CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1328|Reply: 6

Rangka manusia purba

[Copy link]
Post time 19-12-2009 09:25 AM | Show all posts |Read mode

imej yang diolah semulasecara digital terhadap tulang tangan Ardi atau Ardipithecus ramidus,yang dipercayai oleh saintis sebagai spesis manusia yang pernah hidup4.4 juta tahun lalu di kawasan yang kini negara Ethiopia. - AFP

WASHINGTON 18 Dis. - Penemuan satu rangka berusia 4.4 juta tahunyang juga nenek moyang keturunan manusia, merupakan kejayaan saintifikterhebat bagi tahun ini, menurut jurnal berprestij, Science semalam.
Fosil tersebut yang dinamakan Ardi, mengungguli senarai 10kemajuan saintifik terhebat tahun ini, yang turut merangkumi penemuanair di bulan dan penggunaan kepingan atom karbon paling nipis dalameksperimen peralatan elektronik.


Ardi atau Ardipithecus ramidus merupakan bahan kajian yang diperiksadengan cermat dan teliti oleh sekumpulan ahli antropologi selama 15tahun, yang menyifatkan penemuan di Ethiopia itu menyediakan satugambaran yang tidak diceritakan berhubung perkembangan manusia.
Pada usia 1.2 juta tahun lebih tua daripada Lucy, nenek moyang manusia tertua yang ditemui sebelum ini, Ardi membantu menghapuskan mitos popular tentang persamaan langsung antara manusia dengan beruk moden.
Kebanyakan ciri-ciri yang ditemui pada tengkorak, gigi, tulang pelvis, tangan dan kaki Ardi menunjukkan beruk Afrika itu telah berkembang dengan pesat selain berkongsi keturunan nenek moyang yang sama dengan manusia.
Ia turut menghentikan harapan untuk menemui kaitan yang hilang antara manusia dengan beruk moden.



"(Ardi mengubah cara kita berfikir tentang perkembangan manusia,'' kata Bruce Alberts, editor jurnal Science.
Antara perkembangan lain yang disenaraikan jurnal tersebut adalahpenemuan bintang-bintang 'pulsar' oleh teleskop Fermi milik PentadbiranAeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) termasuk satu yangterletak 4,600 tahun cahaya daripada bumi.


Bidang astrofizik menyaksikan dua lagi penemuan yang disenaraikandalam jurnal Sains termasuk penemuan ais batu oleh NASA di bulan.NASA turut dipuji jurnal Science ekoran kejayaan membaik pulih teleskop angkasa lepas Hubble, yang berperanan menyediakan imej alam semesta. - AFP


Tgk x ardi lam discovery channel..~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2009 09:27 AM | Show all posts
@ cam susah nk pcaye tulang nie x reput 4.4 juta thn !!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 09:30 AM | Show all posts
@ cam susah nk pcaye tulang nie x reput 4.4 juta thn !!!
~eVa~ Post at 19-12-2009 09:27


Kheennzz tp tulang tu fragile ar..~
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 09:34 AM | Show all posts
banyak rangka tulang yang dah rosak tapi depa jumpa 45% bahagian yang penting tu yang dapat gambarkan rupa Ardi ni...

ditempat yang sama di euthopia depa dah jumpa tulang yang lebih lama (5.7 juta tahun) tapi masih dalam kajian saintis...

Ardi berjalan atas dua kaki rangka tulang berbeza dari apes lain dari chimpanzee so depa sahkan teori evolusi darwin tak boleh pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 10:13 AM | Show all posts
Pada usia 1.2 juta tahun lebih tua daripada Lucy, nenek moyang manusia tertua yang ditemui sebelum ini, Ardi membantu menghapuskan mitos popular tentang persamaan langsung antara manusia dengan beruk moden.

jadi para saintis sudah bersedia utk membakulsampahkan teori evolusi atau tidak?
Reply

Use magic Report

J
Post time 19-12-2009 11:00 AM | Show all posts
Ethiopia is like a goldmine for archaelogists

Darwin is like religion.. if u have faith & believe in your heart that ur ancestors are primates, then u follow Darwin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2009 05:50 PM | Show all posts
akhir zaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.080923 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list