arifah_72 Publish time 18-3-2008 08:04 AM

Reply #60 tangopapa's post

huh!!!!! membudayakan rasuah :P

cintan66 Publish time 19-3-2008 07:32 AM

Program dakwah Orang Asli diperkemas

KUANTAN 18 Mac

tangopapa Publish time 19-3-2008 09:15 AM

Reply #61 arifah_72's post

adun le, bukan koi.........:mad:

koi pun dgr citer jer........:P

hanim_rosli Publish time 25-3-2008 02:21 AM

takder dah ke citer kelakauuu...:shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:

tangopapa Publish time 25-3-2008 09:31 AM

Reply #64 hanim_rosli's post

hanim x de citer psl org asli ke? :loveliness:

humaira08 Publish time 25-3-2008 08:22 PM

ni katanya rumah org asli kat CH.......jumpa gambar ni dalam tenet

copypaste je la

http://www.malaysiasite.nl/images/oragaslies2.jpg

humaira08 Publish time 25-3-2008 08:24 PM

Originally posted by hanim_rosli at 25-3-2008 02:21 http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
takder dah ke citer kelakauuu...:shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:

minat citer kelakau org asli ke.......byk dalam tenet ni rajin2 merayau jumpa ler

humaira08 Publish time 25-3-2008 08:25 PM

http://www.malaysiasite.nl/images/orangcam1gif.gif

jual madu dan durian

cintan66 Publish time 26-3-2008 07:21 AM

ok Batin perlu jadi mata dan telinga kerajaan

BERA 25 Mac - Tok Batin dan pemimpin masyarakat Orang Asli diminta menerangkan dasar-dasar kerajaan kepada anak buah masing-masing bagi membolehkan mereka mengetahui dan memahami usaha yang dilakukan oleh pihak pentadbir untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Fadil Osman berkata, kerajaan negeri dan Pusat sememangnya mempunyai perancangan khas bagi memajukan masyarakat Orang Asli khususnya di kawasan Bera.

Antara yang telah dirancang, katanya, ialah satu pelan tindakan bersepadu membabitkan pembukaan tanah baru untuk dijadikan penempatan masyarakat tersebut di daerah ini bagi membolehkan mereka hidup dalam satu perkampungan yang tersusun dan dilengkapi pelbagai kemudahan asas.

Pembangunan"Kerajaan tidak akan meminggirkan Orang Asli daripada aspek pembangunan dan membiarkan mereka terus hidup melarat tanpa pembelaan, sebaliknya kita akan menyediakan kemudahan sama seperti masyarakat lain," kata Mohd. Fadil.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dan Tok Batin Orang Asli di perkampungan Orang Asli sekitar Pos Iskandar dekat sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak dapat melaksanakan semua projek yang dirancang untuk meningkatkan taraf hidup mereka secara serentak kerana mereka sendiri sering berpindah-randah serta berada di kawasan pedalaman dan terpencil.

Mohd. Fadil bagaimanapun, memberi jaminan akan memberikan keutamaan kepada projek pertanian dan ternakan supaya masyarakat Orang Asli turut berdaya saing bagi meningkatkan ekonomi mereka.

Malah, katanya, ekonomi masyarakat Orang Asli di daerah ini kini sudah banyak berubah dengan sebahagian besar daripada 4,000 keluarga memperoleh pendapatan lebih RM750 sebulan iaitu melepasi tahap paras kemiskinan tegar.

"Sebahagian mereka kini turut mempunyai kebun getah dan ladang kelapa sawit sendiri selain anak-anak muda bekerja di kilang swasta atau menjalankan perusahaan sendiri dengan menerima pendapatan yang baik.

"Mereka juga sudah mampu memiliki motosikal dan kereta berbanding 10 tahun lalu di mana kebanyakannya berjalan kaki untuk ke bandar," kata Mohd. Fadil.

Tambah beliau, kenaikan harga komoditi getah dan sawit serta peluang pekerjaan yang banyak disediakan oleh sektor swasta dan kerajaan telah merubah nasib mereka dengan 80 peratus anak mereka kini telah bersekolah.

humaira08 Publish time 26-3-2008 04:29 PM

Orang asli jual petai

Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".

"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga"

..... maaf..... tuan2 agaknya tahu kesudahannya. ;P

tangopapa Publish time 26-3-2008 10:17 PM

Reply #70 humaira08's post

:lol:

kelakar org asli ni....:lol:

org asli ni byk pantang larang nya, ira tau tak? :$

humaira08 Publish time 27-3-2008 09:59 AM

Reply #71 tangopapa's post

tak tau pulak ada pantang larang nya
jom lah share kat sini pantang larang org asli ni

tangopapa Publish time 27-3-2008 12:37 PM

Reply #72 humaira08's post

salah satunya jgn buang air kecil kat bawah umah org asli ni......:lol: :P

ade lagi tp dah tak ingat...dulu penah belajar psl ni....:loveliness:

humaira08 Publish time 27-3-2008 03:30 PM

Reply #73 tangopapa's post

ni mesti tango penah buat ni
yg pergi melepas kat bawah rumah org asli tu buat apa:mad: :mad: ;P

hanim_rosli Publish time 27-3-2008 11:40 PM

;Paiyooo bucuk!!

cintan66 Publish time 3-4-2008 04:19 PM

Dari BHarian online - today

Timur: Maip pergiat dakwah kepada Orang Asli
Oleh Rosli Abdul Jalil

Pelbagai program dianjur pastikan saudara baru dapat bimbingan berterusan selepas peluk Islam

KUANTAN: Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip) sedang menyusun pelbagai program dan aktiviti dakwah kepada saudara baru, terutama kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Maip, Nik Ibrahim Nik Abdullah, berkata program berkenaan bertujuan memastikan saudara baru di kalangan masyarakat Orang Asli akan terus mendapat bimbingan selepas mereka memeluk Islam.

"Maip sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama Islam akan terus memantau golongan saudara baru dan menghulurkan bantuan yang sewajarnya.

"Walaupun sebelum ini, ada sedikit masalah dari segi pentadbiran dan pemantauan terhadap saudara baru Orang Asli, tetapi kini Maip sudah mengemas kini data berkaitan Orang Asli bagi membolehkan program susulan dilakukan dengan cara yang berkesan dan sebaiknya," katanya di sini, semalam.

Minggu lalu, Timbalan Yang Dipertua Maip, Datuk Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata badan itu akan melakukan pemantauan berterusan ke atas masyarakat Orang Asli, terutama yang beragama Islam bagi memastikan mereka mendapat bimbingan sebaiknya.

Menurutnya, Maip akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Yayasan Pahang (YP) dalam menyelaraskan bantuan dan aktiviti yang sesuai untuk masyarakat terbabit.

Nik Ibrahim berkata, pihaknya menganggarkan kira-kira 7,000 Orang Asli beragama Islam di negeri ini yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar berkaitan agama Islam.

Beliau berkata, sehingga Jun tahun ini, Maip menyusun sekurang-kurangnya lapan program dan aktiviti dakwah kepada masyarakat Orang Asli di Pahang.

Katanya, program terbabit membabitkan beberapa kampung Orang Asli seperti di Kampung Meranti, Pekan; Kampung Chandan, Raub; Kampung Landai, Pekan; Kampung Sawah Batu, Muadzam Shah dan Kampung Betau, Lipis.

"Antara program yang disusun termasuk Majlis Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra, Kursus Penghayatan Islam Saudara Baru dan Karnival Masyarakat Orang Asli.

"Majlis ziarah ditumpukan kepada masyarakat Orang Asli yang belum memeluk Islam, manakala bagi yang sudah memeluk Islam diberikan program pemantapan akidah," katanya.

Nik Ibrahim berkata, Maip akan memberi tumpuan khusus kepada aktiviti berkaitan dakwah dan menyalurkan bantuan yang perlu kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Malah, beliau berkata, pada masa ini Maip sudah melantik seorang pegawai sistem maklumat yang akan mengendalikan pangkalan data Orang Asli beragama Islam di negeri ini.

Maip juga, katanya, akan menyediakan takwim aktiviti dan memfokuskan kepada usaha membimbing golongan terbabit.

"Maip akan berusaha memberi bimbingan dan membantu membuka minda Orang Asli supaya dapat meningkatkan maruah diri mereka.

"Sebenarnya Orang Asli tidak dipaksa memeluk Islam tetapi mereka diberi kefahaman yang sebaiknya mengenai Islam dan selepas itu membuat pertimbangan sendiri dengan membandingkan cara hidup Islam dan bukan Islam," katanya.

cintan66 Publish time 1-5-2008 08:05 PM

Guna tenaga pakar majukan Orang Asli

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0501/Utusan_Malaysia/Timur/wt_01.1.jpg
WAN Rosdy Wan Ismail (kanan) menyampaikan anugerah kepada pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007, Nurain Hasani di Sekolah Menengah Sungai Koyan, Kuala Lipis semalam.

KUALA LIPIS 30 April - Kerajaan akan menggunakan kepakaran golongan profesional tempatan untuk memberi bimbingan dan motivasi kepada kaum Orang Asli di pedalaman negeri ini bagi meningkatkan taraf pendidikan serta ekonomi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan akan mengundang cerdik pandai dari kalangan Orang Asli untuk memberi motivasi terutama kepada pelajar dari kaum itu.

Beliau berkata, usaha itu dibuat kerana masih ramai anak Orang Asli buta huruf yang tercicir dalam bidang pendidikan formal bermula di peringkat rendah.

"Kita akan berusaha mendapatkan bantuan pakar motivasi dalam bidang tertentu untuk memberi bimbingan dan kesedaran kepada Orang Asli supaya mencintai pendidikan sejajar dengan tuntutan kehidupan dan pembangunan hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang Akademik dan Kokurikulum kepada 44 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Koyan, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengetua SMK Sungai Koyan, Halim Salleh dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Abdul Rahim Said dan Tok Batin Pos Betau, Ahmad Selalu.

Beliau berkata, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa pendidikan dan ekonomi di peringkat jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang akan melibatkan tok-tok batin dan orang perseorangan yang terpelajar.

"Kita juga akan meminta kerjasama sekolah rendah dan menengah bagi mengatur program motivasi membabitkan penceramah luar termasuk bimbingan mata pelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan," katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, ramai anak Orang Asli kini berjaya ke institusi pengajian tinggi dan menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Golongan terpelajar itu, kata beliau, perlu membantu anak Orang Asli di pedalaman mencorakkan masa depan mereka menerusi pendidikan.

Wan Rosdy juga memberi jaminan kerajaan tidak menyisihkan Orang Asli dalam pembangunan sebaliknya akan terus menyediakan kemudahan asas termasuk sekolah, klinik, jalan raya dan bantuan kebajikan lain dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pada majlis sama, beliau mengingatkan guru dan ibu bapa memberi keutamaan terhadap pembangunan insan untuk melahirkan pelajar berakhlak yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan pada masa akan datang.

''Nilai akhlak dan jati diri perlu ditanamkan sebagai bekalan menghadapi cabaran pembangunan pada masa akan datang," katanya.

humaira08 Publish time 3-5-2008 10:16 AM

dalam utusan ada citer pasal org asli......nak cari artikel ja

humaira08 Publish time 3-5-2008 10:17 AM

jumpa pun.......

Tingkatkan kempen bahaya dadah kepada Orang Asli

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0503/Utusan_Malaysia/Timur/wt_01.1.jpg

KUALA LIPIS 2 Mei - Persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu berperanan lebih aktif meningkatkan kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah di kalangan Orang Asli di negeri ini.

Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kegiatan penyalahgunaan dadah bukan hanya tertumpu di bandar malah menular di kawasan pedalaman.

''Peranan persatuan belia yang berdekatan dengan perkampungan Orang Asli perlu menganjurkan program tertentu yang boleh memberi kesedaran bagi mengelakkan mereka terjebak dengan pengaruh dadah dan gejala negatif lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen Masyarakat Bertamadun Bencikan Dadah anjuran Persatuan Belia 4B Kuala Medang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Orang Asli Simoi Baru, dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Belia 4B Kuala Medang, Nordin Talib dan Ahli Majlis Perunding Majlis Belia Pahang, Baharuddin Saaid.

Pada majlis itu Abdul Fattah menerima 60 borang keahlian Sahabat AADK Belia Orang Asli yang disampaikan Nordin.

Abdul Fattah berkata, kerajaan membelanjakan kos yang tinggi untuk membasmi kegiatan penyalahgunaan dadah menerusi pelbagai kempen kesedaran di samping penguatkuasaan.

Menurutnya, kempen berkenaan dilaksanakan di perkampungan Orang Asli kerana belia di kawasan itu terdedah dengan bahaya dadah dan kegiatan tidak bermoral lain.

Justeru, katanya, kempen berkenaan memerlukan kerjasama setiap lapis masyarakat termasuk persatuan belia dan NGO lain bagi mencapai matlamatnya.

Kempen Masyarakat Bertamadun Bencikan Dadah, jelas beliau, akan membantu AADK meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat negara ini agar sama-sama memeranginya.

''Jika semuanya diserahkan kepada AADK, sasaran Malaysia bebas dadah 2015 tidak akan dicapai.

''Tugas ini (memerangi dadah) perlu dilakukan oleh semua pihak sama ada NGO, swasta, korporat serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK)," katanya

Selain itu, Abdul Fattah memberitahu, Persatuan Belia 4B Kuala Medang mengambil beberapa belia Orang Asli Simoi Baru sebagai anak angkat untuk membimbing mereka dalam bidang pertanian, pelancongan, sosiol dan pendidikan menerusi kerjasama AADK, Pejabat Belia dan Sukan dan agensi kerajaan di daerah Lipis.

Sempena program itu, Persatuan Belia 4B Kuala Medang dan AADK mengadakan acara sukaneka, berakit di Sungai Jelai Kecil, ceramah, pameran dan kelas bimbingan kerjaya untuk belia kaum Simoi Baru.

cintan66 Publish time 9-5-2008 08:33 AM

Masih ramai Orang Asli tiada kad pengenalan

Oleh ALI MAHMOOD

BERA 8 Mei - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diminta turun padang ke perkampungan Orang Asli di daerah ini kerana masih terdapat ramai Orang Asli dan anak-anak mereka yang tidak mempunyai sijil lahir dan kad pengenalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Fadzil Osman berkata, ramai di kalangan Orang Asli di berpuluh-puluh buah kampung di daerah itu yang tidak mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka ekoran masalah perhubungan dan pengangkutan.

Katanya, masalah seperti itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan mendatangkan masalah kepada mereka terutamanya untuk pendaftaran masuk sekolah dan pelbagai lagi urusan berkaitan agensi kerajaan, saluran bantuan dan sebagainya.

''Saya berharap JPN dapat memasuki kawasan kediaman masyarakat Orang Asli untuk membantu mereka mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka serta memberikan penerangan dan kesedaran betapa pentingnya fungsi kad pengenalan," kata Mohd. Fadzil.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Orang Asli di Kampong Pos Iskandar dekat sini, hari ini.

Mohd. Fadzil menambah, beliau tidak mahu masyarakat Orang Asli daerah ini yang tercicir dalam pendidikan apabila tidak dapat mendaftarkan persekolahan anak-anak mereka kerana tidak mempunyai sijil lahir dan kad pengenalan.

Menurut beliau, masih terdapat lagi masyarakat Orang Asli yang kurang memberikan perhatian betapa pentingnya mendaftarkan kelahiran anak-anak supaya mereka turut menerima pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Menurut Mohd. Fadzil, anak Orang Asli juga boleh berjaya seperti masyarakat lain apabila terdapat semakin ramai anak mereka di daerah itu yang berjaya dalam pelajaran.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Fadzil berharap Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dapat bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) supaya membuka lebih banyak kelas kelas tabika di perkampungan Orang Asli di daerah itu.

Katanya, secara tidak langsung akan menggalakkan masyarakat Orang Asli menghantar anak anak mereka ke kelas prasekolah bagi memudah dan untuk membantu membiasakan diri mereka apabila memasuki persekolahan sebenar nanti.

Menurut beliau terdapat beratus anak anak Orang Asli di Daerah Bera yang layak belajar di pra-sekolah tetapi terus terbiar kerana tidak mempunyai kelas tabika di kawasan kediaman mereka.
Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Orang Asli di Pahang............


ADVERTISEMENT