CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

~ CARI 2013 K-Drama & Variety Star Awards (Artikel #2186, pg 88) ~

[Copy link]
Post time 16-2-2014 01:34 AM | Show all posts
azie.dz posted on 16-2-2014 01:33 AM
babe..leh tak jgn typo masa bagi ucapan

mekasih to u too babe....

aah bila tgk balik mmg iols ratu typo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2014 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
azie.dz posted on 16-2-2014 01:29 AM
amboi sebalang dua...kemain ko hahhhaha

Haha.. alang2 nk mtk.. mtk byk trussss..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
thafly posted on 16-2-2014 01:30 AM
tgk dulu tenet kat sane cmne..maybe iols lepak jugak kejap2 nnt demi haru&the geng

Heeee okiesss... bile2 rndu dtg la jgk haru n the gang
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 01:36 AM | Show all posts
parasitology posted on 16-2-2014 01:34 AM
aah bila tgk balik mmg iols ratu typo

ekekekeeke...adehhhh...boleh edit uols

haahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 01:38 AM | Show all posts
YoonArang posted on 16-2-2014 01:35 AM
Haha.. alang2 nk mtk.. mtk byk trussss..

sempat tu huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2014 02:00 AM | Show all posts
SECRET, MASTER'S SUN DAN HEIRS MENDAPAT PENGHARGAAN TERTINGGI DI DALAM CARI 2013 K-DRAMA AWARDS
Oleh mafilee





SECRET  berjaya menambat hati forumer CARI untuk menobatkan drama ini sebagai Drama Terbaik pada tahun ini. Selain Drama Of The Year, SECRET juga memenangi Best Screenplay dan dua anugerah lakonan terbaik menerusi kedua-dua lead actor dan lead actornya. Namun, Secret kalah di tangan Master's Sun untuk Best Director.


Berakhir sudah majlis pengumuman pemenang Anugerah CARI K-DRAMA 2013 dengan melihat  penguasaan drama SECRET dalam kategori terbaik dan drama HEIRS mengungguli pemilihan kategori popular seperti yang dipilih melalui review dan undian pembaca CARI.

Pemilihan yang kritikal lagi kritis telah di jalankan sepanjang tahun 2013 sehingga awal tahun 2014 untuk memastikan keputusan anugerah CARI K-DRAMA 2013 mencapai standard pemilihan pembaca CARI yang begitu telus dalam memberikan review serta score kepada drama – drama yang mereka tonton sepanjang tahun 2013.

Anugerah  CARI K-DRAMA 2013 telah mempertandingkan 9 kategori terbaik dan 13 kategori popular. Tumpuan sudah semestinya akan diberikan kepada drama – drama yang mencapai rating tertinggi pada tahun 2013 seperti drama SECRET LOVE, MASTER SUN, I HEAR YOUR VOICE, QUEEN OF AMBITION, HEIRS dan GU FAMILY BOOK untuk merebut anugerah yang dipertandingkan. Tapi jangan diperlekehkan drama – drama yang mempunyai rating rendah tapi mendapat pujian di kalangan pembaca CARI seperti SHARK, JANG OK JUNG dan juga SUSPICIOUS HOUSEKEEPER drama – drama ini juga memberi tentang yang hebat pada undian awal percalonan.



Hwa Jum Eum menerusi Secret telah berjaya meraih Best Actress pada tahun ini mengalahkan pelakon-pelakon hebat seperti Gong Hyo Jin dan Choi Ji Woo.


Kisah pembalasan dendam yang berakhir dengan percintaan menjadi pilihan pembaca CARI untuk memahkotakan SECRET sebagai drama terbaik pada tahun ini. Kerana kemantapan lakonan daripada dua teraju utamanya telah memberikan anugerah pelakon lelaki terbaik buat Ji Sung dan pelakon Wanita terbaik buat Hwang Jung Eum. Tahniah juga di ucapkan kepada Yoo Bo Ra dan Choi Ho Chul kerana telah menghasilkan screenplay terbaik sehingga melayakkan mereka berdua memenangi best screen play pada anugerah kali ini.

Walaupun tidak memenangi drama terbaik tetapi teknik pengarahan yang mantap lagi dinamik telah melayakkan pengarah Jin Hyuk untuk memenangi pengarah terbaik pada tahun ini melalui drama Master Sun. Kredibiliti pengarahan Jin Hyuk yang konsisten dan kreatif telah ditunjukkan dalam perjalanan drama yang bertemakan komedi seram ini. Skor muzik terbaik juga telah di berikan kepada drama Master Sun di mana lagu – lagu yang di hasilkan sangat menepati jalan cerita dan melodinya yang bersesuaian dengan suasana penceritaan memberikan kelebihan besar kepada Master Sun untuk memenangi anugerah ini. Lagu berhantu seperti dramanya juga Yoon Mirae – Touch Love telah memenangi Lagu OST terbaik dengan mengungguli carta – carta GAON dan Billboard kemenangan lagu ini memang tak dapat disangkal lagi.


Persaingan sengit antara Bae So Bin dan Lee Sung Jae sangat menarik perhatian forumer CARI untuk mengetahui pemenang bagi kategori ini. Tetapi, tampaknya,Lee Sung Jae berjaya menumpaskan rakan-rakannya untuk dinobatkan sebagai Best Supporting Actor.


Lee Sung Jae nama yang begitu asing pada anugerah CARI 2013 telah menewaskan nama – nama besar yang popular di kalangan pembaca CARI dengan lakonan beliau yang bersahaja sebagai lelaki yang kejam dan begitu dahagakan belaian wanita sehingga mendapat gelaran Abang Jo dan telah mencuri perhatian pembaca CARI untuk memilih beliau sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonan beliau di dalam drama Gu Family Book. Pujian harus di berikan kepada Kim Sung Ryung kerana telah berjaya memenangi pelakon pembantu wanita terbaik untuk drama Heirs. Lakonan beliau sebagai Ibu yang terdesak dan terlalu menyayangi anaknya telah mengusik hati pembaca CARI dan telah memilih beliau sebagai pemenangnya.

Dua drama yang berating tinggi pada tahun 2013 iaitu Master Sun dan Heirs telah dipilih sebagai pemenang bersama untuk anugerah Drama Paling popular pada tahun 2013. Walaupun genre komedi seram yang diterapkan di dalam jalan penceritaan Master Sun mungkin menakutkan sesetengah penonton tetapi ia tidak memberi halangan kepada Master Sun untuk meraih anugerah Drama paling popular tahun ini bersama Heirs dan penglibatan nama – nama besar idol di dalam drama Heirs banyak membantu kepopularan drama Heirs untuk meraih undian tertinggi daripada pembaca CARI.

Kerana kekacakan Lee Min Ho yang diakui oleh kebanyakan forumer CARI di sini dalam drama Heirs telah menempatkan beliau sebagai pelakon lelaki paling popular terbitan pilihan pembaca CARI untuk tahun 2013.  Keserasian  pasangan romantik di antara Park Shi Hye dan Lee Min Ho di dalam drama Heirs telah menobatkan mereka berdua sebagai Couple Of the Year dan sekali gus pasangan ini juga berjaya merangkul Best Kissing Scene dengan adengan ciuman paksaan daripada Kim Tan kepada Eunsang untuk menguji cinta Eunsang telah menjadi best kissing scene yang paling thrill dan menyentuh perasaan pembaca Cari.



Kim Mi Kyung yang membawa watak ibu kepada Park Shin Hye dalam Heirs berjaya melayakkan dirinya untuk meraih Popular Ahjumma mengalahkan pesaing terdekat, pemenang Best Supporting Actress, Kim Sung Ryung bagi menerusi drama yang sama.


Walaupun usia makin meningkat tetapi kehebatan pelakon – pelakon veteran korea drama antara yang mencuri tumpuan sehinggakan anugerah paling popular untuk ahjumma dan ahjussi telah dimasukkan sekali untuk anugerah CARI pada tahun ini. Lakonan sebagai bapa yang open mind dan banyak memberi kebebasan kepada anaknya untuk membuat keputusan di dalam drama Heirs telah memberikan kelebihan kepada  Choi Won Young untuk memenangi anugerah ajusshi yang paling popular tahun 2013 ini. Lakonan daripada sudut sisi yang berlainan Kim Mi Kyung melalui Master's Sun, Heirs dan The Fugitive Of Joseon telah memberikan impak dan kesan yang mendalam kepada pembaca CARi untuk memilih makcik ini sebagai ahjumma paling popular pada tahun ini. Karakter serius , gila – gila dan penyayang seperti sudah menjadi makanan ruji kepada pelakon ini.

Kehebatan drama Heirs tidak terhenti kepada teraju utama dan dramanya sahaja tetapi kemunculan pelakon – pelakon baru melalui drama tersebut telah menobatkan Krystal Jung dan Kang Min Hyuk sebagai popular rookie actor dan actress dalam kategori masing – masing. Karakter Krystal sebagai Lee Bo Na yang manja dan karakter  Kang Min Hyuk sebagai Chan Young kawan baik kepada Eun Sang dan juga teman lelaki yang penyayang kepada Bo Na telah menawan hati pembaca CARI untuk memilih mereka berdua memenangi anugerah ini.




Drama Heirs bukan sahaja mendapat pencalonan terbanyak CARI 2013 K-Drama Awards iaitu 18 pencalonan, malah meraih 9 kemenangan menerusi kategori popular termasuk Best Kissing Scene dan Popular Actor.

Kecil – kecil anak harimau jangan disangka tiada taringnya. Pada tahun ini juga anugerah popular Cari mengadakan dua anugerah khas untuk pelakon cilik yang berbakat yang telah di pilih dan di undi oleh pembaca CARi dan pemenangnya untuk kategori lelaki adalah Park Ji Bin melalui dua pencalonan  drama Incarnation Of Money dan Suspicious Housekeeper dan untuk perempuan dimenangi oleh Kang Ji Woo melaui drama Suspicious Housekeeper. Kedua – duan pelakon ini bergandingan sebagai adik beradik yang telah kehilangan kasih sayang ibunya kerana masalah kecurangan yang di lakukan oleh bapa mereka. Mereka telah menunjukkan emosi dan lakonan yang stabil walaupun umur mereka masih muda belia dan telah mengagumkan para penonton dengan kehebatan lakonan mereka.

Gaya lakonan yang bersahaja sebagai gadis yang boleh melihat hantu dan juga pelbagai ekspresi wajah telah di berikan oleh Gong Hyo Jin melalui drama Master Sun telah menarik hati pembaca Cari untuk mengundi beliau sebagai Pelakon wanita popular  anugerah CARI K-DRAMA 2013. Walaupun tidak datang dengan pakej wanita cantik yang hot tetapi beliau mempunyai tarikkan yang tersendiri untuk membawa penonton bersama – sama dalam penghayatan beliau dalam membawakan watak Taeyang yang sengsara tapi tetap tabah berjuang untuk menghargai peluang kedua yang di berikan kepadanya untuk terus hidup di dunia ini dan membantu hantu – hantu yang lain menyampaikan mesej kematian mereka. Kerana itu juga la pembaca CARI telah memilih moment Taeyang yang dirasuk hantu pelbagai sebagai Best Memorable Scene pada tahun 2013 ini.

Demam Heirs masih terus melanda dengan pembaca CARI telah memilih poster drama ini memenangi Drama Poster’s Choices untuk anugerah CARI K-DRAMA 2013. Dengan menonjolkan barisan pelakon yang bakal membintangi Heirs, poster drama ini menghantar gambaran yang jelas  siapakah para pelakon yang akan membintangi drama ini.

Jika dibandingkan anugerah CARI K-DRAMA 2013 dan CARI K-DRAMA 2012 kita  lihat ada banyak anugerah baru yang di pertandingkan dan juga muka – muka baru yang di beri peluang untuk memenangi anugerah pada tahun ini..Tidak seperti anugerah tahun lepas kategori popular dan terbaik di dominasi oleh pelakon lelaki dan pelakon perempuan yang sama iaitu Song Joong Ki dan Moon Chae Won tetapi pada tahun ini kita dapat lihat pelbagai variasi pilihan pemenang untuk kategori popular dan terbaik. Untuk tahun ini, kedua-dua aktor dan aktress tidak memenangi kedua-dua popular dan terbaik. Tiada pelakon yang menang pada tahun lepas dapat mempertahankan kategori yang dimenangi. Walaupun Moon Chae Won tercalon untuk anugerah pelakon popular wanita pada 2013 tetapi tampaknya ia telah dipintas oleh Gong Hyo Jin manakala  lakonan mantap Hwan Jung Eum melalui drama Secret Love telah berjaya merebut anugerah ini daripada jatuh ke tangan Gong Hyo Jin. Begitu juga, Ji Sung yang memenangi Best Actor kalah di tangan Lee Min Ho untuk anugerah Popular Actor.

Kesimpulannya, drama SECRET LOVE membuktikan kehebatan mereka dengan menggondol 4 anugerah terbaik dengan kemenangan dramatik dua teraju utama mereka dalam pelakon terbaik. Manakala drama HEIRS menyapu hampir keseluruhan anugerah popular dengan membolot 9 anugerah daripada 13 anugerah yang dipertandingkan. Kedasatan pengaruh Hallyu Wave Lee Min Ho dan Park Shin Hye menjadi antara penyumbang terbesar kepada kemenangan drama kesukaan ramai ini.


Nukilan: @mafilee
Editor: dauswq

SUMBER:klik sini

KEPUTUSAN RASMI TOP 5 ANUGERAH CARI K-DRAMA 2013.

KATEGORI TERBAIK:

Drama of The Year

Secret Love

Best Director

Jin Hyuk (Master's Sun)

Best Screenplay
Yoo Bo Ra, Choi Ho Chul (Secret)               

Best Album Production
Master Sun

Best Actor
Ji sung (Secret Love)      

Best Actress
Hwang jung eum (Secret Love)  

Best Supporting Actor
Lee Sung Jae (Gu Family Book )

Best Supporting Actress

Kim Sung Ryung  (Heirs)   

Song Of The Year

Master Sun    - Touch Love    (Yoon Mi Rae)

KATEGORI POPULAR:

CARI K-drama Popular’s Choice
Heirs   
Master's Sun

Popular Actor
Lee Min Ho  - Heirs   

Popular Actress
Gong Hyo Jin - Master's Sun         

Best Memorable Scene
Master Sun, Epi 4/16: Taeyang dirasuk hantu pelbagai

Couple of The Year
Lee Min Ho-Park Shin Hye (Heirs )        

Popular Ahjussi
Choi Won Young - Heirs   

Popular Ahjumma
Kim Mi Kyung - Master's Sun/Heirs/The Fugitive Of Joseon   

Popular Rookie Actor

Kang Min Hyuk  - Heirs     

Popular Rookie Actress
Krystal Jung - Heirs   

Popular Child Actor

Park Ji Bin - Incarnation Of Money/Suspicious Housekeeper   

Popular Child Actress
Kang Ji Woo - Suspicious Housekeeper   

Best Kissing Scene
Heirs    Lee Min Ho-Park Shin Hye      Epi 16: Passport Eun Sang dirampas Kim Tan sebelum Eunsang dicium oleh Kim Tan di dalam stor        

Drama Poster’s Choices

The Heirs   

SUMMARY:

Secret (4+0)- drama of the year, screenplay, best actor, best actress
Master's Sun (3+3)- best director, song of the year, best album production
Heirs (1+9) - best supporting actress, 9 anugerah popular
Gu Family Book (1+0) - best supporting actor
Suspicious Housekeeper (0+2) - 2 anugerah popular

Last edited by dauswq on 16-2-2014 02:28 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-2-2014 02:36 AM | Show all posts
YoonArang posted on 16-2-2014 01:24 AM
thniah and tenkiu buat semua penganjur2 n ajk2

sama-sama yoonarang
harap2 terhibur

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 07:01 AM | Show all posts
tahniah buat semua pemenang.
tahniah kpd voters jgk yg gigih masuk mengundi..
hepi sket taun ni ada la jgk yg ak vote tu menang..

kpd momod dan ajk bertugas...
tahniah krn menganjurkan award ini ngan jayanya..
jumpa uols lagik kt award akn dtg..
nk make sure alien menang nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2014 09:09 AM | Show all posts
alamakkk....dah abis???

smlm terlolap kt kerusi.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 09:19 AM | Show all posts
tahniah buat semua pemenang
sedih di hati tuna tak dapat join K Drama awards semalam
cuaca panas melampau tuna diserang migrain yg kuat sampai muntah2
InsyaAllah dipanjangkan jodoh, tuna nak join lagi kemeriahan anugerah utk tahun 2014 pula
seronok dapat berkenalan dgn uols
thanks a lot to momods & ajk bertugas yg tak jemu jemu memberikan hasil kerja terbaik mereka

luv u olssss
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 09:29 AM | Show all posts
nicrye posted on 16-2-2014 07:01 AM
tahniah buat semua pemenang.
tahniah kpd voters jgk yg gigih masuk mengundi..
hepi sket taun ni a ...

thanks for joining beb...thanks support weols...

thanks n many thanks...

terus kan support benang kdrama and terus support tuk anugerah 2014 nanti yer
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 09:30 AM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 16-2-2014 09:19 AM
tahniah buat semua pemenang
sedih di hati tuna tak dapat join K Drama awards semalam
cu ...

thanks tuna for being here masa anugerah variety...

thanks jugak sbb support benang kdrama...n support weols nya game tuk anugerah 2013..

terus kan support benang kdrama n anugerah akan datang yer



Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 09:41 AM | Show all posts
azie.dz posted on 16-2-2014 09:29 AM
thanks for joining beb...thanks support weols...

thanks n many thanks...

nah munge tuk uols jua.
arap next award fans kdrama bleh nilai
dr segi kualiti lebih dr populariti

sj nk bako...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 09:58 AM | Show all posts
nicrye posted on 16-2-2014 09:41 AM
nah munge tuk uols jua.
arap next award fans kdrama bleh nilai
dr segi kualiti lebih dr ...
thanks for the munga yer..

bako jgn tak bako uols..

popular kena gak ada...tp uols reramai kena pakaty2 vote la..



Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 09:08 PM | Show all posts
dah abis dah award...

xde ka award utk SR paling setia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2014 09:17 PM | Show all posts
airwickss posted on 16-2-2014 09:08 PM
dah abis dah award...

xde ka award utk SR paling setia....

SR rmi sgt malam td...
gigih korg muncul tang lucky number, reply komen jarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2014 09:25 PM | Show all posts
dauswq posted on 16-2-2014 09:17 PM
SR rmi sgt malam td...
gigih korg muncul tang lucky number, reply komen jarang
...

ini membuktikan kami memang SR setia....
nak join kelajuan lappy tak mengizinkan....
lagipun byk drama x tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 10:19 PM | Show all posts
TAHNIAH WAT PARA PEMENANG..
MAAF YA XDPT NAK JOIN K-DRAMA NIAT NAK JOIN TP TENET SLOW MCM SIPUT SEMPUT
SEDIH SGT XDPT JOIN....TGK2 DH TERLEPAS NK JOIN..
HEHARAP LEH JOIN NEXT TIME...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
parasitology posted on 13-2-2014 02:21 AM
Rookie New Star Award - tiada pemenang
Soalan Bonus - tiada pemenang


ala ala pertandingan sengit antara ichi ngan honey jelly gittew ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
motip uols nak award sr paling tegar ekekekeek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 1.097040 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list