CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 4

[Tempatan] Koperasi Digalak Ceburi Sektor Hartanah

[Copy link]
Post time 14-5-2014 01:06 PM | Show all posts |Read mode


KUANTAN 13 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggalakkan lebih banyak koperasi menceburi pelaburan dalam sektor berimpak tinggi seperti hartanah bagi meningkatkan perolehan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sektor itu dikenal pasti sebagai sektor tambahan yang perlu diceburi jika gerakan koperasi di negara ini mahu mengorak langkah lebih luas di peringkat global.

“Perkara ini sudah sedia termaktub dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 dan kita bersetuju untuk memberi perhatian kepada lima bidang ekonomi utama dan pelaburan dalam sektor hartanah ini adalah sektor tambahan.

“Melalui pembabitan aktif gerakan koperasi di dalam dan luar negara, kita jangkakan pelaburan sektor ini dapat membawa pulangan sebanyak RM50 bilion menjelang 2020,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Perun*dingan Koperasi Kebangsaan di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan nege*ri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Awal bulan ini, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) turut mengumumkan akan memperluaskan asas pendapatannya dengan menceburi sektor pembangunan hartanah melalui anak syarikatnya, MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Daerah Alor Gajah (KPDAG), Melaka.

Projek pembinaan 41 unit rumah teres setingkat dan enam unit teres dua tingkat dengan nilai pelaburan RM5.6 juta di Masjid Tanah, Melaka itu akan dimulakan September ini.

Hasan berkata, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd. (KTMSAB) adalah contoh terbaik koperasi yang sudah berjaya dalam pelaburan bidang hartanah di Pulau Pinang de*ngan kira-kira 20 projek perumahan dan hospital.

Sementara itu, beliau berkata, koperasi dianggap sebagai ejen penting kerajaan memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kekeliruan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April tahun depan.

“Sehingga 30 April lalu, seba*nyak 14 siri penerangan sudah diadakan SKM yang dihadiri 1,600 peserta dengan kumpulan sasar terdiri daripada pegawai SKM sendiri sebagai ejen kerajaan dalam memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

http://rumahn9.com/koperasi-digalak-ceburi-sektor-hartanah/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2014 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sembang kencang byk koperasi hampir mati sbb sukar dpt dana permulaan unless ada politician dlm seat dgn percent
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 12:23 AM | Show all posts
ahli koperasi semua pokai kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
angkasa dpt dana pun sbb percent yg dipaksakan dari loan gomen staff
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 12:23 AM | Show all posts
akak baca digelak tadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.844765 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list