CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 2

Pelaburan Lebihi Had: FELDA Terdedah Kepada Risiko

[Copy link]
Post time 28-10-2011 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Merdeka Review Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelabu...

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2013 10:52 AM | Show all posts
LGE: Apa kaitan pemilikan hotel dengan sawit?

Pelaburan RM700 juta Felda - badan perladangan terbesar di negara ini - dalam bidang perhotelan, telah menimbulkan tandatanya bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng."Apa kaitan antara operasi dan pemilikan lapan buah hotel di serata Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan London; dengan penanaman kelapa sawit?  "Bagaimana dengan melabur RM700 juta menjalankan perniagaan
perhotelan di dalam negara dan di London dapat memberi faedah kepada kehidupan lebih satu juta orang yang tinggal di tanah rancangan Felda di seluruh negara?

"Ketika kami mula-mula mengambil alih pada 2008, kami sangat terkejut bahawa kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya begitu sarat terlibat dengan aktiviti bukan-teras di mana ia tidak memiliki kepakaran seperti menjalan operasi ladang kelapa sawit, getah, kolam ikan, hotel, kolej malah padang golf. "Kesemua usaha yang tidak difikirkan dengan baik ini sedang menjana kerugian ketika itu," katanya dalam satu kenyataaan, sambil menambah bahawa melalui polisi melepaskan pegangan, dan penyumberan luar melalui pelaksanaan tender terbuka, kesemua kerugian operasi itu ditukar menjadi keuntungan. Katanya, sementara usaha mempelbagai itu adalah amalan korporat yang biasa dibuat, ia mestilah berkait dengan bisnes terasnya atau mesti berkait dengan pengalaman pengurusan pakar. "Dunia korporat bersepah dengan sampah sarap pelaburan yang tidak rasional dan cuai; dalam bisnes yang syarikat induk tidak mempunyai banyak kepakaran atau ilmu," tambahnya. Di samping itu, tambahnya, Felda secara terang-terangan mengingkari salah satu teras utama Plan Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Persekutuan untuk melepas asset bukan teras oleh syarikata berkaitan kerajaan.

itu baru Pidah ..belum lagi agensi2 keajaan lain .....



Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 03:56 PM | Show all posts
Peneroka bakal ditipu lagi
  PETALING JAYA: Tindakan ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang mengundi menyokong usul cadangan penjualan 51% ekuiti milik KPF di dalam Felda Holdings Berhad kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) seumpama pengkhianat yang mahu membunuh koperasi terbaik di Malaysia itu.

Demkian kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan dalam kenyataannya berkata, ini kerana KPF telah dibina 30 tahun dan tiba-tiba kepentingannya hendak diserahkan kepada FGVH.

“FGVH, syarikat yang hidup atas ihsan peneroka, pajak tanah Felda Plantation, pinjam duit KWSP, rugi pelaburan di luar negara dan sahamnya merudum rudum jatuh,” kata Mazlan dalam kenyataannya.

KPF adalah pemegang saham utama (ultimate shareholder) dalam syarikat Kumpulan FHB dengan kadar pemilikan ekuiti seperti berikut:-

1. Felda Holdings 112,200 (unit) 166,582 (juta pelaburan) 51% (ekuiti)
2. Felda Transport Services 14,700 6,770 49%
3. Felda Marketing Services 8,330 3,565 49%
4. Felda Engineering Services 4,900 2,450 49%
5. Felda Security Services 1,411 353 49%
6. Felda Vegetable Oil Products 25,000 34,500 33.3%
7. Felda Rubber Industries 12,000 6,000 28.6%
8. Felda Palm Industries 56,557 58,052 28.0%
9. Felda Agricultural Services 15,000 55,500 23.1%
10.Felda Prodata Systems 2,500 16,825 20.0%
11.Felda Kernel Products 4,000 3,000 16.7%
Jumlah 256,598 353,597

Ahli KPF 207,913 orang

Sehingga tahun 2010, KPF mempunyai keahlian seramai 207,913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion. 87.81% keahlian datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.

Pelaburan dalam Syarikat Kumpulan FHB adalah asas kepada penubuhan KPF. Perolehan dividen daripada pelaburan tersebut adalah penyumbang utama kepada keseluruhan perolehan KPF, membolehkan KPF mengekalkan prestasi bayaran dividen dan bonus yang baik semenjak lebih 30 tahun penubuhannya.

Usul yang akan dikemukakan ialah menjual keseluruhan 112,199,99 unit saham milik KPF di dalam FHB bersamaan 51% modal berbayar dan diterbitkannya kepada FGVH pada nilai RM2.20 bilion ataupun RM19.61 sesaham.

“Saya telah mengulas hal ini beberapa kali. Jika lulus, risikonya terlalu amat besar. Ingat, perolehan tahunan daripada FHB adalah 15 bilion. Ia bakal menjadi milik FGVH,” kata Mazlan dalam kenyataannya itu.

Menurut Mazlan, prestasi semasa FGVH yang tidak stabil, kini ia mahu merampas ekuiti milik KPF pula dan dicadang pula 10% daripada pemilikan KPF diguna untuk melanggan saham FGVH.

“Ini suatu pertaruhan yang saya anggap hidup mati KPF. Bukan itu sahaja, kebun peneroka yang diurus oleh Felda Techno Plant juga berada dalam kawalan FGVH.

“Apa-apa risiko yang melanda FGVH, syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia ini, akan mengorbankan sepenuhnya kehidupan 112,635 orang peneroka. 95% adalah orang Melayu!” kata Mazlan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/11/03/peneroka-bakal-ditipu-lagi/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057550 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list