View: 6430|Reply: 12
|
[Tempatan]
Beri peruntukan sama adil kepada semua bandar di 13 negeri – Agong. #4, Agong: KL kurang sesak jika pembangunan adil di semua negeri
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 19-3-2024 08:09 AM
Beri peruntukan sama adil kepada semua bandar di 13 negeri – Agong
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... di-13-negeri-agong/
Oleh NURUL IZZATI ZAINI
19 Mac 2024, 1:19 pm
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini. Foto oleh OFFICIALSULTANIBRAHIM
PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan merancang pembangunan saksama di semua negeri bagi mengawal penghijrahan rakyat ke Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda bertitah, perhatian dan peruntukan yang saksama seharusnya diberi kepada semua bandar di 13 negeri di Malaysia agar penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya dapat dikurangkan dan kesesakan lebih terkawal.
Baginda turut bertitah dengan mempersoalkan adakah peruntukan pembangunan banyak ditumpukan ke tiga wilayah utama hanya kerana ditadbir terus oleh Kerajaan Persekutuan.
“Pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah membuka banyak peluang pekerjaan dan menyebabkan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri ke Wilayah Persekutuan.
“Kerajaan terpaksa membangunkan infrastruktur awam yang lebih cekap untuk mengatasi kesesakan jalan raya dan memenuhi keperluan penduduk bandaraya yang semakin padat.
“Persoalannya, adakah kerana wilayah ini ditadbir secara terus oleh Kerajaan Persekutuan, banyak peruntukan pembangunan ditumpukan kepada tiga wilayah ini sahaja?,” titah Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini.
Berangkat sama Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Dalam pada itu, Agong turut bertitah agar masyarakat kota sama-sama menjaga kebersihan dan alam sekitar ekoran keadaan persekitaran berada dalam tahap tidak memuaskan.
Titah Baginda, penguat kuasa perlu jalankan tanggungjawab dengan amanah ekoran kerajaan yang ditadbir bukanlah ‘kerajaan pungut sampah’.
“Semua orang tahu saya suka memandu sendiri, jadi saya dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya dan persekitaraannya.
“Apa yang saya nampak, masih ada beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kebersihannya tidak memuaskan.
“Kerajaan saya bukan kerajaan pungut sampah. Kepada penguat kuasa, jalankanlah tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah,” titah Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
huhu pengarah semua panas bontot la lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ramai rakyat Johor masih kerja ke Singapura.
Ada sesuatu yang tak betul dan perlu dibetulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Agong: KL kurang sesak jika pembangunan adil di semua negeri
https://www.malaysiakini.com/news/699925
Diterbitkan: Mar 19, 2024 4:01 PM
Dikemaskini: 4:01 PM
Yang di-Pertuan Agong mempersoalkan sama ada kesesakan di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan berpunca daripada pembangunan yang tidak saksama di negeri lain oleh kerajaan persekutuan.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan, membawa kepada penghijrahan penduduk dari negeri lain ke Wilayah Persekutuan yang ketara.
Ini seterusnya memberi tekanan kepada kerajaan untuk membangunkan infrastruktur awam yang lebih cekap bagi menangani kesesakan jalan raya dan memenuhi permintaan penduduk bandar yang semakin padat.
"Persoalannya, adakah kerana wilayah ini ditadbir secara terus oleh kerajaan persekutuan, banyak peruntukan pembangunan ditumpukan kepada tiga wilayah ini sahaja?" soal baginda dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini.
Justeru, Sultan Ibrahim mahu kerajaan memperuntukkan pembiayaan dan tumpuan pembangunan yang sama kepada semua bandar di semua negeri.
Titah baginda, langkah itu dapat membantu mengurangkan kesesakan di bandar.
“Sekiranya semua negeri dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandaraya akan dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal,” titah baginda.
Selain kesesakan bandar, Agong juga menyatakan bahawa kebersihan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur tidak memuaskan.
“Semua orang tahu saya suka memandu sendiri, jadi saya dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya dan persekitaraannya. Apa yang saya nampak, masih ada beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kebersihannya tidak memuaskan.
"Masyarakat kota juga perlu bersama-sama dalam menjaga kebersihan dan alam sekitar.
“Kerajaan saya bukan kerajaan pungut sampah. Kepada pengua tkuasa, jalankanlah tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah," titah baginda. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berita gumbira buat/untuk warga:
1.Bangla
2.Indon
3.Rohingya
4.Dan lenlain
|
|
|
|
|
|
|
|
Selagi x denda org buang sampah mcm singapura buat,smpai kiamat la kl tu dok kotor mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Btl la tu. Kl tu da sesak mcm nak mengalahkan Jakarta dah aku tgk. Bangunkan la bandar lain plk bg sana sesak plk. Kalo blh kat Borneo lah. Sana tanah bnyk lg |
|
|
|
|
|
|
|
nak ngata negeri K ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau L
Berapa dekad dok tabur duit kat pulau L.
Pi Mai pi Mai tang tu gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
KOTOR dengan banyak perkara. maksiat pun berleluasa. harap KDYMM pantau segala benda haram duk meriah dalam KL tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Situlah LRT
Situlah Highway.
Situlah ByPass
Situlah Highway atas higway
|
|
|
|
|
|
|
|
-this is true, hidup kat KL dah tak berkualiti
-tapi bila bawak pembangunan nanti kos sara hidup naik
-dia camni, mana da cina situ ada pembangunan, tak perlukan kerajaan pon
-contohnya Kampar perak, surrounding kampung, masuk bandar baru kampar dah macam petaling jaya
|
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 19-3-2024 04:14 PM
Btl la tu. Kl tu da sesak mcm nak mengalahkan Jakarta dah aku tgk. Bangunkan la bandar lain plk bg s ...
Lps pkp ketara betul kesesakn kl |
|
|
|
|
|
|
| |
|