CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[SBS] It's Okay It's Love [CARI 2014 K Drama Awards: Best Actor - Jo In Sung]

[Copy link]
Post time 15-9-2014 03:06 PM | Show all posts
kat malaysia tkde ke hospital mcm dalam citer ni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 06:54 PM | Show all posts
sebab layan drama ni dari sabtu ke ahad sampai habis terus.
hari ni auto rasa macam nampak kelibat je
silap2 aku yang gila nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 10:17 AM | Show all posts
Cerita ni best. Jalan cerita yang tak remaja sangat and tak tua sangat. Pemilihan pelakon pun bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 05:49 PM | Show all posts
dauswq posted on 12-9-2014 05:04 PM
@mafilee
tak de komen ker psl citer ni? senyap jek

hahahaha...aku tgk pun tak ...nnt2 la bila aku free aku tgk laaaa...

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 01:16 PM | Show all posts
1.        Cerita  (9.5/10)

Sinopsis cerita

Citer ini mengisahkan  watak Jang Jae-yeol adalah seorang penulis  (novel misteri) dan DJ radio.  Perwatakan JJY digambarkan sebagai seorang yang ‘playful’ dan agak sombong, beliau juga mengalami obsessive–compulsive disorder (OCD).
Ji Hae-soo  pula ialah seorang pakar psikiatri.  Perwatakan JHS digambarkan sebagai seorang yang bercita - cita tinggi dan mengambil berat  terhadap pesakit-pesakitnya, Hae-soo mempunyai sikap yang negatif terhadap kasih sayang dan hubungan dalam kehidupan peribadinya.
Setelah Jae-yeol dan Hae-soo bertemu, terdapat banyak perdebatan di antara mereka yang disebabkan oleh personaliti  dan keengganan untuk tunduk kepada satu sama lain. Tetapi perlahan-lahan pertelingkahan mereka bertukar menjadi cinta dan mereka mula belajar untuk mencipta keserasian.  Sepanjang tempoh perhubungan ,Jae-yeol dan Hae-soo cuba untuk menyembuhkan luka mendalam antara satu sama lain, tetapi hubungan mereka masih baru menerima tamparan apabila mereka mengetahui bahawa isu-isu kesihatan mental Jae-yeol adalah lebih serius daripada apa yang di jangkakan.

Komen
Saya amat menyukai plot cite ini. Citer yang berat tapi dipersembahkan dalam keadaan santai dan lancar. Sentiasa tertunggu- tunggu untuk lihat setiap episode. Tak banyak komen nak buat…..sbb citer nie perfect sangat .....Cuma agak terganggu bila banyak sangat scene kissu yang adakalanya macam tak perlu ada pun.

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

1.       Gong Hyo Jin ( Ji Hae Soo) – Best Actress

Wow!  tak sangka betul GHJ pandai berlakon.  Baru pertama kali tengok lakonan GHJ, walaupun hakikatnya dia nie banyak berlakon citer2 yang ‘hits’. Saya suka dengan bahasa badan dan memek muka watak JHS. Sangat detail. Macam mana nak cakap ye…..GHJ ‘kurang cantik’ secara fizikalnya, tapi watak JHS menjadikan dia ‘cantik’ sangat2. Banyak scene2  yang menarik datangnya dari watak JHS.

2.       Jo In Sung  ( Jang Jae Yeol) – Best Actor

Pada permulaan ep, saya mempunyai masalah dengan lakonan JIS. Aura ‘ lelaki hensem’ melebihi aura ‘pelakon berbakat’. Mungkin itu kehendak skrip, tapi aura ‘lelaki hensem’ melebihi segala2nya. Watak JJY mula jadi menarik & best bila dia start tau yang dia sebenarnya sakit. Scene di hospital amat menyentuh perasaan.

3.       Sung Dong II ( Jo Dong Min) & Lee Kwang Soo (Park Soo Kwang)

Watak mereka nie simple aje tapi menarik. Penghubung diantara watak2 penting dan orang2 disekeliling mereka. Lakonan biasa2 aje, jadi tak tercalon untuk Best Supporting Actor.
Kwang Soo masih gagal untuk ‘buang’ karektor Lee Kwang Soo (RM). Cuma ada satu scene dari watak PSK yang bleh buat saya terlupa dengan LKS, scene bila dia pergi ke rumah JJY selepas PSK tau yang JJY sakit mental.

4.       Yang Ik Joon (Jae Bum) –  Best Supporting Actor

Watak  yang keliru. Perkembangan watak JB sangat menarik. Dari seorang yang pendendam kepada seorang bertimbang rasa. Dalam sifat pendendamnya masih terlihat sifat penyayang, mengambil berat & sifat2 yang baik. Susah nak benci pada watak JB walaupun dia jahat.
      
5.       Cha Hwa Yun (Jae Yul Mother)- Best Supporting Actress

Suka juga dengan watak mak Jae Yul nie. Walaupun scene tak banyak, tapi lakonan dia mendapat perhatian dari saya. Emosi yang ditunjukkan best sgt.Scene yang paling menarik masa dia explain kat JB apa yang dia & JJY alami masa JB & JJY kecik2 dulu (scene mandikan JB)

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9/10)

    Cerita bergerak dengan pantas, lancar dan teratur.  Skrip yang hebat, keserasian pelakon2 yang setara dan , sinematografi yang cantik dan OST yang ceria dan bersesuaian.

Kekurangan - Macam menggalakkan hubungan intim BF & GF sebelum kawen & banyak sangat scene kissu yang kadang2 xperlu.

Chemistry antara JIS & GHJ -


4. Skor muzik (3.5/5)

Susah plak OST lagu nie nak melekat kat kepala. Mungkin sebab saya terlalu fokus dengan jalan citer yang mabeless. Satu – satunya  lagu yang saya ingat :
1.       Best Luck – Chen (EXO –M)

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)

    Antara drama yang  akan saya tonton bila nak lihat sesuatu yang santai.  Suka sekali dengan plot citer yang lari dari kebiasaan dan daebak.

  Momod nak tacang  @dauswq @nzhass79 @eddlisa_uyuk  
Last edited by hans78 on 1-10-2014 01:19 PM

Comments

TOTAL =9.5+9.0+9+3.5+4.5 = 35.5/40 *10 =8.88 Terima Kasih atas review Nomination: Gong Hyo Jin, Jo In Sung , Yang Ik Joon, Cha Hwa Yun   Post time 23-10-2014 08:31 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 10:17 PM | Show all posts
kwang soo menang award Male Excellence utk watak soo kwang dia nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2014 09:43 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 1-10-2014 10:17 PM
kwang soo menang award Male Excellence utk watak soo kwang dia nih

ha ah.. kite pun mcm terbaca psl ni smlm... nk tepek artikel kt sni la.. hehee

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 09:56 AM | Show all posts
The 2014 Korea Drama Awards recognized the best actors and actresses in the industry today, October 1, at the awarding ceremony held at Gyeongnam Culture and Art Center.

As expected, the popular SBS drama series “My Love From the Star” took the Best Drama award for this year and its lead actor, Kim Soo Hyun, was awarded the Grand Prize for his performance in the drama.

Kim Soo Hyun’s eyes welled up with tears while he made his acceptance speech.”To the ‘My Love from the Stars’ producers and (co-actors) Jun Ji Hyun, Kim Chang Wan, Shin Sung Rok, Ahn Jae Hyun. To the (other) actor colleagues and staff. To (my) family, thank you very much. I will do my best to confidently be in this position,” said Kim Soo Hyun.

Aside from the Grand Prize, Kim Soo Hyun also received the Hallyu Hot Star award, taking home two awards.

Ahn Jae Hyun and Shin Sung Rok, who played supporting roles in “My Love from th Star,” also received awards for their performance in the drama. Ahn Jae Hyun took home the Best New Actor award alongside Seo Kang Joon while Shin Sung Rok received the Hot Star award. A total of five trophies were received by “My Love from the Star,” confirming its position as the best drama of the year.

The actors of tvN’s “Reply 1994” were also recognized for their work in the drama especially that their director, PD Shim Won Ho, took the award for the Best Director. Dohee also received the Best New Female award and together with Kim Sung Kyun, she took the Best Couple Award.

Singer-actor Kim Jaejoong has been recognized for his acting in “Triangle” as he received the Top Excellence Award, Actor category while “Jang Bori is Here!” actress Oh Yeon Seo was awarded the Top Excellence Award, Actress category.

The Excellence Award, Actor category went to Lee Kwang Soo of “It’s Okay, It’s Love” while Kang So Ra of Doctor Stranger received the Excellence Award, Actress category.

See the rest of the awards here:

Grand Prize: Kim Soo Hyun (My Love from the Star, SBS)
Best Drama: My Love from the Star, SBS
Best Screenwriter: Jung Hyun Min (Jeong Do Jeon, KBS 1TV)
Best Director: Shin Won Ho (Reply 1994, tvN)
Top Excellence Award, Actor: Kim Jaejoong (Triangle, MBC)
Top Excellence Award, Actress: Oh Yeon Seo (Jang Bori is Here!, MBC)
Excellence Award, Actor: Lee Kwang Soo (It’s Okay, It’s Love, SBS)
Excellence Award, Actress: Kang So Ra (Doctor Stranger, SBS)
Best New Male Actor: Ahn Jae Hyun (My Love from the Star, SBS), Seo Kang Joon (Cunning Single Lady, MBC)
Best New Female Actor: Dohee (Reply 1994, tvN)
Best Couple: Kim Sung Kyun and Dohee (Reply 1994, tvN)
Best Child Actor: Kim Ji Young (Jang Bori is Here!, MBC)
Best Drama OST: Ailee, “Good Bye My Love” (Fated to Love You, MBC)
Hot Star: Shin Sung Rok (My Love from the Star, SBS)
Hallyu Hot Star: Kim Soo Hyun (My Love from the Star, SBS)
Global Actor: Otani Ryohei (Joseon Gunman, KBS 2TV)

Congratulations to all the winners!




crdt to soompi n tumblr giraffe the betrayal..


thniah kwang soo oppa.. nah kissshhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2014 09:59 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 1-10-2014 10:17 PM
kwang soo menang award Male Excellence utk watak soo kwang dia nih

Tahniah lerr .....
tapi ntah ler....mungkin iols sorang aje kot yg rasa dlm citer tu KS bukannya SK ......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2014 01:21 AM | Show all posts
hans78 posted on 1-10-2014 01:16 PM
1.        Cerita  (9.5/10)

Sinopsis cerita

beb, nnt aku bg kredit..
tak sanggup nk baca dulu
sbb takut spoiler..skrg baru berpeluang utk tonton drama ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 07:40 PM | Show all posts
dauswq posted on 4-10-2014 01:21 AM
beb, nnt aku bg kredit..
tak sanggup nk baca dulu
sbb takut spoiler..skrg baru berpeluang utk to ...

Wokey....alrite....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:02 AM | Show all posts
cite ni mmg takkan kuar kt One HD 393 ker???
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 10:59 PM | Show all posts
baru abis tengok citer nie...daebakkk..hahah..sorry ter up thread lama...

full packge la citer nie....klakar...sedih...loveydovey...psiko....

semua dalam citer nie best2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:03 PM | Show all posts
dah siap buat Review Submission

@dauswq @eddlisa_uyuk  @nzhass79

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2014 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 07:17 PM | Show all posts
@dauswq

tenkiusssss... jenuh cari tak jumpa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2014 10:12 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 12-11-2014 07:17 PM
@dauswq

tenkiusssss... jenuh cari tak jumpa

tuna nak antar review drama ni jgk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 10:22 PM | Show all posts
dauswq posted on 12-11-2014 10:12 PM
tuna nak antar review drama ni jgk ke?

sudah tentu nak anta review... tapi bukan arini
tengah menaip
kalau tgh mlm nanti idea sudah mari leh terus pos kat sini
iols suka guna kaedah pos di sini
hihihihi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2014 10:48 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 12-11-2014 10:22 PM
sudah tentu nak anta review... tapi bukan arini
tengah menaip
kalau tgh mlm nanti idea sudah mar ...

ok take your time
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 11:38 PM | Show all posts
@dauswq iols dah review.. tenkiusss


Rating Keseluruhan Drama: 9 + 9 + 6.5 + 4 + 4 = (8.125/10)

1. Cerita  (9 /10)
   
  •      Drama ini tampak ringkas dan ringan namun sebenarnya ia sebuah naskhah yang agak berat dan memerlukan konsentrasi untuk memahami apa yang ingin di sampaikan. Dengan persembahan jalan cerita serta pelakon yang menyampaikannya, drama ini berjaya mengikat saya  untuk meneruskan mengikuti sehingga episod akhir. Sebuah karya agak berat yang berjaya memudahkan saya  untuk memahami terma-terma dan situasi medikal dengan baik.
  •        Ji Hae Soo: Seorang doktor psikiatri yang turut mempunyai masalah tersendiri. Masih dalam peringkat memulakan karier dan sangat mementingkan pesakit serta pelatih psikiatri yang berada di bawah seliaannya.
  •       Jang Jae Yeol: Seorang penulis novel serta DJ radio terkenal. Wataknya sangat bersahaja melindungi derita yang pernah dilalui semasa kecil. Mempunyai seorang abang yang dituduh membunuh dan dipenjarakan.
  •        Dr Jo & Soo Kwang: Dr Joseorang pakar psikiatri yang telahpun mempunyai klinik sendiri dan sangat mengambil berat dengan ahli rumah yang tinggal bersamanya terutama Soo Kwang. SK mempunyai masalah psikiatri dan sedang cuba mengatasinya melalui rawatan bersama Dr Jo.
  •        Han Kang Woo: Watak rakan imaginasi JJY yang sangat merimaskan. Asyik nak menempel je.


2.Keberkesanan Lakonan (9/10)


Menariknya drama ini diisi dengan para pelakon yang sangat mantap. Selain Hero dan heroin, pelakon sampingan terutamanya Jang Jae Bom (abang Jae Yeol), Han Kang Woo (rakan imaginasi JJY), pembantu peribadi JJY dan emak JJY. Hampir ke semua watak yang ditampilkan memberikan persembahan yang menarik dan tersendiri. Watak-watak tersebut tidak terlindung/overshadow daripada kehebatan Hero dan Heroin cerita ini. Sekecil-kecil watak seperti para pesakit dan pelatih di hospital turut memberikan impak kuat untuk cerita ini.


Saya teruja untukmengikuti drama ini pada mulanya hanya kerana Lee Kwang Soo serta Sung Dong Il. Meskipun Gong Hyo Jin seorang aktres hebat, entah mengapa saya kurang berminat dengan dia. Namun begitu, saya tetap memberikan tabik hormat buat GHJ kerana kekal berjaya membawakan watak sebagai seorang psikiatris yang turut mempunyai masalah psikologi.


Gong Hyo Jin (Ji Hae Soo): PencalonanPelakon Wanita Terbaik
  •   GHJ sememangnya sangat berbakat. Berikan apa saja watak, dia berjayamemberikan persembahan yang hebat. Kerunsingannya terhadap JJY serta pesakitlain dapat dirasai. Kasih sayangnya terhadap ayah yang lumpuh/strok  turut membuat hati terharu. GHJ tidak perlumenonjolkan air mata untuk sesebuah scene, tetapi kebersahajaannya berjayamembawa saya menyelami sikap seorang doktor yang penuh dengan kasih sayangmeskipun hati dirundung kekecewaan dek bencikan sikap ibu sendiri menjalinhubungan dengan orang lain.



Jang Jae Yeol (Jo InSung): Pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik
  • Saya jarang mengikuti cerita yang dilakonkan oleh JIS. Iniadalah pertama kali melihat lakonan beliau secara penuh dan saya kurang bias berbanding terhadap SDI dan LKS. Lakonan yang sangat bersahaja. Meskipun pada episod pertama dia berjaya menyorokkan identiti Han Kang Woo sebagai rakan imaginasi, namun saya berjaya mengenalpasti bahawa watak HKW tidak wujud dalam realiti. Agak sukar sebenarnya untuk mempamerkan watak yang derita di dalam dan positif di luar. Itulah yang berjaya diberikan oleh JJY. Agak sukar menerima kenyataan pertama kali mengetahui JJY sebenarnya ada masalah kerana kasih sayang yang ditonjolkan terhadap JHS sangat dalam. In real life, kalau saya jadi JHS pun, saya sebolehnya ingin menolak realiti/tidak mahu percaya tentang penyakit JJY.


Sung Dong Il (Dr Jo):
  • Saya mengikuti cerita ini kerana Sung Dong Il dan Lee Kwang Soo. Sebelum ini banyak melihat SDI melakonkan watak yang agak serius dan membosankan terutama dalam cerita2 saeguk. Saya tidak berminat menonton wataknya di dalam Reply 1994 meskipun ia sebuah watak yang agak ringan. Namun di dalam drama ini, SDI berjaya membawa saya bersama menghayati watak yangbeliau sampaikan.


Park Soo Kwang (Lee KwangSoo): Pencalonan Pelakon Pembantu Terbaik
  •       Penampilan LKS banyak dikaburi dengan watak bodoh alang serta sikap traitornya di dalam Running Man. Di dalam beberapa drama lain, watak yang dibawa  juga tidak berjaya menonjolkan keupayaan LKS. Namun penglibatannya di dalam drama ini agak berjaya menyuntik kelainan meskipun saya masih tetap bias dengan wataknya di dalam RM. Tahniah kerana LKS boleh membuat saya turut terikut-ikut gelagatnya ketika diserang Tourette Syndrome.


Han Kang Woo (Do KyungSoo): Pencalonan Pelakon Rookie Terbaik (boleh ke? Sbb dalam drama laindia jadi cameo je... kalau tak boleh takper la)
  •       Watak HKW pada episod pertama sangat meyakinkan seolah-olah dia sebenarnya wujud.
  •       Saya suka dengan watak beliau dalam cerita ini. Meskipun saya sudah tahu bahawa dia sebenarnya tak wujud, tetapi kebersahajaan DKS tetap membuat hati saya ingin tahu siapakah dia ini yang sebenarnya.

Sebenarnya banyak lagi watak nak tulis. Tapi nanti jadi panjang sangat. Saya tetap suka dengan emak JJY (watak dono je.... geram nak tau kenapa dia lebih sayangkan JJY berbanding JJB), ayah JHS (respek la bawa watak senget tu.... banyak kali saya belek nak pastikan betul ke dia memang OKU atau sebenarnya berlakon saja), Jae Bum (abang JJY... geram sangat dia sanggup dera adik dia...), emak JHS (geram sangat kenapa dia bercinta dengan ahjussi... tapi bila dapat tahu sebabnya, saya sedih)


3. Aspek teknikal (Lakonlayar, teknik pengarahan, sinematografi)  (6.5/10)

  •      Teknik pengarahan yang simple dan direct to the point.
  •       Sinematografi yang cantik terutama scene pantai di Jepun.
  •        Terdapat terlalu banyak watak di dalam cerita ini, tetapi ia berjaya dikaitkan dengan kemas bagi setiap scene. Jadi ia tidak nampak seperti sebuah episod yang berlainan setiap kali menonton cerita ini. Daebak!!!!
  •      Terlalu banyak kiss scene yang tidak memberikan impak kepada jalan cerita. Cerita ini tidak perlu menonjolkan terlalu banyak kiss scene yang tidak bermanfaat kerana jalan ceritanya sendiri sudah kuat. Selain itu, ia turut memberikan kesan negatif kepada penonton kerana para professional terutama doktor ditonjolkan sebagai watak yang suka bertukar pasangan seks.
  •        Mungkin bagi masyarakat barat, ia bukan sesuatu yang pelik. Namun, ini adalah pandangan saya secara peribadi.

4. Skor muzik (4/5)

  •       Background music yang sangat menarik dan catchy. Sangat sesuai dengan setiap scene yang ingin disampaikan.
  •        Namun begitu, agak sukar untuk mengingati lagu-lagu tersebut dan tidak dapat menarik pendengaran untuk terus mencari dan menyanyikan bersama.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)


  •        Ya! Saya pasti akan menonton semula. Rindukan watak Dr Jo yang sangat bising dan prihatin terhadap mereka yang berada di sekelilingnya.


Last edited by tuna_sandwic on 12-11-2014 11:44 PM

Comments

TOTAL =9 + 9 + 6.5 + 4 + 4 = 8.125 Terima Kasih atas review Nomination: Gong Hyo Jin, Jo In Sung , Lee KwangSoo   Post time 12-11-2014 11:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.710364 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list