CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

[BEST]Sepanjang 3 tahun dalam palapes

  [Copy link]
 Author| Post time 8-10-2013 02:14 PM | Show all posts
Sambung..

Dah abis semua sesi mengubat sesi bermain silat excited bagai dengan ilmu baru ni,, kiteorang lepak.. Lepak kat luar rumah.. Time ni tuan and ayah Ami duk berborak kat dalam rumah. Aku, A, Kila, Ami dan Amin je duk kat luar tu.. Aku ngikut je dorang ni lepak kat luar.. Dorang borak apetah..

Tengah syok lepak borak bagai tu, tiba-tiba aku dengar bunyi anjing.. Melolong bagai nak rak.. aku dah erk.. dari mana pulak bunyi anjing tu, sebab memang situ kawasan rumah kampung. tapi kampung melayu la kan.. mana pulak sesat anjing nya kan..

Dah tu, aku tengok la Ami ni berdiri. Pegi ke depan pagar rumah dia. Time ni la, bising giless babass. Sebab ada 5 ekor anjing hitam berlegar-legar kat depan rumah Ami ni. Anjing-anjing ni tadi p melalak2 kat Ami ni. Anjing tu macam nak try masuk rumah, tapi tak dapat. Sekejap2 dia pusing kat tempat sama depan rumah tu.. memang bising gila.. tapi aku tak tengok pulak jiran sebelah menyebelah jenguk ke ape kan.. Sebab time tu, sunyi sangat kawasan tu, macam kiteorang je nampak anjing tu..

Time ni la, aku dah naik bulu tengkuk bulu tangan bulu hidung segala kan.. Aku tak tunggu dah, aku terus lari masuk rumah.. Tapi Ami sempat jerit suruh kiteorang tunggu je kat luar rumah. Time ni pun Amin dah tutup pintu rumah. Amin suruh aku tunggu je kat luar. Amin lak bawak Kila masuk rumah.

Ami: Aerol, tak payah takut la.. Dorang tak kan dapat masuk punya.. Jum tengok ape yang aku buat.
Aku: (muka aku serius kalau toreh takde darah-ok hyperbola.)

Ami: A, nampak tak?
A: Yang mane? Banyak je ni..
Ami: Ye banyak tak.. Yang kat atas tiang lampu tu, yang si lahabau ikut si Kila tu. Yang lain2 tu, geng baru dia.
A: Eh, tapi kenapa dia dah lain? Ada selempang kat bahu dia.
Ami: Haaa.. Sebab tu la.. Time mula2 Kila kena rasuk tu kan, dia hilang. Dia lari. Tapi bukan lari terus. Yang dia tinggal kat Kila tu geng2 dia laa.. Bagi kacau..
A: Dia lari pegi mane?
Ami: Dia lari pegi menuntut ilmu kat Gunung S.
A: (gelak..) aku pun gelak okay..
Ami: Sebab tu dia ada selempang dah tu, Dah pegi menuntut, naik pangkat sikit, selempang tu ada symbol untuk pangkat2 tertentu.. yang lain2 ni dia hantar sebagai tentera dia. Tapi sebab aku dah buat pendinding rumah ni dia tak dapat masuk la.. Kalau lobos sikit, memang dia attack habisan dah si Kila tu. Sebab dia nak balas dendam kat aku.. Sebab tu aku ajar korang semua cara pendinding diri, sebab nanti kalau aku takde, senang la korang tolong support Kila tu.
A: yang anjing tu?
Ami: Yang sekor tu, yang betul. yang asyik menyalak ke atas tiang lampu. sebab dia nampak si selempang tu. Yang lain tu, tentera si selempang tu jugak laa.. Meh sini, aku ajar main laser..

Time ni, aku rasa macam nak main laser jugak jee.. hahaha.. Pastu, Amin datang. Dia tarik tangan aku suruh masuk dalam. Sebab tuan aku suruh. Baru je feel kan nak tengok citer star wars.

Dari dalam kiteorang intai laa.. Si Kila lak, dah berpeluh2. Dia kata dia berdebar abis. Macam kena attack dari dalam.. Tapi ayah Ami ada, so dia baca2 lagi ayat pendinding untuk Kila ni..

Time aku intai tu, aku try la jugak kan tengok ape yang dorang buat. Si A, duk tercegat je tengok benda baru depan mata dia.. Ami ni lak, aku tengok macam bercakap seorang diri.. Cakap ngan sape aku pun tak tau.. Time ni jugak aku dah tak dengar dah anjing menyalak. Aku nampak anjing tu duduk macam ketakutan.. or macam patuh kat tuan dia.. itu aku tak tau la kenapa anjing tu macam tu..

Amin tiba-tiba cakap.. haaa.. nampak tak laser tu?? aku carik bukak mata luas2.. memang tak nampak la kan. pastu ayah Ami cakap, tak boleh nampak dengan mata kasar, cuba bukak dalaman tu.. pastu, aku teringat la macam mane nak tengok dari mata hati kan.. perggghhhh... memang nampak siot.. kaler macam2.. tapi aku banyak nampak yang kuning hijau je laaa.. nak kata jelas sangat tak laa.. sebab kalau nak guna tenaga dalaman ni, nak kena fokus yang sangat fokus.. pastu, penat dalaman jugak.. Tapi atleast aku sempat la jugak nampak laser maser tu kann.. syiok la jugak aku sekejap.. pastu aku try lagi, tak dapat dahh... penat wooo.. bukan senang nak kumpul tenaga dalaman jadi satu titik focus..

Huhu.. korang mesti tak percaya kann.. hehee. takpe, kalau aku pun tak percaya. ..

Emmm,, ape lak jadi kat si selempang tu?? Aku tak tau. Aku rasa Ami sempat tangkap kot.. Tapi aku tak sure dia dapat bunuh ke tak.. Sebab aku tengok la jugak dia pegi ke tengah jalan, bersilat sorang diri..Yang pasti, lepas sejam lebih dorang kat luar, dorang masuk... Ami pun aku tengok berpeluh.. macam lepas bertarung.. Ami cuma pesan kat kiteorang, benteng diri kena kuat, jin iblis setan suka tipu manusia so jangan mudah terpedaya.. Pastu dia cakap, Kila pasni, kalau nak clear abis, nak kena clear sikit2. sebab sisa2 yang benda tu tinggalkan masih ada. kalau dibiar, yang lain boleh dengan senang nya masuk.. itu je la yang aku ingat.

Habis lah kejadian yang luar biasa untuk aku malam tu..Kiteorang p tidor dengan penat nyaa..

Sebenarnya, apa yang jadi kat si selempang tu, panjang cerita nya. tapi nak explain detail aku tak boleh sangat. Yang aku boleh cakap si selempang tu, lepas dia kena attack time first kila kena rasuk tu, dia cedera and dia lari. Dan dia jumpa sorang manusia. Manusia ni, kawan si Ami. Aku bagi nama dia Abu. Abu ni Ada ilmu yang sama. tapi dia salah guna. Dalam dunia dalaman, Ami cakap, dorang musuh. Ami pun tak tau macam mana Abu ni boleh intai pergerakan dia masa mengubat si Kila ni.. Itu yang dia guna si selempang ni jadi tunggangan dia. Dia suruh si selempang pegi upgrade pangkat ke Gunung S tu.. Gunung S tu pun boleh tahan tempat bertapanya segala jan jin jun..

Kenapa Abu boleh masuk campur? Macam mana sesi pengubatan Ami boleh kena intai?

Bila kita dalam dunia ilmu dalaman, sebenarnya half soul kita kat dunia nyata, dan half lagi kat dunia pertengahan. Dimana tempat semua yang ghaib berada. Sesiapa yang tak mampu fokus atas nama Allah, yang berniat jahat, dengan senangnya iblis syaitan ni masuk campur. Siapa tak kuat, memang takkan senang2 diturunkan ilmu ni.. Itu yang aku tau.. Itu jugak salah satu sebab aku berhenti daripada semua ni.. Bahaya.. Sebab aku tau aku belum cukup kuat. Walaupun Ami selalu cakap, aku boleh fokus, aku cuma perlu percaya diri aku dan Allah. Tapi, memang sampai sekarang aku takut sebenarnya.. Sebab last aku buat, aku nampak yang lain.. Aku seliuhkan tangan kawan aku. Aku buat junior aku jatuh. Aku ubat orang lain, tapi aku sendiri sakit. Banyak la yang jadi, Tapi aku tak cukup kuat.. Aku quit. Aku tak berani dah main-main guna ilmu dalaman ni lagi.. Aku anggap semua tu jadi pengalaman hidup je..


Nanti aku sambung lakk kisah Si A yang try telepati, dan kisah kiteorang masuk semula ke dalam hutan hari lusanya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2013 02:21 PM | Show all posts
makton posted on 8-10-2013 01:40 PM
hehe.. dulu makton slalu gak gi masuk hutan. sbb dulu makton join kadet bomba.

seingat makton,  ...

Haha.. Ye.. kalau kiteorang memang lelaki yang banyak menggatal.. kalau kena kat aku memang kena pelempang la kan.. hahaa..

Dah sambung sila baca..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:22 PM | Show all posts
anissa_kyra posted on 8-10-2013 02:02 PM
makton, tang staff medic suh dia tido sebelah budak pempuan tu, aku pikir dia tido campur laki pem ...

idok ler particular syggggg.. cuma makton ni bila mmbaca suka imagine situasi tu..

So bila part tido dlm kemah medic tu, terfikir gak benda2 remeh ni..

(sebab tu makton sukeeee baca benang adi putraporn tu.. sambil baca, sambil imaginasi...   Kahhhhh!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 02:24 PM | Show all posts
anissa_kyra posted on 8-10-2013 02:02 PM
makton, tang staff medic suh dia tido sebelah budak pempuan tu, aku pikir dia tido campur laki pem ...

Oh ya,, aku baru ingat. masa aku tido kat medic, ada je budak laki tidur. Lelaki tu sekor je la.. dia tidur paling hujung.. hahahaa.. tapi takde pape la.. sebab 24hours staf medic ada,, mau kena pelangkung??? hahaha.. tapi ade je staf medic senirik gataiii..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:27 PM | Show all posts
aerolz posted on 8-10-2013 01:14 PM
hehe.. takpe takpe.. take your time k, mem.

mesti best dapat dengar citer dari budak navy lak.. ...

okeh..

aku bukak satu citer la..

haha..

taip kat notepad dulu ni..wahaha..takut kantoi dengan lead bukak poremmm..ahaha..

ni citer masa aku masih bergelar kadet, khemah tahunan yg memula skali.

aku tataw la airforce camne, wataniah camne kan..tapi navy kalau nak pegi dinner, kena pakai pakaian formal..kalo kadet pempuan kena pakai baju kurung kaler putih, tudung putih dengan kain itam pastu kasut itam..& wajib pakai kasut yg ada heels. lelaki pulak kena pakai kemeja dengan tie, pastu suar slack itam dgn kasut itam.

ni citer lama ni, ada lah 5-6 taun lepas .

ni malam 1st @ malam 2nd khemah tahunan. minggu 1st stay kat uni lagi.

citer lepas dinner la ni. entah apa pasal subby (pegawai) kteorang tak puas hati dengan kadet ni.

lepas je dinner, dah kemas mess (dewan serbaguna). sume kena dalam barisan kat luar. baru je lepas makan, kena lompat bintang 50kali. pastu ada pulak mulut cabul melawan, kena push up pulak 50 kali. gila weh, aku push up pakai heels. wakakakaka..dengan baju kurung apa sume, subby yg duk belakang tu sume pakat mengusha kteorang yg dah terselak2 kain ni..maklum la kadet, pestime pulak tu push up/lompat bintang pakai heels.

da abis kena denda, maka sume pakat berlari balik bilik. jauh jugak jarak bilik dengan main camp, dalam 500-600 meter.

sume pakat ready nak inspection bilik malam tu. navy punye rules, semua kena sama. maksudnya kalau tingkap bukak 45darjah, sume bilik kena tingkap bukak 45 darjah. kalau tombol kipas tu kat no 2, sume bilik tombol kipas dia kena duk no 2. kalau bilik tu wangi macam bau roti, sume bilik kena bau roti.

kawan aku ketua head, head - toilet. kena pastikan head ni bersih takde setitik air pun. kering.

di sebabkan sumeorang busy kemas bilik apa sume, dia je la sorang2 duk bersihkan head. lap toilet apa sume. so maknanya dia sorg je la duk dalam toilet yg suram tu waktu malam dalam kul 10 lebih sorang. pintu pulak tutup.

tengah2 kteorang kemas bilik ni, tetiba bunyi orang menjerit, macam histeria.

sume kuar bilik dah gabra. sebab pelik la. bunyi orang menjerit gila2 lah..memang satu bangunan hostel tu berdengung dengan suara dia je.

pastu sume dah panik, tak tawu sape yg menjerit..yg kawan sebilik kawan aku yg jadik ketua head ni lupa yg kawan dia tu duk dalam toilet.

sume bekumpul kat luar. check ahli bilik masing2. ada jugak la yg sengal sebab panik punye pasal, dia pakai lengkap dari tudung, baju kurung tapi lupa pakai kain. pakai kain dalam je. hahaha.

bila check2, baru perasan sorang hilang. ketua head kteorang ni la.

pakat panggil kadet lelaki 5-6 orang, subby pun skali datang sebab dia cakap dengar orang menjerit dari main camp. sume pakat masuk dalam toilet, heret budak tu kuar..

ada sorang subby ni yg ada 'isi' jugak la. dia la baca2 hembus apa sume. dia cakap jin tu tak masuk dalam badan kadet pempuan tu lagi. cuma duk intai tepi2 jaa..

pas dia halau jin tu suh pegi jauh2. kadet tu pun nampak okay, terus dia pagar kawasan hostel yg kteorang duduk tu.

subby tu pesan satu je 'jangan nok galok sangat'.

dia cakap benda2 camgini suka orang galok2 ni.

oi insap kejap aku tengok orang menjerit2 ketakutan cam orang histeria depan mata.

tak pegi toilet terus aku malam tu.

mintak maap ye kalo korang baca citer aku tak feeling seram2. wahahaha..aku tak pandai nak cerita2 ni..
Last edited by anissa_kyra on 8-10-2013 02:33 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:40 PM | Show all posts
lupa pulak aku nak sambung ni..wahaha..

lepas pulih tu, ketua head tu citer. dia cakap dia nampak lembaga hodoh gila, muka berdarah2 macam kena toreh, duk mencangkung kat atas sink tempat orang basuh baju tu. kebetulan pulak lembaga tu duk sengih2 menyeringai tunjuk gigi kat dia. dah la sink tempat basuh baju tu location dia kat sebelah pintu. kawan aku tu macam terkepung la. nak kuar tak boleh. sebab benda tu duk kat tepi pintu. tu yg dia jerit macam nak gila tu. hahaha.

dia cakap benda tu tunjuk2 gigi macam nak makan dia je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2013 02:44 PM | Show all posts
seram pulak aku citer hantu kat opis ni..da la kat opis ni ada hantu budak kecik suka gelakkan aku..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:51 PM | Show all posts
aerolz posted on 8-10-2013 02:14 PM
Sambung..

Dah abis semua sesi mengubat sesi bermain silat excited bagai dengan ilmu baru ni,, kit ...

woww...makin menarik citer dak aerolz ni
sampai aku terpaku dpan pc ni
dok menghayati setiap detik penceritaan

tapi mmg elok pun bagitau awal2 yg ko dah tak amalkan mende2 tu sumer
satgi ade yg mengetest pulak
ko tau ke name ilmu yg ko blajar tuh?
macam penah terbace somewhere pasal jurus2 ni


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 03:00 PM | Show all posts
aerolz posted on 6-10-2013 09:55 PM
Ni kejadian yang berlaku masa latihan tahunan aku untuk tahun kedua iaitu setelah bergelar inter. Ti ...

kawan ko kila tu kilafairy pelakon tu ek? anak rohana jalil....sbb aku asik terbayang muka dia je bila ko tulis nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:49 PM | Show all posts
good story morry.
seronok gile baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 04:16 PM | Show all posts
anissa_kyra posted on 8-10-2013 02:40 PM
lupa pulak aku nak sambung ni..wahaha..

lepas pulih tu, ketua head tu citer. dia cakap dia nampak ...

whooaaa.. kesian lak skuad ko. dah la cuci toilet sorang-sorang. nampak pun sorang2. lagi bertambah kesian aku.. hehe.. aku ingat lagi, dulu toilet kiteorang basah time inspection, tu dia... puan kiteorang suh kiteorang guling2 dalam toilet tu sampai la kering..

Itu la kan. bila dah buat inspection, semua nak kena seragam..dulu2 aku memang selalu kena kalau bab inspection ni.. bilik aku tip top je.. sekali pegawai tu datang, buat inspection, dia calit sikit je bawah katil guna jari telunjuk, nah amik ko, ada la beberapa zarah debu kat jari dia tu.. aku dapat 50 knuckle.. bukan aku sorang.. satu level kena..hahaha..

yup, kiteorang kalau time junior, pun pakai baju P.O. baju putih segala tu. Bila dah naik inter and senior, pakai baju batik peringkat masing-masing la..

Haha.. bab kena hell pakai heels and kain semua tu, macam haram je kalau nak ingat balik kan. kiteorang selalu jugak la kena komando rest time pakai heels and kain ni.. sape tak tau komande race tu,, huhuu.. seksa yang hamat bagi aku yang pompuan ni haa..

so ape lagi cite ngan ketua head korang tu?? dia kena kacau lagi tak?? next story???

Comments

commando rest.  Post time 11-10-2013 12:03 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 04:22 PM | Show all posts
anissa_kyra posted on 8-10-2013 02:44 PM
seram pulak aku citer hantu kat opis ni..da la kat opis ni ada hantu budak kecik suka gelakkan aku.. ...

haha.. hantu budak kecik mane suka gelakkan kau tu?? eh jap, ko ni tauliah tahun bile?? entah2 kite ni sama batch.. sebab aku pun time junior tahun 2008.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 04:23 PM | Show all posts
edoraixora posted on 8-10-2013 02:51 PM
woww...makin menarik citer dak aerolz ni
sampai aku terpaku dpan pc ni
dok menghayati setiap det ...

huhu.. sebab tu la saya banyak kali warning and bagitau saya dah tak reti menda ilmu tu sume.. takut jugak.. huhu..
sebab semalam rasa lain la. itu yang hari ni terus sambung bagitau terus terang tu..

apa nama ilmu tu, saya pun tak ingat. tapi memang ada jurus2 semua laa..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 04:25 PM | Show all posts
krustykrab posted on 8-10-2013 03:00 PM
kawan ko kila tu kilafairy pelakon tu ek? anak rohana jalil....sbb aku asik terbayang muka dia je  ...

haha.. ada pulak kilafairy.. kalau betul mau kena pelangkung aku nanti. ahhaha..

Kila tu nama tipu kawan aku tu. Budak tu sekarang dah jadi bisneswoman dah.. kikiki..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 04:27 PM | Show all posts
Josh_Agroban posted on 8-10-2013 03:49 PM
good story morry.
seronok gile baca.

Tentiu sudi baca.. Nanti I sambung lagi ye..

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 04:35 PM | Show all posts
aerolz posted on 8-10-2013 04:16 PM
whooaaa.. kesian lak skuad ko. dah la cuci toilet sorang-sorang. nampak pun sorang2. lagi bertamba ...

yes.! baju P.O.! haha..maap la yek aku ni da tua..pastu citer pulak zaman batu..memang aku dah lupa..puas aku duk memikir dari tadi panggil apa baju tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 04:37 PM | Show all posts
aerolz posted on 8-10-2013 04:22 PM
haha.. hantu budak kecik mane suka gelakkan kau tu?? eh jap, ko ni tauliah tahun bile?? entah2 kit ...

aku junior 2008 la..tauliah 2010..

hahaha..

yekeeeee...adoi..terjumpa kat sini la pulak kalo sama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 04:40 PM | Show all posts
anissa_kyra posted on 8-10-2013 04:37 PM
aku junior 2008 la..tauliah 2010..

hahaha..

saya baru masuk junior pertengahan 2008. tauliah 2011. Kat UTHM. So, maksudnya, mem ni inter kiteorang time saya junior la ek.. Dulu batch mem tauliah kat USM kan.? kat penang..

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 04:47 PM | Show all posts
aerolz posted on 8-10-2013 04:40 PM
saya baru masuk junior pertengahan 2008. tauliah 2011. Kat UTHM. So, maksudnya, mem ni inter kiteo ...

owh yeke.. yg aku citer tu khemah tahunan kteorang yg 1st skali, bulan 11 @ 12 taun 2007..aku nak senang kira, aku kira taun 2008 terus..hahaha..

tak payah la panggil aku mem ke, puan ke..aku dah lama tutup buku pasal palapes ni..haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 04:55 PM | Show all posts
anissa_kyra posted on 8-10-2013 04:47 PM
owh yeke.. yg aku citer tu khemah tahunan kteorang yg 1st skali, bulan 11 @ 12 taun 2007..aku nak  ...

ohhh.. okay okay tau..

hihi.. dah terbiasa.. Saya pun nak kata tutup sepenuhnya, hati ni masih terkinja-kinja je nak ikut masuk hutan, tapi tu la, keadaan tak mengizinkan.. 2016 baru BatC expired. So , ada lagi peluang.. Rindu sebenarnya nak join training lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.240580 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list