CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3449|Reply: 34

Kemaluan ditarik

[Copy link]
Post time 26-10-2011 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by polipoplipop at 26-10-2011 09:47

Lelaki tarik kemaluan bapa tiri, ibu diugut bunuh  kerana enggan beri wang
PETALING JAYA 25 Okt. - Kemaluannya ditarik sebelum dia dan isterinya diugut bunuh oleh anak mereka kerana enggan memberikan lelaki itu wang.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang merupakan bapa tiri kepada tertuduh mengadu sakit di bahagian kemaluannya.
Demikian kandungan fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas P. Satish, 31, mengaku bersalah atas tuduhan mengugut untuk membunuh ibu dan bapa tirinya dengan sebilah pisau dan tali, minggu lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap G. Thelahawathie, 51, dan M. Munusamy, 56, di rumah mereka di C-1-6 Pangsapuri Fairville, Jalan USJ 22/1, Subang Jaya di sini pada pukul 10.30 malam, 20 Oktober lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dengan pengakuan bersalah tersebut, Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan terhadap lelaki itu.
Terdahulu, Satish yang tidak diwakili peguam bela mendakwa, dia berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar dengan apa yang dilakukannya terhadap kedua-dua mangsa.
''Saya merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara kerana ingin menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga,'' katanya dengan nada yang sebak.
Sementara itu di mahkamah sama, Satish turut mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, Bukit Puchong di sini pada pukul 12.50 tengah hari, 24 Ogos lalu.
Bagi kesalahan tersebut, bapa kepada dua orang anak itu yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, didenda RM700 atau penjara satu bulan serta dua tahun pengawasan polis.

kredit:utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2011 09:47 AM | Show all posts
tarik kulup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 09:56 AM | Show all posts
macam2 bdk2 zaman skrg neh..meh aku tarik kepala dia smpai putus
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:04 AM | Show all posts
sengal gak mamat ni..pemabuk samsu tegar nih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:18 AM | Show all posts
ari baik bulan baik deepavali ni dorg dah berdamai kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:23 AM | Show all posts
macam2 bdk2 zaman skrg neh..meh aku tarik kepala dia smpai putus
shiraloveyou Post at 26-10-2011 09:56



   kepala ape? kepala atas ke kepala bawah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2011 10:25 AM | Show all posts
nsib baik tarik je, klu dia potong lagi naya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:26 AM | Show all posts
kepala ape? kepala atas ke kepala bawah
Alf_Ramsey Post at 26-10-2011 10:23



    kepala org la..ko ingat kepala ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2011 10:32 AM | Show all posts
kepala org la..ko ingat kepala ape?
shiraloveyou Post at 26-10-2011 10:26



   hahahaha, tajuk tread pasal tarik kemaluan, pastu shira nak tarik kepala, ingat kepala ape tadi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:45 AM | Show all posts
hairan ye....mcmana kemaluan nya boleh kena tarik?ke bapa tiri dia tu tak pakai seluar?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:53 AM | Show all posts
Ayat ini sangat kelakar., wartawan ini pandai buat lawak..

Kemaluannya ditarik sebelum dia dan isterinya diugut bunuh oleh anak mereka kerana enggan memberikan lelaki itu wang.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang merupakan bapa tiri kepada tertuduh mengadu sakit di bahagian kemaluannya.[/color

Jika kemaluan sudah ditarik pasti la akan merasa sakit..tak akan pula merasa seronok..ini wartawan sekolah darjah berapa.??
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:56 AM | Show all posts
ek eleh.....ada org tu teruja bila kulup kel#ng kena tarik....
species gay rupenyer
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:57 AM | Show all posts
masa dia tarik tu tengah 'tak happy' ke tengah 'happy' ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 11:05 AM | Show all posts
Raya2 ni derang bgadoh pulak anak beranak!!Bapak tiri dia mesti tengah vogel ni.. sng ler sgt nak tarik totei!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 11:16 AM | Show all posts
hahahaha, tajuk tread pasal tarik kemaluan, pastu shira nak tarik kepala, ingat kepala ape  ...
Alf_Ramsey Post at 26-10-2011 10:32



{:4_241:}{:4_241:}{:4_241:}aku masih waras lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 11:47 AM | Show all posts
hairan ye....mcmana kemaluan nya boleh kena tarik?ke bapa tiri dia tu tak pakai seluar?
voiletiris Post at 26-10-2011 10:45



    masa tu bapak tiri dok tengah buat projek ngan mak dia la... tak sempat pakai seluar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2011 11:57 AM | Show all posts
masa tu bapak tiri dok tengah buat projek ngan mak dia la... tak sempat pakai seluar...
LongKai Post at 26-10-2011 11:47


ye la kot...?


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 12:05 PM | Show all posts
Kalau tengah mabuk macam2 boleh jadi.  Yang uncle tu pulak mesti pakai kain je.  Tu yang sesenang je kena tarik.  Berdevali dalam penjara je le nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 12:17 PM | Show all posts
Sian uncle...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 01:16 PM | Show all posts
CI ni dah jadi forum lawak ... oklaaa dari cerita yehudi vs isle je memanjang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.076621 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list