CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7358|Reply: 31

Nak Derma RM200K kat Anak2 Yatim Ke Atau Beri Zakat?

[Copy link]
Post time 23-7-2009 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Kwn aku kol minta  nasihat....

dia kata org yg hutang kat dia masa dolu2
sebanyak RM200K dah mula buat bayaran.

.....tapi dia kata dia  dah tak mau duit tu lagi
sbb ketika dia mengambil air sembahyang
hati dia tergerak supaya didermakan je duit tu.

so dia minta pandangan dan nasihat

patut didermakan  kat anak2 Yatim ke atau berikan semuat kat Zakat
atau ada cadangan2 yang lain?

moga Allah memberi pertunjuk, amin.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2009 07:11 PM | Show all posts
sedekahkan utk meraih pahala yang berpanjangan...contoh bina masjid..wakafkan al quran di masjid di madinah or mekah...ramai orang buat ni siap kirim2 lagi kpd orang2 yang pegi sana buat umrah/haji.
sedekah pun tetap bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 07:12 PM | Show all posts
lupa nak sebut, zakat tu wajib..sedekah tu ikut kemampuan...kalau tuan punya duit tak pernah bayar zakat eloklah byr zakat dulu baru lah boleh bersedekah...jgn yg wajib tak buat nak kejar yang sunat pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 07:32 PM | Show all posts
zakatkan dulu duit tu.....tak silap 2.5% daripada jumlahnya...pastu ..kalau aku...aku agih2kan kat rumah anak2 yatim, masjid/surau yang sedang/nak dibina dan lain2 rumah kebajikan, sedekah kat orang2 miskin  etc.....moga dimurahkan lagi rezeki kawan ko itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:16 PM | Show all posts
boleh i cadangkan buat wisma pendidikan utk anak2 org susah
initial tu dah ada, keluarkan sejumlah wang utk org2 susah samb. belajar
katalah dlm sethn...ambik 1-2 budak2 kpg utk samb. belajar kat mesir

tapi jgn guna capital 200k tu....labur dan cuma guna imbuhan yg dpt
maybe komplikated sket drp derma terus pd badan2 kebajikan..
bayangkan duit tu utk anak2 belajar dan insyaAllah rezeki utk dia bekerja
wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 11:05 PM | Show all posts
sebenarnya sedekah paling afdal ialah sedekah kepada keluarga yg dekat...yg layak diberi sedekah lah..bila dah habis satu keluarga yg dekat2 ni baru lah beralih kepada jiran2 tetangga...masyarakat setempat..dan lebih luas lagi lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2009 01:31 AM | Show all posts
1# bizsari

Subhanallah, banyak boleh buat dgn dana sebanyak itu. Setelah ditolak yg wajib (mana2 hutang yg masih ada), boleh
diinfak, Sadoqah, sumbangan, derma, kebajikan, waqaf, nazar, zakat sendiri pada jalan Allah dgn pelbagai cara serta kaedah.

Kawan saudara boleh pecahkan wang itu ikut percentage.
10% (atau 5%) utk setiap kebajikan pun sudah lebih daripada cukup. Antara yg boleh aku cadangkan, anatara fi Sabiilillah:-

Pertama:
Ma'ahad Adda'wah Al-Islamiyyah. Masa aku pergi masjid, pengasas Ma'ahad sedang mengumpul dana daripada org ramai utk Kebajikan Pelajar, Pemakann, Rumah Guru dan Kakitangan Pengajar serta operasi. Boleh dihubungi melalui:
Ustaz Hj Subri Hj Md. Arshad, 441, Padang Menora, 13310 Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang.
Tel: 04-573 1062, 019-429 6690. Atau Akaun Bank Islam : 07016010055896. Pemilik Akaun : Tabung Kebajikan Dan Dakwah Al-Busyra. Boleh juga hantar cek/Draf Bank/Wang Pos. Nak lebih yakin jumpa sendiri dgn pemilik, Ustaz Subri tadi.


Kedua:
Kompleks Dakwah, Akedemi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith (ATaqwa). Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari. No. 22A, Tingkat 1, Jalan 7/2 Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, SELANGOR. (T) 03-8942 3624 / 019-266 6323.

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari. Blok 1, Lot 42, Centemay Neytown Ship WDT, 89159 Kota Belud, SABAH.
H/p: 012-661 3555

Akaun bank (Maybank) : 5622-63-01294-0  (atas nama Akedemi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith)

Kedua-dua pusat ini milik Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz (bekas pendakwah kristian). Pusat2 ini juga selain Pusat Tahfiz, juga sebagai pusat Pendidikan Saudara Islam baru.



Ketiga:
Pusat As Solihin (Persatuan Pendidikan Anak Yatim dan Miskin). No. 68, Batu 6, Kampung Sungai Lias, 45300 Sungai Besar, SELANGOR.

Pengetua: Ustaz Sallehen Mukhyi (Tel: 019-261 4782 / 019-236 1830)
Akaun Bank Islam : 12056-01-001798-3 (atas nama Pusat As-Solihin)/



Keempat:
Dana Pembangunan Pendidikan & Kebajikan Kawasan Larut.
No. 2A, Bangunan MDS. 34130 Kubu Gajah, Selama, Perak DR.
Tel/Fax: 05-839 1291. atau Akaun Bank: BIMB: 08040-01-0033062 (Dana Pembangunan Pendidikan & Kebajikan Kawasan Larut [Dana PEMBELA])
Hubungi Bendahari: En Amin Khairi B Mahmud Zahidin (012-536 2605), Setiausaha: En Kamarudin Bin Darus (013-442 1400),
atau terus Pengerusinya: Ustaz Nazri Bin Hj Din (019-435 3003).


Kelima:
Pusat Pendidikan Al-Barakah (No. Peng: JAIPk/PP/IP/125.05)
Lot 61083 Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh, Perak DR.
No. Tel: 05-526 0321  Fax: 05-526 6096 H/P: 012-524 8214
(No kelulusan Kutipan Derma: MAIPk/05-PD/164-PPAB)

No Akaun Bank CIMB 081 60000 129107 (atas nama Pusat Pendidikan Al-Barakah)


Penaung: Dato' Shamsul Baharin
Pengarah Projek : Ustaz Mohd Azhar Hj Abdul Latiff (013-520 3012)
Bendahari : Mad Isa b Ramle (019-570 8688)
Setiausaha: Nurol Akmar Yaacob (017-327 9505)

Pusat pendidikan ini terkenal sebagai Pusat Pendidikan Sekolah Agama Rakyat, Asrama Tahfiz Anak Yatim, Pondok Warga Emas, Pusat Perubatan Islam, Kem Tahsin Cuti Sekolah, Pengajian Iqra' wal Quran, Pondok, Kelas Tahfiz dan Kuliah Umum. Yang mengelolanya ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazzim Ilyas Al-Hafiz (Penceramah Terkenal). Ustaz Kazim ini juga adik kepada Ustaz Najemuddin Ilyas Al-Hafiz (Bekas KAGAT dan berkhidmat dgn Kerajaan Negeri Perak sbg Wakil Rakyat di sana).


Lain-lain:

Kat sini pun boleh:  [link]http://alhakimbestari.org/alimaniah.htm[/link] . Ada banyak dalam internet ni.

Kawan saudara boleh cari mana2 pusat asuhan anak2 yatim, sekolah agama, sekolah pondok, Pusat OKU, Pusat Dakwah Islamiyyah, Ibu Tunggal, Pusat Jagaan Orang2 Tua, PERKIM, Pusat Mualaf dan banyak lagi, serta bertebaran di Sekitar KL-Selangor ini. Boleh juga waqaf ke mana2 masjid, surau, musolla dan seumpamanya. Boleh juga cari masjid2 dan surau yang mengadakan kelas pengajian agama dan kuliah utk disodaqahkan serta infak mana2 baki yg masih ada. Bulan Ramadhan nanti cari masjid2 atau mana2 surau yg buat Iftar (majlis berbuka puasa), dermakan 5% dari jumlah 200K tu pun dah seribu rahmat.

Sponsor org Islam yang miskin dan tidak berkemampuan pergi Umrah serta Haji pun dah dikira amal jariah. Cara ni dibuat oleh Syed Mohktar Al-Bukhari. Setiap tahun beribu umat Islam miskin ditaja oleh Yayasan Al-Bukhari utk menunaikan ibadat rukun Islam kelima itu. Kawan saudara pun boleh buat, cari dalam 5 ke 10 orang pun dah cukup. Sponsor lah segalanya. Masya-Allah ente...:-)


" [9:111] Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'mindiri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Merekaberperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itutelah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil danAl Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripadaAllah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah kemenangan yang besar."  - At-Taubah: 111

" [2:261] Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah
adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, padatiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagisiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi MahaMengetahui." - Al-Baqarah: 261

" [34:36] Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagisiapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yangdikehendaki-Nya). akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinakkamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecualiorang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akanberoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telahkerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (diSyurga) dengan aman sentosa." - As-Saba': 36-37

Al-Hadith:

" Apabila matinya seorang insan, semuanya akan terputus melainkan tiga perkara: Sodaqah jariah ketika hidup, Ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh."

Sodaqah yg dimaksudkan di sini ialah WAQAF.

Riwayat Muslim, Kitab al-Jana'iz, Bab Fi Syukhus Basral-Mayyit Yatba'u Fi Nafsihi, No 1529; Riwayat Termidhi, Kitabal-Ahkam, Kitab Fi al-Waqf, No 1297; Sunan al-Nasa'i, Kitab al-Wasaya,Bab Fadl Sadaqah 'An al-Mayyit, No 3591; Sunan Abu Dawud, Kitabal-Wasaya, Bab Ma Ja'a Fi Sadaqah 'An al-Mayyit, No 2494.


Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 10:12 AM | Show all posts
baca surah saf ayat 10-11....

mafhumnya... jihad fisabilillah ni yang paling utama adalah dengan harta setelah itu baru lah menyusul dengan kekuatan diri...

renung²kan dan selamat beramal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2009 10:13 PM | Show all posts
7# sepok
thnks utk info nie......

aku dah lama ingin nak bersedekah......


ada je halangan.....


buat on-line senang sket.........
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 05:42 PM | Show all posts
63.10. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut
kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan
katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan
kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya
aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang
soleh.
11. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian
seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah
Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

92.17. Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang
yang sungguh bertakwa;
18. Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan
harta bendanya,
19. Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
20. Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
21. Dan demi sesungguhnya, dia tetap akan berpuas hati (pada hari
akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).

90.12. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang
tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
13. (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan
hamba abdi;
14. Atau memberi makan pada hari kelaparan -
15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
16. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

89.17. Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah).Bahkan
(perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi
kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang
Dia berhak menerimanya);
18. Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak
diterima oleh) orang miskin;


9.60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang
fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orangorang
muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak
memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk

(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang
keputusan) dalam perjalanan.(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)
sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

57.18. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang
perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada
Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya
(dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala
yang mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 05:42 PM | Show all posts
30.39. Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu
berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka
ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan
kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan
dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka

yang
melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.

2.264. Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala)
sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si
penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena ria kepada
manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.Maka
perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih
(tidak bertanah).Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang
mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang kafir.

25.67. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila
membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil
kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di
antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

17.29. Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan
janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana
akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta
kering keputusan.


2.271. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik

sekali.Dan
jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir,
maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.Dan Allah akan menghapuskan
dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang
kamu kerjakan.


76.8. Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan
disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
9. (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami
memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak
berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
10. Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab
hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut.


9.103. Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana
sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 07:45 PM | Show all posts
sebenarnya sedekah paling afdal ialah sedekah kepada keluarga yg dekat...yg layak diberi sedekah lah..bila dah habis satu keluarga yg dekat2 ni baru lah beralih kepada jiran2 tetangga...masyarakat set ...
sunsuria3 Post at 23-7-2009 23:05


Saya setuju dengan pendapat SS
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 11:03 AM | Show all posts
salam

bukan pendapat dia la saudara
itulah HADITH NABI ttg sedekah tuuu
sebab HAK mereka ada
dan dalam AL QURAN juga, ALLAH BERKATA:
TERDAPAT HAK UNTUK MEREKA YANG MEMINTA DAN YANG TIDAK
jadi faham2lah ya
yg meminta tu ramai
yg tak meminta dan cuba menjaga kehormatan diri pun ada
jadi yg mana yg lebih baik???
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 08:55 AM | Show all posts
sepok posted on 24-7-2009 01:31 AM
1# bizsari

Subhanallah, banyak boleh buat dgn dana sebanyak itu. Setelah ditolak yg wajib (mana ...

thread lama ni, just nak confirm, masih boleh pakai ke no akaun2 ni.. ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 10:20 PM | Show all posts
salam

.....tapi dia kata dia  dah tak mau duit tu lagi
sbb ketika dia mengambil air sembahyang
hati dia tergerak supaya didermakan je duit tu.

so dia minta pandangan dan nasihat
katakan yang baik datang dari Allah ..
dermakan saja lah ..

mungkin duit yang dia bayar itu .. kita tidak tahu unsur dari mana ..?

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 01:25 AM | Show all posts
Assalamualaikum wrt...
sebut pasal sedekah...
aku nak tanya sikit...
aku adalah bagi sedikit makanan yang aku makan untuk di bagi sikit seorang ngan kwn kwn..aku kata sedekah..
seorang hambaAllah tu cakap ..dia x layak dapat sedekah.. hadiah ok...
aku pg tanya dia senyuman itu sedekah ....x leh sedekah juga ka? ... dia kata itu lain...
aku tanya sorang ustaz....dia kata orang yang x mo terima sedekah ialah orang yang takbur dan sombong...
aku tanya seorang ustaz lain..( ustaz yg ada pangkat lah...) dia kata itu cuma presepsi orang melayu...
dan sorang ustaz ( ustaz yg pertama aku tanya ) cuma Nabi SAW saj atak layak terima sedekah...
ada sapa sapa leh bagi pencerahan x?  salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2012 12:38 PM | Show all posts
Nape?Tak caye? posted on 18-10-2012 01:25 AM
Assalamualaikum wrt...
sebut pasal sedekah...
aku nak tanya sikit...

salam

seorang hambaAllah tu cakap ..dia x layak dapat sedekah.. hadiah ok...
aku pg tanya dia senyuman itu sedekah ....x leh sedekah juga ka? ... dia kata itu lain...

dan sorang ustaz ( ustaz yg pertama aku tanya ) cuma Nabi SAW saj atak layak terima sedekah...
Orang itu berketerunan Ahlul Bait aahh ..

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 01:29 PM | Show all posts
NorAddin posted on 18-10-2012 12:38 PM
salam

Orang itu berketerunan Ahlul Bait aahh ..

salam ,
jadi yg dikatakan HambaAllah tu salah lah ye?

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 03:33 PM | Show all posts
NorAddin posted on 18-10-2012 12:38 PM
salam

Orang itu berketerunan Ahlul Bait aahh ..

Tu yang arwah bapak pernah cakap.. Ahlul Bait x leh terima sedekah..zakat
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 05:44 PM | Show all posts
Nape?Tak caye? posted on 18-10-2012 01:29 PM
salam  ,
jadi yg dikatakan HambaAllah tu salah lah ye?

salam

iisshh .. bab sedekah .. melonjat bab hambaAllah lak ..

pada umum nya tidak lah menjadi salah ..
tapi khusus khas nya orang yang mengunakan bahasa hambaAllah itu untok Nabi dan Rasul ..
وأشهدأن محمدا عبده و رسوله

wassalam


p/s ..
mana lah tau kot .. hamba Firaun ..


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.084140 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list