CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5345|Reply: 34

Edisi Sendu Kejung : Amerul Kian Laris

[Copy link]
Post time 15-11-2013 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Amerul kian laris

Oleh Ramlah Zainal

Watak Muski yang dilakonkannya dalam filem Bunohan kekal kukuh dalam ingatan peminat. Selepas lakonan berkesan dalam filem arahan Dain Said itu, nama pelakon Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 28, terus meraih perhatian ramai pengarah.
Terbaru, bakat Amerul berjaya membuka mata ramai pihak apabila lakonan mantapnya dalam drama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman arahan Sabri Yunus tersenarai dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013).

Dalam kategori itu, Amerul bersaing de-ngan barisan calon lain ia-itu Beto Khusyairi (Aku Bukan Malaikat), Azhan Rani (Fatihah Untuk Abah), Shukri Yahya (Perempuan Itu Ibuku) dan Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap).

Secara peribadi, pemegang Diploma Seni Persembahan Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) ini mengakui pencalonannya itu turut menyuntik semangat padanya untuk terus memberikan yang terbaik dalam lakonan.
TAK pernah anggap diri popular walaupun banyak terbabit dalam filem, drama dan teater.


“Ia kali ketiga saya dicalonkan dalam anugerah sepanjang pembabitan dalam bidang lakonan sejak 2009. Sebelum ini, saya pernah dicalonkan dalam kategori sama iaitu Anugerah Seni Boh Cameronian (teater Air Cond), Festival Filem Malaysia (Bunohan) dan terbaru dalam ASK 2013.

“Saya anggap pencalonan kali ketiga ini sekadar melengkapkan lagi kuota saya dalam majlis anugerah. Malah, saya tidak menaruh harapan tinggi pun untuk menang kerana menyedari persai-ngan dalam kategori ini sengit. Beto ada peluang untuk menang kerana dia pelakon yang bagus. Begitu juga Azhan Rani, pelakon yang sudah berpengalaman dalam bidang seni,” katanya.

Bagaimanapun, watak Mat Junoh yang dilakonkannya dalam drama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman memiliki kekuatan tersendiri.

“Sebenarnya bukan mudah untuk menjiwai watak Mat Junoh, anak Pak Hassan yang cacat dan hidup pada zaman penjajahan Jepun dulu. Dia tidak pernah ke sekolah dan hanya- dididik oleh kakaknya (lakonan Mardiana Alwi) sehingga besar. Ia juga kali pertama saya melakonkan karakter sedemikian,” katanya.

Amerul me-ngakui dia -tidak berdepan dengan masalah untuk mencari keserasian dengan pelakon veteran Wan Hanafi Su sebagai bapanya dalam cerita itu.

“Sebelum- penggambaran,- saya akan me-luang-kan masa dengan beliau dan dari situlah kami menjadi kawan sekali gus mencari keserasian bila digandi-ngkan bersama dalam drama ini. Pada masa sama, kami pernah digandingkan dalam filem Bunohan sebelum ini dan saya juga sudah tahu cara dia bekerja.

“Begitu juga dengan Sabri, saya suka bekerja dengan-nya kerana dia pe-ngarah yang ringkas dan suka berkongsi idea dengan pelakon bagaimana untuk merealisasikan watak masing-masing,” katanya.

Ketika ditemui, pelakon yang turut dikenali dengan watak Ucin dalam drama Cuak di saluran Astro Ceria ini mengakui buat masa ini dia tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon drama dan filem.

Selepas beraksi dalam filem Psiko Pencuri Hati arahan Nam Ron, Amerul akan ke lokasi Bikin Filem arahan Nik Amir Mustapha dan filem pendek, BMW Shorties.
Tidak ketinggalan, Amerul berlakon dalam drama bersiri empat episod Saloma Biopic yang berdasarkan biografi Seniwati agung Allahyarham Puan Sri Saloma arahan Melissa Saila.

“Saya memegang watak anak Saloma dan AR Tompel dalam drama ini. Saya juga selesa bekerja dengan Melissa kerana pernah bekerjasama dengannya dalam Telefilem Rompakan Kabinet dan 5050 untuk stesen RTM sebelum ini,” katanya.

Antara drama lakonannya sebelum ini ialah Mati Hidup Semula bergandi-ngan dengan pelakon hebat Faizal Hussein untuk saluran Astro Oasis.

Sebagai pelakon yang digilap bakatnya di pentas teater, Amerul yang berguru ilmu lakonan dengan aktivis teater, Ahmad Yatim mengakui sangat mementingkan kualiti dan kepuasan dalam lakonan.

“Terus terang, saya tidak boleh buat dua kerja dalam satu masa. Saya lebih suka fokus pada satu projek drama atau filem dan bila sudah selesai baru saya buat projek lain pula,” katanya.


Tidak sorok majlis kahwin

Tidak terlintas di hatinya untuk merahsiakan maj-lis pernikahannya yang berlangsung secara sederhana di Temerloh, Pahang pada Disember tahun lalu. Majlis itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan artis yang rapat dengannya seperti pelakon Zahiril Adzim.

Wanita bertuah yang berjaya mencuri hati Amerul ialah Yusma Laili Iskandar Mirza, 29, yang dikenalinya ketika masih menuntut di ASWARA lagi.

“Bukan saya nak rahsiakan hari bersejarah kami dari peminat sebaliknya saya tidak anggap diri popular pun untuk mengundang pihak media membuat liputan majlis perkahwinan berkenaan.

“Saya tidak sepopular manapun berbanding artis lain untuk mendapat publisiti meluas di akhbar mahupun majalah. Apapun, saya tidak kisah diri tidak popular asalkan orang menilai dan menghargai hasil kerja saya,” -katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/15

PS: Mod kalaua dah ada katup, cari takda...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 02:28 PM | Show all posts
SENDUNYA SAMPAI XDE NAK KOMWN
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:30 PM | Show all posts
dia ni kira hebat jg tp xbrp nk naik sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2013 02:30 PM | Show all posts
tomet05 posted on 15-11-2013 02:28 PM
SENDUNYA SAMPAI XDE NAK KOMWN

khennnnnnnn...ai pun berfikir dua tiga ratus kali nak buka, memandangkan bod ni tajuk sama ai tambah la, tak la asyik nam bekah betty fizo syanie materchef kuar
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:05 PM | Show all posts
takde gmbr. aku tau die ni psl penah blogwalking kat blog zahiril.
diorg ni geng ex aswara. kalo tak berlakon tv bese diorg berlakon teater, sbb tu berlakon ade 'jiwa'.



Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:06 PM | Show all posts
maap tak kenal
gud luck la ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2013 04:12 PM | Show all posts
xkenai jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:13 PM | Show all posts
Dalam kategori itu, Amerul bersaing de-ngan barisan calon lain ia-itu Beto Khusyairi (Aku Bukan Malaikat), Azhan Rani (Fatihah Untuk Abah), Shukri Yahya (Perempuan Itu Ibuku) dan Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap).

Shukri Yahya (Perempuan Itu Ibuku) tu yg citer mak dia Sheri Merlis jadi pelacur tu ek..kalau citer tu, mmg Sheri berlakon superb..tp si Jericho malaysia ni berlakon jadi anak macam hulubalang jek..kaku semacam, muka xde ekpressi..mcm mana boleh tercalon?..

eh, ni benag org lain....mamat kt atas ni kalau berlakon jahat mmg sesuai la kot..iols perasan dia dlm iklan dgn Zahiril ngan Mia Sara tu..mencari Abang Adam??..gitu la..dia jadi kawan2 (jahat kot) yg dok dlm bilik melompat2 tu.. Last edited by amal12bh on 15-11-2013 04:14 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2013 04:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2013 04:18 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:31 PM | Show all posts
ok mang sendu... tapi aku kenal... yg tu lawak... hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:38 PM | Show all posts
tak kenai punn
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:44 PM | Show all posts
muka mcm amar bad boy ex putri sarah pulak kat mata iolls.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ada nampak kat filem bunohan & sini ada hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 04:54 PM | Show all posts
kejung sungguhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
itu hari nengok drama dia berlakon ngan faizal hussein, diana amir kat astro. pasal cerita ajaran sesat..  best gak ar berlakon..x lah kejung pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 09:49 PM | Show all posts
Panjang berjela artikel hang tepek ni nak...
Tak koser mak teh nak baca...

Pepun mak teh doa agar dia ni berjaya dlm dunia lakonan kay...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 10:11 PM | Show all posts
Rasanye belakon dalam psiko pencuri hati bersama bront palarae n sharifah amani
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmp, x encem pon.
Up lg k.jd pelakon yg dhrmati luar n dalam kehidupan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah x kenal...
Abe beto gak yg I nampak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.485740 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list