eddie_worlds Publish time 6-5-2009 08:23 AM

ahad lepas aku dapat lagi 2 ekor burung mata putih, sekor ayam hutan sekor lagi burung murai batu jantan punya..ekor panjang..

greenfrog Publish time 6-5-2009 10:20 AM

Reply #81 eddie_worlds's post

bro...ko tau mana nak dapat telur ayam api/mutiara?

eddie_worlds Publish time 6-5-2009 10:30 AM

Reply #82 greenfrog's post

ayam api / mutiara?? aku x tau la name ayam nie..ade name lain x..kadang2 ayam same name lain2..

Mcm Burung daun ade orang panggil die Burung Kuucii

eddie_worlds Publish time 6-5-2009 10:30 AM

Reply #82 greenfrog's post

ade gambar lagi elok bro..

eddie_worlds Publish time 6-5-2009 10:34 AM

http://i41.photobucket.com/albums/e253/eddie_worlds/ayamapi.jpg

ayam api kat kota bharu kelantan

greenfrog Publish time 6-5-2009 10:45 AM

Reply #85 eddie_worlds's post

yup tue la ayam api2...aku skang nak cari telur...letak dlm incubator

eddie_worlds Publish time 6-5-2009 10:52 AM

Reply #86 greenfrog's post

aku x tahu la mane boleh dapat..tapi setahu aku ayam ni x leh bele sembarangan..sebab die pelik sikit..aku mcm ninat ngan ayam mate merah..

greenfrog Publish time 6-5-2009 11:06 AM

Reply #87 eddie_worlds's post

ayam mata merah camner bro?albino ker

eddie_worlds Publish time 6-5-2009 11:26 AM

http://www.jjphoto.dk/animal_archive/lophura_erythrophthalma_erythrophthalma_02_x.jpg

eddie_worlds Publish time 6-5-2009 11:27 AM

http://www.arkive.org/media/B9/B94F3D91-FC51-47F5-97F5-5BA715C9FD82/Presentation.Large/photo.jpg

p/s aku amik gambar ni dari thread Syd Moderator Trainee

greenfrog Publish time 6-5-2009 11:36 AM

Reply #90 eddie_worlds's post

bro nie ayam ke spesis burung?perhilitan bagi ker?

eddie_worlds Publish time 6-5-2009 11:37 AM

entah..aku pun baru nampak jer..penghilitan memang x bagi...bele je la..

baby77 Publish time 6-5-2009 09:04 PM

betul la eddie.. kat kg aku diorang panggil kelicap mata putih.. budak2 tempat aku jual rm25 je sekor.. burung ni leceh sikit bela dia.. klu ko nak kuantiti yg banyak pun aku leh dapatkan.. ada budak memang keja tangkap burung mata putih.. ari tue aku x dapat tgk ko nyer gambar ni.. burung ni klu nk bg makan kena goreng dulu makanan dia.. hehehe :lol:

eddie_worlds Publish time 6-5-2009 10:09 PM

Reply #93 baby77's post

awat orang ko panggil burung kelicap mate putih..burung nie memang murah kalau suare keras..kalau suare lembut bulu cantik..mahu ribu perginyer..

baby77 Publish time 6-5-2009 10:22 PM

x tahu la tp budk ni anto singapore.. klu budak melayu beli dia jual rm25.. kat umah dia banyak beb.. tue la aku cakap kelicap mata putih. ko cakap bukan.. tue aku pelik beb

eddie_worlds Publish time 6-5-2009 10:32 PM

Reply #95 baby77's post

sebb rate2 tempat yang aku jual sume panggil burung mate putih...cine pun panggil mate putih..cume burung daun je cine panggil burung kuci

Syd Publish time 2-6-2009 02:16 PM


http://3.bp.blogspot.com/_gkfStsE0fzE/SRxKgV6beAI/AAAAAAAAA6A/PC08sV06MyY/s1600/koleksi%2Bayam%2Bhutan_2.jpg

Bunyi kokok sayup kedengaran di pinggir kampung. Namun bayangan empunya diri sukar bertembung manusia. Itulah misteri bagi ayam-ayam liar yang hidup di hutan. Dalam Bahasa Jawa disebut dengan nama ayam alas manakala dalam Bahasa Inggeris junglefowl; semuanya merujuk pada tempat hidupnya dan sifatnya yang liar.

Ayam-ayam ini dari segi bentuk tubuh dan perilaku hampir serupa dengan ayam-ayam peliharaan, kerana hubungkait (keluarga) dengan ayam peliharaan. Perbezaan diantara jantan dengan betina adalah dari segi bentuk tubuh, warna dan ukurannya (dimorfisme seksual, sexual dimorphism). Ayam hutan jantan memiliki bulu yang berwarna-warni dan indah, manakala ayam betinanya yang cenderung berwarna monoton dan kusam. Begitu juga suara kokok, hanya ayam hutan jantan berbuat demikian. Ayam hutan betina boleh bersiul untuk menarik perhatian ayam jantan mendekatinya.

Secara umum terdapat empat spesies ayam hutan yang berhabitat mulai India, Sri Lanka sehingga sampai ke Asia Tenggara (merangkumi Malaysia) termasuk Kepulauan Nusantara. Keempat spesies itu adalah:
Ayam-hutan merah, Gallus gallus
Ayam-hutan Srilangka, Gallus lafayetii
Ayam-hutan kelabu, Gallus sonneratii
Ayam-hutan hijau, Gallus varius

Ayam hutan adalah pemakan segala, meskipun cenderung sebagai pemakan biji-bijian. Namun seperti ayam lain, ayam hutan juga memakan pucuk-pucuk rumput, serangga dan berbagai haiwan kecil yang ditemuinya.

Keluarga unggas ini biasanya hidup berpasangan atau dalam kelompok kecil. Tidur di atas ranting perdu atau semak, tidak terlalu jauh dari atas tanah. Pada musim bertelur, betina membuat sarang sederhana di atas tanah dan mengeram telurnya hingga menetas. Anak-anak ayam hutan diasuh oleh induk betinanya.

Tidak seperti ayam peliharaan, ayam hutan pandai terbang; tidak lama setelah meninggalkan sarang tempatnya menetas. Penulis pernah terlihat jarak aksi terbangnya melebihi 200 meter dan yakin unggas ini mampu terbang lebih jauh jika terdesak.

Ayam hutan merupakan salah satu jenis unggas yang menjadi sinonim dengan manusia sejak ribuan tahun yang lalu. Unggas ini boleh wujud berhampiran habitat manusia contohnya pinggir kampung, bukit dan hutan. Tidak hairanlah manusia sering menjumpainya atau telur jika bernasib baik. Telurnya boleh ditetaskan dengan meletakkan bersama telur ayam kampung untuk dieramkan oleh induk tumpang. Teknologi penetasan telur yang mengaplikasikan suhu juga adalah alternatif untuk menetaskan telur ayam hutan ini.

Anak ayam hutan lazimnya sukar tinggal bersama ayam peliharaan kita. Biasanya ia akan lari ke hutan dan berdikari. Jika kita membelanya, ia selalunya dikurung, namun sukar hidup lama kerana umpama sumpahannya yang masih misteri untuk dijelaskan. Selalunya ayam hutan yang dibela oleh kita telah dikacukkan dengan ayam peliharaan (ayam kampung). Kacukan ayam hutan dan ayam peliharaan biasanya dikenali ayam bekisar. Tetapi kita masih memanggilnya ayam hutan bila menjelaskannya kepada rakan disebabkan perasaan bangga memilikinya biarpun bukan tulen 100%.

Mengapa unggas ini begitu istimewa di kalangan kita? Ianya adalah kerana suara kokoknya yang merdu dan bulunya yang indah. Dan kokoknya itu bukan kokok biasa, andai kita di dalam hutan, kokoknya membawa isyarat tertentu yang sukar dijelas secara fakta. Ayam hutan mempunyai misterinya yang tersendiri, sukar melihatnya kerana haiwan ini pemalu dan sering mengelak dari bertembung manusia. Orang-orang tua berpesan minta berhati-hati mengusik atau menangkap unggas ini kerana adakalanya berkait dengan alam ghaib.

Bagi penggemar ayam hutan, mereka sanggup meredah hutan dan ladang-ladang bagi menangkap ayam hutan ini. Teknik yang digunakan ialah jerat dan racip. Ayam hutan yang ditangkap jarang dibela kerana sukar dikurung. Biasanya bila manusia mendekati, ayam hutan yang dikurung akan meronta pada jaring menyebabkan bulunya tertanggal. Ayam hutan liar yang berjaya ditangkap dan apabila dikurung akan muram dan pasif kerana dikeluarkan daripada habitat sebenar. Lazimnya tidak hidup lama apabila dikurung. Penggemar ayam hutan yang berjaya menangkap unggas ini akan menyembelih kerana isinya yang enak persis burung.

Satu lagi keistimewaan ayam hutan jantan adalah kegarangannya bila bertembung spesiesnya. Mereka akan menyerang satu sama lain untuk menentukan pemenang dan menguasai kawasan sekitar atau untuk memikat ayam betina. Serangan sesama ayam hutan jantan biasanya dengan cara mematuk menggunakan paruh. Namun senjata utama spesies ini ketika bertempur adalah taji yang terdapat pada sebelah atau kedua-dua belah kakinya. Taji yang runcing dan panjang (boleh panjang melebihi 2 inci) mampu membuatkan lawannya gerun atau berundur sebelum bertempur. Andai pertempuran tercetus antara ayam hutan jantan tidak mustahil ada yang luka, cedera atau terbunuh. Yang menang berkokok riang membuktikan kekuasaannya manakala yang kalah longlai mengundur diri atau terbujur kaku, itulah hukum rimba.

Memang menarik bercerita tentang ayam hutan. Namun sebagai manusia, kita dikurniakan akal untuk berfikir. Cerita ini bukan bertujuan memberi galakan kepada kaki buru hidupan liar. Ia sekadar menyedarkan kita keistimewaan dan keunikan spesies yang diancam kepupusan ini. Kita bersyukur andai hari ini kita masih berpeluang melihatnya, namun esok belum menjamin kemandirian spesies ini kekal di bumi kita. Bersama-sama kita menghargainya supaya generasi akan datang juga berpeluang melihatnya secara langsung.

Untuk pengetahuan pembaca,
Akta perlindungan hidupan liar 1972 (akta 76) jadual empat memperuntukkan bahawa spesies ayam hutan dilindungi daripada ancaman manusia. Pihak Jabatan Perhilitan ditugaskan untuk menguatkuasakan akta bagi melindungi binatang liar, burung liar dan serangga di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76) daripada pupus dan ditangkap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jenis-jenis lesen yang perlu diambil oleh orang ramai yang ingin mendapatkan binatang liar, burung liar atau serangga yang dilindungi oleh Jabatan Perhilitan ialah lesen binatang buruan (KPM 14A), lesen binatang liar yang diperlindungi (KPM15A), lesen serangga diperlindungi (KPM16A), lesen burung-burung pemburuan (KPM17A).

Lesen menangkap burung liar yang diperlindungi (KPM 18A), Lesen berniaga burung / binatang liar lesen dan lesen berniaga daging (KPM 19A), Lesen mengawet burung / binatang liar (KPM 20A), Lesen Import / Export Binatang / Burung Liar (KPM 21A), Lesen menangkap burung liar (KPM 22A), lesen memelihara burung liar (KPM 22A), Lesen menempat / Mengurung binatang / burung liar (KPM 24A), Lesen Terofi Binatang / Burung Liar yang diperlindungi (KPM 25A) dan Lesen mengambil dan menjual sarang burung layang-layang (KPM 26A).

Di bawah Seksyen 64 (1), mereka yang melakukan perbuatan menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-keduanya sekali. Di samping itu, di bawah Seksyen 65, mereka yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya seperti badak kerbau, harimau belang atau harimau dahan atau memiliki sebahagian daripadanya dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun.

eddie_worlds Publish time 8-6-2009 10:37 AM

Reply #93 baby77's post

Aku dah selidik betul - betul...Burung klicap mate putih ngan burung mata putih lain dari segi panjangnyer dan dari segi suaranya..

eddie_worlds Publish time 8-6-2009 10:43 AM

Kemerduan suara Burung mata putih..



BfRFgxvSBc8

Apimoto Publish time 21-8-2009 09:05 PM

RE: PEMINAT BURUNG MATA PUTIH

99# eddie_worlds Salam perkenalan. Aku kat Penang ni byk kedai yg jual burung Mata Putih, tadi dah book sekor, esok nak pi ambik. Rm30 sekor, kira burung Mata Putih yg pertama aku bela le. Sangkar Rm45 & Rm50, bekas air dan makanan tembikar Rm15 satu set, ada 4 bekas + 1 pasu bunga mini. Lesen kira lesen D dan B2 aje la. Kalau dah sampai rumah, aku ambik gambar dia dan post kat sini. Ada yg harga sampai Rm1,700!!
Member kat sini semuanya duduk apartment, so far tak ada yg di rampas le. Aku nak bela dalam rumah saja.
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11
View full version: PEMINAT BURUNG MATA PUTIH, BURUNG DAUN & AYAM HUTAN.


ADVERTISEMENT