CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kEk_KeL@d|

THE PRINCESS (LEARD KATTIYA) [SESI SEMBANG2]

 Close [Copy link]
Post time 8-9-2004 08:20 PM | Show all posts
kite suke gile citer ni wlau kdg2 je leh tgk coz ade class. ni cite kedua kite tgk lps fox & sugar cube yg menggandingkan hero & heroin ni... tp dlm citer the princess ni, dorang lg cute & nmpk perfect sgt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


azreen This user has been deleted
Post time 8-9-2004 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by sara at 8-9-2004 14:20:
Tumpang tanya sebentar ye..cerita ni dah berapa episode sebenarnya...

Boleh tak ade sesape yang baik hati kat sini tolong lah cerita apa yang dah terjadi. Lagi satu ada sesap ...


rasenyer.. kalau tak silap dah 9 episod.. rasenyerla.. kalau silap tlg le betulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2004 08:55 PM | Show all posts
topik pasal citer ni dah dibuka di Soap Operas...dah dekat 5 pages....dan ada yg buat summary serta gambar sekali....

ni link dia... http://forum.cari.com.my/viewthr ... ;page=1&fpage=1
Reply

Use magic Report

AniloveTj This user has been deleted
Post time 8-9-2004 10:55 PM | Show all posts
Hi everyone!! sronok & happeningnye thread ni... bravo :solute: :pompom: i just :love: Tik...... at least dapat melepaskan kerinduan kat cni, thanx 2 u all :tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2004 11:09 PM | Show all posts

Episod 8

Kemmarat berusaha utk mendapatkan kembali sempadan yang menjadi perebutan. secara diam2, mereka meletakkan tentera di sempadan terbabit. perkara ini diketahui oleh Menteri Pertahanan Yasothorn. Kemmarat cuba merasuah Yasothorn dengan menawarkan pemberian berlian Kemmarat yang masyhur itu selama 20 tahun sebagai balasan kepada sempadan itu. Yasothorn sekali lagi menolak tawaran itu. Raja Yasothorn mula berbincang mengenai pelbagai kemungkinan ancaman drpd Yasothorn. Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan bertelagah, kerana latihan ketenteraan memerlukan belanja yang besar. Raja memberi peluang kepada Putera Mahkota Sidtiprawat utk mencari penyelesaian. Sebagai org yg baik hati, PM seboleh mungkin mahu mengelak peperangan dan juga mahu memuaskan hati semua pihak. Anothai mencadangkan supaya ditubuhkan pasukan khas tentera, di mana mereka ini akan dilatih dan dipilih drpd golongan tentera yg handal. Cadangan itu diterima dan Anothai dilantik sebagai panglima mengetuai pasukan itu. Menteri Pertahanan, walaupon bersetuju dengan cadangan itu tetapi tetap bimbang kerana berbagai akibat akan berlaku sekiranya hal pasukan khas itu diketahui oleh pihak Kemmarat. Namun Anothai telah pon bersedia dgn kemungkinan itu.

Suatu ketika, Anothai bertembung dgn Dara di tangga istana. Anothai masih mengelak dr Dara. Dara seperti putus asa, lalu berkata jika begitu, maka "kita jgn bertemu lagi di pulau itu. sekiranya bertemu jgn lagi pandang memandang.." Dara berlalu sambil melepaskan selendangnya ke lantai yg akhirnya dikutip oleh Anothai.

         

         

         

Sementara itu, Sihasak dan Mantera telah membocorkan rahsia mengenai pasukan khas ini kpd Putera Chaiyan. Lalu, PC telah menyatakan hasratnya utk melawat sekali lagi kem tentera. Anothai membuat persediaan rapi utk itu, dgn mengatur persembahan drpd pasukan khas. Sebuah persembahan yg mempamerkan kehebatan pasukan khas Yasothorn.

bersambung.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2004 11:14 PM | Show all posts

Episod 9

Setelah beberapa siri persembahan oelh pasukan khas, persembahan terakhir ialah perlawanan di dlm kolam lumpur. Putera Chaiyan ingin beradu kekuatan dgn tentera terkuat Yasothorn, iaitu Anothai. Diam2, PC telah menyapu sejenis minyak ke tangannya. Semasa perlawanan berlangsung, dia dgn sengaja telah melumurkan minyak itu ke mata Anothai. Pandangan Anothai menjadi kabur. PC telah membelasahnya. "andai sgt! Tunjuk pandai! Yasothorn akan menjadi milik Kemmarat, semua milik Yasothorn.. kerajaannya, buminya, malah Puteri Mahkotanya..." Perlawanan itu berterusan sehingga menyebabkan Anothai tercedera. Sidtiprawat cepat2 menamatkan perlawanan itu sebelum ia bertukar menjadi ganas.

              

Berita Anothai tercedera tersebar ke istana. Dara yg mendengar berita itu cepat2 bertemu PM utk bertanyakan hal itu. Dara mengunjungi Anothai di rumahnya, dengan alasan mahu menziarahu gurunya, iaitu Inthorn, bapa Anothai. Namun Anothai masih dingin, tidak mempedulikan Dara. Dara pulang dgn hati yg kecewa.

              

              

            

            

Chaiyan pula, meneruskan niatnya utk memikat Dara. Walaupon Dara enggan, tetapi di paksa ibunya utk menghabiskan masa bersama Chaiyan. Khea Khai yg mengetahui hal itu sgt marah dan mula merancang strategi utk memikat Chaiyan. Maharaja Yasothorn pula berpesan kpd Sidtiprawat supaya berhati2, memandangkan Khea Khai yg mesra dgn Chaiyan. ini kerana maruah Yasothorn akan tercalar sekiranya Khea Khai berkahwin dgn Chaiyan kerana semua sudah sedia maklum, Khea Khai adalah bakal isteri kpd Sidtriprawat. Demi Yasothorn, Maharaja meminta Sidtriprawat berkorban, walaupon menyedari Sidtriprawat menyukai Dara. sebaliknya, Dara yg akan dijodohkan dgn Chaiyan sbg tanda perdamaian antara 2 negeri. Bimbang akan hal ini, PM menaruh kepercayaan kpd Anothai agar menjaga Dara. Suatu petang, Chaiyan meminta izin utk menghabiskan masa bersama Dara. Ibu Dara membenarkannya. Chaiyan berniat utk memberika Dara suatu petang yg tidak akan dilupakan sehinggakan dara akan terus mengikutnya pulang ke Kemmarat. Di dalam kereta kuda, Chaiyan bertanya ke mana Dara akan membawa mereka. Sebagai puteri yg bijak, "kita akan ke muzium melihat warisan dan kehebatan Yasothorn. Kemudian kita akan ke pusara pejuang Yasothorn, sebagai mengingati kekuatan dan keberanian mereka.." Chaiyan tiba2 memegang tangan Dara. Sedang Dara meronta supaya dilepaskan, Anothai muncul dan menghalang laluan Chaiyan. Marah dgn keadaan itu, Chaiyan mengugut Anothai akan dihukum. Anothai sebaliknya menerangkan ianya adalah di atas perintah PM yg mahu membincangkan tentang 'pelajaran sejarah dunia yg hanya dipelajari semasa cuti'


bersambung....

All screen caps, credits to Rinaz for the link
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-9-2004 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by azreen at 8-9-2004 08:21 PM:


rasenyer.. kalau tak silap dah 9 episod.. rasenyerla.. kalau silap tlg le betulkan..


betullah tu.. sok episod 10 :ah:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2004 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by fadzssha at 8-9-2004 04:32 PM:
sronok dpt tgk citer nie tadi...


tu la.. best tgk Anothai tu berperang dgn perasaan dia sendiri. sayang kat Dara tapi perasaan marah tu mengatasi segala2nya..

pastu pat2 mereka berpandangan tu.:gila: bestbyer.. then masa Anothai saje je kata ada perbincangan sejarah dunia padehal saja2 dia je:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2004 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by AniloveTj at 8-9-2004 10:55 PM:
Hi everyone!! sronok & happeningnye thread ni... bravo :solute: :pompom: i just :love: Tik...... at least dapat melepaskan kerinduan kat cni, thanx 2 u all :tq:


ha.. sila.. sila laa... jemput mai.. kasi meriah lagi thread ni :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2004 11:22 PM | Show all posts
wow.. great job.. kek_keladi!:pompom:
macam penah perasan screencaps ni!! thks a lot babe!!!
more to come... i'll post more screencaps for u there!!! selepas u buat summary then u boleh post sekali gambarnya ok! jadi senangkan macam gitu!
a lot more to go!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2004 11:27 PM | Show all posts
Rinaz apsal takleh login balik?

Elok2 je masuk pastu takleh balik dah.. hhmm.. nanti sape yg nak letak screen caps eh?

anyway anyhow, trimas byk2 sbb kasik link tu.. then leh ar jugak org lain yg tak dpt tgk cite ni 'tgk sikit2' cite nih.. oklah kan?:bgrin:

harap2nya semua puas hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2004 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by Rinaz at 8-9-2004 11:22 PM:
wow.. great job.. kek_keladi!:pompom:
macam penah perasan screencaps ni!! thks a lot babe!!!
more to come... i'll post more screencaps for u there!!! selepas u buat summary then u boleh post seka ...


:nyorok: ya ler.. mesti la penah tgk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2004 11:37 PM | Show all posts

cover mag

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2004 11:40 PM | Show all posts
Rinaz apsal takleh login balik?

Elok2 je masuk pastu takleh balik dah.. hhmm.. nanti sape yg nak letak screen caps eh?

anyway anyhow, trimas byk2 sbb kasik link tu.. then leh ar jugak org lain yg tak dpt tgk cite ni 'tgk sikit2' cite nih.. oklah kan?

harap2nya semua puas hati


Bukan begitu sayang.. disebabkan u kasi summary so susah juga Rinaz nak screencaps kan gambar... mungkin kalau Rinaz nak post kat thread ni mungkin juga u belum siap summarynya ataupun sebaliknya.. that's why Rinaz kasi link to AomPClub... so senang macam gitu.. bila-bila Rinaz post gambar tu semua... then bila u habis buat summarynya then u just go there and use that caps... to the episod!! OK kan macam gitu.. jadi cantik sikit.. after summary follows the caps... dun worry coz Rinaz akan sentiasa buat caps The Princess disana... so sesiapa yang belum masuk lagi kat AomPClub... join in lah... kecoh-kecohkan lagi forum Aom Phiyada!!
Manggis... i know that you're already there!! postlah jangan tak post!! Rinaz sentiasa menunggu kedatangan u all semua!!

Lots of luv... Rinaz:love:

[ Last edited by Rinaz on 8-9-2004 at 11:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2004 11:41 PM | Show all posts
gosh.. Kek.. cantik gambar tu.. thks..
nanti Rinaz try cari gambar menarik juga untuk paste kat thread ni... Boleh tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2004 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by Rinaz at 8-9-2004 11:41 PM:
gosh.. Kek.. cantik gambar tu.. thks..
nanti Rinaz try cari gambar menarik juga untuk paste kat thread ni... Boleh tak?


On je..:clap:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2004 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by Rinaz at 8-9-2004 11:40 PM:


Bukan begitu sayang.. disebabkan u kasi summary so susah juga Rinaz nak screencaps kan gambar... mungkin kalau Rinaz nak post kat thread ni mungkin juga u belum siap summarynya ataupun sebalikn ...


letak je gambar2 tu.. tak kisahler summary dah ada ke lom, cuma asalkan dah siarkan episod tu.. camna? ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 07:39 AM | Show all posts
thanksss manggis....muahsssss:love:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 11:57 AM | Show all posts
wow.. good job guys.. legalah hati kami-kami yang tak dapat menengok drama ni .. at least tahulah juga apa yang terjadinya.. and the pics are amazing..

Rinaz thank a lot for the recaps nad kek thanks for the summary..

keep up the good work guys..


one more question do you know where i can get a copy of this drama with malay sub..please still looking for it like crazy..
Reply

Use magic Report

levenjel This user has been deleted
Post time 9-9-2004 04:12 PM | Show all posts

BEST TP SEDIH....

aaahhh.... ;) cite ni makin ditengok makin best...
tp dlm masa sama ..makin le sedih.....:cry:
cite ari ni anothai dah bagi hint dah yang die akan meninggalkan dara selama2nye....:cry::cry::cry:
siap pesan kat dara tanamkan die kat pulau tu, so boleh le die mimpi yg best2..
AAARRGGHHHHH!!! ni blom lg nengok part anothai 'pergi' tinggalkan dara.... lg le sedih nnt.....
rase cam tak sanggup je nak nengok cite ni sampai abis... sbb tak sanggup nak rase sedih.... tp tak sanggup juge tak nengok cite ni .... sbb cam tu pun nnt rase sedih jugak...:stp:
aishh...cam ibarat kata pepatah..diluah mati mak ditelan mati bapak (ke vice versa? :stp
perasan tak masa sedutan cite ni ade tunjuk dara (dgn baju serba itam, smbl cam bawak bunga rumput) gi lawat satu pusara kat pulau tu? AAAAHHHH!!...dah pastilah pusara panglima anothai! (agaknyelah.. kalu tak sape nyer kubur kan?):cry:

hmm... ape2pun cite ni mmg best, pelakon die belakon dgn best, wardrobe pelakon2 pun best, tempat2 diorang buat shooting pun best!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.786762 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list