CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3140|Reply: 12

Sape2 Tau Pasal G6PD??

[Copy link]
Post time 26-2-2009 10:41 PM | Show all posts |Read mode
erm...
ader sape2 kat sini yang arif pasal G6PD???
ako nak tanye nie...
bole x pengidap G6PD makan ubat pencegah kehamilan???
macam pastinor2 tak pon morning after pill??

[ Last edited by  aRAyZIe at 26-2-2009 10:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 11:00 PM | Show all posts

Balas #1 aRAyZIe\ catat

bukanka alahan pada kekacang especially kacang parang?? (kalo salah sorry ek)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 11:06 PM | Show all posts
memang betol...
nie ako nak betau sket pasal G6PD...

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. G6PD ialah enzim dalam sel darah merah. Kekurangannya menyebabkan sel darah merah cepat pecah dan keadaan ini dipanggil anemia hemolitik (kiraan sel darah merah yang rendah dan tidak normal).

Enzim ini penting dalam pembinaan tenaga kepada seldarah merah. Bila berlaku kekurangan enzim ini, tenaga yang dapat dijanadaripada glukosa (glucose) adalah kurang. Oleh itu, sel darah merah, terutamanyasel telah tua yang telah mula kehilangan nukleus, lebih cenderung untukmati.
Ia adalah masalah keturunan yang diwariskan melalui bahan baka seks atau kromosom X. Untuk pengetahuan pembaca, perempuan mempunyai kromosom XX dan lelaki pula XY. Oleh kerana masalah ini diwariskan melalui kromosom X, lebih ramai lelaki mengalami kekurangan G6PD berbanding perempuan kerana lelaki hanya ada satu kromosom X.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Penting

Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan "rantai perubatan" yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya
Bagi kebanyakan pesakit defisiensi G6PD hemolisis tidak ketara sehingga 48-96 jam selepas pesakit telah memakan bahan-bahan pengoksida seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Jangkitan juga boleh menyebabkan hemolisis. Gejala-gejala hemolisis akut bagi pesakit ini ialah kepucatan yang akut dan jaundis. Hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku tertakluk kepada berapa teruknya hemolisis yang berlaku.

Pencegahan dan rawatan

Ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah G6PD atau individu G6PD perlu sentiasa berhati-hati sebelum mengambil sebarang ubat. Periksa lebih dulu kandungan ubat bagi mengelak masalah tidak diingini.

Secara umumnya pesakit tidak memerlukan rawatan, kecuali dalam kes tertentu. Bayi yang mengalami jaundis neonatal berpanjangan akan diletakkan di bawah cahaya khas iaitu cahaya bili untuk mengurangkan kekuningan.

Pemindahan darah juga mungkin perlu dilakukan bagi kes jaundis neonatal yang serius atau kemusnahan sel darah merah akibat memakan kacang buncis.

Sentiasa periksa dan baca label ubat yang anda beli tanpa preskripsi doktor. Jika ragu, bawa ubat berkenaan apabila anda berjumpa doktor untuk mengesahkan sama ada ia selamat dimakan atau sebaliknya.

Berhati-hati, terutama apabila anda mahu mengambil ubat berasaskan herba, naturopati atau rawatan alternatif lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 11:07 PM | Show all posts
tambah sket lagi...

Penyebab
Antarafaktor-faktor yang menyebabkan terjadinya hemolisi itu ialah:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 11:08 PM | Show all posts
masalah skang ako tatau samada ubat pencegah kehamilan macam pestinor2 n morning after pill bole dimakan atau x... sebab risiko pengidap tinggi kalo salah makan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 11:26 PM | Show all posts

Balas #1 aRAyZIe\ catat

ko ni pun....
bab2 mcm ni jgnle suke tanye kt org yg kurang arif..
aku nasihatkan sape2 yg ade G6PD pegi dapatkan nasihat dari doktor terus...
kn terjamin mcm tu...

xsalah minta pendapat forumer...tp seek advise from a legal medical doctor is the most appropriate way to do..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2009 11:39 PM | Show all posts

Balas #5 aRAyZIe\ catat

macammn nk tahu ank ade alergic nih? sorry ko mintak pendapat forumer, aku tanye ko balik
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 12:19 PM | Show all posts

Balas #7 acikia\ catat

weh3

why don't u just google je kt internet..
sure ade punye..
internet kan macam2 ada!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2009 12:12 AM | Show all posts

Reply #6 lula_27's post

bukan ape...
member ako tu bz gile...
dier ngan bf dier keje office hour...
nak tanye kat forum pon soh ako tolong...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 12:13 AM | Show all posts
1st day mase dier lahir da kene demam kuning...
lagipon doktor akan betau lepas lahir....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 12:14 AM | Show all posts
ako da try cari but x jumpe lagi...
tu yang ako tanye kat forum nie...
kwn ako ckp minggu dpn dier still bz...
minggu satu lagi baru dier free...
so kalo bole dier nak tau awal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2009 05:30 PM | Show all posts
erm...
takde sape2 yang bole tolong ako ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2009 05:31 PM | Show all posts
erm...
xpe la kalo tatau...
nanti ujung minggu nie dier handle sendiri la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.099835 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list