CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 3

[Jenayah] Pemandu enggan jemput murid depan sekolah, selesa parkir jauh! Kelas tamat masing-masing kena jalan kaki ke kereta

[Copy link]
Post time 27-4-2024 10:05 PM | Show all posts |Read mode
KESIBUKAN bekerja telah menyebabkan ramai ibu bapa masa kini berdepan masalah menguruskan penghantaran anak ke sekolah dan menjemput mereka pulang.

Menyedari realiti ini, maka ramailah individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar pulang murid bagi membantu memudahkan urusan ibu bapa atau penjaga.

Bagi golongan ibu bapa pula, sudah tentu mereka akan mencari perkhidmatan terbaik agar keselamatan anak terjamin.

Terbaharu, kecoh apabila seorang ibu mendakwa perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh taska anaknya mengabaikan aspek keselamatan dengan pemandunya dikatakan biadab.

"Saya ambil transport dari sebuah taska. Akak ini memang biadab dan kurang ajar, tiap-tiap bulan kami bayar penuh. Perkhidmatan yang dia buat sepatutnya ambil anak dekat drop off depan sekolah tapi dia pesan dekat anak dan murid yang dia pick-up, suruh tunggu bawah pokok dekat kubur sekolah SMK dan SK Puncak Alam fasa 1," katanya dalam satu perkongsian di grup Facebook.

Perkongsian itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu wanita itu baru-baru ini yang tetap menyuruh murid-murid supaya menunggu di tempat biasa yang jauh dari sekolah walaupun ketika itu hujan lebat.

"Anak saya balik dengan basah lencun. Kesian sangat tengok keadaan anak. Lepas tu saya bagitahulah lepas ni kalau hujan lebat ambil la dekat bus stop drop off depan sekolah. Dia tak nak, balas dengan nada biadab.

"Anak ada cerita, kawan dia masa hujan jalan perlahan nak ke kereta dia, sebab hujan, tak kan nak berlari dengan kereta banyak, bahaya. Masuk kereta kena marah. Lepas tu terus parents tu tak ambil dah dengan dia ni," kongsinya lagi.

Dalam pada itu dia turut menasihati penduduk setempat supaya berhati-hati jika berurusan dengan pihak yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Dia menganggap pemandu wanita itu seorang yang mementingkan diri sendiri kerana berkeras tidak mahu berhenti di kawasan yang sepatutnya, gara-gara enggan beratur menunggu giliran untuk mengambil murid-murid pulang dari sekolah.

Menerusi perkongsiannya, dia turut melampirkan tangkap layar perbualan dengan pemandu wanita itu yang diamanahkan untuk mengambil kanak-kanak dari sekolah.

Berdasarkan tangkap layar itu, dia dilihat meminta pemandu supaya menunggu sebentar jika hari hujan kerana bimbang keselamatan anaknya yang perlu meredah hujan dan bergegas melalui jalan yang agak sibuk pada waktu puncak.

Bagaimanapun pemandu tersebut seperti berdolak dalih untuk menuruti permintaannya.

Individu tersebut juga telah diminta oleh pemandu untuk mencari pengangkutan lain buat anaknya.

Namun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pengadu kerana menurut mereka pemandu juga perlu mengatur masa dengan sebaiknya.

"Tengok reply (pemandu) okay je, siap bagi cadangan. Tukang post ni yang emosi selalu rasa betul. Nak padu-padu transport, pakai private personal.

"Kat mana biadab dan kurang ajarnya?

"Ikut je la cara dia, dia buat untuk perjalanan dia cepat. Kalau nak ikut kehendak semua ibu bapa, mati terguling la. Yang tu nak macam ni yang nak macam lain, semua nak ikut. Ingat aib orang tu, tunggu terbuka aib sendiri padan muka. Muat naik muka siap muka anak lagi.

"Bagi saya dia tak biadab, dia tengah toleransi sebab dia tak bawa anak puan sahaja. Semoga urusan dengan dia tu berjalan lancar," demikian antara komen netizen.

                                                                                Pemandu yang membawa murid sekolah sebaiknya tunggu di kawasan selamat. -Gambar hiasan        
            

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana screenshot nya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahnye. Mana screen shot komen tu nak baca tengok.

Mujur bangunan kelas anak meols, ada disediakan tempat untuk drop off/pickup murid, so mudah la. Diorang akan tunggu kat situ ditemani staff guru atau pembantu sampai parents datang ambik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
What to do
Byk sekolah dekat main road jalan sesak sgt so better van2 ni stay setempat je
Tgk cara international school buat contoh iskl campus lama
Ada laluan utk drop off
Secuity jaga
Bas bas depa kasi penuh semua murid dah naik pastu gerak sekali convoi cam bas bas pegi haji tu
So jln kerja ayer lama tu kena tunggu la semua bas keluar
Tak semua sek gomen boleh buat camni so nasib la dgn parents jenis tak menyabar double triple park
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.384174 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list