CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 17-3-2016 10:15 AM | Show all posts
dee556 replied at 17-3-2016 08:56 AM
Alhamdulillah....semalam call pejabat Andalusia tentang pergerakan Umrah 22 mac.
dah terima emel .. ...

Hajah dh nk ke Mekah lg...alhamdulillah murah rezeki...
sy nie tk lepas2 lg ke sana...doa2kan yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2016 10:20 AM | Show all posts
dee556 replied at 17-3-2016 08:56 AM
Alhamdulillah....semalam call pejabat Andalusia tentang pergerakan Umrah 22 mac.
dah terima emel .. ...

Alhamdulillah..

Sebaiknya masa pilih pakej tu,  kalau masuk madinah, cari flight yg turun di madinah dulu dan balik flight naik di jeddah.
Dan begitu juga kalau masuk dari mekah dulu pilih flight yg turun jeddah dan balik flight naik di madinah.
Dapat jimat sikit masa atas kenderaan tu. Betul tak camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 02:31 PM | Show all posts
pzi replied at 17-3-2016 10:20 AM
Alhamdulillah..

Sebaiknya masa pilih pakej tu,  kalau masuk madinah, cari flight yg turun di ma ...

ya betul tu.....tapi macam tak banyak yang turun Madinah kalau syarikat penerbangan dari Malaysia ni.
insyaAllah ada rezeki lain mungkin boleh cuba airlines negara lain yang turun Madinah terus jika ingin masuk Madinah dulu.
kawan saya pegi 15hb ikut TH Travels pun masuk Madinah dulu.
apapun semuanya terserah kepada rezeki dari Allah swt....kita hanya mampu merancang sebaik mungkin.


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 02:40 PM | Show all posts
aryn_mz replied at 17-3-2016 10:15 AM
Hajah dh nk ke Mekah lg...alhamdulillah murah rezeki...
sy nie tk lepas2 lg ke sana...doa2kan yer ...

alhamdulillah.....jemputan dari Allah swt itu yang penting.
saya masih ingat lagi kata-kata pelajar yang mengiringi lawatan kami semasa di Madinah musim haji lepas.
"kita dapat datang ke Mekah dan Madinah bukan kerana duit tapi kerana jemputan dari Allah swt. DIA akan cukupkan rezeki hamba2Nya yang dijemput".
jangan berhenti berdoa mohon Allah jemput kita ke sana.
amalkan solat dhuha.....solat taubat juga jangan lupa.
insyaAllah ...DIA maha mendengar ....kita ni je yang sering lalai
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam
Harap ada yg sudi share pengalaman umrah Ramadhan @ umrah musim panas. Dengarnya suhu akhir jun 2016 dijangka lebih 40 celcius. Betulker suhu mekah lebih 40 celcius. Tengah berbolak balik hati nie s/ada mampu tempoh puasa disana. Khuatir nanti duduk dibilik jer. Mohon nasihat. Tqvm
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 08:01 AM | Show all posts
assalamualaikum

nak tanya kt Malaysia ada jual ke simkad mobily atau zain tu. ke kita beli kt airport je.
ingat nk beli sesiap kt sini sbb mudah nk contact family asben yg duduk kt hotel lain kt sana nnti.

pastu, klu guna simkad sana, kita bole guna wasap kita yg sekarang ni ke.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2016 11:26 AM | Show all posts
jadree00 replied at 19-3-2016 07:47 PM
Salam
Harap ada yg sudi share pengalaman umrah Ramadhan @ umrah musim panas. Dengarnya suhu akhir j ...

memang suhu musim panas boleh cecah 40 degree celcius. Tapi InshyaAllah diberi kemudahan untuk menunaikan umrah , jangan risau pergi aje.
dalam masjid ada a/c kat kawasan tiang dan mist/a/c merata dan marmar tu sejuk je. zamzam sejuk pun best masa musim panas tu.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 11:29 AM | Show all posts
half replied at 25-3-2016 08:01 AM
assalamualaikum

nak tanya kt Malaysia ada jual ke simkad mobily atau zain tu. ke kita beli kt air ...

tak pernah tahu ada jual simcard saudi di malaysia. beli aje kat sana , yang ada data/internet. atau forumer kat sini .

untuk whatsapps atau ape2 apps , boleh je tukar no phone tu, nanti apps akan bagi confirmation sms pin untuk pertukaran no tu. balik sini tukar balik lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2016 01:51 AM | Show all posts
Ada forumer pergi umrah Ramadan nanti?

Ada TA yang bagus untuk rekemen handling umrah sebulan?

Saya dah pernah pergi dengan Dasree Travel. Memang ada umrah sebulan. Kali ni nak cuba TA lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 04:05 PM | Show all posts
1 April Mataf Keliling Kaabah Akan Diruntuh

KUALA LUMPUR: Mataf, binaan berbentuk bulatan di sekeliling Kaabah, yang digunakan oleh jemaah haji dan umrah tawaf di Masjidil Haram akan diruntukan secara berperingkat mulai Jumaat ini.

Pengurus Tapak Binaan Premier Composite Technologies, Hairul Nizam Baharuddin, berkata kerja-kerja meruntuhkan mataf akan mengambil tempoh 29 hari dan dijadualkan mataf tidak lagi digunakan menjelang Ramadan.

Beliau yang bertindak sebagai jurutera pembinaan mataf dan projek perluasan Masjidil Haram berkata, kerja-kerja meruntuhkan mataf itu bagaimanapun tidak menjejaskan jemaah untuk mengerjakan tawaf.

Mataf dibina untuk mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram dan lebih khusus untuk jemaah berkerusi roda, berusia dan mereka yang berkeluarga. Ia mula dibuka kepada jemaah seminggu sebelum Ramadan pada 2013 untuk memudahkan mereka tawaf dan solat.

Mataf mampu menampung kira-kira 8,000 jemaah pada satu-satu masa dan sering menjadi tumpuan jemaah untuk bertawaf selepas Subuh, Maghrib dan Isyak.

“Seluruh binaan mataf yang menggunakan teknologi bahan komposit kukuh dari simen dan batu bata tidak lagi digunakan menjelang Ramadan pada Jun ini kerana arahan meruntuhkannya sudahpun diperoleh daripada Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Menurut Hairul Nizam, berikutan kerja-kerja meruntuhkan mataf, kesesakan dan kesukaran untuk bertawaf dan bersolat dijangka dihadapi jemaah kerana projek perluasan serta naik taraf Masjidil Haram belum siap sepenuhnya.

Kawasan tawaf akan hanya tertumpu di perkarangan Kaabah dan ini boleh menjejaskan kelancaran ketika tawaf, terutama pada Ramadan dan musim haji tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 08:19 PM | Show all posts
nak tanya..ada tak sesiapa yang buat rayuan haji  2016 dah dpt surat dr th?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 07:52 AM | Show all posts
nize replied at 25-3-2016 11:29 AM
tak pernah tahu ada jual simcard saudi di malaysia. beli aje kat sana , yang ada data/internet. at ...


ok tq

bukan apa, sbb kami pergi berlainan tarikh tu yg pk camne nk contact diaorg nti bila nk jumpa kt mana2.


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 08:58 AM | Show all posts
syasya99 replied at 30-3-2016 08:19 PM
nak tanya..ada tak sesiapa yang buat rayuan haji  2016 dah dpt surat dr th?

Suami saya ada buat utk ibu..baru dapat surat..via email..lama jugak la tunggu reply tu.. dia cakap kalau takde panggilan sehingga bulan Ramadhan, means xdapat la tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 11:43 AM | Show all posts
aryn_mz replied at 26-2-2016 03:03 PM
kena call or email mintak quotation or pakej yg lastest dr TH.
Cam sy email kt Rayhar...br dioran ...

salam,

blh bagi email address rayhar?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:17 PM | Show all posts
saya baru je balik dri umrah on 30/3. pergi sana dri 18/3 dgn zahafiz travel. tapi saya amek pakej promo punya sbb last minute tetibe hubby ajak pergi umrah. flight chartered direct ke madinah dan balik dri jeddah. madinah cuaca dingin2 sedap2 je tapi kt mekah hari2 40 degree jugak. ramai org boleh tahan. lepas temporary mataf tu dah runtuh mesti lagi packed org buat tawaf kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 09:14 AM | Show all posts
Assalam semua,

bulan lepas saya pegi umrah dengan TA Al-Kawsar Travel. Naik emirates transit di Dubai 3 jam. Lepas tu  dari dubai ke madinah. Masuk Madinah dulu 4 hari lepas tu ke Mekah 6 hari. Balik dari Jeddah-Dubai (transit 3 jam) Dubai-KL. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Rindu sangat bumi suci hati meronta-ronta nak ke sana lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2016 10:32 AM | Show all posts
MsAjai replied at 31-3-2016 11:43 AM
salam,

blh bagi email address rayhar?

Yg nie email address Rayhar cawangan KL rayhar.kul@rayhar.com...rayhar cwgan selangor tk menjawab2 smpi skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 05:28 PM | Show all posts
syasya99 replied at 30-3-2016 08:19 PM
nak tanya..ada tak sesiapa yang buat rayuan haji  2016 dah dpt surat dr th?

dengar katanya, mulai 31.3 dah keluar surat berperingkat ... keutamaan diberikan kepada isu:
1. mahram
2. daftar dah lama
3. umur melebihi 76 thn

walau bagaimanapun, sekiranya tidak terima apa2 selepas ramadhan, anggap permohonan tidak berjaya

itu yg dimaklumkan oleh wakil tabung haji semasa kuliah operasi haji dlm siri kursus asas haji baru2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 12:18 AM | Show all posts
siapa yg pergi skrg ni mgkin agak serabut sebab kerja2 menanggalkan mataf sdg dijalankan..hati2
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:59 AM | Show all posts
half replied at 31-3-2016 07:52 AM
ok tq

bukan apa, sbb kami pergi berlainan tarikh tu yg pk camne nk contact diaorg nti bila nk ...

half....nak jelas sikit isu simkad sana.
kita masih boleh guna whatsapp disana dgn wifi hotel tanpa perlu register bagai.
klu kita beli simkad sana pun tak perlu daftar no sana.....masuk je kad yg ada data....kita boleh guna whatsapp dgn no kita yang sedia ada.

saya baru balik dari sana hari ahad 3hb ni tadi.....sepanjang di sana guna wifi hotel je.
cuma di Mekah ada masalah sikit sebab wifi hotel rosak.
lepas tu anak melanggan data digi rasanya yg rm10 utk 12jam....kami share dgn hotspot dari anak je.

cuaca di Mekah taklah sepanas Malaysia sekarang ni.
kami anak beranak boleh je tido berselimut dlm bilik tanpa econ  dan kipas.
kalau ke masjid pulak....di dataran tu je dah terasa sejuk....kuasa Allah swt.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.208827 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list