CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 0

Lelaki Di Sebalik Jenama Kasut Converse Terlaris Di Dunia

[Copy link]
Post time 3-2-2021 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Di Sebalik Jenama Kasut Converse Terlaris Di Dunia

Apabila kita bercakap mengenai kasut jenama Converse, perkara pertama yang sering bermain di fikiran kita adalah logo bintang besar di tengah bulatan putih. Ia adalah logo ikonik yang mudah untuk diingati dan terasa dekat dengan budaya pop anak muda.
Dari semua kasut yang Converse pernah keluarkan, Converse Chuck Taylor (juga dipanggil Converse All Stars) adalah antara yang paling banyak mencuri tumpuan. Setiap pencinta kasut Converse di Malaysia pasti mempunyai sekurang-kurangnya sepasang Converse Chuck Taylor.
Sejarah awal
Converse pada mulanya merupakan kasut buat peminat bola keranjang, tetapi seiring dengan waktu, kasut ini juga telah dicipta untuk kegunaan harian.
Kisah terciptanya Converse Chuck Taylor adalah unik. Tidak seperti cerita kolaborasi kasut yang lain, di mana mereka akan bekerjasama dengan atlet atau selebriti terkenal.

Chuck Taylor sebenarnya adalah lelaki yang mempunyai keperibadian yang luar biasa tetapi tetap mengambil sikap merendah diri. Jasanya telah menaikkan populariti bola keranjang di peringkat antarabangsa dan sehingga kini, ia telah menjadi antara salah satu sukan utama di dunia.
Bagi reka bentuk Converse Chuck Taylor pula, kasut ini sangat ringkas dan kasual, tetapi mudah dicampurkan dan dipadankan dengan apa jua pakaian. Dari yang tinggi – di atas buku lali – hinggalah yang rendah di bawah pergelangan kaki.
Antara ciri khas Converse Chuck Taylor ialah ia mempunyai tapak dengan getah yang tebal, diperbuat dari kanvas dan mempunyai logo bintang yang tertulis “Converse All Star Chuck Taylor” di sebelahnya.

Siapakah Chuck Taylor?
Nama sebenarnya adalah Charles Hollis “Chuck” Taylor. Dia adalah seorang pemain bola keranjang Amerika Syarikat yang dilahirkan di Indiana pada tahun 1901. Setelah tamat sekolah menengah, Taylor telah bermain untuk pelbagai pasukan profesional.


Converse yang bersetuju dengan cadangan tersebut telah memberi kebenaran kepada Taylor untuk membantu Converse dalam mereka bentuk semula kasut ikonik tersebut dan dia juga ditugaskan sebagai penasihat bola keranjang di Amerika. Dia juga dilantik sebagai pemain dan jurulatih untuk pasukan Converse All-Stars yang bermain di liga industri syarikat.
Selama Taylor memegang jawatan terbabit, dia telah mencipta Converse Basketball Yearbook, di mana pemain, pelatih, pasukan dan momen terhebat yang pernah dicipta oleh mereka direkodkan dan diperingati. Selain itu, dia juga telah menjalankan klinik bola keranjang di seluruh negara.
Disebabkan jasa dan kejayaannya mempromosikan kasut dan sukan bola keranjang, Converse pada tahun 1932 akhirnya membuat keputusan untuk mengabadikan nama Chuck Taylor bersama-sama dengan jenama mereka.
Dilaporkan bahawa tiada perjanjian yang dimuktamadkan. Taylor hanya menerima gaji dari Converse dan tidak mendapat komisen dari kasut yang memakai namanya.

Kini, ramai pemain bola keranjang profesional memakai Converse All Stars. Ia bahkan dipakai oleh atlet Olimpik serta tentera Amerika Syarikat semasa latihan Perang Dunia II dan hampir 100 tahun kemudian, ia tetap menjadi kasut yang diminati ramai.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.058197 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list