charming_gal Publish time 14-7-2011 09:57 AM

Salam,

Kalau ikut Quran, yang disuruh tutup adalah bosoms atau buah dada dan bukannya rambut. Su ...
tolokminda Post at 14-7-2011 09:27 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   hujah anda berdasarkan sumber apa yek?sila jelaskan...

charming_gal Publish time 14-7-2011 10:01 AM

24:60 (Y. Ali) Such elderly women as are past the prospect of marriage,- there is no blame on them i ...
tolokminda Post at 14-7-2011 09:31 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


" Tak payah mengada-adakan apa yang tak ada."





    Tuan Haji Sirri kah itu....?guna nama baru nmpaknya....:shutup:

tolokminda Publish time 14-7-2011 10:03 AM

tolokminda Publish time 14-7-2011 10:09 AM

Reply 162# charming_gal


Salam,
Bukan Siri seorang yang baca Al-Quran dalam dunia ni. Harap CG pun baca juga dan fahamkan. Quran itu petunjuk Tuhan, kalau tak dibaca dan difaham tidak ada gunanya. Selalu kata mintak petunjuk dari Tuhan. Tuhan dah lama bagi petunjuk tu. Masalahnya mereka taknak fahamkan petunjuk yang diberi. Lepas tu mintak petunjuk dari orang lain pulak. Mana ada jalan!

tolokminda Publish time 14-7-2011 10:27 AM

charming_gal Publish time 14-7-2011 11:00 AM

Salam CG,

Sumbernya Al-Quran. Kalau sumber saya bible memang dah tentu kena pakai tudung.

24:3 ...
tolokminda Post at 14-7-2011 10:03 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Salam...
Perintah menutup aurat


Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (QS.Al-Baqarah : 208 )

Di sini Allah menerangkan bahawa bilamana kita mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi orang-orang beriman, ertinya kita menerima islam secara keseluruhan. Ertinya sekiranya kita tidak menerima sebahagian dari islam tetapi menolak sebahagian yang lain kita termasuk orang yang menurut langkah2 syaitan.

Surah Al-Ahzab ayat 59:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

An-Nur ayat 31

"Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Perintah menutup aurat di dalam ayat ini sungguh jelas dan tidak perlu sebarang dolak-dalik lagi, kecuali bagi mereka tidak ingin menerima islam secara keseluruhan.

Benarlah Allah itu Maha Bijaksana. Apabila Allah menurunkan Al Quran, ayat Al Quran tersebut didapati saling sokong menyokong antara satu sama lain. Ayat kedua dan ketiga telah disokong di kemuncaknya oleh ayat pertama tadi. Maka tidak ada ruang maupun alasan untuk menolak perintah dan arahan ini, sekalipun mereka itu puak liberal ataupun Golongan Anti Hadis!:doh3:

charming_gal Publish time 14-7-2011 11:34 AM

Reply 164# tolokminda


   Salam,
Bukan sahaja kerugian kepada orang yang tidak baca Quran dan mengamalkannya...
bahkan juga kerugian lagi menyesatkan kepada golongan yang membaca Quran tetapi mencipta terjemahan yg lain drpd lain mengikut kefahaman sendiri utk mencipta kebenaran tanpa berpandukan Hadis daripada Nabi S.A.W. dan sahabata r.a.:)

charming_gal Publish time 14-7-2011 11:55 AM

Salam,

Antara contoh wanita disuruh tutup kepala/rambut dalam bible. Kalau rajin cari saya rasa b ...
tolokminda Post at 14-7-2011 10:27 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

ayat mengenai aurat:


وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


Al-Khimar, plural ialah al-Khumur, ialah sesuatu yang dipakai atas kepala, dan bukannya di bahu. Dalam bahasa Melayu, ia boleh dibezakan antara tudung dan selendang.

Al-Quran memang tidak memperincikan hal ini kerana beberapa sebab:

al-Khimar ialah sesuatu yang memang sudah wujud dan dikenali di zaman itu sebelum turunnya ayat 31 (surah An-Nur).

Ayat (surah An-Nur 24: ayat 31) diturunkan bukan bagi mensyariatkan sesuatu yang baru tetapi adalah bagi membetulkan dan memperkemaskan sesuatu yang sudah sedia diamalkan. Oleh itu al-Quran hanya menerangkan cara sebenar memakai Khimar tanpa memperincikan apakah itu Khimar. Memakai tudung kepala adalah sesuatu yang sudah sedia wujud dalam The Bible dan ia juga menjadi pakaian wanita bangsawan ketika itu, sekalipun mereka bukan Nasrani. Di sini jelas kepentingan mengetahui sebab-sebab turunnya supaya dapat difahaminya dengan betul.

Al-Juyub bukanlah buah dada. Jika ia adalah buah dada, adakah dengan itu ia bererti sebelum turunnya ayat 24:31, wanita ketika itu berpakaian tanpa menutup buah dada? Sudah tentu tidak. Al-Juyub dalam kamus diertikan sebagai poket (saku, kocek). Dalam perbahasan ini, ia adalah bahagian dada antara pangkal leher sehinggalah ke bahagian antara kedua-dua buah dada, ianya terdedah kerana fesyen pakaian yang besar lehernya atau sengaja berbentukVdi bahagian tersebut. Bahagian inilah yang dibiarkan terdedah sebelum turunnya ayat 24:31.



والخمار : من الخمر ، وأصله الستر ، ومنه قول النبي صلى الله عليه وسلم : " خمروا آنيتكم " ، وكل ما يستر شيئا فهو خماره

لكن الخمار صار في العرف اسما لما تغطي به المرأة رأسها ، ولا يخرج المعنى الاصطلاحي للخمار في بعض الإطلاقات عن المعنى اللغوي

Al-Khimaar: perkataan al-khimar berasal dari satir yakni membawa maksud menutup. Contohnya, Nabi S.A.W bersabda: Khammiru aaniyatakum Tutupilah bekas(botol/cawan) kamu itu. Semua benda yg menutup sesuatu dipanggil Khimaar.

Tetapi selalunya penggunaan Khimaar digunakan dgn nama tudung yg digunakan oleh wanita utk menutupi kepalanya; dlm hal lainnya perkara ini tidak bertentangan dgn istilah khimar dari segi lughawi (bahasa).




tolokminda Publish time 14-7-2011 12:04 PM

tolokminda Publish time 14-7-2011 12:13 PM

charming_gal Publish time 14-7-2011 12:13 PM

Salam CG,

Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada terjemahan standard yang diberikan kepada ...
tolokminda Post at 14-7-2011 12:04 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   Berkata Ibnu Katsir:


وَالْخُمُر جَمْع خِمَار وَهُوَ مَا يُخَمَّر بِهِ أَيْ يُغَطَّى بِهِ الرَّأْس وَهِيَ الَّتِي تُسَمِّيهَا النَّاس الْمَقَانِع


kata Khumuru adalah jamak (plural) dari kata Khamirun, yakni tudung untuk menutupi kepala. Ia dikenali di kalangan manusia ketika itu sebagai penutup.

Dalam Lisan Arab, ia adalah kain yang dipakai oleh seorang wanita untuk menutupi kepalanya. Maka segala sesuatu yang ditutup disebut: Mukhammarun. Dalam sebuah hadis disabdakan: Khimru al-Niyatikum yang bererti tutupilah kuali-kuali / periuk-periuk kamu.

Kata Juyubun adalah plural dari kata Jaybun yang ertinya dada. Makna asal Jaybun ialah bahagian leher baju yang terbuka. Al-Alusi berkata, digunakan kata Jaybun untuk maksud saku (poket) di sisi baju sebagai tempat menaroh wang dan sebagainya, suatu istilah yang sudah umum di kalangan kita pada masa sekarang , bukanlah asli dari bahasa Arab, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Taimiyah tetapi pemakaian kata ini untuk saku tidaklah salah menurut makna.

Yang dimaksudkan dengan ayat (Surah An-Nuur:31) adalah bahawa para wanita hendaklah menutupkan (dengan) tudung ke kepalanya, lehernya dan dadanya dan segala barang keindahan dan perhiasan yang mereka pakai.

Berikut saya nukilkan pula keterangan dari beberapa kitab tafsir lain yang sempat saya rujuk:

Pertama:

Ibnu Jarir at-Tabari dlm Jamii al-Bayan an Takwil ay al-Quran (Dar el-Fikr, Beirut), jld 10, ms 159 berkata:


وَهِيَ جَمْع خِمَار , عَلَى جُيُوبهنَّ , لِيَسْتُرْنَ بِذَلِكَ شُعُورهنَّ وَأَعْنَاقهنَّ وَقُرْطهنَّ .

Ia adalah jamak dari perkataan Khimar, atas Juyubihinna, iaitu bagi menutup dengannya rambut dan leher dan anting-anting wanita.

Jadi ia membawa maksud Khimar digunakan bagi menutup rambut, telinga, leher dan Juyub.

Kedua:
Fakh ar-Razi dlm Tafsir al-Kabir (Dar Ihya at-Turath al-Arabi, Beirut), jld 8, ms 364 berkata: Maka adalah al-Khumur, singularnya adalah Khimar, dan ia sejenis topeng (iaitu tudung yang turut menutup muka: purdah).

Berkata para mufassir: Sesungguhnya para wanita di zaman jahiliyah, adalah mereka mengikat tudung mereka dari buah dada mereka (yakni di atas dan melabuhkan ke belakang badan).

Dan sesungguhnya Juyubihinna, adalah ia dari bahagian depan, maka adalah ia mendedahkan bahagian atas dada dan (sehingga) di sekitar bawah leher (disebabkan mengikat tudung tinggi di atas dan melabuhkan ke belakang).

Maka diperintahkan untuk bertindak menutup (cover) dengan purdah atas bahagian Juyub dengan menyeluruh, dan demikian juga leher mereka, dan bahagian atas dada mereka, dan apa yang terdiri dari rambut dan perhiasan yang dihiaskan di telinga (anting-anting) dan leher dan tempat dikat darinya (rantai dsbgnya).

Ketiga:
al-Mawardi dlm an-Nukatu wal-Uyun (Dar al-Kutob al-Ilmiah, Beirut), jld 4, ms 92 berkata:
Al Khimar (ialah) sejenis purdah (veil), diperintahkan kepada melabuhkannya atas buah dada wanita secara menyeluruh (dan) bahagian atas dada. Maka sesungguhnya (sebelum ini) ia dilabuhkan atas belakang (badan) dan (dengan itu ia) terdedahlah bahagian atas (depan) dada.

Pentahqiq: Abdul al-Maqsud Abdul Rahim menambah dalam notakaki keterangan dari al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, bahawa al-Khimra adalah purdah wanita yang dengannya ia menutupi wajahnya.

Keempat:
al-Alusi dalam Ruh al-Maani (Dar al-Kutob al-Ilmiah), jld 9, ms 336-337 berkata: Dan ia adalah purdah dari jenis tutupan yang dilabuhkan ia oleh wanita atas kepalanya, dan ia (seperti) langsir (curtain, drape).

Dan al-Juyub: Ia adalah bukaan pada atas baju yang darinya (dapat) menampakkan sebahagian tubuh badan, dan asalnya atas apa yang dikatakan dari al-Jiyb, adalah dengan maksud pemisahan.

Seterusnya al-Alusi juga menerangkan bahawa kaum wanita di zaman jahiliyah, kebiasaan mereka memakai tudung dengan melabuhkan ke belakang di siang hari maka dengan itu terdedahlah bahagian atas dada mereka. Maka diturunkanlah ayat ini.

Kelima:
Al-Qurtubi dalam Jami al-Ahkam al-Quran (Dar el-Fikr, Beirut), jld 6, ms 175, berkata:


وَسَبَب هَذِهِ الْآيَة أَنَّ النِّسَاء كُنَّ فِي ذَلِكَ الزَّمَان إِذَا غَطَّيْنَ رُءُوسهنَّ بِالْأَخْمِرَةِ وَهِيَ الْمَقَانِع سَدَلْنَهَا مِنْ وَرَاء الظَّهْر .


Dan sebab ayat ini (diturunkan) bahawasanya para wanita adalah mereka di zaman tersebut menyelubungi kepala dengan al-Khimar, iaitu sejenis purdah (al-Maqani), mereka melabuhkannya ke belakang (badan).

Seterusnya al-Qurtubi berkata:


فَأَمَرَ اللَّه تَعَالَى بِلَيِّ الْخِمَار عَلَى الْجُيُوب , وَهَيْئَة ذَلِكَ أَنْ تَضْرِب الْمَرْأَة بِخِمَارِهَا عَلَى جَيْبهَا لِتَسْتُر صَدْرهَا .


Maka diperintahkan oleh Allah Taala agar memakai Khimar atas Juyub, dan sedemikianlah cara memakai Khimar yang dikenakan (disyariatkan) ke atas para wanita atas Juyub mereka, supaya (Khimar tersebut) menutupi buah dada mereka.

tolokminda Publish time 14-7-2011 12:28 PM

charming_gal Publish time 14-7-2011 12:57 PM

Post Last Edit by charming_gal at 14-7-2011 23:59

Salam CG,

84:21 Dan apabila Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak mempersetujuinya.

Seba ...
tolokminda Post at 14-7-2011 12:28 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara zahir (face value) sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an. Jika inilah kefahaman mereka, maka penulis bertanya – jika pagi tadi kita bersarapan Mee Goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam al-Qur’an ? Pastinya kita tidak akan menemui keterangan tentang Mee Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng tersebut menjadi sesuatu yang halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?



Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31). Inilah maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.

zulsa Publish time 14-7-2011 01:47 PM

well said CG...

Jawapan untuk anti hadith....
Surah Alfatihah... kenapa mesti baca at least 17 kali sehari.... antara intipatinya... (cut and paste :))

AYAT keenam (IHDINAS SIRATHAL MUSTAQIM). Maksudnya : Tunjukkilah kami jalan yang lurus. Ibnu al-Jauzi melalui tafsirnya, Zad al-Masir menyebut empat pendapat pada maksud ihdhina.

JALAN SIAPA??

Ayat ketujuh (SIRATHAL LAZINA AN`AMTA `ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHUBI `ALAIHIM WA LADDHAALIN)

Maksudnya : (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

-Sirathal lazina an`amta `alaihim. Selepas diminta hidayah sirathal mustaqim, diulangkan lagi maksudnya sebagai penguat dan tafsiran jalan yang diberikan nikmat oleh Allah.

Allah sendiri mentafsirkan nikmat kurniaan-Nya kepada golongan tertentu seperti maksud firman-Nya dalam surah an-Nisa’ ayat 69 dan 70 maksudnya :

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia daripada Allah, dan Allah cukup mengetahui.

Golongan yang mendapat nikmat Allah :

1. Para nabi dan rasul.

2. Para siddiqin.

3. Para syuhada.

4. Para solihin.

5. Para orang yang baik.

As-Syaukani berkata, diumumkan lafaz nikmat supaya dapat dimasukkan semua.
Ayat ini sebagai dalil bahawa sebesar-besar nikmat Allah ke atas hamba-Nya ialah nikmat hidayah dan taufiq kepada iman.
Tanpa dinafikan nikmat yang cukup banyak tidak mungkin dihitung seperti yang diketahui.

tabirhitam Publish time 14-7-2011 01:57 PM

Pening kepala...:dizzy:

Takkan Imam yg 4 dan ulama muktabar macam Al Ghazali semua tak betul!

ibnur Publish time 14-7-2011 02:27 PM

tolokminda jelmaan sirrikhafi?


(posted by mobile)

ibnur Publish time 14-7-2011 02:32 PM

sudah saya Kabarkan bahawa pandangan penolak hadith tidak diperlukan di bod Islam sebab di sini adalah tempatnya ahli sunnah.Saya biarkan dahulu sebab mobile hp tak ada fungsi moderate. Insha allah bila dah depan PC nanti akan .........


(posted by mobile)

charming_gal Publish time 14-7-2011 03:01 PM

Reply 176# ibnur


      memang tepat sekali...org yg sama la tu...:)

warisputerijawa Publish time 14-7-2011 03:12 PM

saya boleh faham dan menerima hujah-hujah yang diberikan oleh sirrikhafi dan tolokminda. kebanyakan nenekmoyang dahulu kala memang tidak mengenakan tudung kepala. tetapi apakah sebabnya? mengapakah ulama' dan orang-orang yang menyebarkan agama islam dahulukala tidak terlalu menekankan bab aurat dengan menolak 100% budaya setempat? :)

tetapi mengapa kita ingin mengambil contoh nenek-moyang kita... ambillah contoh ummul mukminin dan para sahabat. bagi yang mengikuti jalan hakikat, perkara ini tidak perlu diperdebatkan. simpan.

qemon Publish time 14-7-2011 07:23 PM

pada saya, kalau freehair tu jgn la pertikaikan apa2 contoh cakap x sampai seru, nak tunggu hidayah ke ape..sebab da sah2 la bertudung tu WAJIB :) jadi kalau freehair, lebih baik diam n x keluarkan komen :) saya xdela bagus sgt sebab saya pun freehair tp x gemar bila org komen cakap x bersedia, tunggu seru, n ape2 sajela..lebih baik diam n sentiasa berdoa moga satu hari diri sendiri bertudung. mudah2an.. :)
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14
View full version: bertudung @ freehair


ADVERTISEMENT