Soseh Soseh: Pasangan selebriti pinggir kawan
Tahniah SS ucapkan kepada pasangan selebriti ini yang sudah pun selamat bergelar suami. Walaupun perhubungan mereka tiada siapa yang tahu sehinggalah tibanya detik pernikahan mereka, apa pun SS doakan semoga berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.
Namun begitu, dalam pada gembira dengan berita pernikahan mereka, SS simpati terhadap seorang rakan rapat mereka yang seperti dipinggirkan selepas berpenat lelah membantu menguruskan segala-galanya.
Menurut cerita teman SS ini, sejak awal persiapan perkahwinan pasangan ini kawan inilah yang sibuk ke hulu ke hilir menguruskan segala-galanya. Tetapi apabila tiba hari pernikahan mereka khidmat kawan ini sudah tidak diperlukan lagi dengan alasan mereka bukan mahram.
Terkejut SS mendengar ceritanya itu, sudah puas mempergunakan tenaga kawan itu apabila selesai segala-galanya boleh pula kata mereka bukan mahram dan tidak sesuai bekerjasama.
Kenapa sebelum ini perkara itu tidak dibangkitkan? Kasihan SS dengan kawan itu. Seperti tidak percaya dengan perlakuan pasangan ini yang dilihat sudah banyak berubah penampilannya, namun masih tidak berubah perangainya.
Pada kawan itu, sabarlah banyak-banyak. Jadikan pengajaran atas apa yang berlaku, selepas ini lebih berhati-hatilah dalam berkawan dan membantu kawan. bak kata pepatah buat baik berpada-pada.
SS: Serik buat baik de-ngan orang yang sama, sudahnya terkena lagi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/12
HMETRO
P/S : Mengegar dunia !! Tamparan Wanita !! Lagu pagi ni
Last edited by rosasa on 12-11-2013 07:50 AM
|