku boleh trade on rantai lama aku...berat 28 gram x RM102 tolak susut nilai (RM?) = RM????
nak kena cari kedai yg offer susut nilai rendah!:loveliness:

zamirra Publish time 29-1-2008 10:39 AM

Harga Emas Semasa:

Bulan: January

Tahun: 2008
TARIKH        HARGA
January 2,2008        RM 87.00
January 3,2008        RM 89.27
January 4,2008        RM 91.33
January 7,2008        RM 91.33
January 8,2008        RM 90.80
January 9,2008        RM 90.75
January 11,2008        RM 90.75
January 14,2008        RM 90.75
January 15,2008        RM 93.81
January 16,2008        RM 95.15
January 17,2008        RM 93.99
January 18,2008        RM 93.46
January 21,2008        RM 93.46
January 22,2008        RM 92.86
January 24,2008        RM 92.86
January 25,2008        RM 93.84
January 28,2008        RM 93.84

Rjukan:http://www.e-zakat.com.my/nisab2/index.asp

***Macamana kat kedai2 Emas letak harga tinggi dari harga semasa heran aku...ada sesaper boleh xplain! mekasih!***

zamirra Publish time 29-1-2008 10:42 AM

Pasaran Emas Dunia

http://www.kitco.com/images/live/gold.gif

http://www.kitco.com/charts/livegold.html

myhazil Publish time 29-1-2008 11:01 AM

Reply #35 zamirra's post

hah ari tu memang ada tanya kat habib, nape harga emas semasa berbeza dengan harga emas yang diaorg jual...kalau semasa baru dalam rm 90++ tapi diaorg dah jual rm 100++...then dia cakap..macam nih, pertama sekali sebab harga emas ikut pasaran us...harga emas semasa ini adalah emas yang masih belum diproses..macam juga minyak...kalau ingat balik cara pemprosesan minyak, kan ke ade peringkat-peringkat dia...kalau lagi hitam minyak itu, maknanya lagi murah, so kos tak tinggi sangat...sama kes dengan emas, dia pun ade peringkat-peringkat pemprosesan dia jugak...lagi satu, sebab emas nih kan ke dia datang dalam bentuk serbuk/kecik-kecik..so kilang emas pun akan ambil sedikit kos ini untuk memampatkan serbuk-serbuk emas ni tadik...so akan jadik lah ketulan emas. tu yang samapi rm 100++..then kedai-kedai emas seperti pohkong, habib, wah chan dll ini akan memproses pula ketulan emas ini tadi dan upkan lagi kosnya...kos ini dipanggil kos upah...slalunya kos upah kita boleh mintak diskaun dari kedai...sebab ye la kan diaorg yang letakkan harga...sebab tu kita ade banyak kategori dalam emas, 740, 916, 999 dan lain-lain...nih org habib tu la yang cakap...heheheh...

lagi satu aku ada gak tanya, nape sesetengah kedai (yang tak glamer sgt la...cth abc emas sdn bhd) diaorg boleh pulak bagi harga emas rendah dari harga semasa...kadang-kadang kite tengok dia boleh potong rm 5 bagi setiap gram...then kata org habib tu lagi, sebenarnya diaorg nih tak ikut harga us...ikut harga sendiri..as long as dapat jual sahaja...tapi kena berhati-hati, takut nanti diaorg tipu...kata saja emas 916 tapi sebenarnya tak fully 916..dia ada campuran lain...so make sure yang kite betul-betul tahu ketulenan emas 916/999 ini. Sebab tu, kalau nak selamat, baik kita pergi ke kedai emas yang authorised...walaupun mahal sedikit...tapi tak kan tertipu...betul tak??

[ Last edited bymyhazil at 29-1-2008 11:03 AM ]

khasha Publish time 29-1-2008 11:22 AM

Reply #37 myhazil's post

ok. saya nak tanya pula ni. kalu harga upah dah diletak sama harga segram RM105, kenapa dalam bil yg kita bayar diorang masih lagi letak harga upah contohnya harga upah kat poh kong paling tinggi berbanding habib. boleh explain tak

myhazil Publish time 29-1-2008 12:59 PM

Reply #38 khasha's post

seperti yang saya cakap tadi, kat sini ada 2 kali kos upah....pertama, upah untuk kilang emas di mana ianya untuk pemprosesan..sebab tuh dia akan jadi rm 105...kalau ikut harga asal sebenar-benarnya adalah dalam rm 93.84 (mengikut posting dari zamirra)..so kilang ambil dalam rm11.16...*subject to change ye....ini contoh sahaja...dan dekat resit tu pulak adalah kos untuk kedai emas itu sendiri untuk mendesign rantai, cincin dsb. takkan kedai emas tak ambil upah kut..habis tuh sapa nak bayar pekerja dia yang membentuk ketulan emas nih tadi menjadi cantik mengikut patern terkini kan....harga upah (kedai emas) ini bergantung kepada kedai emas tersebut...upah ini yang saya kata, kita boleh minta diskaun sebab diaorg yang tentukan harga tersebut..
harap dapat menjawab kemusykilan sedara...

khasha Publish time 29-1-2008 01:25 PM

Reply #39 myhazil's post

ok now im understand. thanks ya
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: HARGA EMAS SEMASA


ADVERTISEMENT