CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2833|Reply: 44

Guan Eng gagal tarik pelaburan ke Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 6-5-2010 09:03 AM | Show all posts |Read mode


Ketua Menteri Pulau Pinang didesak agar membentangkan perolehan dan perbelajaan suku pertama 2010 memandangkan pelaburan luar ke Pulau Pinang menyusut dari RM10.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM2.2 bilion pada tahun 2009. Malah misi pelaburan kerajaan negeri ke luar negara yang sangat kerap iaitu sebanyak 15 kaliterutama ke Singapura berbanding tempoh Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri juga tidak mendatangkan banyak hasil kepada pelaburan negeri .

Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata di sidang DUN semalam , walaupun pelaburan sebanyak RM10.2 bilion diperoleh pada 2008, iaitu ketika pakatan pembangkang memerintah negeri, pelaburan berkenaan sebenarnya telah dibawa masuk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Mereka juga kata akan bawa masuk pelaburan berjuta ringgit ke negeri ini melalui beberapa perjanjian yang telah dimeterai dengan beberapa negara "

"Betulkah pelaburan itu dapat dibawa masuk atau semata-mata perjanjian atas kertas kerana dari segi pengalaman saya, tidak semua perjanjian itu mampu membawa pelaburan, ada yang gagal," katanya.

Selain itu, Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa berdasarkan kepada data yang diperoleh iaitu pelaburan negeri PP menurun cukup banyak sehingga80 peratus tahun lalu.Menurutnya, jumlah yang dicatatkan itu lebih rendah berbanding dua negeri lain yang berada di bawah pemerintahan pembangkang iaitu Kedah yang mencatatkan penurunan pelaburan sebanyak 50 peratus dan Selangor 42 peratus tahun sama.


'Kita sedar bahawa kemelesetan ekonomi yang berlaku tahun lalu dialami oleh semua negara, namun, apa usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk memujuk syarikat-syarikat yang ingin keluar dari negeri ini supaya mereka tidak berbuat demikian?

''Mereka perlu pergi berjumpa kilang-kilang ini, ambil tahu masalah mereka dan cuba beri insentif yang lebih baik supaya kilang-kilang ini terus berada di Pulau Pinang. Inilah yang perlu diambil berat dan bukannya berlumba-lumba pergi ke luar negara cari pelaburan yang belum tentu ada hasil.



Kegagalan Guan Eng menarik pelaburan ke PP semakin menarik bila Penolong Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Goh Kheng Sneah menggesa Lim Guan Eng melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bagan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negeri.

Nampaknya Guan Eng diktator yang dikatakan pemimpin bijak , integriti , khalifah Umar Abd Aziz la dan segala macam gelaran sebenarnya gagal membawa pelaburan ke negeri antara yang termaju di Malaysia . Dahulu selepas menang sahaja bukan main lagi cakap besar yang " kita kerajaan Pakatan Rakyat akan menarik banyak pelabur-pelabur ke PP " tetapi sekarang habuk pun tarak . Guan Eng dok pi luar negara itu semua sign MOU kosong saja ..



Persoalannya di sini , kalau negeri Kedah yang ditadbir oleh Ustaz Azizan PAS pun mencatat penurunan 50 % pun, ini negeri hebat dan maju seperti PP malah ditadbir pulak Khalifah kesayangan PAS nampak lagi teruk penurunanya . Ini bermakna pentadbiran Guan Eng adalah 50 kali teruk la daripada kerajaan PAS kedah .

penurunan teruk peratusan pelaburan ini adalah disebabkan dasar-dasar kerajaan negeri Pakatan yang mengantikan dasar-dasar kerajaan BN duilu itu sendiri menyebabkan pelabur tidak berminat melabur . Kita lihat sudah 2 tahun Guan Eng memerintah PP tetapi mereka gagal membawa kemakmuran ekonomi lebih baik kepada rakyat .

Ini baru memerintah sebuah negeri pun sudah gagal , macamana mahu perintah negara . Itu pun ada angan-angan mahu tawan Putrajaya .


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 09:11 AM | Show all posts
cakap senang aaa ....buat tengok  ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:12 AM | Show all posts
biaq ler negeri Cina miskin apa la UMNO ni :@
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:12 AM | Show all posts
what can i say...bila org yg bodoh ekonomi bercakap :re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:18 AM | Show all posts
jangan jadikan 'KeArajaan' P.Pinang dalam 'KehinaAan'....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:21 AM | Show all posts
ye, kerajaan BN memang teruk
tapi itu x bermakna PR lebih bagus

harap orang2 yang bodoh paham ayat kat atas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2010 09:28 AM | Show all posts
sumbangan RM100 setahun kepada warga emas akan menaikkan lagi ekonomi pulau pinang... jangan buat lupa point penting nih....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:41 AM | Show all posts
Inilah ciri-ciri pemimpin yang bagus

Bukan cam BN pergi lawatan ke luar negara semua ditanggung beres...
kekangan kewangan negeri PR bukan alasan untuk tidak bertindak lebih proaktif...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 09:48 AM | Show all posts
tapi yg peliknya, tgk negeri2 bawah Pakatan Rakyat bertambah maju
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:54 AM | Show all posts
Penceceh ni dok ingat dan-dan macam tu jer ker boleh tarik pelabur...

Kayu pengukur bagus tak bagus kepimpinan bukan setakat bergantung pada jumlah pelaburan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:22 AM | Show all posts
Reply 9# DTECCONAN


    apa yang maju conan   kat selangor sama aje ..kat kedah pun hehehehe yg maju aku tengok ceramah politik sana sini ...tak henti2 , tu je majunya huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:29 AM | Show all posts
Reply  DTECCONAN
apa yang maju conan   kat selangor sama aje ..kat kedah pun hehehehe ...
anakpanah Post at 6-5-2010 10:22 AM


kat kedah ni ada banyak bas2 baru
jejantas dekat Pekan Rabu pun nak diganti baru
jalan2 diperbesarkan
kompleks yg 15 tahun terbengkalai akan direnovate balik
jalan2 banyak diturap
banyak bandar2 baru dibangunkan
kedai2 pun dah berlambak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:29 AM | Show all posts
Yang penting aku suka bila bil air aku bayar kurang tiap bulan!

Tapi Syabas buat keje cam bangau! Air selau bau karat!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:30 AM | Show all posts
anakpanah duduk mana? dekat Melaka ka N9?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:34 AM | Show all posts
tak lupa, sistem bekalan air pun dah dimajukan tak mcm masa BN dulu
sampah2 masa zaman BN dulu merata2 sekarang ni sampah2 dah makin kurang
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:35 AM | Show all posts
Hahaha....aku ingatkan Pulau Pinang jadi TUMPUAN
PELABORAN ASING, sebab di situ ada jaminan KEBEBASAN
BERSUARA dan MAHKAMAH............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 10:36 AM | Show all posts
camana boleh kata gagal tarik pelaburan? bkn kadar pelaburan asing seluruh negara jatuh? tambahan plak kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan2 pembangkang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:38 AM | Show all posts
Reply 15# DTECCONAN


    iye ...bukan ke tu semua mmg perancangan BN sebelum nie ..wakakak sianya coanan tertifu ke mmg ko tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:38 AM | Show all posts
camana boleh kata gagal tarik pelaburan? bkn kadar pelaburan asing seluruh negara jatuh? tambahan pl ...
aks_berhad Post at 5-5-2010 16:36


HAHAHA.......semua negeri pi keluar negara untuk menarik
pelabor melabor ke negeri masing-masing. Apasal nak tunggu
KERAJAAN PUSAT  BUAT KEJA UNTUK AWAK?????????
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:38 AM | Show all posts
masa PAC ker apa yg dekat parlimen tu laen pula bunyinyer, pakat2 puji kerajaan Pakatan Rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.099820 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list