CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51550|Reply: 207

Jangan sampai dia lupakan saya - Isteri Dato Jins Samsudin

[Copy link]
Post time 24-1-2014 07:57 AM | Show all posts |Read mode
Jangan sampai dia lupakan saya

Ada hikmah dia sakit begini, sekurang-kurangnya dia dapat meluangkan masanya bersama keluarga."
Begitulah ayat yang terkeluar daripada mulut seorang isteri bintang filem dengan sumbangan besar kepada negara.
Hakikatnya kini, memori pelakon itu semakin lama makin dikikis dek penyakit demensia yang memakan semua kenangan silam Tan Sri Jins Samsuddin.
"Saya reda dengan ujian yang diberi Allah, cuma satu yang saya risau, jangan sampai dia lupa kedua-dua anak dan saya sebagai isterinya," luah isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah.
Itulah satu harapan isterinya. Biarlah penat sekalipun, tetapi janganlah memori itu lupus daripada ingatan bapa kepada dua orang anak, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Malah, tika ditanya adakah kemungkinan itu akan berlaku dalam masa terdekat, jelas Halijah, doktor sendiri tidak dapat memberitahu bila kerana ia terpulang kepada badannya sendiri.
Sewaktu kami berbual-bual di ruang tamu rumahnya, Jins lebih banyak termenung memerhatikan apa bibit cerita yang disembangkan.
Tiada reaksi yang diberikan saat mata penulis dihala ke mukanya. Hanya tersenyum dan sekali-sekala tersengih seolah-olah memahami apa yang diceritakan.
Mulutnya terkunci. Tetapi bila nama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) disebut ketika berborak dengan isterinya, pantas mulutnya berbicara.
Menceritakan detik-detik ketika dia masih menjalankan tugasnya sebagai pengerusi ketika di Finas. Segala anugerah dan gelaran yang diterimanya juga dicerita satu persatu.

Hanya itu reaksi yang boleh diberikan. Tiada reaksi lain selain senyum dan tertawa kecil. Dirinya kosong, apa yang bermain di fikiran Jins, hanya dirinya sahaja yang tahu.
Tambah Halijah, sambutan kehadiran Syawal yang sebelum ini meriah juga kini seakan tidak bermakna lagi. Malah, Jins sendiri tidak tahu apa itu sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Dia tidak tahu apa itu puasa, mengapa kita sambut Aidilfitri.
"Pernah sekali, ketika hari pertama Syawal, saya hulurkan tangan untuk bersalam memohon kemaafan, tetapi ditanya kembali kepada saya untuk apa berbuat demikian.

"Saya faham dan beritahu pada dia sampai dia faham. Memang kena selalu buat macam ini. Berborak dengan dia. Lagipun doktor pun ada pesan supaya sentiasa berkomunikasi dengan dia," katanya.
Jauh di sudut hati isterinya, sayu memikirkan perkara ini. Tetapi, dikuatkan juga hatinya kerana sekurang-kurangnya, insan tersayang itu sudah sentiasa ada di depan mata.
"Masa dia sihat dulu, dia sangat kuat bekerja. Jadual dia memang kalah Perdana Menteri. Diarinya penuh daripada awal tahun sampai hujung.
"Kalau dia balik pun, sekadar untuk menukar baju dan mempersiapkan diri untuk keluar semula. Malah, dia meletakkan kerjanya dahulu sebelum keluarga," jelasnya.
Ditanya tentang kesukaran untuk menjaga Jins, tiada apa yang memenatkan. Malah tambah Halijah, Jins hanya mengikut sahaja apa yang diberitahu.
"Tidak sukar jaga Jins sebab dia tidak mempunyai sifat pemarah. Lain-lain macam kebersihan diri dia masih boleh lakukan. Cuma mandi sahaja, saya akan lakukan.
"Lagipun Jins tidak mempunyai penyakit lain. Badannya sihat kecuali tangannya yang mempunyai sakit sendi. Tapi itu pun penyakit lama," katanya.
Tambah Halijah lagi, ada kalanya dia akan bawa Jins untuk berjalan-jalan supaya otaknya segar. Selain itu, aktiviti ringan seperti menyapu daun kering di halaman rumah juga kerap dilakukan supaya badannya tidak terus lemah.


JINS yang sentiasa mendapat sokongan daripada isteri dan anak-anak, Putera Hang Jebat (kiri) dan Putera Hang Nadim (kanan)

Permata bukan kaca

Mengimbas kembali jerit perih perjuangan Jins, banyak sumbangannya dalam industri mahupun kepada rakan-rakan artis yang lain.
Jelas Halijah, dia tidak kisah dengan pengorbanan yang dilakukan demi suaminya, tetapi sekurang-kurangnya kenanglah jasa Jins yang selama ini menghambakan dirinya untuk industri.
"Jauh di sudut hati, adakalanya saya sebenarnya suka bila dia sakit macam ini. Biarlah dia lupa tentang sumbangannya terhadap industri. Kalau dia sihat lagi, rasanya mesti dia sakit hati dengan apa yang diterimanya sekarang. Bagimana dirinya disisihkan kini dan tidak dipedulikan," jelasnya.
Malah, tambah Halijah, selama ini dia berjaya membawa gelaran artis sehingga naik menjadi seorang senator dan membantu industri dengan suaranya sebagai senator.
"Sekarang dia dengan dunia dia sahaja. Saya lebih suka dia begini sekarang. Biarlah saya yang sedih dengan keadaannya, tetapi jangan dia yang sedih mengenangkan kerja kerasnya selama ini seperti tidak dihargai," katanya.

Dulu, Jins terkenal dengan perwatakannya yang serius. Tetapi kini, semuanya sudah hilang. Tiada lagi imej seperti itu.
Ketika ditanya Halijah, mungkin ada kata-kata yang ingin disampaikan kepada Jins, jelasnya, tiada apa yang boleh dikatakan lagi, semuanya sudah terlambat.
"Dia sudah tidak faham apa yang diberitahu kepadanya. Sudah tiada emosi dalam diri Jins. Hanya senyum dan ketawa sahaja.
"Cuma apa yang ingin saya katakan, kepada golongan-golongan yang berkaitan, hargailah artis-artis veteran yang memerlukan bantuan. Saya tidak kisah dengan bantuan kewangan kerana Alhamdulillah, setakat ini, rezeki itu masih ada. Tetapi bagaimana dengan artis veteran yang lain.
"Artis-artis yang sudah hilang pendapatan. Sedangkan Jins yang begitu banyak sumbangan industri pun semakin dilupakan, apatah lagi artis veteran yang lain," luahnya.
Jelas Halijah, dia sedih melihat Jins yang meletakkan kerja di hadapan, tetapi kerja itulah yang akhirnya memakan dirinya sendiri.
"Doktor beritahu, punca Jins sebenarnya jadi begini adalah kerana faktor kerja yang keterlaluan. Namun, selepas dia berhenti, otaknya mula tidak keruan yang akhirnya menjadikan dia sebegini.

"Semuanya dilakukan demi membangunkan industri tetapi lihatlah sekarang bagaimana dia disisihkan. Sudah tiada apa yang boleh dilakukan, maka Jins terus dibuang.
"Mungkin bila sudah tiada lagi nanti, ketika itulah semuanya baharu nak memberi penghargaan itu dan ini. Sedangkan masa dia masih hidup, tiada orang pun yang ambil tahu pasal dirinya," jelasnya.

Begitulah rajuk seorang isteri kepada bintang yang telah menyinarkan industri seni bukan di peringkat tempatan sahaja, malah ke peringkat antarabangsa.
Bukan sumbangan yang diharapkan, tetapi sekurang-kurangnya, jenguklah insan yang memberi sumbangan besar terhadap industri ini.
Bukan sukar, sekadar telefon bertanya khabar sudah memadai. Tidak perlu panggil wartawan pun tidak mengapa.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 08:15 AM | Show all posts
bukan senang nak jaga perlu kesabaran
huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:16 AM | Show all posts
Sedihnya baca this. My heart goes to all the elderly. I kat hospital tu terasa sebak n kesian tgk org2 tua tu esp yg ada dementia. I will try jaga diorang sebaik mungkin, hoping satu hari nanti kalau ditakdirkan my parents sakit biarlah diorang dijaga dgn elok
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... Dulu pnh gi tengok teater arahn dati jins... And bergambar..hensem n baik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:23 AM | Show all posts
bertabahlah jaga seorang yang sakit puan

syukur alhamdulillah sekurang2nya  DJS masih punya keluarga yang akan menjaga dia..

nasib orang lain lebih  teruk berbading apa yang kita rasa..ini ujian buat puan

sesungguhnya hanya orang2 yang kuat akan diduga dengan ujian yang setimpal

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:24 AM | Show all posts
kasihan beliau. moga segera sembuh dgn kuasaNya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2014 08:31 AM | Show all posts
apa yang dia sakit sekarang ni betul2 berlaku kat dia .... ingat satu filem yang dia berlakun dengan Noor Kumalasari tapi tak ingat tajuk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:33 AM | Show all posts
kesian kan .. moyang aku dulu selalu berdoa supaya ingtan dia kuat,, biar meninggal dulu sebelum dia nyanyuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 08:33 AM | Show all posts
alhamdulillah... besar pahala akak jaga suami dgn baik... semoga syurga tempat akak nnt bersama sama dato Jins.... amin.

p/s: rupa anak2 dia tak leh celen kehenseman ayahnya di kala muda...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:35 AM | Show all posts



boleh tahan yang kanan tu



semoga sembuh ... demensia kan.. kesian..bersabar puan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:45 AM | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:48 AM | Show all posts
besar pengorbanan seorang isteri..
kena kuat semangat dan sokongan dari family members yg lain...
harap semoga sang isteri terus kuat dan tidak berputus asa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:53 AM | Show all posts
semoga kuat semanngat la kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:54 AM | Show all posts
amira_safia posted on 24-1-2014 08:31 AM
apa yang dia sakit sekarang ni betul2 berlaku kat dia .... ingat satu filem yang dia berlakun dengan ...

esok untuk siapa

sedih kan citer tu
dia jadik jiman


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:56 AM | Show all posts
Sebaknya smlm masa baca artikel nie
Semoga Allah swt sentiasa melindungi Tan Sri Jins sekeluarga

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih baca..
ye lah..artis veteran selalu diberi penghargaan bila dah tiada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 09:03 AM | Show all posts
Anak dia yg kanan tu boleh jadi pelakon felem
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:08 AM | Show all posts
perghhh memori luput satu persatu.... i cant imagine how sad it was..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:09 AM | Show all posts
dulu2 keluar la artikel psl putera hang jebat ni kat urtv. masa tu umurnya 3-4 tahun gitu.
comel sgt.
lepas tu siap ada fan club you..
tapi dah dewasa ni still 'comel'. susah nak jadi artis mcm apaknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:10 AM | Show all posts
sedihnya baca kisah dato', teringat tahun 2000 dato' jins ada tegur saya di majlis bersama GAPENA di Kuala Kangsar..... tinggi dan sangat kacak orangnya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.093464 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list