CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7043|Reply: 61

[Jenayah] Mahkamah jatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap pembunuh Dirang

[Copy link]
Post time 28-6-2013 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah jatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap pembunuh Dirang
  • MUIDIN Maidin ketika perbicaraan untuk membela diri di Mahkamah Tinggi, Johor Bahru pada 14 Jun lalu. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
  • Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang



JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu sleepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.


Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.       

Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Ujian DNA mengesahkan rangka yang ditemui pada 8 Mac 2012 itu adalah Dirang dengan punca kematian akibat dibunuh dan dibakar.







Last edited by Sue.Blossom on 28-6-2013 01:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 01:59 PM | Show all posts
Al fatihah again utk dirang....

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 02:05 PM | Show all posts
alfatihah dirang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 02:07 PM | Show all posts
semoga dirang tenang disana..Alfatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 02:09 PM | Show all posts
syukur..keadilan dapat di tegakkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 02:10 PM | Show all posts
pembunuh ja kena?

mak dirang tak kena apa2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2013 02:27 PM | Show all posts
Al-fatihah. Semoga Roh anakanda dirang dicucuri rahmat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 02:59 PM | Show all posts
~boolean posted on 28-6-2013 02:10 PM
pembunuh ja kena?

mak dirang tak kena apa2?

mak die di caj atas faktor kecuaian ..suh anak pi kedai sendirian..

eehh.. dirang neh kes yg kene culik sbb pegi kedai nak beli apa ntah.. sorng2 tuh kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 03:01 PM | Show all posts
sulu lagi ke..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 03:04 PM | Show all posts
skymania posted on 28-6-2013 02:59 PM
mak die di caj atas faktor kecuaian ..suh anak pi kedai sendirian..

eehh.. dirang neh kes yg ...

yup.pas2 jmpe mayat die dibakar..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 03:09 PM | Show all posts
kalau iols jadi polis tu..jijik nk bersentuhan dengan manusia yang mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 03:14 PM | Show all posts
patut sebelum gantung tu kasi sebat 100kali baru adil..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 03:18 PM | Show all posts
Alhamdulilah hukuman yg setimpal ngan perbuatan sulu ni....

Al-Fatihah untuk arwah adik dirang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 03:29 PM | Show all posts
Suluk patut disula jaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 04:50 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU: Pembunuh Nurul Nadirah Abdullah, 4, atau Dirang iaitu Muidin Maidin, 25, yang akan ke tali gantung disifatkan sebagai penjenayah paling kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati-perut.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebelum menjatuhkan hukuman terbabit berkata, manusia seperti tertuduh adalah amat bahaya berada di kelompok masyarakat.
Beliau berkata, tertuduh juga memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya.

"DNA kamu berada dalam anus (dubur) dan vagina (kemaluan) si mati.


"Si mati adalah insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun kami menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan tidak bernyawa.


"Kamu cuba melupuskan mayat dengan cara membakarnya di rumah terbengkalai dan kami menjangka kamu bijak," katanya.

Abdul Halim berkata, sebelum perlakukan demikian, Muidin mengumpan mangsa dengan gula-gula strawberi dan membawa mangsa ke arah kebun kelapa sawit.

Beliau berkata, pihaknya berasa mustahil kerana tiada penduduk yang tampil menyata mereka melihat tindakan Muidin sedangkan flat itu memiliki ramai penghuni.

Menurutnya, bagaimana pun sikap tidak berani, takut dan tidak mahu bercampur tangan dengan hal orang lain kerana bukan keluarga mendorong penduduk di situ (saksi) mendiamkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 05:13 PM | Show all posts
bagus bagus balasan setimpal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 05:38 PM | Show all posts
Mampos kau kena bakar api neraka pulak lepas ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 05:50 PM | Show all posts
~boolean posted on 28-6-2013 02:10 PM
pembunuh ja kena?

mak dirang tak kena apa2?

seingat aku...mak n bapak dirang ni dpt byk plk bantuan..klu xsilap aku ar...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 06:25 PM | Show all posts
Padan muka
Terimalah pembalasannya
Biar dia rasa saat2 takut & gerun menunggu hari kematiannya
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 06:49 PM | Show all posts
katokcun posted on 28-6-2013 05:50 PM
seingat aku...mak n bapak dirang ni dpt byk plk bantuan..klu xsilap aku ar...

boleh pula mak ayah cuai dapat bantuan...

kalau macam tu mana2 mak ayah miskin yang malas jaga anak patut guna ja taktik ni...
biar anak merata2..esok2 anak mati berlimpah2 orang kasi bantuan...ngesek, dapat anak, biar mati.. tak payah kerja pun, goyang kaki ja...

malaysia patut perketatkan hukuman pada ibu bapa yang cuai ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.569458 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list