CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: *Orseas_Urusha

[Lain-Lain] PERJANJIAN SYAITAN [1981]

  [Copy link]
Post time 15-4-2011 12:57 AM | Show all posts
seram sbb masa tu kita kecik lagi..cube tgk skrg..seram lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 09:40 AM | Show all posts
Reply  luvly_snow8608


    TH pergi...macam x percaya betul ke anjuran Finas ??

ulasan:
1.  ...
tebuanharimau Post at 14-4-2011 15:57



    loohh..yeker TH...ermmm nasib baik ai xpergi...kalo x, sia2 kene maki ngn incik habi...hahaha
neway, thx sbb share experience...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:57 AM | Show all posts
Reply 201# nashrudean


    CGI paling gempak kot tahun tu...time antu syaitan tu kuar dari dalam laut ..
macam sehelai kertas tisu terbang ke atas digabung ngan gambar laut je
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 11:00 AM | Show all posts
Reply 202# luvly_snow8608


    TH pun hampir tertidur di pertengahan filem tu...
suffer sangat sebab kualiti pic& sound very bad (tengok citer P Ramlee lagi ok!!)
ditambah dengan perabot2 dalam tu punya bau

yang tak tahan tu siap ada mini press conference bersama FInas selepas pilem tu ..ada Melissa Saila skali (dia blakon jadi dak kecik)

tapi bila balik TH kena alergi gatal2 sebab kulit sensitip ngan abuk , hama & kekotoran
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 02:22 PM | Show all posts
Reply  luvly_snow8608


    TH pergi...macam x percaya betul ke anjuran Finas ??

ulasan:
1.  ...
tebuanharimau Post at 14-4-2011 15:57



Benda Free memang macam tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 02:23 PM | Show all posts
Reply  luvly_snow8608


    TH pun hampir tertidur di pertengahan filem tu...
suffer sa ...
tebuanharimau Post at 15-4-2011 11:00



Memang lah bau busuk pasal Banyak tayang Filem Tamil jadi majoriti yang tengok...... mestilah bau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2011 03:04 PM | Show all posts
Reply  luvly_snow8608


    TH pun hampir tertidur di pertengahan filem tu...
suffer sa ...
tebuanharimau Post at 15-4-2011 11:00



ALOOOOOHHH, CIANNYER KT U KAN..XPE XPE..PASNIE XYAH NK G DAH PANGGUNG COLESEUM TUH...HUHUHUHU
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 03:07 PM | Show all posts
dulu xbrape takut le sbb teknologi blum canggih....

tp filem seram skrang gelap sangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 03:16 PM | Show all posts
Reply 206# HangPC2

bukan bau badan melekat kat seat ke hape..tapi bau hapak perabot lama yg terperap dalam tu..dah macam dalam stor!!
...pelik Coliseum ni kenakan charge RM10 & RM 12 (seat atas) utk penonton filem tamil...
duit dorg dapat tu x guna ke utk re furbish or paling2 busuk pun belilah perfume yg pakai bateri tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 09:00 AM | Show all posts
BTW thanks mod bagi tacang

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 12:49 AM | Show all posts

ermm... please sesapa yg ada full HQ filem ni share kt aku plisssssssssss....

thanks so much..



Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 01:41 AM | Show all posts

PERJANJIAN SYAITAN [1981]

Azean kenal la
s rosley tu sapa.. adek bradik s samsudin ke?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 08:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by just_masa at 12-2-2012 20:21

filem keluaran syarikat sedara saya......syarikat dier pun dah lama berkubur........dgr khabar...kerana filem ini....rugi teruk dier......saya rasa salinan asal filem ini pun dah hilang ke mana......inilah masalahnya dgn industri filem kita....ader org kata kenapa kt tv balik -balik filem yusuf haslam .....yg ulang utk stok filem lama....masalahnya hanya Syarikat Yusuf haslam yg masih berdiri teguh sampai hari ini.....dan mereka menyimpan baik salinan asal filem mereka....dan kebanyakan filem P.Ramlee masih lagi disimpan Shaw Brother...jadi mana -mana pihak yg nak menayang atau menerbitkan dlm beNtuk vcd/dvd dgn mudah boleh mendapatkannya....


kebanyakan syarikat lain yg menerbitkan filem melayu 70-80-90 an semua telah berkubur......seharusnya finas sebagai badan yg memantau industri filem tanah air bertanggungjawab untuk memelihara salinan-salinan filem ini kerana ini adalah sebahagian dari sejarah negara.....tapi mungkin juga penerbit2 filem ini enggan memberi kerjasama......siapa tahu......kalau di hollywood / bollywood  perkara ini tidak berlaku kerana hampir kebanyakan studio-studio yg menerbitkan filem lama ini masih berdiri teguh sampai ke hari ini.....lalu mereka boleh mengekploitasi filem -filem lama ini sampai ke hari ini....

so..di malaysia, syarikat pengedar seperti Dragon av, Music Valley masih menyimpan sebahagian tajuk -tajuk filem melayu 80 an- 90 an.....walaupun tidak besar dan kualitinya krg, tapi masih memadai.....ditakuti sekiranya kedua-dua syarikat ini berkubur...maka hilanglah lagi khazanah negara........


p/s masih lagi tercari-cari vcd RENTAK DESA,RAHSIA,MISTERI RUMAH TUA,.JUARA,ABANG 92,DLL ...FILEM  MEKANIK BARU JUMPA SEBAB MUSIC VALLEY DAH CETAK SEMULA,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:18 AM | Show all posts
filem keluaran syarikat sedara saya......syarikat dier pun dah lama berkubur........dgr khabar...ker ...
just_masa Post at 12-2-2012 20:12

kenapa plak sedara ko rugi?

wasn't this film is a major hit as well?

   




Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:35 AM | Show all posts
Reply 214# freekey

filem ini gagal di pawagam.....tapi jadi cult di vhs dan tv masa tu.....sedara saya ade jgk try produce filem dgn yg jadi kawan ali setan ( mat kelantan) tu ...sapa dah nama dier ...sekarang dah jd DATUK.....jd weeding planner tu..............tapi filem tu lagi gagal teruk...............bungkus terus.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 12:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by penunggu at 14-2-2012 12:31

Takde mana-mana produksi yg nak remake balik ke cite ni???....daripada cite AZURA tuh baik cite ni yg dibuat semula....tp jangan bg kat david teoh,rajak mohiden ngan KRU nanti hancusssss....

Aku rasa storyline cite ni very interesting....ditambah ngan karekter yg very strong...patut di remake dan di arahkan oleh pengarah yg betul2 bleh timbulkan suasana seram macam zaman dulu2....sori ye a.idham.....


Apa pendapat korang plak????
Agak2 sapa yg paling layak bawa watak Ribut???MK?Lofa?Maimon Mutalip...please suggest....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 01:14 PM | Show all posts
takda ke sesapa yg leh share filem ni utk didownload?




Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 03:32 PM | Show all posts
Reply 217# freekey

tak silap saya, filem-filem lama ini ader vhs @ vcd kt library finas.....tapi tak boleh buat keluar,,,,,inilah masalahnya finas....kata nak merakyatkan filem.....tapi memadaikah hanya tayang kt panggung coliseum tu....bukan semua org di malaysia boleh pergi.....filem-filem lama ini adalah khazanah negara.....sebahagian dr sejarah kita.....buruk @ baik.....ia adalah cermin bangsa kita......seharusnya finas sendiri menyimpan 1 salinan original setiap filem kita...susah sgtkah utk kita menguat kuasakan satu peraturan supaya setelah selesai setiap tayangan filem di pawagam, penerbit wajib menyerahkan satu salinan filem itu kpd finas...kalau ikut suasana hari ini,satu filem ada sehingga 70 salinan,,,,zaman 70-80-90 an,  saya rasa setiap filem pasti mempunyai salinan sekitar 20-40 salinan....menyerah satu salinan dr salinan ke pawagam ini pasti tidak akan merugikan sedikit pun penerbit filem....

saya kecewa bila baru-baru ini terbaca  kenyataan Mak Nani bahawa filem-filem arahan suaminya seprti RAnjau sepanjang Jalan,Jasmin tak ditayangkan hari ini kerana produsernya takut filem tersebut dicetak rompak.....jd adakah menyimpannya sahaja memberi manafaat kpd sesiapa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 10:58 AM | Show all posts
Reply 215# just_masa

datuk shah rezza kan
filem ape yg seterusnye tak laku tu..

memang tak dinafikan banyak produksi filem yg bungkus dari 70'an sampailah sekarang
tinggal orang kenang tak kenang je..
nak diikutkan banyak filem kite yg cult ni, tapi bila dapat tengok, sebenarnye tak lah best sangat pun
ada tu yg lakonan hancur, muzik hancur...
aku ingat lagi 30 tahun kalau prosuder tak jaga filem2 dia betul, filem 2 alam dr. rozmey tu pun bole jadi cult..

ada produser yg macam dah 'sentap' macam tan sri kamarul arifin, langsung tak bagi tayang dah..
yelah kalau jual pun, nanti orang upload kat youtube..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:03 AM | Show all posts
tak lama dulu nak ditayang filem pemburu (ahmad yatim) kat coliseum
filem ni ahmad yatim menang best actor award, arahan rahim razali
tiba2 sampai minggu nak tayang tu, tayangan dibatalkan & diganti dgn filem lain (filem yg dah dijual dlm vcd)..frust aku, sebab bagi aku ahmad yatim tu, memang at his own class la, kalau tengok filem abang, anak sarawak..

bila korek2, rupanya salah finas..
aku copy paste kat sini
(cara nak baca, mula dari bawah..hassan muthalib yg glemer dek kerana hantu kak limah tu bantai finas)


Tayangan filem PEMBURU arahan Rahim Razali (BATAL!)


Hassan Abd Muthalib <hassan.muthalib@...>
hassan.muthalib

Kalau nak hantar filem, jangan ke FINAS. Tengok apa jadi pada MAT SOM. Satu salinan 35mm dibagi pada FINAS & Arkib Negara. Akhirnya ditayang pakai DVD!  Itu pun transfer tak dibuat dengan betul. Format 4 segi (lagi teruk daripada format TV!), warna biru dia  pulak tak diadjust. Nampaknya rakyat tidak diahulukan. Buat kerja remeh temeh. Macamana nak pegi global?! Benda teknikal pun tak tahu jaga! Nampaknya tak ada siapa pun menyelia kerja-kerja orang bawahan.

Begitu juga denga LAYAR LARA. Diberi kepada FINAS. Bila penerbitnya carik, tak ada siapa pun tahun kat mana dia. Akhirnya penerbit sendiri carik, jumpa di bawah meja kerani.

Hanya Filem Negara saja yang ada film vault di mana filem-filem dapat disimpan dengan baik. Itu pun pada lewat 1980-an selepas banyak filem-filem dokumentari tahun 1940-an hingga 1960-an rosak hancur.

Slogan sana sini pasal warisan negara. Hampeh......

--- On Fri, 2/4/10, Amy Ikram <amy.ikram@...> wrote:


From: Amy Ikram <amy.ikram@...>
Subject: Re: [filemkita] Re: Tayangan filem PEMBURU arahan Rahim Razali (BATAL!)
To: filemkita@yahoogroups.com
Date: Friday, 2 April, 2010, 12:18 PM


salam..
saya tau kenapa filem nie dibatalkan.. Sebab salinan asal dalam DVD filem nie rosak. Bahagian Pemasaran FINAS tak dapat menghubungi penerbit untuk mendapatkan salinan beta. susah tau.. itu sebab para produser filem sekarang kena buat salinan mana-mana filem diorang hasilkan untuk kegunaan masa hadapan. Bagi FINAS jaga salinan tue. senang masa depan.. Ini tidak kekwat!!

--- On Fri, 4/2/10, filemkita <filemkita@yahoo. com> wrote:


From: filemkita <filemkita@yahoo. com>
Subject: [filemkita] Re: Tayangan filem PEMBURU arahan Rahim Razali (BATAL!)
To: filemkita@yahoogrou ps.com
Date: Friday, April 2, 2010, 9:10 AM


sedih la, baru dapat mesej di bawah... Pemburu dibatalkan!?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.073243 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list