CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10744|Reply: 101

[Tempatan] {16} Remaja yatim piatu rahsia diperkosa bimbang adik dihalau !

[Copy link]
Post time 4-1-2014 08:10 AM | Show all posts |Read mode
4 Januari 2014

Kajang: Biarpun menjadi mangsa rogol datuk tirinya sejak empat tahun lalu, seorang remaja perempuan yatim piatu berusia 15 tahun masih terus merahsiakan perbuatan keji itu semata-mata kerana bimbang dua adik lelakinya berusia tujuh dan 10 tahun dihalau dari rumah.


  Difahamkan, mangsa diugut akan dihalau dari rumah mereka di Sungai Chua di sini, bersama dua adiknya jika mendedahkan perbuatan lelaki berusia 68 tahun itu kepada orang ramai.

  Penderitaan remaja terbabit bagaimanapun terbongkar kira-kira  jam 9 pagi semalam apabila ahli keluarga sebelah ibu menemui remaja malang itu dalam keadaan kusut masai dipercayai baru lepas dirogol lelaki durjana itu sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


  Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kira-kira lima tahun lalu, remaja malang itu kematian bapa kandung selepas terbabit dalam kemalangan sebelum setahun kemudian, ibu mereka  berkahwin dengan seorang lelaki lain dan mereka kemudian tinggal bersama keluarga lelaki berkenaan di Sungai Chua,” katanya.

  Beliau berkata, selain ibu dan bapa tirinya, turut tinggal di rumah berkenaan adalah ibu dan bapa kepada bapa tiri mangsa yang juga suspek kes berkenaan.

  “Selepas beberapa bulan tinggal di rumah berkenaan, mangsa mendakwa mula diperkosa suspek ketika tiada orang di rumah dan mangsa dipaksa merahsiakan kejadian itu selepas diugut dihalau dari rumah berkenaan jika memaklumkan kejadian itu kepada orang lain termasuk ibu kandung mangsa sendiri.


  “Ibu kandung mangsa berusia lewat 30-an kemudian meninggal dunia tanpa mengetahui anaknya menjadi mangsa perlakuan keji datuk tirinya,” katanya.

  Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati remaja terbabit dilaporkan dirogol kali terakhir oleh suspek kira-kira jam 8.30 pagi semalam.


  “Selepas diperkosa, mangsa dikatakan ditinggalkan sendirian di rumah sebelum  jam 9 pagi, mangsa dikunjungi ahli keluarga sebelah ibunya yang datang untuk melawat dan terkejut apabila mendapati mangsa berada dalam keadaan kusut-masai. Selepas didesak, mangsa akhirnya mendakwa dirogol datuk tirinya,” katanya.

p/s laknat punye datuk tiri...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2014 08:10 AM | Show all posts
sumber harianmetro
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 08:19 AM | Show all posts
sian mangsa...

buat jahat akhirnya kantoi juga..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
i sgt marah... panas hati... x leh nak fikir dah ayat sopan utk marah pelaku lahanat nih...
:@ :Q
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 08:21 AM | Show all posts
apa tunggi lagi, mamposkan sahajalah bangsat ini.
tak perlu nak tunggu timbang di akhirat pelbagai,
ujung ujung di akhirat kelak berjam jam jua nak tunggu turn counter ticket beliau.

selayak nya lah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 08:23 AM | Show all posts
so bapa tiri tu pegi mana? buat apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2014 09:41 AM | Show all posts
geramnye baca cerita mcm ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 09:50 AM | Show all posts
Celaka betol,elok bunuh jer terus datuk tiri celaka tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 10:37 AM | Show all posts
dah tk rahsia lg dah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 10:46 AM | Show all posts
simpatinya aku...dah la ibu bapa kandung sudah meninggal....

ambil kesempatan betul la orang tua tu...tak sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:00 AM | Show all posts
pelik sungguh, kenapa family dari sebelah ibu atau sebelah ayah kandung tidak mengambil berat hal ehwal anak2 sedara mereka??? sedangkan ibu dan ayah kandung budak2 ni dah meninggal. kenapa harus budak2 ni masih lagi tinggal dengan family tiri mereka???
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kesian gan nasib anak yatim piatu ni... Selalu menjadi mangsa kekejaman org luar atau kuarga sendiri... Sape yg penah alami zaman anak yatim tau la mcm2 kene...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:14 AM | Show all posts
Sedih anak yatim piatu diperlakukan sebegitu.  Tak perlu le nak niaya sampai cam tu sekali kalau tak sanggup nak jaga pulangkan je pada keluarga asal tak pun hantar rumah kebajikan.  Sekurang2nya kebajikan mereka lebih terjaga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:26 AM | Show all posts
So... apa hukuman datuk tiri tu?
Makan tido free dlm jel 10 tahun?
Sebat x de lah kut sbb dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:26 AM | Show all posts
aduh kesiannya ... mesti idup dlm ketakutan selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh la family blah ibu dia tu bg tinggal dgn bukan mahram. X de kaitan dah kot. Last edited by Lolalala on 4-1-2014 11:36 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 11:35 AM | Show all posts
solstice posted on 4-1-2014 11:26 AM
So... apa hukuman datuk tiri tu?
Makan tido free dlm jel 10 tahun?
Sebat x de lah kut sbb dah tua

Hukuman sebat tetap dikenakan bagi kes rogol. Teringat Hadis tentang Allah benci orang tua yg berzina. Ingatkan org tua dah tak larat, tapi spesies macam ni ada rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 12:56 PM | Show all posts
kesiannya..simpati dgn nasib mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 01:09 PM | Show all posts
datuk laknat..
umor 68 dah nak mampos pun masih terpikir nak merogol..

jangan pulak nanti mahkamah bebaskan sebab si laknat ni kategori warga emas..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 01:47 PM | Show all posts
Gile aahhhh...tua gayut tu...gelap laaa masa depan budak nih
Sanggup die bertahan demi adik2 die...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.373838 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list