CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8998|Reply: 13

ARABESQUE: Seni Islam

[Copy link]
Post time 28-12-2011 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Arabesque motif kesenian Islam


Oleh Ros Mahwati Ahmad Zakaria Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia
ARABESQUE merupakan perkataan Itali yang berasal daripada perkataan arabesco. Ia merujuk kepada motif hiasan daun acanthus yang menghiasi salah satu tiang seni bina di Itali.

Arabesque Islam yang diwarisi merupakan motif hiasan yang berkembang daripada motif yang pernah digunakan di zaman akhir tamadun Greek dan Rom.

Salah satu contoh motif arabesque dunia Islam yang diwarisi dari tamadun Greek an Rom ialah hiasan daripada mozaik yang terdapat di Masjid Damsyik.

Arabesque adalah motif tumbuhan yang biasanya terdiri daripada susunan dedaun dan diselangi dengan sulur.

Sulur adalah bahagian tumbuhan yang melata atau melilit atau tunas tumbuhan yang menjulur daripada tumbuhan asal.

Arabesque juga boleh digunakan dalam bentuk dua dimensi apabila di gabungkan dengan motif geometri.

Evolusi perkembangan motif hiasan Islam ini dikatakan berada di puncaknya dalam abad ke-11 Masihi/abad ke-5 Hijrah.

Motif arabesque tidak terhad kepada sesuatu medium seni sahaja. Ia digunakan hampir pada kesemua media yang terdapat di dalam kesenian Islam seperti jubin, ukiran batu, ukiran plaster, ukiran kayu, tekstil, kaca dan manuskrip.

Arabesque dikatakan mempunyai maksud tersendiri yang dikaitkan dengan Islam dari segi falsafah bentuknya. Bentuk arabesque yang melambangkan infiniti dengan bentuk sulur yang terdapat di dalam motif tersebut.

Sulur melambangkan daun baru yang akan tumbuh dan proses ini akan berterusan dan selalunya sulur arabesque ini tidak mempunyai punca. Ini dikaitkan sebagai perlambangan kepada sifat Allah SWT yang tiada awal dan akhir

Motif ini sesuai bagi memenuhkan hiasan bingkai dia atas semua media contohnya seperti hiasan manuskrip ataupun hiasan muka surat pembukaan al-Quran apabila motif ini boleh diulang dan disambung berulangkali sehingga semua ruang pada permukaan tersebut di penuhi.

Pada peringkat awal perkembangan motif arabesque, ia hanya dikenali sebagai motif daun tanpa nama tumbuhan yang khusus tanpa sebarang bentuk bunga.

Kemudian motif arabesque dilengkapkan dengan motif bunga pada kira-kira abad ke-16 Masihi/abad ke-10 Hijrah. Perkembangan ini terjadi sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Uthmaniah di Turki dan ia boleh dikenalpasti seperti bunga ros, tulip dan teratai.

Di bawah pemerintahan Uthmaniah juga motif daun saz diaplikasikan sebagai motif arabesque.

Kemudian, seniman Islam turut menggabungkan motif arabesque bersama dengan motif kaligrafi atau tulisan khat. Kebanyakan motif kaligrafi yang digabungkan dengan latar arabesque adalah seperti puisi, kata-kata hikmah dan ayat al-Quran.

Motif arabesque pada jubin juga boleh dihasilkan dengan potongan jubin pelbagai warna yang disusun secara teliti bagi mendapatkan lengkungan motif arabesque yang cantik dan tepat.
Teknik ini banyak digunakan pada permukaan bangunan di dalam Dinasti Islam Mughal di India dan Dinasti Islam Safaviyah di Iran.


Sumber: utusan Malaysia online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2011 04:54 PM | Show all posts
Momod camana nk masukkan gambo guna iPad ya? Dok try guna image xdapat...
Sorry tanya sbb clueless..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 09:58 PM | Show all posts
Momod camana nk masukkan gambo guna iPad ya? Dok try guna image xdapat...
Sorry tanya sbb clueless. ...
Keduarc Post at 28-12-2011 16:54


masuk ler gambo dalam CARI album pastu buat link.  Cuba belek kat bod maklum balas feedback tu.  Ada thread macamana nak letak gamba.  Kalau nak link kat ipad tu, kena la share-share ipad tu 24 jam tiap-tiap hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2011 10:28 PM | Show all posts
Reply 3# ibnur


    Hehe ok tq momod
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 09:19 AM | Show all posts
dari namanya, mcm kenal jer kurator muzium ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 12:50 PM | Show all posts
Reply 5# lipsofanangel


    Hehe..entah2 classmate u dulu2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2011 12:57 PM | Show all posts
NICE...TQ SHARING
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 01:09 PM | Show all posts
Reply 7# niezam_cs


Arabesque ni ada persamaan dengan ukiran kayu tradisional kita...
Ada kategori geometri n organic
Ukiran kayu tradisi seperti Motif awan larat tiada punca dan bersambung2 ibarat zikir yg tidak putus2
Seni Islam mmg menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 01:17 PM | Show all posts
semestinya seni islam mempunyai terikannya yg tersendiri...seni warisan harus dijaga tkt dimamah usia...perlu ada org yg mewarisi sama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 01:25 PM | Show all posts
Betul tu...
setakat ni sy perhatikan arabesque masih lagi terpelihara di Malaysia dan luar negara
Paling banyak dpt dilihat di masjid2..samada di kubah, atau bahagian dalam masjid tidak lupa hiasan di dalam al-Quran
Cuma ukiran kayu tradisional kita yg semakin dilupakan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 01:39 PM | Show all posts
Reply 6# Keduarc


   junior i kat skulah dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 05:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by mr_evergreen at 29-12-2011 20:14

hasil googlelan ini ler cth arabsque





  







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 05:32 PM | Show all posts
Reply 12# mr_evergreen


    tq 4 sharing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 10:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by Keduarc at 29-12-2011 22:51

Nk cari arabesque kt google image boleh juga type Islamic geometric art
Nk tepek gambo jgk tp sy masih lagi belum pass
Dok try few times tp masih xdpt..napa tah lemah tol bab niiihh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.582719 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list