CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2166|Reply: 5

[Tempatan] Caj Galakan Pelancongan di Langkawi mulai 1 Julai!

[Copy link]
Post time 20-6-2016 10:40 AM | Show all posts |Read mode
LANGKAWI 20 Jun - Bermula 1 Julai ini, kerajaan negeri Kedah akan mengenakan caj ke atas pelancong ke Langkawi bagi penginapan mereka selama berada di pulau peranginan tersebut.

Exco Pelancongan Kedah, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid berkata, caj yang dikenali Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi ini akan dikutip oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Raya Pelancongan (MPLBP).

Katanya, bayaran tersebut bukanlah suatu bentuk kutipan baharu ke atas pelancong di negara ini dan dijangka dapat memantapkan lagi pendapatan kerajaan negeri untuk memajukan industri berkenaan.

"Kutipan seperti ini sudah pun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang sejak lebih dua tahun lalu. Ianya juga telah dilaksanakan di Kuala Lumpur," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada kira-kira 600 golongan kurang berkemampuan di Ayer Hangat di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat berkata, kadar bayaran yang dikenakan di bawah sistem kutipan tersebut juga amat rendah jika dibandingkan dengan kemampuan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Mohd. Rawi berkata, di bawah Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi itu, caj RM1 dikenakan ke atas setiap satu malam bagi setiap bilik untuk kemudahan penginapan bertaraf satu hingga dua bintang.

Kata beliau, caj RM3 dikenakan ke atas setiap malam bagi setiap bilik untuk penginapan bertaraf tiga dan empat bintang, RM5 untuk penginapan lima bintang, RM7 untuk yang bertaraf enam bintang dan RM9 untuk tujuh bintang.

Selain itu, Mohd. Rawi berkata, Kedah sehingga kini masih banyak bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat untuk memajukan sektor pelancongannya dan langkah mengenakan caj itu dapat mengurangkan kebergantungan tersebut.

"Kalau kami dapat jumlah kutipan yang memuaskan melalui pelaksanaan bayaran penggalakan pelancongan ini, kerajaan negeri boleh laksanakan lebih banyak lagi program yang ada kaitan dengan pembangunan pelancongan," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan caj bayaran tersebut di Langkawi bermula Julai ini akan menjadi titik permulaan sebelum diperluaskan lagi secara berperingkat ke lain-lain tempat-tempat di Kedah.

"Kadar bayaran yang dikenakan ini bukanlah satu jumlah yang besar. Kalau kami tak mengenakan caj pelancongan ini, saya rasa kami tak menuju ke arah yang ke hadapan untuk memajukan sektor pelancongan Kedah," katanya. - BERNAMA
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/wi ... thash.zjVRoZ34.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 11:19 AM | Show all posts
"Kutipan seperti ini sudah pun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang sejak lebih dua tahun lalu. Ianya juga telah dilaksanakan di Kuala Lumpur,"

Maka keputusan terkini :

UMNO 3 - DAPig 1


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 11:22 AM | Show all posts
paris pun ada kutip charge galakan pelancongan ke apa kejadah mereka panggil itu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:24 PM | Show all posts
xpelah untuk meningkatkat taraf ekonomi langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 04:39 PM | Show all posts
kalau gitu x yah la ke mana2...duk rumah je la...percuma...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 20-6-2016 11:22 AM
paris pun ada kutip charge galakan pelancongan ke apa kejadah mereka panggil itu

City tax rassnya. Austria pun ada city tax
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.458383 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list