CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Gillard kasihan sekutu Rudd

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard semalam memanggil seorang bekas ahli politik dan wartawan untuk menjadi Menteri Luar baru menggantikan Kevin Rudd selepas menang dalam pemilihan jawatan tertinggi Parti Buruh.\rPada masa sama, hanya seorang penyokong Rudd  yang dihukum  buat masa ini iaitu Robert McClelland yang disingkirkan sebagai Menteri Pengurusan Kecemasan.\r\n\n\n\n\r   “Saya membentuk satu pasukan yang akan membantu kerajaan pimpinan saya mencapai matlamat utama negara. Bob Carr akan menyertai Senat, dan akan memainkan peranan bagi Menteri Luar,” kata Gillard kepada pemberita mengenai perubahan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n   Rudd menyifatkan Carr, 64 sebagai ‘pilihan tepat’ bagi jawatan Menteri Luar meskipun sebelum ini Menteri Pertahanan, Stephen Smith, disebut pilihan utama.\r“Saya mengenali Bob selama 20 tahun dan menyifatkan beliau sebagai seorang rakan yang baik,” kata Rudd dalam satu kenyataan.\r“Sepanjang tempoh itu beliau menunjukkan minat kukuh berterusan dalam hal ehwal antarabangsa.”\rApa yang mengejutkan ialah beberapa menteri yang menyokong Rudd, termasuk Menteri Imigresen, Chris Bowen dan Menteri Sumber, Martin Fergusan meneruskan tugas kecuali McClelland.\r\n\n\n\rGillard mengambil langkah itu selepas pertelagahan meletus dalam Parti Buruh dengan menteri terpaksa memilih untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri atau Rudd.\rCarr mengakui mengagumi Rudd, yang kalah dalam undian kepimpinan itu selepas hanya meraih 31 undi manakala Gillard,  73 undi.\rBeliau menyatakan kesediaan untuk meminta nasihat Rudd mengenai tugasnya selepas enam tahun berehat daripada politik.\r“Suara Perdana Menteri menyebabkan anda bangun daripada tidur dan apabila ditanya sama ada anda sedia menjadi Menteri Luar Australia, saya tidak sanggup menolak,” katanya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.164754 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list