CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4162|Reply: 1

[Dunia] Pemilik butik maut selepas tegur selipar pelanggan indon kotor

  [Copy link]
Post time 11-4-2024 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik butik maut selepas tegur selipar pelanggan kotor

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ar-pelanggan-kotor/

Oleh KOSMO
8 April 2024, 5:30 pm


Mangsa dibunuh selepas menegur seorang pelanggan yang memasuki kedai dengan memakai selipar. - ANTARAKERPI

JAKARTA – Seorang pelanggan mengamuk dan membunuh pemilik kedai pakaian Butik Aurel Mode di Indonesia hanya kerana ditegur seliparnya kotor, lapor portal berita Berita DIY.

Kejadian berlaku pada 1 April lalu di Tangerang, wilayah Banten.

Mangsa dilaporkan mengemop lantai ketika suspek masuk ke dalam butik dengan memakai selipar.

Dia kemudian menegur suspek berhubung seliparnya yang kotor.

Disebabkan enggan menerima teguran, suspek mengeluarkan kata-kata kesat dan mereka mula bertengkar.

Suspek kemudian mengambil pedang dari keretanya dan melibas ke perut mangsa.

Ketika suspek ingin melarikan diri, keretanya dirosakkan oleh orang ramai yang menendang tingkap serta membaling batu ke arahnya.

Dia menyerah diri kepada polis selepas melarikan diri ke kawasan Jatiuwung, Kota Tangerang. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Org jakarta cepat sentap. Mohon cepat sikit jakarta tenggelam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.317284 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list