CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myvios

Giliran Rozita Che Wan Belanja Gambar Romantis Dengan Suami. Trend Masa Kini?

[Copy link]
Post time 7-5-2014 07:18 PM | Show all posts
xmalu ke post gamba camni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 07:20 PM | Show all posts
xde ke gmbr baby bump che ta??
teringin nk tgk.mesti gojes die bergaya pki bj ngndung
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira posted on 5-5-2014 09:37 PM
Kannnnnnnnnn
X pe la hubies dia suke

Gimik tuk program astro katenyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
abadi84 posted on 7-5-2014 08:23 PM
Gimik tuk program astro katenyerrr

Gimik pn gimik la
X yah la ober sgt........
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa betul hidung cikta..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 08:59 AM | Show all posts

Isu Tayang Foto Tak Berbaju Atas Katil : Zain Tak Peduli Kontroversi

Sumber: Malaysian Digest

.

Dua hari lalu pasangan selebriti sensasi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan (Che Ta) memuat naik sekeping foto romantis mereka di Instagram masing-masing. Apa yang menjadi bualan hangat ramai adalah kerana foto berkenaan memperlihatkan mereka sedang berbaring di atas katil dan Zain dalam keadaan tidak berbaju.

Mengulas mengenai isu tersebut, Zain berkata dia tidak ambil pusing mengenai kritikan sesetengah pihak yang berpendapat, aksi tersebut adalah terlalu peribadi dan tidak sepatutnya menjadi tatapan umum.

"Apa-apa gambar kami tak kisahlah sama ada saya atau isteri saya yang muat naik di laman instagram, tetap akan jadi kontroversi, tetap akan jadi cerita. Jadi saya dah jangka dah yang gambar tu akan diperkatakan ramai, saya dah biasa kalau jadi buat mulut orang. Saya tak kisah. Tapi sebenarnya gambar tu tak ada isu pun. Saya saja upload", itu kata pelakon Zain Saidin ketika ditemui pada sidang media sitkom popular yang berkonsepkan pendidikan, 'Oh My English' musim ketiga di S.M.K Sri Serdang, semalam.

Tambah suami kepada aktres Rozita Che Wan ini lagi, selagi gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarganya, dia tidak akan memadamkan gambar berkenaan dari Instagramnya.

"Bagi saya, janji gambar yang saya muat naik itu tidak menunjukkan sesuatu yang melampau atau yang tidak sepatutnya dilihat umum. Dan setakat ini, gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarga saya. Jadi saya akan biarkan saja gambar itu. Saya tak akan padam", tuturnya.

Dalam pada itu Zain turut meluahkan rasa berdebar dan teruja kerana bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Begitupun dia dan Che Tah belum membuat apa-apa persiapan menyambut cahaya mata mereka memandangkan usia kandungan Che Ta baru berusia tiga bulan.

"Saya tahu Che Tah nak sangat anak perempuan. Bagi saya pula, saya tak mahu berharap sangat. Saya terima apa saja pemberian Allah.

"Buat masa ini kami belum buat apa-apa persiapan. Tapi masa kahwin hari tu, ada kawan yang hadiahkan katil bayi. Tapi kalau kami ke luar negara untuk bercuti, kami akan beli beberapa barang bayi sebagai persiapan sedikit demi sedikit", katanya.

Mengenai perkembangan karier pula, Zain muncul dalam sitkom 'Oh My English!' (OME!) musim ketiga mulai 18 Mei ini. Selain, dia bakal menjalani penggambaran sebuah telemovie di New Zealand selama dua minggu.




http://www.malaysiandigest.com/h ... li-kontroversi.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2014 09:11 AM | Show all posts
bunga7788 posted on 6-5-2014 11:47 AM
pelik betul keinginan manusia zaman skrg ni laaa...Allah menutup aib kite, tapi kite suke menunjukka ...

retis noks.....apa yg bleh diharap
diorang sendiri yg bukak aib sendiri
bodoh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 09:20 AM | Show all posts
Zain Saidin: Apa Pun Yang Kami Berdua Buat, Mesti Jadi Kontroversi

Oleh RotiKaya Staff pada 08 May 2014, 1:05AM “Apa-apa gambar kami tak kisahlah sama ada saya atau isteri saya yang muat naik di laman instagram, tetap akan jadi kontroversi, tetap akan jadi cerita. Jadi saya dah jangka dah yang gambar tu akan diperkatakan ramai, saya dah biasa kalau jadi buat mulut orang. Saya tak kisah”

“Tapi sebenarnya gambar tu tak ada isu pun. Saya saja upload,” itu kata pelakon Zain Saidin ketika ditemui pada sidang media sitkom popular yang berkonsepkan pendidikan, Oh My English musim ketiga di S.M.K Sri Serdang, semalam.

Dua hari lalu pasangan selebriti sensasi itu memuat naik sekeping foto mereka. Apa yang menjadi bualan hangat ramai adalah kerana foto berkenaan memperlihatkan mereka sedang berbaring di atas katil dan Zain seperti dalam keadaan tidak berbaju.

Tambah suami kepada aktres Rozita Che Wan ini lagi, selagi gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarganya, dia tidak akan memadamkan gambar berkenaan dari akaun Instagram miliknya.

“Bagi saya, janji gambar yang saya muat naik itu tidak menunjukkan sesuatu yang melampau atau yang tidak sepatutnya dilihat umum. Dan setakat ini, gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarga saya. Jadi saya akan biarkan saja gambar itu. Saya tak akan padam”

Belum Buat Persedian Untuk Sambut Kelahiran Anak

Dalam pada itu Zain turut meluahkan rasa berdebar dan teruja kerana bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Begitupun dia dan Che Tah belum membuat apa-apa persiapan menyambut cahaya mata mereka memandangkan usia kandungan Che Ta baru berusia tiga bulan.

“Saya tahu Che Tah nak sangat anak perempuan. Bagi saya pula, saya tak mahu berharap sangat. Saya terima apa saja pemberian Allah”

“Buat masa ini kami belum buat apa-apa persiapan. Tapi masa kahwin hari tu, ada kawan yang hadiahkan katil bayi. Tapi kalau kami keluar negara untuk bercuti, kami akan beli beberapa barang bayi sebagai persiapan sedikit demi sedikit,” katanya.

Mengenai perkembangan karier pula, Zain muncul dalam sitkom ‘Oh My English!’ (OME!) musim ketiga mulai 18 Mei ini. Selain, dia bakal menjalani penggambaran sebuah telemovie di New Zealand selama dua minggu. (rtky/fr)


**berlagak sungguh si zain ni **
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 09:49 AM | Show all posts
Waa, kuning keorenan ala apek dvd, bila zain berambut blond.. so rambut dia very de asian gene..

Setengah budak mix omputih, kalerkan blond memang kena & tak nampak oren2 pasal rambut asal lutsinar kokesen..

Linda Jasmine pun blondekan rambut.. tapi nampak mcm wig huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 09:58 AM | Show all posts
malas nk bukak thread baru. tumpang tepek je



ngan caption menggelikan gitu patutla atas padang selalu out
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 10:06 AM | Show all posts
macam-macam lah diaorg nie...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 11:44 AM | Show all posts
lantak la ko zain..dh kena cerca pun degil lg..
kerlast nak beli brg bayi kt obersee..
rambut perang tu utk OME..

Zain Saidin enggan padam gambar

TIGA hari lalu, pelakon Zain Saidin dan isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta telah berkongsi gambar romantis mereka di laman sosial Instagram masing-masing iaitu @rozitachewan1 dan @therealzainsaidin.

Bagaimanapun, ada segelintir pengikut Che Ta dan Zain di laman Instagram yang kurang senang melihat gambar tersebut kerana ia memaparkan pasangan popular itu terbaring romantis di atas katil yang dipenuhi kelopak bunga ros ketika bercuti di Koh Samui, Thailand.

Antara kritikan yang ditulis, gambar mesra suami isteri tidak wajar dikongsikan kepada umum.

Pada masa yang sama, ada juga segelintir pengikut yang menyukai gambar tersebut dan mengatakan tiada masalah untuk pasangan itu memuat naik gambar romantis kerana mereka ‘halal’ untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Kosmo! terpanggil untuk mendapatkan reaksi Zain berhubung perkara tersebut kerana gambar di Instagram Che Ta itu mendapat komen sehingga 358 orang setakat petang semalam.

Zain yang ditemui pada majlis pelancaran rancangan Oh My English! musim ketiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serdang, Selangor, menjawab mengenai kontroversi gambar tersebut. Kosmo!:

Ramai yang kurang senang apabila kalian memuat naik gambar romantis di atas katil di laman sosial Instagram. Komen?

ZAIN: Sejak dulu lagi, apa sahaja gambar yang Che Ta kongsikan di laman Instagramnya pasti mencetuskan kontroversi, sedangkan kami sekadar teruja ingin berkongsi gambar percutian kami.

Bagaimanakah penerimaan anda dan juga Che Ta berhubung komen negatif yang dilemparkan? Adakah Che Ta terganggu dengan komen-komen tersebut?

Tidak, dia seperti biasa. Kami juga tidak berbincang langsung mengenainya.

Adakah kalian akan memadamkan gambar romantis di atas katil itu?

Selagi ia tidak mengganggu dan mendatangkan mudarat, gambar tersebut tidak akan dipadamkan.

Mungkin selepas ini anda akan lebih berhati-hati memuat naik gambar seperti itu?

Saya tetap akan memuat naik gambar romantis bersamanya, asalkan gambar tersebut tidak menunjukkan bahagian yang melampau.

Boleh kongsikan mengenai percutian di Koh Samui?

Memandangkan Che Ta mengandung tiga bulan, percutian kami tidak melibatkan aktiviti lasak. Kami buat aktiviti yang dia larat sahaja.

Bagaimanakah keadaan Che Ta sekarang?

Ketika ini dia cepat penat. Ya lah, setelah 16 tahun dia kembali mengandung, mungkin disebabkan itu dia berasa cepat penat. Mood dia juga tidak menentu.

Adakah anda tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan Che Ta?

Memang saya berdebar untuk tahu jantina bayi kami. Sebabnya, Che Ta sangat berharap dapat anak perempuan. Saya tidak mahu dia kecewa seandainya bayi yang dikandungnya itu lelaki.

Sudah buat sebarang persiapan untuk kehadiran bayi?

Selagi belum tahu jantina, kami tidak mahu membuat sebarang persiapan. Bagaimanapun, ketika berkahwin pada 11 Disember tahun lalu, kami ada menerima hadiah katil bayi. Kemungkinan kami akan beli sebahagian barang-barang bayi nanti di luar negara.

Bagaimanakah perasaan anda apabila dapat kembali menjadi Mr. Henry Middleton dalam Oh My English! musim ketiga?

Saya gembira kerana sekali lagi beraksi dalam Oh My English! musim ketiga. Walaupun banyak tawaran lain yang datang tetapi tahun ini fokus hanya pada Oh My English! kerana penggambaran masih berlangsung dan terpaksa mengekalkan warna rambut perang. Jika mereka sanggup terima warna rambut perang ini, saya terima tawaran untuk berlakon sebarang drama mahupun telefilem yang lain. Sebabnya, saya malas hendak menukar berkali-kali warna rambut saya.


kredit to kosmo.. http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=hi_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
[quote]mycute posted on 8-5-2014 11:44 AM
lantak la ko zain..dh kena cerca pun degil lg..
kerlast nak beli brg bayi kt obersee..
rambut pera ...


hurmmm Last edited by Suchi on 12-5-2014 05:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 07:42 AM | Show all posts
ada tgk..che ta meroyan kt komen intsa.. pasal orng komen rambut laki die..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 08:26 AM | Show all posts
Pasal wartawan tu tulis che ta as che tah??
Singkatan for cik bergetah ke apa???
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 08:29 AM | Show all posts
pagi ni plak ade gambar dpn Eiffel tower seakan2 tgh comolot... dorg ni mmg attention seeker ek?????? nak tunjuk kat sume org yg ko tgh bahagia.... ermmm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 08:36 AM | Show all posts


hanie8778  Rambut Zain xsesuai la warna tu.. Tuka plsss.. CheTa pls advise 1d

rozitachewan1  @hanie8778 lain kali jgn sedap mulut nk komen ja..bkn utk awak sorang je tp ramai lg yg mulut tk tau nk diam! Pelakon kna ikut character! Laki I shuting Oh My English sampai awal thn dpn..so rambut dia akan blonde sampai thn dpn!!!!! Tk payah nk bising lg kt insta nipasai rambut zain! #tkpayahnksibuklarambutorgcolourapejgrambutsendiritu 22h

rozitachewan1 @gardesmelayu mamat tu mmg nk kna penampar buaya! Kurang ajar sgt mulut! Dnt worry I dh block dia ! 22h



bole tahan jgk Che Ta melaser org...siap nak bagi penampar buaya....dah mcm kes bomoh dgn KJ...


@tapibukanaku  

@dino


Last edited by achik2009 on 12-5-2014 08:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 08:38 AM | Show all posts
nadmal19 posted on 12-5-2014 08:29 AM
pagi ni plak ade gambar dpn Eiffel tower seakan2 tgh comolot... dorg ni mmg attention seeker ek????? ...

kan. ku pun tertengok pg td. mmg rasa attention seeker pn ada. dikala retis lain duk letak gmbr mak memasing. mak ni duk letak gmbr comolot ngn laki muda. haha..

walaupun gmbr agak jauh tp mmg sah2 tgh comolot

semoga bahagia trs la hangpa dua
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 08:41 AM | Show all posts
myvios posted on 5-5-2014 12:40 PM

baru abis berjimak ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 08:45 AM | Show all posts
nabi adam dikeluarkan dr sorga & diturunkan ke bumi sbb terikut dgn hawa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 1.374250 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list