CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3799|Reply: 2

[Dunia] Nadir bumi: Thailand lebih kaya daripada Indonesia?

  [Copy link]
Post time 19-1-2024 11:38 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Thailand menemui hampir 15 juta tan deposit litium, sekali gus memberi rangsangan kepada usaha kerajaan menjadi hab serantau bagi pengeluaran kenderaan elektrik.

Penemuan itu menjadikan Thailand sumber litium ketiga terbesar, selepas Bolivia dan Argentina.

Bagaimanapun, masih belum jelas berapa banyak litium yang boleh diteroka secara komersial.

Jurucakap kerajaan, Rudklao Intawong Suwankir, berkata, sebanyak 14.8 juta tan litium diagihkan di antara dua tapak berasingan di wilayah selatan Phang Nga.

"Kami cuba untuk mengetahui berapa banyak yang boleh digunakan daripada sumber ditemui. Ia mengambil masa," katanya.

Litium ialah komponen utama dalam pembuatan bateri yang digunakan dalam kereta elektrik, telefon pintar dan elektronik lain.

Kerajaan Perdana Menteri Srettha Thavisin, yang mengambil alih pada Ogos lalu, menjadikan keutamaan untuk cuba meningkatkan Thailand sebagai hab pengeluaran serantau, bagi kenderaan elektrik dan pemasangan kereta konvensional.

Ketika mesyuarat Forum Ekonomi Dunia di Davos, Srettha bertemu pemimpin industri termasuk Timbalan Pengerusi Bosch bagi menggesa beliau melabur dalam pengeluaran EV di Thailand.

"Ia berita baik. Ini peluang untuk Thailand berdikari dalam pengeluaran bateri EV," kata Rudklao mengenai penemuan litium itu.

Pada Disember 2023, dua gergasi EV China berkata, mereka akan melabur 2.3 bilion baht ($64 juta) untuk membangunkan Thailand sebagai hab pengeluaran. - AFP







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 01:41 AM | Show all posts
Pha Nga (Pungah/Bunga), antara wilayah Tanah Melayu yang hilang angkara kepuakaan Empayar British dan Siam.




Malaysia hari ini hanya mewarisi separuh je keluasan Semenanjung Tanah Melayu.



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 20-1-2024 01:41 AM
Pha Nga (Pungah/Bunga), antara wilayah Tanah Melayu yang hilang angkara kepuakaan Empayar British da ...

Jgn salahkan British. Yg panggil British dtg sini pun bkn org lain. Fahamkan lah sejarah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 1.030004 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list