arifah_72 Publish time 28-2-2008 09:48 AM

Reply #39 cintan66's post

Koi teringat cerita member koi masa depa buat baktisiswa kat satu perkampungan orang asli dulu. Mereka suppose tinggal bersama keluarga angkat.

Masa mereka sampai mereka lihat byk anjing berkeliaran dan bebas keluar masuk rumah diorang...... So, utk menyelesaikan masalah seme pelajar muslim di tempatkan dlm satu pondok yg telah disamak sepanjang program... :o :o

tangopapa Publish time 28-2-2008 10:20 AM

Reply #41 arifah_72's post

;P ;P ;Pdiorang tak kena samak sekali ke kak pah? :lol:

arifah_72 Publish time 28-2-2008 10:32 AM

Reply #42 tangopapa's post

Kot yer pun............. :lol: :lol:

tangopapa Publish time 28-2-2008 10:36 AM

Reply #43 arifah_72's post

:lol:

lawa ler avatar kak pah tu, tu gambar kak pah ke? :o

pepalih2 Publish time 29-2-2008 05:18 AM

Antara "stigma" orang negeri lain bila org Phg merantau menganggap org Phg Org asli, nak-nak kalau sebut ulu Tembeling, padahal kat situ majoritinya org kaum Melayu..........
tapi kome bila ada yang buat cam tu satu pertanyaan...eh!! memanglah kome orang asli..lainlah awak..orang plastik!!!

arifah_72 Publish time 29-2-2008 08:56 AM

Originally posted by pepalih2 at 29-2-2008 05:18 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Antara "stigma" orang negeri lain bila org Phg merantau menganggap org Phg Org asli, nak-nak kalau sebut ulu Tembeling, padahal kat situ majoritinya org kaum Melayu..........
tapi kome bila ada...
Orang plastik........ :lol: :lol: :lol:

Macam tu ker..... tak tau plak ada stigma macam tu. Bila baca post2 yg ada kat Pahang nie koi terasa kecil la pulak... Byk yg koi tak tau pasal Pahang... Emmm nanti koi cuti panjang sikit koi gi ronda2 satu Pahang.... :lol: :lol: :lol:

arifah_72 Publish time 29-2-2008 08:58 AM

Originally posted by tangopapa at 28-2-2008 10:36 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
:lol:

lawa ler avatar kak pah tu, tu gambar kak pah ke? :o
Emmmmmmmm...................:P :P :P :lol:

humaira08 Publish time 29-2-2008 10:38 AM

Originally posted by tangopapa at 28-2-2008 10:20 http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
;P ;P ;Pdiorang tak kena samak sekali ke kak pah? :lol:

Mod Tango.......kalau awak nak samak org asli tel ya
terhingin nak nengok

arifah_72 Publish time 29-2-2008 12:18 PM

Originally posted by humaira08 at 29-2-2008 10:38 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Mod Tango.......kalau awak nak samak org asli tel ya
terhingin nak nengok
:lol: :lol: :lol: :lol:
Sama lah........ nak tengok gak... ;P ;P
Bukan senang nak tengok nie, sekali seumur hidup pun belum tentu :lol: :lol:

cintan66 Publish time 29-2-2008 12:26 PM

Reply #49 arifah_72's post

koi pun nak join sama........ tapi koi nak awak samak yg lelaki, yg pompuan tak interesting nak nengok;P

arifah_72 Publish time 29-2-2008 02:19 PM

Reply #50 cintan66's post

Huihhh............ :funk: :funk:

Tak kan tak tengok lagi kut????? :P :P :P
Lain la macam koi nie.... :lol: :lol: :lol:

humaira08 Publish time 29-2-2008 04:44 PM

Reply #51 arifah_72's post

ira tak penah tengok ........nak tengok jugak:P :P :P

cintan66 Publish time 1-3-2008 08:18 AM

Pembangkang cuba racuni pemikiran Orang Asli

TEMERLOH 29 Feb. - Parti pembangkang semakin terdesak apabila cuba meracuni pemikiran masyarakat Orang Asli di sini, dengan menjadikan isu infrastruktur dan hak milik tanah sebagai modal kempen mereka di Jenderak di sini.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Mohamed Jaafar berkata, pihaknya percaya masyarakat Orang Asli tidak mudah terpengaruh dengan kempen tersebut kerana mereka kini menikmati pelbagai kemudahan daripada kerajaan.

"Usaha terdesak pembangkang itu pastinya tidak akan mendapat tempat di hati Orang Asli kerana baru sekarang mereka turun padang sedangkan pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah berpuluh-puluh tahun meredah hutan menemui mereka di sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Pian dekat sini hari ini.

Mohamed yang juga calon BN DUN Jenderak berkata, masyarakat Orang Asli menyedari bahawa BN yang menyediakan segala kemudahan asas untuk mereka.

''Pembangkang hanya datang untuk menunjukkan simpati mereka setiap kali menjelang pilihan raya," katanya..

Tambah beliau, kerajaan tidak pernah menindas masyarakat Orang Asli dengan menangguhkan isu pemilikan tanah mereka seperti yang didakwa pembangkang.

Ini kerana, jelasnya, kerajaan tidak mahu masyarakat Orang Asli terbeban dengan pelbagai bayaran seperti kos cukai tanah, caj bekalan air dan elektrik jika mereka diberikan hak milik tanah.

Sehubungan itu, Mohamed Jaafar berharap, masyarakat Orang Asli diminta tidak mudah termakan janji manis pembangkang yang mendakwa mereka akan memberikan geran tanah jika mereka menang dalam pilihan raya pada 8 Mac ini.

Kerajaan, kata beliau, tidak pernah bertindak zalim kepada masyarakat Orang Asli dengan mengusir mereka daripada terus menetap di kampung yang diteroka sejak beratus tahun dahulu.

Sebaliknya, tambah beliau, kerajaan akan terus membantu masyarakat Orang Asli dengan memberikan kemudahan pendidikan seperti sekolah dan biasiswa serta kemudahan asas.

arifah_72 Publish time 1-3-2008 08:36 AM

Reply #53 cintan66's post

Kempen jgn tak kempen...........:lol: :lol: :lol:

cintan66 Publish time 1-3-2008 08:38 AM

Reply #54 arifah_72's post

kempen je......mengundi tak kot

arifah_72 Publish time 1-3-2008 09:27 AM

Reply #55 cintan66's post

Huihhh........ kenapa lak? Dah rugi satu undi.
Syok nyer... tak sabar tunggu jumaat boleh balik kg :pompom: :pompom:

cintan66 Publish time 11-3-2008 10:51 AM

Orang Asli yakin kemampuan 2 ADUN baru BN

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 10 Mac - Masyarakat Orang Asli di pedalaman Hulu Jelai dan Padang Tengku di sini yakin wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang baru dipilih mampu membuat perubahan untuk kehidupan mereka pada masa akan datang.

Mereka berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan ADUN Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed memfokuskan kepada kemudahan asas, ekonomi, kesihatan dan pendidikan di kawasan mereka.

Mereka optimis kedua-dua wakil rakyat itu mampu melaksanakan perubahan supaya kawasan pedalaman itu tidak ketinggalan berbanding kawasan lain yang lebih maju.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati rata-rata penduduk Orang Asli di sini dan Cameron Highlands yakin kemenangan BN membolehkan agenda membangunkan diteruskan dengan fokus kepada projek perumahan untuk belia berkeluarga, kemudahan asas dan agihan dividen.

Ketua Penaja UMNO Cawangan Temetong, Jamil Badrillah berkata, mereka yakin wakil rakyat yang dipilih akan terus memperjuangkan nasib Orang Asli menerusi peluang ekonomi dan pendidikan.

''Usaha bersungguh-sungguh dan kunjungan pemimpin UMNO ke kampung ini membolehkan kebajikan kami dibela dan penghargaan ini diterjemahkan menerusi kesetiaan kami terhadap kerajaan," katanya.

Justeru, katanya, penduduk Orang Asli mengharapkan kerajaan meneruskan dasar membela nasib khususnya peluang dalam pelbagai bidang profesional di negara ini.

Ketua Penaja UMNO Cawangan Simoi Baru, Roslan a/l Ahmad berkata, menerusi pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Orang Asli yakin kerajaan BN dapat memberi sinar perubahan dan boleh mendengar beberapa masalah yang disuarakan oleh mereka menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing.

Beliau menambah, semua penduduk Orang Asli di Lipis dan Cameron Highlands boleh menarik nafas lega kerana banyak lagi agenda pembangunan khususnya projek jalan raya antara Pos Betau ke Cameron Highlands akan direalisasikan tidak lama lagi.

Seorang penduduk Kampung Simoi Baru, Katod a/l Sim, 50, berkata, dia yakin kerajaan dapat memenuhi keperluan dan kebajikan mereka.

''Sudah terbukti di depan mata kerajaan BN banyak mencorak pembangunan di tempat kami serta memberi kebahagiaan hidup Orang Asli di sini," katanya di sini hari ini.

Katod yang mempunyai lapan orang anak berkata, Orang Asli masih memerlukan ihsan dan bantuan kerajaan untuk mengecapi hidup yang lebih selesa menerusi bidang ekonomi dan pendidikan.

Seorang penduduk Pos Betau, Lipat a/l Katod, 30, berkata, dia berpuas hati kerana suara dan masalah Orang Asli pedalaman Jelai ditangani dengan bijak oleh wakil rakyat BN sebelum ini.

''Saya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kelmarin dengan berjalan kaki sejauh lima kilometer kerana tidak ada jalan tar dan diharap selepas ini ada jalan yang selesa menghubungi ke kampung kami," katanya.

Lipat berharap, wakil rakyat BN perlu membantu belia Orang Asli di Pos Betau untuk mendapatkan latihan kemahiran vokasional dan keusahawanan bagi merebut peluang dalam pembangunan ekonomi pantai timur (ECER).

Seorang warga emas Orang Asli Temetong, Melah Abdullah, 70, berkata, sebelum ini wakil rakyat BN di Lipis sentiasa mengambil berat kehidupan warga emas terutama dalam aspek perubatan.

''Walaupun sudah di penghujung usia, saya bersyukur pembangunan di bawah kerajaan hari ini dapat menjaga kebajikan Orang Asli terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan," katanya.

Nenek kepada 12 orang cucu itu berkata, mereka menikmati keselesaan hidup menerusi beberapa rancangan pembangunan yang membuktikan kerajaan tidak pernah menyisihkan Orang Asli.

Seorang lagi penduduk Orang Asli Bencah Kelubi, Hussin Abdullah, 32, berkata, hanya kerajaan BN yang boleh mencorakkan kehidupan Orang Asli menerusi agihan ekonomi dan kemudahan asas yang sama rata khususnya di kalangan mereka yang tinggal jauh di pedalaman.

''Saya mengagumi sikap wakil rakyat BN kerana mereka kerap menziarahi kampung ini dan sentiasa mengambil berat kebajikan kami," katanya.

tangopapa Publish time 12-3-2008 09:53 PM

Reply #57 cintan66's post

jenuh adun nak kena beli rokok banyak2 nih.......:lol:

cintan66 Publish time 13-3-2008 04:23 PM

Reply #58 tangopapa's post

kena rasuah dgn rokok jugak ke????

tangopapa Publish time 14-3-2008 08:44 AM

Reply #59 cintan66's post

biasa........;P
Pages: 1 2 [3] 4 5
View full version: Orang Asli di Pahang............


ADVERTISEMENT