CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3831|Reply: 73

Akhirnya PDRM mengakui gagal mengurangkan kadar kemalangan

[Copy link]
Post time 9-9-2011 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Kecewa Ops Sikap ke-24 gagal

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my



Ismail Omar pada sidang media berkaitan Ops Sikap Ke-24 di Bukit Aman, semalam. – BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 8 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melahirkan rasa kecewa kerana semua usaha dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendidik rakyat negara ini agar bersikap tertib dan sopan di jalan raya masih tidak berkesan sehingga mengakibatkan Ops Sikap Ke-24 yang berakhir kelmarin, gagal.

Beliau berkata, bermacam-macam pendekatan sudah diambil oleh PDRM dan pihak berkuasa lain untuk mendidik orang ramai agar bersikap tertib dan sopan di jalan raya, namun ia masih gagal.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengemukakan cadangan kepada Menteri Dalam Negeri agar merangka kokurikulum program keselamatan jalan raya di peringkat sekolah rendah dan prasekolah untuk memberi kesedaran serta menanam budaya pematuhan kepada peraturan dan undang-undang lalu-lintas.

“Saya berasa dukacita dan kesal kerana semua usaha yang kita buat selama ini untuk mendidik orang ramai bersopan dan tertib di jalan raya seolah-olah tidak berkesan apabila jumlah kemalangan masih lagi tinggi direkodkan.

“Macam-macam kaedah kita pakai. Antaranya adalah memberi nasihat, mengedarkan risalah dan buku panduan keselamatan, malah turut memberi hadiah atau buah tangan kepada pengguna jalan raya di plaza-plaza tol,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Menurut Ismail, beliau juga yakin latihan yang diberikan kepada orang ramai untuk mendapatkan lesen memandu juga cukup kemas, malah jalan raya di negara ini diiktiraf sebagai terbaik di dunia.

Beliau berkata, semua usaha dilakukan itu bagaimanapun dilihat hanya sia-sia apabila kadar kemalangan jalan raya dalam Ops Sikap Ke-24 masih tinggi setelah mencatatkan 259 kemalangan maut dengan 289 kematian.

Katanya, jumlah dicatatkan itu meningkat berbanding Ops Sikap Ke-23 di mana terdapat pertambahan 41 kes (18.8 peratus) kemalangan maut, manakala kematian turut meningkat 41 kes (16.5 peratus).

Keseluruhannya, kata beliau, sebanyak 19,462 kemalangan dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 iaitu meningkat 2,645 kes (15.7 peratus) berbanding sebelum ini.

“Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang tertinggi dengan kadar kemalangan maut dan kematian berjumlah 178 kes (61.6 peratus) daripada 289 kematian yang direkodkan iaitu meningkat 35 kes (24.5 peratus).

“Mangsa paling banyak terkorban ialah mereka yang berusia 16 hingga 20 tahun,” katanya sambil memberitahu kemalangan paling tinggi berlaku antara pukul 4 dan 6 petang dan antara 1 hingga 2 pagi.

Beliau menambah, kajian mendapati lebih 85 peratus kemalangan berlaku disebabkan sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri apabila memandu dalam keadaan cuai, letih, tertidur, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan leka.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pihaknya akan membuat penjenamaan semula atau memberi nama baru yang lebih sesuai dan sinonim dengan keadaan semasa kepada Ops Sikap di musim perayaan pada masa hadapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 08:16 AM | Show all posts
didik la cane pon.. klu jenih akai dok mcm tuh driver kat mesia ni.. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:17 AM | Show all posts
mgsa paling ramai 16-20thn...kalau dorang tukang bawak mmg la darah muda...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:25 AM | Show all posts
strategi berlembut dgn menasihat tak jalan..tak guna bwk berlembut ngan mangkuk2 ni....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:29 AM | Show all posts
siap kasi hadiah & buah tangan bagai demi nak menambat hati pengguna jln raya, baik sungguh hati pak polis....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:30 AM | Show all posts
bukan salah polis pun, dah mmg dorang ni semua pakat2 nak mati cepat!
bawak keta ke moto ke bukannya ingat kat org lain, asal cepat sampai sudah. sampai ke tiang dua lah sudahnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2011 08:32 AM | Show all posts
kadar pengeluaran kereta bertambah dari tahun ketahun dan x hairan lah makin banyak kereta dijalan raya terutamanya di musim perayyan..maka kadar kemalangan juga x dapat di elakkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:40 AM | Show all posts
lenkali.... boh jer kete kemek kat tepi jalan, bekas2 keta yang penah eksiden dulu .... mesti kereta lain slow down.... silap haribulan boleh jadi traffic jam.... huhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 08:44 AM | Show all posts
pangai kebanyakkan pemandu yg igt dia sorang aje yg bayar cukai dan sebagainyee... org lain x penting.. kenkadang org yg tak bersalah mengalami kemalangan jiwa kerana nak mengelak kenderaan kenderaan yg bawak mcm x de moral...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:53 AM | Show all posts
ramai yg baru dpt lesen pastu baru lak dpt kereta..ada tu yg nak nunjuk skill bila time2 raya ni....dengan macam2 peel biadap lagi ...rakyat Malaysia terkenal dengan sopan santun kunun
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:07 AM | Show all posts
ini semua bergantung pada niat pemandu sendiri bukan Polis pun....
cakap berbuih pun x guna lau sendiri pun masalah biarlah dorang hadap sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:08 AM | Show all posts
nk mati cepat
memang tak makan saman punya
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:13 AM | Show all posts
bukan salah polis pun....ramai pemandu yang penting kan diri sendiri....mase blaja memandu pandai plak bagi signal sume....tgk cermin sisi before masuk simpang....lepas dapat lesen main terjah je sane sini....xde intergrity.....


intergrity : concept of consistency of actions, values, methods, measures, principles, expectations, and outcomes.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:14 AM | Show all posts
sejak bila jadi kerja polis mengawal berlakunya kemalangan....?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by wak_karman at 9-9-2011 09:18

lain kaliii...........

tepi highway tu buat tanah perkuburan
masuk highway siap signboard...........
innalillah...alfatihah
selamat datang ker kubur highwayyy


polis x yah pantau statistik kemalangan
pantau statistik kubur baru je
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:23 AM | Show all posts
Bukan salah polis... arituh aku balik kampung.. ada polis jaga trefik... masam je muka... bengang kot pes raya kena kerja


Dah kebanyakan drivers kat Mesia ni bawak kereta cam pelesit Hari tu ada mamat Myvi mana tah kemain berlagak... sabor je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 09:24 AM | Show all posts
Respek   sama  pemandu  malaysia ni  ...  jenis  berani   mati   ...............
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:24 AM | Show all posts
lenkali.... boh jer kete kemek kat tepi jalan, bekas2 keta yang penah eksiden dulu .... mesti kereta ...
pelicano Post at 9-9-2011 08:40



    dlu ade 1 simpang klo xsilap area bukit baru melaka,ade diorg wat mcm monumen kete proton saga yg remuk gler sebagai peringatan,mmg dasat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:25 AM | Show all posts
Reply 15# wak_karman


    hahahhahaa .... superb idea wak tu


~~ rasa2 nye la kan, org malaysia ni x kebal dgn amaran SYMBOLISTIC ni wak .... dah x jalan punyer. Yg paling berkesan buat kekdah kuku besi ala2 pulau/lee kuen yew


Denda rm300 dah x relevant ... impose jer rm10K campur lesen kena gantung , baru ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:28 AM | Show all posts
katanyer org2 Malaysia terutamanyer orang Melayu kiterrr ni sopan santun , lemah lembut kan penuh dgn adat dan budaya timur yg sgt dibanggakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.638765 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list