CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2166|Reply: 23

Adakah Imaginasi Aku Aje?

[Copy link]
Post time 31-7-2009 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Adakah imnaginasi aku je atau the sentences for crimes are getting lighter? 25 years old bunuh n rape dapat 20 tahun penjara so tht dia boleh keluar dan terus bunuh n rape??????? child molesters dapat 5 tahun je???? whaddehellllll????

Man gets 20yrs jail, rotan for rape and death for murder (Update)
By GLADYS TAY


JOHOR BARU: Abu Bakar Musa, 25, who raped and killed a 15-year-old Syafiqah Mohamad Borhan and left her in a drain in Bandar Baru UDA, was sentenced to 20 years in jail and 15 strokes of the rotan for rape and death for her murder.

Abu Bakar was charged for raping and murdering the girl in Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda here between 5.45am on Jan 25, 2006 and 3.30pm on Jan 27 the same year.

High Court Judge Datuk Azahar Mohamed ruled that the defence had failed to raise any reasonable doubt in the prosecution’s case.

Norman Fernandez who represented the accused said that an appeal would be filed.

The body of Syafiqah, a student of SM Sultan Ibrahim Girls School here, was found, still in her school uniform, with bruises on her head, neck and knees, in a drain at Bandar Baru Uda, at about 3.30pm on Jan 27, 2006.



Five years jail for man who tried to rape a 10-year-old
By CHAN LI LEEN


IPOH: An excavator driver has been found guilty by a Sessions Court here of getting a 10-year-old girl to perform oral sex on him and of attempting to rape her.

Muhamad Khirder Jian, 35, was sentenced to two years’ jail for the first offence and five years’ jail with two strokes of the rotan in the second offence.

Muhamad Khirder, whose wife is a policewoman, was said to have committed the offences at the barracks of the Ayer Tawar police station in February, 2001, between 2pm and 3pm.

Earlier during mitigation, defence counsel Ranjit Singh Sandhu told the court that the accused was a first offender and did not have any previous convictions.

“He earns RM70 daily as an excavator driver and has two children aged seven and eight.

“He had already been remanded for 15 days, which is a form of punishment,” he added.

In pressing for a deterrent sentence, deputy public prosecutor Mohd Farid Mohd Mokhtar told the court that the victim had suffered indelible trauma and pressure as a result of the accused’s actions.

The girl, now 18 years old, would remain scarred for life, he said.

“The victim and her family will have to bear the humiliation for what the accused has done to her.

“The accused took advantage of the victim, who was weak and helpless, and who was unable to fend for herself,” he added.

Sessions Judge Hamzah Hashim ordered Muhamad Khirder to serve both sentences concurrently from the date of sentencing but later granted a stay of execution pending the filing of a notice of appeal by the accused.

The court also extended the RM6,000 bail of the accused.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2009 05:30 PM | Show all posts
hakim TAK BOLEH org kuat pegangan agama.

HAKIM musti seorang yg pentingkan kebendaan, atheist.

sbb mana2 agamapon membawa konsep berihsan sesama insan; dan some of these hakims mmg sentiasa akan ada dilema antara tuntutan agama dan kewajipan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 05:32 PM | Show all posts
apa ni???nanti bile barua2 jahanam tu kuar penjara kalau dia pegi carik mangsa lagi amacam???patut golongan2 camni yang kena ISA,memang betul2 mengancam KESELAMATAN negara..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2009 05:34 PM | Show all posts
harap2 masa depa dok kat dalam sekejap tu depa pon kena rogol. baru ada akai...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 05:36 PM | Show all posts
DUNIA MAKIN TUA..............
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 05:53 PM | Show all posts
Uiks? Rogol sampai mati kena 20 tahun?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2009 07:02 PM | Show all posts
Nak kena google precedent similar case to establish such consistency .

Otherwise its mockery to the system ! Curse the fellow and face torment to his death !
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 07:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by zacharygibson at 31-7-2009 19:14

Apa laaa korang nihhh....

... was sentenced to 20 years in jail and 15 strokes of the rotan for rape and death  for her murder..


Makna nya...  dia dihukum rotan dan penjara 20 tahun kerana merogol DAN.. dihukum MATI kerana membunuh mangsa....

maknanya dia kena rotan 15kali, penjara 20tahun.. lepas tu kena hukum gantung sampai mati..  kira okay la tu....

Tu laaa... lenkali cikgu ajar bahasa inggeris kat depan, korang jangan tidur kat belakang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2009 07:35 PM | Show all posts
8# zacharygibson
ppsmi kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 07:49 PM | Show all posts
kat padi huma tuh... neh tempat lalu aku nak g keja neh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 09:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by zacharygibson at 31-7-2009 19:14

Apa laaa korang nihhh....



Makna nya...  dia dihukum rotan dan penjara 20 tahun kerana merogol DAN.. dihukum MATI kerana membunuh mangsa.... ...
zacharygibson Post at 31-7-2009 18:11

Pembuka  thread   sekolah  atap  kot....???
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 09:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by zacharygibson at 31-7-2009 19:14

Apa laaa korang nihhh....



Makna nya...  dia dihukum rotan dan penjara 20 tahun kerana merogol DAN.. dihukum MATI kerana membunuh mangsa.... ...
zacharygibson Post at 31-7-2009 19:11

Ayat tu berambiguiti la...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 09:21 PM | Show all posts
apa la... kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 07:45 PM | Show all posts
kalo x reti bace omtih..bc la newspaper melayu kasi jelas..hadoi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 09:13 PM | Show all posts
Pemuda bunuh Syafiqah dihukum mati
31/07/2009 4:36pm

JOHOR BAHARU 31 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pemuda kerana membunuh pelajar perempuan tingkatan tiga, Syafiqah Mohamad Borhan, tiga tahun lepas.

Abu Bakar Musa, 25, yang turut dikenali dengan panggilan “kapak” turut dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol mangsa.

Hakim Datuk Azhar Mohamed membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ian Shang Kuan Chou.

Peguam Norman Fernandez yang mewakili tertuduh berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Abu Bakar dituduh melakukan perbuatan tersebut di antara 5.45 pagi, 25 Januari 2006 dan 3.30 petang pada 27 Januari tahun yang sama di longkang Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda di sini.

Dia ditangkap pada 16 Februari dan didakwa di mahkamah pada 27 Februari 2006.

Mayat Syafiqah, pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim ditemui oleh orang ramai pada 27 Januari, dua hari selepas pelajar itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke sekolah pada waktu pagi.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 09:45 PM | Show all posts
'Mak jangan sibuk!'

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my



JOHOR BAHRU: Si Tanggang Moden. Gelaran itu mungkin layak diberikan kepada seorang pemuda keras hati yang tergamak menengking dan menghalau ibunya ketika wanita berusia separuh abad itu cuba menenangkannya ketika dia mengamuk di ruang perbicaraan Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

“Ah, mak ni, jangan sibuklah. Pergi keluar sana!” jerit bekas pembantu restoran, Abu Bakar Musa, 25, sambil merenung tajam ke arah ibunya yang kemudian terpaksa berundur ke luar bilik mahkamah sambil menangis hiba diperlakukan sedemikian oleh anak sendiri.

Sebelum itu, Abu Bakar tiba-tiba naik angin dan mengamuk sebaik Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas disabitkan kesalahan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun pada 2006.

Selain itu, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan kerana kesalahan merogol mangsa sama, Syafiqah Mohamad Borhan di Bandar Baru Uda di sini, antara 25 hingga 27 Januari 2006.

Tragedi kejam dan menyayat hati yang menimpa pelajar tingkatan tiga itu mendapat simpati meluas masyarakat negara ini termasuk media massa sebelum mahkamah memutuskan tertuduh bersalah terhadap kedua-dua tuduhan iaitu membunuh dan merogol.

Sebaik hakim memutuskannya bersalah terhadap kedua-dua tuduhan, Abu Bakar yang tidak dapat menerima keputusan itu tiba-tiba bertindak agresif sejurus Azahar memerintahkan mahkamah berhenti bersidang dan keluar dari bilik bicara.

Sebelum itu, Abu Bakar dilihat sebak dan hanya merintih di kandang tertuduh sambil ditenangkan adik lelaki dan ibunya sebelum dia tiba-tiba bingkas bangun dan menengking Timbalan Pendakwa Raya, Ian Shang Kuan Chou Chuen dan Juanita Mohd Said, dengan kata-kata kesat dan berbaur ugutan.

“Aku tak puas hati dengan Timbalan Pendakwa Raya yang ni. Mana dia? Kurang ajar betul kau... Engkau memang nak kena ya? Jaga kau nanti, aku takkan lepaskan kau. Kau tunggulah!” pekiknya tanpa mempedulikan kira-kira 20 hadirin dalam kamar bagi menyaksikan perbicaraan.

Tertuduh diwakili peguam, Norman Fernandez.

Melihat kemarahan Abu Bakar semakin menjadi-jadi, ibunya terus menerpa dan memujuknya supaya bersabar sambil berkata: “Sudahlah, bersabarlah. Apa yang sudah jadi itu, jadilah.”

Malangnya, pujukan ibu tua itu rupa-rupanya seperti menyimbah minyak ke dalam api apabila wanita tidak berdosa itu pula menjadi sasaran maki-hamun anaknya.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini, orang ramai termasuk wakil media dan ibu bapa Syafiqah diminta keluar dari bilik perbicaraan.

Kekecohan itu berlarutan kira-kira 10 minit sehingga sekumpulan anggota polis mahkamah terpaksa dipanggil ke bilik berkenaan untuk mengawal keadaan, manakala Abu Bakar masih tidak berhenti memekik dan mencabar Timbalan Pendakwa Raya sambil menendang perabot dan merosakkan harta benda mahkamah.

Sementara itu, bapa Syafiqah, Mohamad Borhan Awang, 51, yang ditemui selepas prosiding itu semalam berkata, walaupun lebih tiga tahun berlalu, kehilangan puteri sulungnya itu masih terasa di hatinya dan isteri, Nora Abu Bakar, 48.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kematian Syafiqah sudah menerima pembelaan dan hukuman dijatuhkan terhadap Abu Bakar setimpal serta berpatutan kerana sekurang-kurangnya tidak ada lagi orang lain akan menerima nasib sama seperti anak gadisnya.

“Arwah harapan dalam keluarga kami. Dia akan tetap hidup di hati saya dan ibunya sampai bila-bila,” katanya sebak manakala Nora hanya mampu mendengar sambil mengesat air mata.

Nora yang hadir berbaju kurung kuning serta bertudung hitam kelihatan sebak sepanjang prosiding berlangsung dan tidak henti-henti menyebut nama Allah ketika mendengar hakim membacakan keputusan.

Terdahulu, Nora memberitahu, adik Allahyarham juga mahu mengikuti prosiding semalam, namun hajatnya tidak kesampaian apabila terpaksa bersekolah.

-myMetro-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2009 10:09 PM | Show all posts
tak sepadan dgn nama
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 11:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by zacharygibson at 31-7-2009 19:14

Apa laaa korang nihhh....



Makna nya...  dia dihukum rotan dan penjara 20 tahun kerana merogol DAN.. dihukum MATI kerana membunuh mangsa.... ...
zacharygibson Post at 31-7-2009 19:11


kahkahkah.... tu la pasal masyarakat kita
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 01:43 PM | Show all posts
dah nk mati pun masih derhaka kt ibu lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 01:58 PM | Show all posts
'Mak jangan sibuk!'

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20090801071815/mainpix

JOHOR BAHRU: Si Tanggang Moden. Gelaran itu mungkin lay ...
redbun Post at 1-8-2009 21:45


dkt johor.. dkt ngn umah pakcik aku, aku igt lagi, time jupe mayat syafiqah , puan nora mmg nmpk tabah dlm tv, suaminya pun sama, smpai masih mmpu iringi jenayah anaknya, mostly org biase yg kene cmni mau pengsan or kene papah, mmg aku xle imagine cmne kalu aku yg kene..

kalula aku ade kt mahkamah tu, mau je aku lepuk si tanggang moden ni..kuang ajo sgt kt mak sendiri..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.070550 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list