CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sherasi

[Edisi tanjat_boboi] Adam, Fiza rancang nikah khamis ini 26 sept

[Copy link]
Post time 28-9-2013 08:44 AM | Show all posts
hemoh2 posted on 27-9-2013 01:11 PM
sebenarnya linda pencetus kawen ngan laki bujanggg...hehehe...

Linda + syed aiman

shasha dengan mat indon tu pun duda jugak uols... cuma duda xde anak je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 08:51 AM | Show all posts


Oleh Ramlah Zainal
Empat tahun memegang status solo banyak mematangkan bekas anggota kumpulan Elite yang juga pelakon jelita, Fiza, 32, dalam meniti kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak yang masih kecil.

Bukan tiada lelaki yang cuba mendekati tetapi Fiza nampaknya lebih berhati-hati untuk berumah tangga buat kali kedua kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Namun, pemilik nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abd Halim ini me-ngakui pertemuan dengan Adam mengubah segala-galanya.

“Jodoh dan rezeki adalah rahsia Allah SWT. Saya juga tak sangka baru dua bulan berkawan dengan Adam, dia sudah ajak bernikah ketika kami bertemu kali kedua pada Ramadan lalu.


“Walaupun terkejut de-ngan tindakan Adam itu tapi saya tetap percaya mung-kin dia adalah jodoh yang ditentukan Allah.


“Sebelum ini ada cerita yang tersebar mendakwa saya akan berkahwin de-ngan seseorang tapi itu tidak benar dan hanya gosip semata-mata,” katanya.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, dan Fiza sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, jam 10.30 pagi kelmarin.

Majlis akad nikah disempurnakan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid.

Pada majlis serba sederhana yang dihadiri keluarga terdekat dan wakil media itu, Fiza yang tampil jelita dengan busana warna putih sedondon manakala Adam berjubah menerima mas kahwin RM300 dan hantaran berupa barangan untuk solat seperti telekung, al-Quran serta sebentuk cincin.

Menurut Fiza, hatinya terbuka untuk menerima lamaran bekas bintang program Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu selepas melihat cara dia melayan anak-anaknya.

“Saya pernah perkenalkan anak-anak saya dengan seseorang sebelum ini tapi mereka tidak suka padanya.

“Berbeza dengan Adam, apabila kali pertama saya bawa anak-anak jumpa dengan Adam yang dipanggil Abi, mereka sudah suka dan cepat mesra dengannya,” katanya.

Berkongsi perasaannya selepas bergelar isteri, Fiza berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahan itu berjalan lancar seperti direncanakan.

“Sebagai isteri, saya akan perbaiki kelemahan diri dan berusaha untuk menjadi isteri yang taat pada suami dan perintah Allah. Semoga perkahwinan kali ini kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 tetapi bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan itu, Fiza mempunyai dua anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

Adam dan Fiza akan diraikan sekali lagi dalam majlis resepsi yang juga majlis doa selamat di kampung halaman Adam di Kampung Inanam Laut, Kota Kinabalu, Sabah, dua minggu lagi.


Adam letak syarat untuk Fiza berlakon

Selepas bergelar isteri, kata Fiza yang baru beberapa bulan berhijrah, dia akan meneruskan karier seni yang sudah menjadi darah dagingnya sejak dulu.

“Sejak berhijrah, saya juga hanya terima watak yang sesuai dengan penampilan saya yang sudah bertudung dan menolak babak atas katil dan bersentuhan antara lelaki dan wanita.

“Adam juga beri kebenaran kepada saya untuk berlakon asalkan tidak melanggar batas sebagai isteri. Jika sebelum ini, saya sering diberi watak antagonis tetapi selepas berhijrah, pengarah dan produser juga memahami dan hanya beri watak yang sesuai dengan imej baru saya sekarang,” katanya.

Kata Fiza, hidupnya kini lebih tenang sejak berhijrah.

“Sebelum ini, saya suka marah-marah tak tentu pasal. Ia berbeza apabila saya sudah berhijrah dan mendalami Islam.

“Semoga hidup saya dan anak-anak lebih ceria selepas ini. Saya harap Adam juga mampu membimbing saya ke jalan diredai Allah,” katanya.

Selain berlakon, Fiza juga dapat tawaran untuk menjadi jurucakap satu produk yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Adam pula sibuk menguruskan Pusat Rawatan Islam Nur Salam dan mempromosikan single baru-nya berjudul Peng-godam Jiwa.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 08:52 AM | Show all posts
sweeettttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 08:53 AM | Show all posts
hemoh2 posted on 27-9-2013 01:11 PM
sebenarnya linda pencetus kawen ngan laki bujanggg...hehehe...

Linda + syed aiman

syed aiman masa kawin linda kan dah jadi duda
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 08:53 AM | Show all posts

sweeeettttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 09:18 AM | Show all posts
sukanya tengok pasangan nie...
rasanya adam nie memang budak baik...
igt dulu2 pernah 'tertengok' rancangan apa tah yang kenakan orang tu..
kalau tak silap dia orang kenakan adam dengan cara bagi kereta dia
kena cat ..kereta apa x ingat...klu x silap fairlady....tapi dia rileks je ...x marah2 pun...
memang cool lah dia....bila dia dah berhijrah nie....memang lagi cool lah....semoga bahgia
selamanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2013 09:59 AM | Show all posts
wedding of the year 2013 goes to --------> Adam & Fiza.

ada org kompang2 nak mempermudahkan yg payah, tapi berhenna penuh tangan.
ckp lain, buat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 10:01 AM | Show all posts
noqiz posted on 28-9-2013 09:18 AM
sukanya tengok pasangan nie...
rasanya adam nie memang budak baik...
igt dulu2 pernah 'tertengok'  ...

wakenabeb kot eh
aku tak tengok..mak aku yang cerita
dia siap puji2 lagi baiknya budak adam ni..sabo je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 10:13 AM | Show all posts
check in!nk tengok gambo
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 10:15 AM | Show all posts
adam dah bukan under KRU ke skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
bluecrystal posted on 28-9-2013 10:01 AM
wakenabeb kot eh
aku tak tengok..mak aku yang cerita
dia siap puji2 lagi baiknya budak adam ni.. ...

Aah wakenabeb..siap org tu pow jam tangan dia..pon dia nak bg..dia sabor je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 10:47 AM | Show all posts
Sukanya tgk pasangan ni....itu la igtkn adam pilih prmpn yg urban....cantik fiza ni bertudung.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 11:07 AM | Show all posts
bluecrystal posted on 28-9-2013 10:01 AM
wakenabeb kot eh
aku tak tengok..mak aku yang cerita
dia siap puji2 lagi baiknya budak adam ni.. ...

yelah kot rancangan tu...
tapi memang baik betul adam tu...cool je
kalau kena kat orang lain..mesti marah sgt2 kan..

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 11:12 AM | Show all posts
betapa barakah nye perkahwinan mereka kerana takde sorang pun dari forummer yang buat spekulasi yg bkn2 wpun mereka kawin mcm tegesa gesa kan.... penuh doa dan tangisan gembira je benang ni... soo happy for them....moga bahagia hingga jannah....Aaminnn...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 11:26 AM | Show all posts
ribena84 posted on 28-9-2013 08:53 AM
sweeeettttt

suka tgk foto ni...bahagia nampaknya...
syukran n tahniah utk adam / fiza...semoga diberkati Allah Swt...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 11:29 AM | Show all posts
Alhamdulillah..selamat pengantin baru buat Adam & Fiza..perkahwinan yg penuh barakah hendaknya..semoga kekal smpai ke jannah!..aamiin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 07:49 PM | Show all posts
May you happy always.. my adami...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 08:05 PM | Show all posts
tak hapal semua member Elit sbb asik keluar masuk.
jadinya sekarang semua member/ex-member grup tu kawin 2 kali kan? kecuali Hana, tu pun tak tau lah kot dah kawin lg ke skrg ni.
yg sy ingat, shasha, fiza, abby, azah, linda. sapa lg member yg belum kawin semula?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dyzie posted on 28-9-2013 11:12 AM
betapa barakah nye perkahwinan mereka kerana takde sorang pun dari forummer yang buat spekulasi yg b ...

Kena tangkap basah ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 10:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.128631 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list