CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

2 projek ubah bandar Mersing

[Copy link]
Post time 29-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
BANDAR Mersing akan berubah wajah menjadi sebuah pusat pelancongan eko bertaraf dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan pelaksanaan dua  projek pembangunan bernilai kira-kira RM23 bilion oleh Radiant Starfish Development Bhd dan Damansara Assets Sdn Bhd.\rPelaburan terbabit bakal menjadikan bandar di pantai timur Johor itu sebagai hab pelancongan berdaya maju setanding dengan pusat pelancongan eko terkemuka dunia seperti Phuket, Bali, Gold Coast, Sentosa Cove dan Honolulu.\r\n\n\n\n\r  Projek pertama, iaitu resort pelancongan eko bersepadu bernilai RM22 bilion dikenali sebagai Mersing Laguna akan dimajukan Radiant Starfish, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) kerajaan negeri Johor di tanah tebus guna seluas 809 hektar.\r\r\n\n\n\n\n  Kawasan itu akan dipecahkan kepada 22 lot yang dijual kepada pemaju dari luar negara untuk dibangunkan dengan hotel atau resort bertema.\rDamansara Assets, sebuah anak syarikat Johor Corporation (JCorp) pula akan melabur kira-kira RM1 bilion untuk membangunkan bandar resort dikenali sebagai Tanjung Leman Integrated Resort and Coastal Township di tapak seluas 142 hektar di Tenggaroh.\rKedua-dua projek itu diumumkan selepas mesyuarat ahli lembaga pengarah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, semalam.\rKetua Eksekutif Radiant Starfish, Ungku Safian Abdullah, berkata, pelaburan di Mersing itu adalah antara projek pembangunan tebus guna tanah terbesar pernah dilaksanakan di Malaysia setakat ini.\r\n\n\n\r“Pembangunan di kawasan ini akan bermula   ini dan kami menjangka ia akan selesai sepenuhnya dalam tempoh tujuh tahun,” katanya ketika ditemui selepas majlis pertukaran dokumen pembangunan antara syarikat itu dan Ketua Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John yang disaksikan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.\rUngku Safian berkata, di bawah fasa pertama pembangunan berkenaan, Radiant Starfish akan membuat pelaburan awal RM4.2 bilion bagi membangunkan kemudahan di kawasan tebus guna itu.\r“Fasa pertama dijangka mengambil masa tiga tahun. Selepas itu, kawasan berkenaan akan dibangunkan menjadi barisan hotel bertaraf dunia   dimajukan nama besar dalam industri hospitaliti seperti Ritz Carlton dan Hilton,” katanya.\rKatanya, rancangan pembangunan itu bermula kira-kira lima tahun lalu selepas kerajaan negeri Johor yakin terhadap potensi bandar Mersing sebagai kawasan pelancongan eko bertaraf dunia berikutan keadaan cuacanya yang lebih baik berbanding kawasan lain di sepanjang pantai timur Semenanjung.\r“Mersing sudah mempunyai ekosistem lengkap sebagai kawasan pelancongan eko, malah jika dibandingkan di kawasan lain di pantai timur Semenanjung, cuaca monsunnya adalah lebih baik,” katanya sambil menambah projek itu akan menyediakan 12,600 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam tempoh dua tahun lagi.\rPengarah Urusan Damansara Assets, Datuk Ahmad Zaki Zahid pula berkata, syarikat itu akan memulakan projek Tanjung Leman Integrated Resort and Coastal Township pada separuh kedua tahun ini.\r“Keseluruhan projek dijangka dapat disiapkan pada 2022. Menerusinya, Mersing akan memiliki daya tarikan baru iaitu kawasan resort yang akan turut dilengkapi beberapa kemudahan sokongan seperti taman tema,” katanya.\rBeliau berkata, apabila beroperasi projek itu bakal mewujudkan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.488431 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list